"Jom ikut aku."
Aku menarik tangan Farina supaya mengikutiku.
"Ain dah la. Kau nampak sendiri kan apa Ad buat malam tadi. Aku tak berani Ain."
Aku mula tidak sabar dengan sikap mudah putus asa Farina. Tidak sedarkah dia Ad semakin tidak terkawal.
Aku tidak memperdulikan kata-kata Farina. Aku terus sahaja menarik Farina supaya mengikutiku.
Aku memberi isyarat kepada Farina supaya senyap. Kami perlahan-lahan menaiki tangga daripada bilik bawah tanah.
Tiba-tiba tubuhku di peluk oleh sesorang dari belakang. Aku terus sahaja menjerit. Mulut aku terus sahaja ditekup.
"Hei ni abang la. Shhh."
Am dan Fahri rupanya datang untuk menyelamatkan kami. Kami mempercepatkan langkah ke pintu. Di luar Shah sudah brsiap sedia menunggu kami di dalam kereta.
"Farina!! Ain!!"
Kecut perut aku mendengar suara Ad. Kami terus berlari keluar menuju ke kereta. Ad mula mengejar kami.
Kami terus masuk ke dalam kereta. Tiba-tiba...
BANG!
Tubuh Ad melayang dan jatuh di hadapan kereta. Aku dan Farina terus menjerit. Kami tergaman seketika. Fahri memberanikan diri memeriksa keadaan Ad. Kami hanya memerhati dari dalam kereta.
Fahri meletakkan jarinya ke tengkuk Ad untuk memeriksa nadi. Dia memandang kami dan menggeleng.
=====
"Termenung apa tu yang?"
Am terus saja memeluk dan mengusap perutku dari belakang.
"Tak de apa-apa la abang. Dah siap susun belum dekat luar tu?"
Am mengangguk. Tanganku pula diraih supaya memandangnya.
"Terima kasih sayang."
Aku mengerutkan dahi. Dah datang dah perangai ngada-ngada dia.
"Kenapa pulak terima kasih tiba-tiba ni?"
"Terima kasih sebab bersabar dengan abang di awal perkahwinan kita dulu. Terima kasih sebab terima kekurangan abang dan terima kasih sebab sanggup mengandungkan dan melahirkan zuriat abang."
Am tiba-tiba mengalirkan air mata. Aku pantas menyeka air matanya.
"Bukan saya yang pilih abang. Tapi Allah yang pilih abang untuk sayang. Ain bersyukur sebab Allah tentukan jodoh abang untuk sayang."
Am tersenyum. Dia terus mengenggam tanganku dan mencium dahiku.
"Kat sini rupanya kau orang. Penat aku kasi salam tak menyahut. Rupa-rupanya bercengkerama kat dapur."
Terjongol Farina dan Fahri di pintu dapur. Tidak lama kemudian Amira dan Shah juga menyertai serbuan 'tangkap basah' itu. Amira dan Farina tergelak-gelak melihat aku menahan malu.
Mahu sahaja aku layangkan lesung batu ke wajah Farina dan Amira.
"Eh jom la makan. Kang sejuk pulak makanan kat depan tu."
Kata Shah tiba-tiba.
Am, Fahri dan Shah beriringan menuju ke ruang tamu. Aku sempat mencubit Farina dan Amira. Kami berpandangan. Akhirnya kami ketawa.
"Kau ni Ain nanti anak dalam perut kau tu suka cubit orang tau la."
Kata Farina sebelum berlalu ke ruang tamu bersama Amira.
Aku mengerutkan dahi dan memegang perut. Sakit sungguh aku rasakan ketika itu. Aku bagai tidak mampu melangkah.
"Kau orang! Aduh!"
Tiada yang menyahut panggilanku. Hanya kedengaran gelak tawa dari ruang tamu.
"Abanggggggggggg!!! Orang nak beranak ni!!!!"
Lintang-pukang suami dan sahabat-sahabatku mendapatkanku.
"Angkat dia Am bawak masuk kereta aku."
"Mana aku larat. Bini aku dah gemok ni."
"Cepat la Am kang terberanak kat sini."
"Wei darah. Aku nak pitam."
"DIAMMMM!!"
Semua senyap dan memandangku.
Bagai baru lepas disampuk Am memapahku masuk ke dalam kereta.
Rumah dan Akil pula diserahkan kepada Farina dan Amira.
=====
Kini sudah bertambah permata hidupku. Am, Akil dan Aura menjadi yang terpenting dalam hidup aku.
Farina pula sudah sah menjadi isteri kepada Fahri. Aku tahu dia sudah bahagia.
Amira pula selalu mengembara bersama suaminya ke serata dunia. Sudah rezeki Amira bersuamikan pakar motivasi.
Aku sentiasa berdoa agar Allah sentiasa melindungi kami semua. Keluargaku, keluarga Amira dan keluarga Farina akan selalu dalam lindungan Allah. Peristiwa hitam bersama Ad menjadi satu ujian cukup besar dalam persahabatan kami. Aku harap bahagia ini akan selalu menjadi milik kami.
Share this novel