BAB 10

Romance Completed 4267

“Ala.. bukannya sakit mana pun" dalih Hanis. Padahal waktu itu dia juga cuak apabila kena buat pembedahan untuk buang kanser itu. Tetapi itupun doktor kata peluang untuk kanser itu datang kembali masih ada, selalunya dalam masa dua tahun. Dia akan cuba untuk menghabiskan sisa hidupnya dengan baik walau dengan berbagai cara sekalipun. Nasib baik juga pada hari itu Ken setuju untuk menangguhkan pernikahan mereka sehingga dia selesai pembedahan. Walaupun sudah selesai, masalahannya sekarang ini berat badannya tidak mahu bertambah pula. Stress juga dia memikirkan hal itu. Tetapi bagi Ken, dia tidak kisah. Dia kata jika Hanis kurus kering pun dia terima. Nanti lepas kahwin dia boleh gemukkan Hanis balik. Eh? Gemuk tang mana tu? Entahlah Hanis pun tidak tahu.

“Tapi hati saya sakit..." Hanis tergelak mendengarnya.

“Sakit dekat mana tu? Meh sini saya rawatkan"

“Nak rawat kena buat macam ni" ujar Ken sejurus itu muka Hanis dia cium bertalu- talu apabila tubuh si gadis itu dia pusingkan ke arahnya. Rimas Hanis di buatnya.

“Ei... tu gatal namanya..."

“Gatal dengan bini..."

“Eiii.. Gatal- gatal nilah saya tak suka!"

“Ala... tak sayang abang ke?"

“Tak!"

“Sampai hati... Penat abang sayang dia..."

“Sayang pun boleh penat ke?"

“Penatlah, sebab tepuk sebelah tangan mana ada bunyi"Ceh! Ken main peribahasa pula.

“Bak sini tangan" minta Hanis. Ken bagi tangannya pada Hanis sejurus itu dia tepuk telapak tangan Ken. Pap!

“Hah! Kan dah berbunyi" Hanis mula buat loyar buruk. Ken sudah tergelak. Hidung Hanis Ken cubit dengan geram.

“Nakalnya..." ujar Ken. Hanis sudah tersenyum sambil tersengih- sengih.

“Nakal dengan abang je..." Ken terkejut apabila Hanis memanggil dia dengan nama keramat itu. Berbunga- bunga hati dia seketika.

“Nakal dengan siapa?" soal Ken. Dia mahu dengar Hanis sebut gelaran itu buat sekali lagi. Hanis tersenyum.

“Kucing"

“Ala... Cakaplah lagi sekali..." pinta Ken.

“Kalau tak nak?" duga Hanis.

“Abang suruh Hanis menari tiang dekat sini"

“Eleh.. Boleh ke?"

“Boleh...."

“Haha.. Ok- ok! Macam ni... Hanis sayang abang!" luah Hanis pula. Cehh! Tadi orang suruh cakap lain. Ni dia cakap lain. Ken tersenyum sampai ke telinga. Dahi Hanis dia kucup buat kesekian kalinya lagi.

“Abang pun sayang Hanis

“Betul ke abang pecat bodyguard abang hari tu?" Hanis mula bangkit kisah lama.

“Abang tipu je..."

“Ceh... Sampai hati tipu.."

“Kenapa nak mengorat dia?" soal Ken sambil mata sudah dibesarkan.

“Tak nak ngorat abang je..."

“Cis.."

“Abang, I love you"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience