BAB 3

Drama Completed 3472

“Sya, sebab tu-lah maksud menahan marah adalah bilamana kita marah dan kita terus menelan marah itu sampai habis. Jadi lepas tu kita dah tak marah dah.” Shanon menjelaskan dengan cermat. Risau jika kata-katanya menyinggung perasaan Sya.

“Lepas tu, dekat ayat selepasnya, Allah suruh memaafkan, kan kak?” Amani bertanya. Lagak seorang pelajar ijazah.

“Betul tu, Amani. Sebab tu kalau kita teliti ayat ni, Allah gunakan perkataan ?? yang bermaksud ‘dan’, bukannya ????? iaitu ‘kemudian’. Maknanya dua ayat yang dipisahkan dengan ‘dan’ ni berkaitan antara satu sama lain. Lepas menahan marah, kenalah memaafkan pulak.” Shanon menerangkan. Terperinci. Dengan menggunakan terma bahasa Arab, Amani berasa sangat kagum dengan naqibahnya itu. ‘Oh lupa, Kak Shanon belajar di Mesir dulu.’

“Oh.” Mulut Sya seakan berbentuk ‘O’. Mahu sahaja Amani memasukkan nugget yang dibawa oleh Qisandra daripada jamuan asrama tadi ke dalam lopongan itu.

Lucu.

Amani tergelak kecil. Dia seakan sudah memahami tingkah laku Sya. Minda gadis berusia 18 tahun itu penuh dengan 1001 persoalan.

Kadang-kadang soalan yang tidak terlintas di akal fikiran Amani yang gemuk itu pun boleh diajukan oleh Sya.

Bukan Amani yang gemuk ya, akal fikirannya sahaja. Gemuk dengan pemikiran dan persoalan. Kerana Amani juga boleh dikategorikan sebagai seorang remaja yang penuh dengan rasa ingin tahu.

Namun, jika dalam proses usrah, Amani serta-merta berubah menjadi seorang yang matang. Eh bukan matang mana pun.

Kakak naqibahnya yang rasa dirinya matang. Kerana jika tidak ada keperluan untuk bersuara, dia sering mendiamkan diri dan lebih suka memerhati. Itu kata Shanon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience