Di rumah mentua (2)

Drama Series 421991

Aku menanti Arif di luar surau, bawah pokok jambu. Surau lama tempat kami belajar fardu ain dulu. Kain sudah kulipat dan masukkan ke dalam beg sejak tadi lagk. Hanya telekung masih tersarung di kepala. Suasana sejuk menggigit kulit kaki yang terdedah. Aku pandang sekeliling, sunyi sepi. Penduduk kampung seakan melupai kewujudan surau ini setelah masjid baru terbina.

Aku pandang semula ke surau. Eh, dah gelap? Pelita ayam di kaki tangga pun dah tiada. Bila masa pula jemaah surau keluar? Bukan patutnya mereka lalu depan aku ke kalau nak balik? Arif ni mana pula, takkan masih di dalam surau?

Cahaya remang pagi tak banyak membantu penglihatanku namun aku lihat ada susuk tubuh menghampiri pokok jambu tempat aku berdiri. Mungkin Arif tapi aku ragu melihat betapa perlahannya dia berjalan, kepala pun tunduk saja seperti memandang sesuatu di bawah.

Aku amati susuk tubuh itu bila dia makin dekat padaku. Ini bukan Arif, desis hatiku. Empunya tubuh itu mengangkat kepalanya ke arah aku bila dia tiba di depanku. Rupanya sangat mengejutkan hingga aku terasa sakit di perut.

Segera aku memegang perut dan membuka mata, aku terngadah ke siling. Posisi sama seperti malam tadi. Seolah aku langsung tak bergerak sepanjang malam. Dan tanganku memegang perut dengan debaran yang sama seperti dalam mimpi. Aku cuba mencuri nafas dalam debaran hebat itu. Mujur hanya mimpi.

"Kenapa ni macam mencungap?". Ada suara dari pintu. Arif menanggalkan songkok sambil melangkah padaku. Itu menambahkan kejutan padaku. Aku terbangun dengan pantas dan membebel entahkan apa biji butirnya sehingga Arif terpaksa memelukku erat.

"Kenapa ni? Terkejut apa?", soal Arif. Aku menggeleng, rasanya jantungku berkerja keras pagi ni.

"Abang ke mana?", tanyaku mengelak dari menjawab soalannya, merungkai pelukan Arif.

"Masjid. Berjemaah di sana".

"Along pun?", tanyaku.

"Eh tak la. Along kat rumah dia la, dekat je rumah dia. Malam tadi dah balik. Mandi la sayang, abang ada beli kuih kat dapur. Boleh kita temankan ayah dan bonda bersarapan". Aku agak keberatan, bukan Arif tak tahu aku ni bagaimana jika pagi. Mau tak mau aku kuatkan diri, bukan mudah nak menambat hati mentua. Dan aku tau Arif pun serba salah sebenarnya.

"Kenapa tak kejutkan subuh tadi?", sungutku. Dah siang pun masih tidur, padan muka dapat mimpi yang bukan bukan. Sebal terasa. Matahari mesti dah terbit sebab Arif sudah pun membeli kuih sedang aku masih terbongkang di atas katil. Menantu ke hantu ni?

"Dah la. Abang kejut tadi. Sayang sendiri kata ok. Abang dengar sendiri". Huh.. malas aku nak bertekak, aku terus melangkah ke bilik air.

"Eh, kejapnya. Mandi kerbau?", tegur Arif bila aku keluar dengan tuala dah terbalut di tubuh. Arif membuka tingkap di bilik, boleh nampak kereta Arif dan beberapa kereta lain milik ayah.

"Wangi la", balasku mengangkat ketiak di depan Arif. Tak berani aku nak berlama lama mandi, kalau boleh aku nak buka je pintu masa mandi. Nanti Arif kata aku buang tebiat pula, masa mengandung takde kerja lain asyik nak mengawan je.

"Maaf. Lena betul Nura tidur malam tadi. Tak sedar apa". Aku cuba bereaksi biasa untuk tak menampakkan kekok. Ayah melipat akhbar di tangannya manakala bonda sekadar menjeling. Arif menyenduk bihun goreng ke piringku. Melihat hidangan tu saja, aku dah tau Arif beli di mana.

"Tak lewat mana pun ni. Yeh, ayah nak pergi ke dusun. Tadi si Tain call, katanya pukul 10, dia nak mula hantar durian kita ke tepi jalan. Jom kita pergi ambil dulu dua tiga biji. Nak jamu menantu ayah ni. Kamu masih suka durian kan?", ujar ayah sambil menyuap karipap ke mulut. Nampaknya dia masih ingat kegemaranku. Dulu memang di rumah ini la aku menjamu selera. Paklong Sudin sering menjamu kami adik beradik durian D24 hasil dari dusun milik arwah atuk moyang kami. Ketika itu mana kenal musang king lagi.

Nampak gayanya aku akan berdua dengan maklong Yam la sekejap lagi. Aku suarakan tentang ini pada Arif sebelum dia keluar, Arif boleh pula kata, "it is bonding time baby".

Kepala hangguk kau bonding! Aku berdiri di tingkap bilik melihat Arif berbual dengan ayah di halaman rumah. Rasa pening sudah menjelma sedikit demi sedikit. Tambahan pula hati ini mulai cuak bila Mitsubishi Hilux ayah keluar dari pagar. Allahu, seram sejuk aku nak mengadap mak mentua sendirian. Rasa nak pitam ni.

Kaklong pun tak datang lagi ni. Ayah kata kaklong datang lambat sikit memandang aku ada menemani bonda. Dia ada perkara yang harus dilangsaikan di rumah. Aku baru berkira kira untuk memasang bacaan surah Al-Baqarah di aplikasi telefon tiba tiba,

"Nura". Itu suara bonda.

Aku memusingkan badan. Bonda sudah berdiri di tepi katil, entah bila dia masuk. Aku rasa aku tutup pintu bilik tadi. Bonda sudah siap bertudung. Gincu tak lekang dari bibir. Tak pernah aku lihat bibirnya pucat.

"Ya bonda".

"Mari kita ke pasar ". Ahhh.. sudah. Ajak aku ke pasar pula, dah la aku tengah pening pening. Jangan disuruh aku pilih ikan sudah. Aku bukannya kenal jenis dan ikan segar atau tidak. Ini sedang buat sesi penilaian ke apa?

"Ini Nura, bonda mau ajar makanan kegemaran Arif", kata bonda sambil membersihkan ikan pari yang sudah dipotong menjadi ketulan sebesar dua jari orang dewasa.

Aku melihat cara bonda membersihkan ikan tersebut dan menghilangkan hanyir sambil menyiapkan bumbunya. Hidungku kembang kempis menahan bau ikan pari. Bahan bumbu sudah bonda letak di dalam bekas untuk aku bersihkan dan potong.

"Masak apa ni?", soalku. Aku dah selesa dengan bonda. Nyata bonda bukan sombong tapi pendiam. Bicara pun hal yang perlu saja. Tiada gelak tawa dalam setiap perbualan dengannya. Tak seperti mak aku.

"Pari dimasak pedas dengan santan pekat. Nanti kelapa parut tu, ambil pati saja ya", jelas bonda mengaramkunyitkan ikan pari tadi.

Sementara bonda menggoreng ikan, aku beri alasan mahu ke tandas. Aku tak tahan bau hanyir, rasa mual dari pasar tadi aku tahan. Aku hanya mengemam asam boi merah bagi menghilang rasa loya dan pening tadi. Akhirnya aku melepek di lantai tandas setelah muntah. Hanya air masam yang keluar memandangkan tiada apa yang aku  jamah apa pun sejak pagi. Kemudian berbaring seketika sebelum ke dapur semula. Aku tak mahu dilabelkan sebagai pemalas atau mengada ngada.

"Masak apa ni?", tanya Arif seraya memegang bahuku tanpa memberi salam. Aku tak perasan pun dia sudah pulang bersama ayah. Nyaris aku melatah lagi.

"Pari kegemaran Yeh la", balas bonda. Aku mengetap bibir kegeraman. Jantung ni dah rasa nak tercabut dek sergahan tadi.

"Yam, ni ada durian. Buat serawa sikit. Eh.. Nura suka serawa atau makan mentah?", soal ayah meletakkan seguni kecil berisi durian.

"Dua dua sedap", jawabku terliur dengan bauan harum durian.

"Tanakkan pulut sekali Yam", kata ayah sebelum keluar dari dapur.

Aku melihat bonda mengeluh dengan arahan ayah. Agaknya kaklong yang sering menemani bonda dan memasak di rumah ni. Aku terasa bersalah pula. Aku nak masak tapi tak pandai, lagipun tadi bonda masak lauk kegemaran Arif. Pantas jariku menggodek telefon mencari bagaimana caranya menanak pulut dan memasak serawa durian.

"Assalamualaikum... sedapnya bau. Nura masak apa?", sapa kaklong sebaik masuk ke dapur.

"Bonda masak. Nura tolong tolong je", jawabku pantas.

"Bonda masak? Kan bonda tak sihat. Bonda masak apa ni? Tak pernah pun ajar kaklong masak ni". Kedengaran nada suara kaklong tak senang dengan apa yang berlaku dan dia mengambil senduk dari bonda, mengacau santan di dalam periuk supaya tak pecah minyak.

"Bonda ajar Nura masakan kegemaran Arif bukannya kegemaran Paan", balas bonda seperti biasa, monotone.

"Tapi kan boleh je bonda arahkan Nura buat apa ikut urutan", ujar kaklong. Aku sudah tak senang dengan apa yang berlaku.

"Ni bonda nak buat apa pula?", soal kaklong bila bonda menonggeng bagi membuka ikatan guni.

"Ni ayah ambil durian dari dusun. Separuh buat serawa, separuh lagi Nura nak makan mentah. Ayah minta bonda tanakkan pulut".

"Biar kaklong buat. Bonda duduk sana. Nura, betul nak makan durian?". Bonda bergerak ke peti sejuk pula.

Aku termangu dengan soalan kaklong. Baunya saja dah menggiurkan masakan aku tak teringin untuk jamah.

"Makan buat rasa je. Jangan banyak. Nura tu mengandung". Aku seperti tak dapat kaitkan durian dan mengandung. Apa masalahnya.

Bonda sekadar menjeling pada kaklong sewaktu dia membuka peti sejuk. "Ni Nura, ada tapai pulut bonda beli semalam. Kebetulan Yeh pun suka ni". Bonda meletakkan bekas lutsinar kecil didepanku. Dengan pulut yang berair lagi sejuk, memang menggoda seleraku.

"Satu cukup Nura. Tapai tu tajam", ujar kaklong sambil mengeluarkan durian dari pangsa. Ala.. aku baru nak ambil bekas kedua. Sedap sangat tapai ni. Manis leting.

"Sedap kan? Makan Nura", kata bonda memotong kaklong.

"Nura, keluarkan makanan dari dalam beg recycle tu. Ada lauk. Sempat kaklong masak pagi tadi. Ingatkan korang tak masak".

Aku pun keluarkan lauk pauk yang kaklong bawa dan masukkan ke dalam mangkuk. Ada sup tulang, sambal ikan keli dan taugeh kasar digoreng kering. Lauk dalam periuk yang bonda masak pun aku senduk bersama. Kaklong ketika itu meletakkan periuk untuk serawa di tungku sebelah.

"Eh.. ni ikan pari kan? Nura jangan makan. Ikan ni tajam".

"Makan Nura, rasa. Baru tau macam mana nak masak untuk Yeh nanti. Setakat seketul dua".

Aku berbelah bagi saat makan tengah hari, tak jamah masakan bonda nanti bonda merajuk hati. Dah la dia tak berkenan dengan aku dari awal. Kalau jamah pula, kaklong buat muka tak senang padaku. Akhirnya semua lauk aku letak dalam pinggan. Ha! Puas hati. Lantaklah.

"Tidur?", tanya Arif bila lihat aku berbaring. Beg pakaian sudah kukemaskan, bersiap untuk pulang selepas asar.

"Sengkak perut". Jawapan aku buat Arif ketawa. Dia merangkul aku dari belakang selepas menutup tingkap, menarik langsir dan menghidupkan pendingin hawa. Bilik kami jadi gelap gelita walau matahari di luar masih menyinar.

"Apa ni?", sengaja aku bertanya padahal sudah tahu apa mahunya Arif bila tangannya memasuki bajuku dan meramas gunung yang semakin membesar hari demi hari.

Arif tak menjawab namun meneruskan apa yang dilakukan hingga aku putus nafas. Dah la perut ni penuh makanan.

"Moan baby, moan", bisik Arif saat dia memasukiku berulangkali. Aku menggeleng malah aku gigit hujung bantal. Aku tak mahu sesiapa tahu apa yang kami lakukan. Arif menarik bantal tersebut dan mencampak ke lantai sambil menjunamkan sedalam dalamnya hingga membuatkan erangan yang aku tahan terlepas jua.

Arif tersengih kerana berjaya membuatkan aku mengikut katanya. Semakin dia laju memacu, semakin kuat erangan dan desahanku sehingga akhirnya Arif sendiri yang mengerang sepenuh hati dan aku menghelakan nafas panjang. Arif baring diatasku, mataku yang pejam terus terbuka bila ciuman demi ciuman singgah di muka. Senyuman Arif menampakkan dia mencapai kepuasan maksimum.

Aku bercadang untuk bangun membersihkan diri lalu aku menolak tubuh Arif ke tepi. Aku terperasan seperti ada seseorang di sudut bilik berhampiran tingkap. Aku pandang sekali lagi, hanya ada kegelapan, hitam. Namun aku tak berpuas hati.

"Bang, bangun jap buka lampu".

"Kenapa?"

"Gelap sangat. Nak pergi toilet ni".

"Tak payah la. Lepas round kedua baru pergi toilet. Kita mandi bersama", pujuk Arif berbunyi miang dengan tangannya tak henti meramas. Bukan aku tak tergoda tapi kelibat hitam itu aku terlihat sekali lagi mematikan keinginanku.

Share this novel

UdangGalah
2019-12-29 12:09:15 

Antara dua je ni.. Samada memang Maklong Yam memang ada bela saka kat rumah.. Ataupun hanturaya peliharaan bomoh yang Makdnak Biah upah untuk buat Nura lupakan Arif..

Hani
2019-12-29 06:42:59 

uih arif. sempat lagi tu kt kampung


NovelPlus Premium

The best ads free experience