Bab 20

Crime Series 28566

Seseorang memegang gambar di tangan. Bibirnya mengukir senyuman seksi.

May memandang gambar di tangan tanpa berkedip mata.

"Bos, kami masih tengah mencari Tuan Qarl. Tak pasti dia menyorok di mana."

May menjeling tajam ke arah konconya.

"I nak you cari dia sampai lubang cacing. I want my Qarl!"

May mendengus kasar.

Jaket di tubuhnya dibuka, dan dilemparkan ke atas sofa.

Terserlah tubuhnya yang agak putih melepak. May memang seksi.

Jason meneguk air liur. Memandang May tanpa berkedip mata. Pandangannya dihalakan ke situ.

Nasib baik kau bos, kalau tak...

Hati Jason semakin berdebar. Dalam diam dia memendam perasaan pada May. Namun dia sedar, dari dulu May cuma mahukan Qarl Lee.

Entah apa yang hebat dengan Qarl sampai aku pun kau tak nampak. Hati Jason berbisik geram.

May menyandarkan diri ke atas sofa.

Dia perasan Jason masih memandang ke arah tubuhnya yang menggiurkan.

"Hey you, what are you staring for?"

Jason menggaru kepala yang tidak gatal.

"Err. May... I..."

"Do you want me?"

Jason mengangguk laju-laju.

May memberi senyuman sinis.

"Get lost, my dear Jason. Find Qarl as soon as possible. If u want me..."

Jason memandang tajam ke arah May.

Qarl again? Aku kau taknak pandang.

"Dah, apa tercegat lagi. Go..."

Jason melangkah keluar dari bilik May dengan hati yang kecewa.

May memandang gambar pujaan hatinya.

"My dear baby... I miss you. Don't you miss me?"

Dia ketawa berdekah.

"We will be together, dear. Lepasni you akan jadi milik I, Qarl."

"Siapa saja yang jadi halangan, akan aku bunuh."

Sudah sekian lama May memasang angan. Mahukan Qarl. Mahukan hartanya juga. Dia yakin Qarl masih cintakannya.
. .
. .
"Anna... Jom keluar. Kau mesti bosan terperuk dalam rumah ni. Nanti kau kata aku takde hati perut."

Aku memekakkan telinga.

Mata tertancap ke arah televisyen di hadapan.

"Anna Adriana..."

Qarl masih tidak mahu mengalah. Mahu memujuk aku la tu.

Aku menekup kedua belah telinga.

Qarl berdiri di hadapan aku. Menghalang aku dari menonton.

Aku tidak memberi respons padanya.

Dia tiba-tiba duduk sebelah aku. Merapatkan dirinya pada aku.

Tangannya melingkar ke bahu kanan aku.

What are you doing, Qarl?

"Jomlah... Aku nak belanja kau."

Aku jadi kurang selesa.

"Tangan tu tak payahla nak merayap. Gatal la awak ni."

Aku mengerutkan dahi. Bibir mula terkumat kamit menahan marah.

"Bukan Anna suka ke kalau aku macam ni? Sweet kan?"

Banyaklah kau punya sweet. Tapi sebenarnya aku rasa makin selesa dengan dia.

Dia mengetatkan lagi pegangan dia.

"Qarl... I'm not May."

"Yes. You're not May. You're Anna."

Qarl tersenyum manis. Manisnya... Macam puding karamel.

Aku hampir melting. Cepat-cepat aku menggeleng.

Makin dilayan gatal Qarl ni, makin menjadi.

"Okay. Jomlah. Awak nak saya pergi mana?"

"Pergi ke bulan bintang."

Mamat mafia ni. Apesal tetiba nak sweet semacam. Seram aku.

"Bulan bintang... Pergilah sorang."

Aku memalingkan muka ke tepi.

"Ishh. Nak sweet sikit pun tak boleh. Kau kan suka aku jadi Lee."

Dia mengelus rambut aku.

"Wangi la rambut kau. Bau Loreal Paris. Haha."

Hmm. Yela. Kau yang belikan syampu kesukaan aku.

"Awak... Janganlah macam ni. Seramlah."

"Kau takut dengan aku ke?"

Sikitla. Sejak diculik, aku jadi takut dengan dia.

"Hahahaha. Kau ni kelakar la. Aku tunggu kat dalam kereta tau."

"Cepat bersiap, jangan lama sangat."

Aku mengangguk laju. Mencicit lari ke bilik untuk menukar baju.

5 minit kemudian...

Aku keluar dengan memakai jaket hitam dia.

Qarl memandang jaket yang tersarung di tubuh aku.

"Kau memang suka pakai baju aku eh?"

Dia meleretkan senyuman.

"Errr... Saya main sarung je. Dah takde baju lain nak pakai."

Aku tertunduk malu. Muka sedih.

Mana la aku tahu nak kena culik. Kalau aku tahu da lama aku bawak baju lawa-lawa.

"Aku gurau jela. Pakai jela. Aku lagi suka. Nanti aku belikan kau baju baru. Fesyen terkini, yang ada ruffles tu, peplum sikit. Baru nampak feminin."

Aku termangu.

Reti pulak dia sebut ruffles dengan peplum? Mamat ni mengikuti fesyen terkini ke?

Kereta bergerak laju.
. .
.
Kami tiba di butik pakaian.

"Kita buat apa kat sini?"

"Nak cari kerang."

"Hah??"

Selamba saja dia menuturkan ayat.

"Butik baju. Cari baju la. Haiyo..."

Aku ingat dia bergurau. Tak sangka dia bawak aku datang sini.

Qarl memaut lengan aku dengan manja.

"Dik, tolong carikan baju yang sesuai untuk dia. I want you transform her with a good dress."

Aku cuma mengikuti langkah sales girl tadi.

Dia memilih dress corak flora dan warna pastel yang agak lembut.

Cantiknya. Tapi... Agak terdedah di bahagian bawah.

Nak pakai baju atas lutut?

Mampus kalau mak aku nampak.

"Try it."

Bagaikan satu perintah. Aku mencubanya juga.

Di dalam bilik persalinan, aku memandang diri dalam cermin.

Muat-muat dengan aku.

Sales girl tadi menghulurkan aksesori. Rantai di leher dan gelang manik.

Setelah yakin ianya padan dengan aku, aku melangkah keluar.

Qarl yang tadinya leka bermain handphone terus terbangun dari tempat duduk.

"I told you... Nice..."

Eh... Sesuai dengan aku? Seksi la baju ni.

"Err... Tapi..."

"No tapi-tapi... Look at you, cantik la."

Dia senyum lagi.

"Pilih la lagi baju. I told you tadi kan. I belanja."

Takpe ke? Rasa serba salah. Nanti karang dia mengata aku kikis dia.

"No worries. Just take whatever you want."

Aku masih lagi tercegat.

"Hmm. Takpelah. Saya taknak. Baju ni jela."

"Why?"

Aku menggeleng.

"Anna... Kau kan girl aku. Ambik la lagi. Jangan malu-malu."

Nak taknak aku terpaksa ambil juga.
. .
. "So, apa yang kau suka dekat aku? Bila aku jadi Lee?"

Erk?

Soalan jenis apa ni?

Aku membuat muka kurang mengerti.

"Yela. Lee kan sweet. Taste kau memang camtu ke?"

"Bukan sweet. Tapi saya nak lelaki yang memahami."

"Mana kau tahu Lee memahami?"

Aku pun tak tahu. Mungkin aku suka Lee sebab dia nampak caring. Baik.

"Kau suka Lee. Maknanya kau suka aku, kan?"

Dia memandang aku dengan pandangan yang...

Nakal.

Oh god. Kau da kenapa Qarl?

"Entahlah."

"Ala... Mengaku jela. Kau suka aku, tapi takut nak mengaku."

Mana ada.

Aku menafikan. Aku takut nak jatuh cinta. Lagi-lagi dengan lelaki seperti dia.

Baru saja aku mahu menjawab. Tiba-tiba Qarl menarik kepala aku. Dia menutup kepala aku dengan jaket tadi.

Eh kenapa ni?

"Hi Qarl... Finally, I jumpa jugak you kat sini. I miss you, baby..."

"Kau buat apa kat sini? Kau follow aku ke, May?"

"You rasa? No laa. I nampak you makan berdua. Dengan... Who is she?"

"None of your business."

Qarl membenamkan kepala aku ke dadanya.

May?

Is that May? Oh my god. Dia da nampak aku ke?

"Dia adik sepupu I."

"Oh. But then, kenapa you tutup muka dia?"

Qarl memandang May tajam.

"Aku taknak kau apa-apakan family aku. Kalau tak, aku bunuh kau, May."

Qarl berbisik perlahan ke arah May.

"I tak kejam, baby. You tu asyik nak lari je. Tak rindu I ke?"

"Hey perempuan gila... Jangan ganggu hidup aku. Kau jangan lupa yang kau da hancurkan hidup aku. Kau bunuh parents aku."

"Oh. Siapa suruh diorang halang hubungan kita?"

Qarl mendengus kasar.

"Sebab kau tu perempuan jahanam. Gila."

"Qarl... Tergamak you cakap macam ni dekat I. I'm so hurt."

May membuat muka sedih.

"Let's go. Layan perempuan tak guna ni sampai esok aku jadi gila."

Qarl menarik tangan aku. Memaksa aku beredar juga.

May memandang kami tak puas hati. Sebab tak dapat lihat wajah aku dengan jelas.

Takpe, Qarl. Nanti kau jadi milik aku jugak. Sekali dengan harta kau aku akan control.

Tak pernah sekalipun, lelaki tolak aku.

Ni May la. Maylisa Soo.

May mencebik kasar. Kau tunggu...

Dia mahu kenal pasti siapa perempuan yang Qarl lindungi wajahnya.

Jason menghampiri May.

"Bos, nak follow dia tak?"

"Tak payah. Nanti dia akan datang dekat aku. Dengan sendirinya."

Yakinnya kamu, May.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience