VS 12

Drama Completed 85759

Click! Click! Click!
Simbahan lampu kamera dari pelbagai sudut, menghiasi ‘meeting room' Hotel Lima bintang itu.
Sesekali Eva membetulkan duduknya.
Tak selesa bila bersebelah dengan Daim.
Tak selesa?
Bukan sebelum ni, tubuh sado Daim pun pernah kau peluk ke Eva?
Errkk!

“ Okay today I buat sidang media untuk jawab semua pertanyaan public berkenaan clip video yang viral tentang artist I sebelum ni.”
Madam Jenny yang duduk ditengah-tengah bersuara lantang dengan slang cina nya.

“Apa hubungan Cik Eva dengan Encik Daim?”
“Macamana Encik Daim boleh ada dalam bilik Cik Eva malam tu?”
“Betul ke Encik Daim…”

“Wait wait wait.”
Madam Jenny angkat kedua tangannya, wajah disenyum walau hatinya membara marah dengan sikap wartawan-wartawan kat depan ni, yang tak sabar-sabar bertanyakan soalan.
“Listen… I nak sorang-sorang tanya soalan, no rushing or this interview going to be kelam kabut. Oright?”

Wartawan yang lebih kurang 40 orang ditambah dengan jurukamera serta kru-kru lain, mengangguk faham

Daim telan liur.
Pertama kali dia duduk dihadapan wartawan yang seramai ini dan semuanya fokus pada dia.
Seram sejuk jugak la, kulit dah kalah ais. Kaku

“Cik Eva boleh ceritakan apa sebenarnya yang berlaku malam tu?”

Eva betul duduk sebelum nafas dihela perlahan.
“Firstly, Eva mintak maaf banyak-banyak sebab video clip yang singkat ni dah mengundang speculation macam-macam pada Eva. Eva pun mintak maaf setelah 4 hari Eva diamkan diri, hari ni Eva baru berani muncul untuk beri jawapan.”
Sekali lagi Eva tarik nafas, kedua tangan diletakan diatas meja dan wajah didekatkan pada mikrofon kecil yang melekat diatas meja.
Are you ready Eva Natasha?

“Sebenarnya, malam tu Eva allergic teruk lepas makan some of dessert masa dinner for event show tu. Ini bukan salah penganjur, tapi salah Eva yang tak consent dengan ingredient yang ada dalam makanan tu. After Eva rasa makin teruk, Eva terus naik bilik then call my mom mintak bawakan ubat Eva.”

“Boleh you terang kan apa sakit you, Cik Eva?”
Salah seorang wartawan bertanyakan kepada Eva.

Madam Jenny mengeluarkan sekeping kertas dari sampul coklat sebelum dilayang kedepan.
“This medical report from hospital say that Eva Natasha has allergic reaction with peanut and milk since her child.”

“Oooo…”
Bersambung-sambung perkataan yang keluar dari wartawan yang hadir dalam sidang media tersebut.

“Tapi kenapa selama 5 tahun Cik Eva jadi artist,tak pernah pun Cik Eva bagi tahu yang Cik Eva mempunyai alegik dalam permakanan.”

Sudah…sekali lagi Eva telan liur.

“Haiya.. Macam mana Eva mahu kasi tahu. You orang pun tak pernah tanya.”
Pantas Madam Jenny menjawab, sehingga tersembur tawa beberapa orang kru dibawah.

“So kalau you cakap Eva hanya ada penyakit allegic, macamana Encik Daim boleh ada kat dalam bilik tu?”

Kemuncak soalan!

Masing-masing telan liur. Tapi ekpresi wajah cuba dikawal.Eva dah biasa,sebab dia pelakon. Yang sakitnya pelakon-pelakon tambahan kat sebelah menyebelah Eva.
Mansor, Dahlia , pelakon tambahan yang tak berbayar. Manakala Daim, walaupun watak utama. Namun lidah masih kaku.

“kalau soalan tu, I rasa mama Eva can answer kot. Kalau Eva yang jawab takut you all tak percaya pulak kan.

Aku?
Dahlia lirik suaminya yang mengedip mata sekali memberi semangat.
Ehem.Ehem.

"sebenarnya malam tu bukan Daim sorang je yang ada dalam bilik untie pun ada."
Okay!
Tiba-tiba suasana riuh, ada yang percaya dan ada juga yang tak percaya.
Yang tak percaya, memang boleh bagi anugerah. Sebab semua ni memang lakonan semata-mata.

"Sabar-sabar, kita dengar dulu apa yang yang Untie Dahlia nak cakap kan."
Madam Jenny ketap bibir, kalau boleh rasa nak lukuk kepala wartawan ni sorang-sorang. Macam pasar ikan dibuatnya majlis ni!
Mujur awal-awal dia dah upah orang untuk keluarkan CCTV yang fokus ke bilik Eva pada malam tu. Takut ada yang menemuinya dan mengetahui bahawa Eva menipu mereka semua.

Dahlia membetulkan duduknya sebelum meneruskan kata-katanya.
"Untie sampai ke hotel , lebih kurang pukul 12 malam selepas Eva call untie. Masa tu Daim pun ada dan ikut untie . Untie nak bawa Eva pergi hospital, tapi Eva insist sebab takut ada wartawan yang tahu. Lepas makan ubat, dia tertidur sampai pagi. Untie dan Daim temankan sebab masa tu dah alang-alang juga nak balik rumah."

Ye! itu skrip yang Madam Jenny hasilkan dalam masa hanya beberapa jam je, tak perlu photocopy, tak perlu laminated. Skrip tu telah dihafal oleh Dahlia sepenuhnya.

"Jadi kenapa, pagi tu wartawan hanya nampak Eva dan Daim sahaja didalam bilik?"
Sekali lagi soalan wartawan dibawah menembak bagi peluru sesat! kalau tak sempat elak memang boleh mati!

"Actually that time untie ada dalam bathroom, dan Daim ingin keluar dulu untuk pulang. Tak tahu pula, wartawan sedang menunggu kat luar pintu."
Logik tak?
Sekali lagi Dahlia toleh kepada Mansor disebelahnya.
Mansor hanya senyum. Senyum jerk, namun hanya Dahlia yang tahu!
Dia ketap bibir.

"Err.. macam mana pula dengan keadaan baju Encik Daim, kalau dilihat dalam gambar dan klip video baju dia terkoyak."

Choiii!!
Sampai kesitu ketelitian mata wartawan kat depan ni.
haish!! boleh ganti polis dah ni?!
Kali ni Daim pula teguk air liur yang tergantung di tekaknya.
"Malam tu, masa di majlis dinner. Saya membantu kawan lelaki saya yang sedang mabuk untuk dibawa kekeretanya. Dalam perjalanan ke parking, kawan saya hampir terjatuh dan sempat menarik baju saya, sebab tu ia terkoyak."

Click! Click! Click!
kali ni singgahan lampu kamera dihala pula kepada Daim. Berpusu-pusu video merekod gambar lelaki itu.

Lemas!
Jiwa Daim meronta hebat!
nak je dia bangun dan keluar dari dewan ni!

"Kami dengar Encik Daim pun mabuk teruk malam tu?"

Lagi sekali Daim dihentam soalan cepu emas.
But for Daim! Not cepu emas!
"Saya berani bersumpah, saya tak mabuk malam tu, dan sekali lagi saya bersumpah yang saya tak pernah sentuh minuman beralkohol."

Pantas wajah Eva dipusing kepada Daim disebelahnya.
Errr.. kenyataan ni betul, bukan ikut skrip semata.
Daim bukan kaki mabuk.
Tapi apa cer 10 tahun dulu? masa birthday lelaki tu, dimana waktu tu Eva meluahkan perasaan dia pada Daim dan saat tu juga ditolak mentah-mentah oleh lelaki itu.
(Korang boleh belek balik flashback 10 years ago di bab VS2)

"Yaloo... i pun tidak tahu siapa yang keluarkan kenyataan, Daim mabuk. That time video tu viral, you all boleh cium ke bau alkohol pada body Daim?"

Okay deep kan dengan ayat Madam Jenny?
Keriuhan mati sebentar.

"I kenal Daim since i kenal Eva.His a good guy and always protect Eva, So why people can say Daim do something wrong to Eva? "
Keluhan dilepaskan dari bibir Madam Jenny.
Yes! kata-kata dia ni pun tiada dalam skrip!
Tapi dari tulus hatinya yang dah anggap Daim seperti adiknya sendiri. Walaupun lelaki itu tiada apa-apa kaitan dengan syarikatnya.

Wartawan dibawah makin hilang kata-kata bila Madam Jenny tegas mematikan ayatnya.

"Berkenaan tanda merah di leher kiri Cik Eva yang public kaitkan dengan 'love bite' tu, boleh Cik Eva jelaskan."
Keadaan yang hampir terkawal tadi kembali riuh apabila salah seorang wartawan bertanyakan soalan kepada Eva.

Sekali lagi Eva betul duduk. Dia dah ada ajawapan untuk soalan tu.

"For that question, i think Eva tak perlu jawab kot."

Eva menoleh kepada Madam Jenny, wanita berusia hampir 40an itu tersenyum memandang wartawan di bawah sebelum menyambung ayatnya.

"Dah i katakan sebentar tadi, Eva has Allegic reaction approve by her doctor, meants that tanda merah yang you all hebohkan sebagai 'LOVE BITE' tu adalah reaction sign cause of her allergic. NO GIGITAN CINTA or GIGITAN VAMPIRE yang tergamak nak gigit leher artis i!"

Semua wartawan dan kru tergelak dengan gurauan Madam Jenny, tanpa sedar wanita itu telah mencipta penipuan.

"That reaction sign, bukan sahaja di leher tapi diseluruh badan Eva, but takkan you all nak suruh Cik Eva buka baju, tunjuk kan semua."

Pak!
Eva tepuk peha Madam Jenny yang berada sebelah kanannya.
Melebih pulak untie cina ni!
Dahi Eva dah kerut seribu.

Makin kuat gelakan wartawan bila lihat aksi spontan Eva pada pengurusnya.

"So now, Madam Jenny tahu ke, whose report to reporter about that night?"
Madam Jenny sandar belakang. Wajah wartawan lelaki lebih kurang umur 30an itu dipandang.
Dalam banyak-banyak soalan, soalan lelaki tu je lah yang releven sikit. Yang lain hambar... semuanya cuba mengejar cerita yang bodoh-bodoh untuk melariskan berita mereka.
"Terus-terang i masih tak tahu siapa yang lapor kan pada reporter dan tuduh Daim bersama Eva malam tu. Dan perkara ni masih dalam siasatan. Kalau i tahu siapa, memang i ganyang-ganyang dia sampai lumat."
Madam Jenny mengenyeh penumbuk kanannya pada tapak tangan kiri.

Semua ketawa besar dengan aksi Madam Jenny.

Madam Jenny turut senyum sebelum nafas dihela panjang, melihat raut wartawan dibawah. Dia dapat merasakan yang kisah hitam Eva ni dapat dipulihkan semula. Ye. Madam Jenny memang sayangkan Eva, bukan sahaja kerana wanita itu artis naungan nya. Tertapi kerana dia sendiri boleh kenal siapa Eva sebenarnya.

Eva sememangnya menempah nama dipersadai seni, ketika umurnya masih muda. Namun wanita itu lain dari artisnya yang lain. Eva lebih matang dan pandai membawa diri, sebab tu lah wanita itu tak banyak gosip sehinggalah kesnya baru-baru ni.

Namun sedaya upaya Madam Jenny ingin menyelamat kan Eva, kerana dia pasti Eva dan Daim tak bersalah.
"So i think semua ni dah terjawab kan, ada apa-apa soalan lain lagi?"
Bola Mata Madam Jenny menari kekiri dan kanan sehingga pandangan jatuh pada seorang wartawan wanita yang mengangkat tangan.
Ada lagi ke?

"Berkenaan desas-desus yang menyatakan Cik Eva akan berkahwin dengan seorang peguam terkenal dalam masa terdekat ni, adakah semua tu betul?"

Hot question!
Kelima-lima 'pelakon' kembali sedia untuk beraksi!

"No! itu semua berita palsu! anak untie tak pernah kenal dengan mana-mana peguam pun!."

Semua tertumpu pada Dahlia yang tinggi pitching nya menjawab soalan.

Mansor gengam lengan isterinya dibawah meja, menyuruh wanita itu bertenang. Dia tahu, hati Dahlia masih sakit bila menyebut tentang Lukas.
Dia pun sakit! Tapi lebih pandai dikawal, kalau tak, memang hancur muka Lukas abraham tu dikerjakan.

"Jika Cik Eva tiada hubungan dengan peguam tu, kenapa ada yang nampak dia lamar Cik Eva di sebuah Cafe? Dan dijari Cik Eva pun tersarung cincin seakan 'propose ring'"
Sekali lagi wartawan wanita itu bertanya, rasanya dia memang dah simpan soalan tu sejak tadi!

Eva tunduk pandang jari manis kirinya.
Haishh!
Rasa nak tepuk-tepuk je dahi! Kenapa lah dia lupa nak cabut cincin pemberian Lukas ni!!
Careless la kau Eva!

Semua mata kembali bertumpu kepada Eva, Madam Jenny turut menjeling tajam.

"Cincin tu Daim yang bagi Eva sebagai cincin tanda"

Hah?!
Kini giliran Dahlia menjadi mangsa pandangan mata serta lensa kamera yang makin banyak menghala kearahnya.

Eva dah bulat mulut.

Daim?!
cuba kawal ekpresi wajah namun dalam hati bagai dam yang nak pecah.

Rasanya kenyataan Dahlia takde dalam skrip yang digubal oleh Madam Jenny. Wanita itu sendiri terkejut bila Dahlia menjawab spontan.

"Jadi apa sebenarnya hubungan Encik Daim dengan Cik Eva? Bukan kah selama ni Cik Eva menafikan menjalinkan hubungan rapat dengan Encik Daim?"
Sekali lagi wartawan wanita itu kembali bertanya. Mungkin masih tak puas hati.

Makin kuat Mansor gengam lengan isterinya dibawah meja. Takut wanita itu terus berbunyi sebelum arahan dikeluarkan dari Madam Jenny.

Daim raup wajahnya, rahang kekar bergerak-gerak menelan liur pekat.
"Sebab perkara ni dah terbongkar, jadi saya ingin menyatakan kepada semua yang saya memang menjalinkan hubungan dengan Eva lebih dari seorang kawan."

What?!!
Laju kepala Eva ditoleh kepada Daim!
Biar betul jantan ni! Kalau ye pun tunggulah 'hint' dari Madam Jenny!

Hanya sesaat, ayat Daim keluar dari bibirnya. Bertalu-talu lensa kamera menyinar kearah wajahnya.

Ah! alang-alang menyeluk perkasam kan...
Sekali lagi nafas Daim dihela perlahan.
"Saya dan Eva dah bersetuju untuk berkahwin dalam masa terdekat ni."

Yaaa!
Stupid man!
Aku rasa nak ketuk kepala kau Daim Akliiii!
Kalau ye pun sabar lah.
Saat ni ingin Eva menyuruh bola matanya menjeling tajam kepada Daim disebelahnya. Namun otak memproses balik supaya bersabar, takut wartawan dibawah mengesyaki mereka.
Nak tak taknak, dia paksa bibirnya untuk senyum FAKE!

"Betul ke Cik Eva?"
"Bila plan nak langsungkan perkahwinan?"
"Boleh ceritakan, sejak bila Cik Eva dan Encik Daim mula bersama? Atau sebenarnya Cik Eva cuba nak tutup hubungan ni sebab kerjaya Cik Eva?"

Sekali lagi Eva lirik Daim.
Matanya turus kepada bola mata Daim menyatakan :
'Hah kau nak sangat cakap kan?! so jawab lah semua soalan wartawan tu?!'

Daim turut memandang mata bulat Eva tanpa reaksi!

Fuhh!
Eva rasa nak urut dada je!
Makin menyampah tengok jantan bernama Daim Akli ni!

"Betul atau tidak hubungan Eva dan Daim, i think you all can guest right? Daim propose Eva depan her mom and Dad. Bukan tu je, berita ni direkod untuk tontonan satu negara, you all rasa Daim dan Eva masih nak keluarkan fake steatment?"
Madam Jenny tersenyum lebar.
Hati bagai nak jadi 'pong pong girl'!
Sebenarnya ni lah kemuncak drama yang Madam Jenny ciptakan
Dia memang mahu wartawan fokus pada kisah perkahwinan Eva supaya dapat tutup kes Eva di hotel malam tu.
Bijak tak amoi cina tu?

Suasana kembali riuh. Kini wartawan banyak bertanya soalan tentang perkahwinan Eva dan Daim.

Madam Jenny makin gumbira!
"Rasanya sampai sini sahaja sidang media kita. Tentang hubungan Eva dan Daim, saya akan aturkan satu lagi sidang media selepas mereka mendapat tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan."

Tarikh sesuai?
Hello Madam Jenny! Yang pasal tarikh tu takde dalam skrip okay?
Pandai-pandai je Ah Moi ni tambah perisa.

Tanpa mempedulikan perasaan Eva, Madam Jenny bangun dari duduknya diikuti dengan Dahlia dan Mansor.

Eva ketap bibir, kalau tak de wartawan kat bawah ni, dah dia hentak kaki macam budak tadika mintak perhatian!
Geram! Geram! Geram!

“Jom…”
mmmm…. Eva angkat wajah.
Bola mata tepat mengenai bibir nipis Daim yang tersenyum kepadanya.
Daim Akli? Masa bila pulak dia berdiri sebelah aku?
Mata Eva turun sedikit kebawah melihat jemari lelaki itu yang dihulur rapat kearahnya.
Errkk… nak tunjuk gentleman ke? Atau nak tunjuk romantik? Atau dua-dua?
Tolong la Daim, henti kan lakonan ni.

“Eva…”

Adess… cair tahi telinga bila Daim seru nama Eva dengan lunak gemalainya.
Please la Daim!
Maybe perempuan lain boleh cair, tapi bukan Eva Natasha!

Saat ni ingin Eva tepis tangan besar Daim, Tapi mengenangkan wartawan serta jurukamera yang tak habis-habis mengambil gambar mereka berdua, akhirnya Eva akur.
Tangan kecilnya menyambut huluran Daim sebelum tubuh diangkat perlahan.

Ketika itu juga,Daim mengait jemari Eva dan mengengam kuat sebelum membawa wanita itu turun dari pentas.

Melebih lah pulak… Eva cuba tarik jemarinya, namun kuat juga Daim memegang agar tak terlepas.
Aishh!!!

Kelima-lima ‘pelakon utama’ drama sebabak arahan Madam Jenny, turun dari pentas dan keluar dari dewan tersebut.

Ketika langkah Eva mendekati 'dressing room' , jemari menarik keluar dari gengaman Daim.

Mata menjeling lelaki itu.
"Dah takde camera, tak yah lah nak berlakon lagi!"

Daim pandang sekilas pada muncung Eva yang dah panjang sedepa.
Malas dilayan, bibirnya dikunci dari terus menjawab.

Didalam bilik persalinan, Madam Jenny terus tersenyum lebar. Dramanya berjaya.
"So malam ni kita semua boleh tidur tenang."
Hangbag Guccinya digantung pada lengan.

Eva gigit bibir.
Tidur tenang?!
huh! memang tak lah! makin rasa susah tidur pun ada ni!

"Eva!"

Glup!
Pantas mata Eva pandang Madam Jenny yang menyeru kuat namanya.

"Tomorrow i want you come back to work."
Mata Madam Jenny menyinggah pada wajah Eva sebelum melirik kepada Zizie.
"And Zizie! you must rearrange schedule Eva start tomorrow morning and submit jadual tu dengan i ASAP."

Zizie buat muka cemberut sebelum mengangguk lemah.
Sakit hatinya sepanjang menunggu sidang media berakhir.
Awal-awal lagi Madam Jenny dah beri arahan kepada Zizie supaya tidak mengikuti sidang media itu kerana takut dia akan tersalah cakap.
Zizie terpaksa akur demi periuk nasinya.
Namun dalam hati makin membara dendam kepada Eva!
Kau tunggu saatnya Eva!

Setelah menukar baju, Eva mengambil tas tangan bentuk bulatnya sebelum keluar dari bilik persalinan.
Di luar, Dahlia,Mansor dan Daim sedang menunggu.
Zizie awal-awal lagi dah balik, ada hal katanya.

Sekilas jelingan Eva tepat mengenai wajah Daim. Hati kembali meluap nak marah!
Kenapa la dia ni tak balik lagi?
Takkan nak naik satu kereta lagi?

Pagi tadi mereka datang ke hotel ni menaiki Vellfire milik Eva kerana semuanya berangkat dari kediaman Mansor di luar ibu kota.
Selepas sidang media berakhir, semuanya sepakat untuk pulang kerumah memandangkan tiada lagi wartawan yang hadir didepan pagar menunggu berita sensasi.

Dan semestinya, Daim akan pulang sekali. Kan ke mereka berjiran. Rumah sebelah menyebelah,takkan Mansor nak biarkan anak rakan karibnya pulang sendiri.

“Mama, Eva balik naik Grab.”
Eva memaut lengan kiri Dahlia sambil melentok kepalanya dibahu wanita itu.

Mansor memandang anaknya, kening bertaut rapat.
“Kenapa nak naik grab pulak? Kau nak pergi mana?”

Eva melirik Mansor disebelahnya
“Eva nak balik rumah la”

“Laa balik sekali la, kenapa nak naik grab pulak?”
Mansor terus mengerutkan dahinya, pelik dengan sikap anaknya.

“Eva rasa panas nak naik Vellfire.”
Kali ni sengaja mata Eva menyinggah ke wajah Daim.

“Panas apa nya? Mengarut kau ni Eva? Kau artis, baru je habis kena kejar reporter. Nak buat hal naik grab pulak?”
Kali ni Dahlia pula bersuara, kepala anaknya ditolak sedikit menjauhi bahunya.

“Mama ingat artis tak pernah naik grab ke?”

Dahlia menarik bibir Eva yang dimuncungkan panjang.
“Memang lah… tapi kau tahu ke naik grab? Application grab ada ke dalam handphone kau?”

Eva menepuk bibirnya yang terasa perit akibat dicubit oleh Dahlia.
Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Dahlia tu betul, Eva tak pernah naik grab. Aplikasi Grab pun dia tak pernah guna.

Hah! Lantak lah!
Asalkan aku tak balik sekali dengan Daim. Meluat!

“Uncle, untie. Im balik dengan kawan ye. Sebab Im nak singgah Cafe”

Mansor dan Dahlia serentak memandang Daim, begitu juga Eva.

“Eh! Sekali la, kan Café Im pun satu jalan.”
Pelik! Apa kena Eva dan Daim ni. Mansor bersuara lembut.

“Im nak beli barang sikit sebelum ke café.”

Mansor mengangguk kepala.
“Okay la, hati-hati ye, nanti Im sampai rumah, kita jumpa.”

Daim turut mengganguk kepala sambil mengukit senyum.

Dahlia pandang anaknya.
“So kau pun nak naik grab ke Eva?”

Laju Eva menatap wajah mamanya.
“Tak jadi lah mama, Eva tak pandai guna lah application grab tu.”

“Haish budak ni! Macam-macam la!”
Dahlia menggeleng kepala sebelum menarik lengan Mansor untuk pulang.

Eva terkoncoh-koncoh mengikut dari belakang. Dalam hati bersorak riang bila Daim tak ikut balik sekali.
Padan muka kau Daim!

Beberapa langkah kedepan, Eva menoleh tubuh memandang Daim yang masih berdiri di belakang melihat mereka bertiga.
Pantas Eva mengeluarkan lidahnya dan
Weeeekkkk!
Dia menjelir panjang sehingga mata dikecilkan.

Daim agak terkejut dengan aksi spontan Eva. Mulut membulat sebentar.
Namun ketika Eva kembali mengatur langkah, terus bibir Daim mengoyak senyum.

Kenapa lah kau cute sangat Eva?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience