BAB 4

Romance Completed 24711

‘Tau takut tadi bukan main mengada-ngada kau jadi boss.’ bisik hati Umar Lutfi, Pengurus Projek dalam Syarikat Azra Holdings. Muda-muda dah jadi pengarah, tak hairan kalau memang anak orang kaya. Eh orang kaya kah?

Umar Lutfi, lelaki yang sangat garang dan pemarah namun sikap itu hanya terjadi bila dia di ofis sahaja. Dirinya yang sebenar adalah seorang yang penyanyang, setia dan suka menggembirakan orang lain, sentiasa humble walaupun berpangkat besar dan yang penting dia masih single. Umar juga masih mencari pasangan sehidup sematinya. Mungkin Adriana yang dia akan pilih atau keluarga yang akan carikan pasangan untuknya?

“Terima kasih Boss, saya janji saya akan buat yang terbaik dan tak akan berangan, fikiran melayang lagi macam tadi.” Adriana dengan semangatnya sambil tangannya di angkat, gaya orang berikrar.

‘Dia ni nampak lurus bendul dan lawak sangat, tapi memang rare perempuan macam ni. Selalu gedik semcam je, sengal aku! Rasanya kalau jadikan isteri okay kut dia ni?’ bisik hati Umar. Masa terserempak dengan Adriana dkaunter pertanyaab memang Umar sudah merasakan debaran jantungnya berdegup kencang. Dapat dia merasakan bahawa Adriana mungkin yang terbaik untuk dia kalau dah jodoh. ‘Mungkin je kan. Eh tulang rusuk aku kat dia?!’ Getus hatinya, dia lagi berangan lebih, fikiran melayang sangat!

“Encik, encik Umar…?” Tegur Adriana melihat reaksi Umar yang diam hingga berkerut keningnya, Fikiran melayang jauh kut dia ni. Berangan ke?

“Encik Umar Lutfi!” tegur Adriana dengan kasar sedikit. “Encik ni dah kenapa? Encik nak tukar fikiran ke? Tak nak saya jadi pembantu projek encik ke? Atau encik menyesal pilih saya jadi pembantu projek? Emm atau encik fikirkan kerja yang patut saya buat atau…..” tak sempat Adriana menghabiskan soalannya.

“Okay, mulai hari ni awak Adriana panggil saya Umar, awak kan dah tahu nama saya Muhammad Umar Lutfi bin Ahmad Jaafar.” “I want you to stop asking me questions and please do as what I ask you to do. Awak faham tak, Adriana? And… awak pasti yang boleh buat Kopi Panas yang sedap untuk saya?” Adriana hanya mengangguk mengatakan ya.

‘Aku ni percinta Kopi lah Umar oi! Abah aku lagi suka kopi aku dari kopi buatan mak I, tau tak?’ bisik hatinya, geram sangat dengan soalan Umar Lutfi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience