BAB 41

Other Completed 58987

Pada malam Khalisha tidak puas bertanya pasal ayahnya itulah inilah Aishah juga tidak jemu menjawab persoalan anaknya itu.

"Mmm mummy bila kita nak pergi jumpa daddy..Khalisha rindu lah"kata Khalisha

"Mm nantilah ye mummy bawa..dah tidur sekarang dah lewat ni"kata Aishah

"Mm mummy nanti esok mummy bawa Khalisha pergi playground tau Khalisha nak main"kata si comel

"Ehh mana ada playground kat sini"kata Aishah pelik mana ada playground dekat persekitaran taman ini

"Adalah mummy tadi masa kita nak datang rumah ni Khalisha nampak ada playground kat situ...takkan mummy tak tahu mummy kan dah lama duduk sini"kata Khalisha

"Hihhihi..mummy tak tahu lah...dah lah tidur banyak cakap pula dia ni"kata Aishah dan geletek perut anaknya Khalisha ketawa terkekek kekek

Keesokannya Aishah membawa anaknya ke playground seperti yang dijanjikan pada anaknya.Sedang elok Aishah melihat anaknya sedang bermain telefon miliknya berdering menandakan ada panggilan masuk tertera nama Ain dan Aishah terus mengambil panggilan itu.

"Hello Ain kenapa ni"tanya Aishah

"Kau kat mana ni aku datang rumah kau ni"kata Ain

"Aku kat playground ni bawa Khalisha main kau datang lah situ ye"kata Aishah

"Haah ye lah aku datang kau tunggu situ"kata Ain lalu menamatkan panggilannya.

Angin bertiup kencang di suatu tempat itu Khalish menghirup udara itu.Setiap hari dia akan datang ke sini untuk menenangkan fikirannya.Tiba tiba dia teringat akan sang isteri sungguh dia rindu untuk melihat wajah itu mendengar suara dan ketawa itu.Dia sudah mencari sang isterinya di merata rata tempat namun tetap dia tidak menjumpainya.

Khalish mengalihkan pandangan dekat kanak kanak yang sedang bermain disitu tiba tiba dia tertarik dengan seorang kanak kanak perempuan yang seperti miripnya perlahan lahan Khalish mendekati budak kecil itu.

"Hi sayang"kata Khalish pada budak kecil itu.

Budak itu menoleh ke belakang untuk melihat pemilik suara itu.Alangkah terkejut budak itu wajah yang selalu dia rindui yang berada di hadapannya.

"Daddy"kata Khalisha

Khalish mula pelik dengan Khalisha dia mula bertanya kenapa dia memanggilnya dengan panggila daddy.

Khalisha berlari ke arah Khalish dan memeluk dengan erat.

"Kenapa daddy lama tak balik jumpa Khalisha dengan mummy..Khalisha rindu daddy..Khalisha tak pernah tengok daddy sebelun ni kecuali dalam gambar..kalau Khalisha tanya pasal daddy mesti mummy akan cakap daddy kerja"kata Khalisha lagi

"Nama sayang ni apa"tanya Khalish

"Khalisha Aryanna"kata Khalisha

Khalish pelik dengan nama itu kenapa namanya hampir sama dengan budak kecil ,kenapa wajah budak itu seperti Khalish dab kenapa budak itu memanggilnya dengan panggilan daddy.Khalish mengambil keputusan untuk bertanya nama ibu kepada budak itu.

"Nama mummy Khalisha apa ye"tanya Khalish

"Alaa takkan daddy tak tahu nama mummy ape..nama mummy Aishah Riyani"kata Khalisha sambil senyum

Terkejut Khalish bila mendengar nama itu airmata mulai mengalir di pipi.Khalisha perasaan akan itu dia mengelap air mata ayahnya menggunakan jarinya dengan lembut.Khalish memeluk Khalisha dengan erat dia sudah tahu Khalisha adalah anaknya.

"Maafkan daddy sayang sebab tak datang jumpa dengan Khalisha..Maafkan daddy"kata Khalis sambil memeluk anaknya.

"Jom kita pergi dekat mummy"kata Khalisha sambil menarik tangan ayahnya Khalish mengikut dengan anaknya untuk jumpa dengan isterinya.

"Mummy tengok daddy ni"kata Khalisha

Tergamam Aishah bila melihat Khalish di hadapannya.Air mata Aishah mulai turun ke pipi.

"Sayang maafkan abang..abang tahu abang salah abang menyesal sangat..tolong maafkan abang..bagi peluang kedua untuk tebus kesalahan abang please sayang"kata Khalish

"Awak ingat senang ke saya nak maafkan awak..apa awak ingat kesalahan awak tu kecil..disebabkan awak juga Khalisha kehilangan awak sejak dia lahir lagu...awak tidak layak untuk dimaafkan.."kata Aishah

"Dah jom Khalisha balik rumah"kata Aishah menarik tangan anaknya dengan lembut

"Tak nak Khalisha tak nak balik..Khalisha nak duduk dengan daddy"kata Khalisha sambil menggenggam tangan ayahnya.

"Khalisha kan dah tengok daddy dah jom balik"kata Khalisha lagi

"Khalisha tak nak balik"kata Khalisha

"Khalisha jangan buat mummy macam ni..dah jom balik cepat"kata Aishah menarik tangan anaknya dan membawa pergi.Khalisha menangis teresak esak.Ain yang berada di situ tidak sampai hati melihat khalisha menangis.

Pada malam Aishah mendodoikan anaknya sambil mengusap kepala anaknya selepas beberapa minit Khalisha sudah tertidur.Tiba tiba Ain membuka pintu bilik dan masuk ke dalam bilik dan melabuhkan punggung di tepi katil.

"Sha sampai bila kau nak macam ni...kau tak kesian ke dekat Khalisha tu kau pun tengok tadi kan dia nangis macam mana bila berpisah dengan Khalish..dia pun nak belaian seorang ayah kasih sayang seorang ayah sejak kecil lagi dia tak dapat semua tu baru je dia nak dapat kau nak pisahkan pula..cubalah kau fikir sikit jangan fikir untuk diri sendiri kau saje fikir pasal anak kau tu juga dia pun nak juga semua tu..Aku tahu bukan senang nak maafkan dia tapi kau cubalah demi Khalisha..kau terima lah khalish balik dalam kehidupan kau meskipun itu susah untuk kau demi khalisha dan lama lama aku percaya kau boleh maafkan Khalish...kau fikir betul betul dulu..aku nak balik dulu..Assalamualaikum"kata Ain

"Waalaikumsalam"kata Aishah dengan perlahan

Happy reading :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience