Faris membuka pintu rumahnya itu. Nediya berada di ruang tamu menunggu kepulangannya itu. Faris terkejut Nediya berada di ruang tamu. Dia menyoal Nediya perlahan. "Eh, sayang. Tak tidur lagi?" Nediya tersenyum kosong mendengar pertanyaan suaminya itu. Dia lantas menjawab. "Belum lagi. Dhia tunggu abang balik." Nediya berkata sekerat. Kemudian, dia menyambung kata-katanya lagi. "Abang mesti penat kan balik lewat malam ni? Banyak kerja ya?" perli Nediya.
Faris tergagap-gagap mahu membalas kata Nediya itu. "Ya, abang banyak benda nak kena settle dekat butik tadi. Tu la abang balik lewat sikit." Nediya sekali lagi tersenyum sinis apabila dpaat menghidu pembohongan suaminya itu. Dia berkata kembali. "Oh, macam tu. Mari sini Dhia tolong urutkan abang." Tanpa berlengah Nediya terus mengurut suaminya yang baru sahaja duduk di sofa sebelahnya itu. Faris membiarkan sahaja isterinya melayannya itu.
"Abang, kalau Dhia tanya abang soalan sikit boleh?" kata Nediya. Faris berkata sambil melelapkan matanya. "Apa dia, sayang?" Nediya menarik nafasnya sebelum dia memulakan soalannya itu. "Kalau Dhia keluar dengan lelaki lain abang marah tak?" Baru sahaja Faris benar mahu terlelap, tiba-tiba matanya kembali bersinar apabila mendengar soalan isterinya tadi.
"Kenapa Dhia tanya soalan macam tu? Abang tak benarkan." jawab Faris dengan reaksi muka yang seperti tidak suka dengan pertanyaan Nediya itu tadi. Nediya memandang suaminya sinis. Dia berkata lagi. "Kalau Dhia berpegangan tangan dengan lelaki lain, abang marah sampai mahu menceraikan Dhia ke?" Kali ini Faris tidak dapat menahan marahnya. Dia pelik dengan soalan-soalan yang diajukan oleh isterinya itu.
"Dhia, abang tak suka Dhia tanya abang soalan macam ni. Sudah tentu abang akan marah bahkan nahaslah jika abang dapat tahu Dhia buat macam tu." Faris berkata panjang dengan nada yang agak tinggi.
"Tapi seandainya abang yang buat dekat Dhia macam tu, bagaimana pula?" Tidak semena-mena air muka Faris berubah. Dia menyangka bahawa Nediya seperti dapat tahu yang dia sudah dimadukan. Faris terdiam sejenak. Kemudian, dia berkata lagi. "Kenapa Dhia cakap macam tu?" Nediya sekali lagi menarik nafas sedalam-dalamnya. Berdoa agar dia mampu menahan dirinya daripada perasaan yang tidak mampu dia luahkan ketika ini.
"Petang tadi Dhia nampak apa yang abang buat dengan seorang perempuan. Sanggup abang buat Dhia macam ni kan?" Nediya gagal menahan dirinya. Air matanya sudah jatuh berlinangan di pipinya itu. Dia menangis teresak-esak terkenangkan peristiwa tadi. Sejak dia melihat peristiwa itu, dia tidak pernah lagi berhenti menangis dan memikirkan akan kekurangan dirinya terhadap Faris.
Faris tergamam mendengar kata-kata Nediya itu. Peluh di dahinya yang mengalir itu disapu terus dengan tangannya. Faris terdiam. "Kenapa abang diam? Ada sesuatu yang abang ingin cakap dekat Dhia ke?" kata Nediya lagi dalam nada tangisannya.
Faris masih lagi terdiam seribu bahasa. Nediya menyambung lagi. "Cakaplah abang. Hebat sekali ye. Bawa perempuan tu ke kondominium mewah seperti abang dah lupa siapa Dhia dan Qiesha sebenarnya pada abang." ujar Nediya lagi. Faris memandang ke arah lain.
"Ya, abang keluar dengan dia. Perempuan yang awak panggil itu namanya Letizia. Awak tiada hak melarang saya keluar dengan dia lagi kerana kedudukan awak dengan dia adalah sama sekarang." bentak Faris. Nediya terpaku. Lidahnya seperti digam - tidak mampu mengeluarkan sepatah perkataan pun. Hatinya hancur berderai mendengar kata-kata Faris itu tadi.
"Kedudukan yang sama? Apa maksud abang?" soal Nediya. Kali ini, tangisannya sangat deras mengalir di pipi gebunya itu. "Saya dan dia sudah pun berkahwin. Mulai sekarang, saya akan bergilir malam dengan awak dan dia." terang Faris. Sekali lagi, Nediya terkejut besar mendengar kata-kata Faris sebentar tadi. Tiba-tiba Nediya merasakan kepalanya seakan berputar. Keadaan sudah pun menjadi gelap. Nediya jatuh pengsan disitu juga. Faris yang terkejut melihat akan keadaan Nediya itu lekas menyambutnya dan membawanya ke kamar tidur mereka.
Share this novel