bab2

Romance Series 14769

"Wah, pasangan bahagialah". kata Dainal yang tiba tiba muncul entah dari mana.

"Kau rejected aku Fee! But with him, why did you accept it? Tolong jelaskan kepada aku Fee".Tanya Dainal yang betul betul tidak berpuas hati dengan Que.

"Dia ni anak mak Fee! Kalau kau rasa nak kena kena penyapu mak dia. Cubalah hahahhahahah". Kata Dainal lagi dan ketawa sekuat kuat hatinya.

Feena terhenti menari dan melepaskan pelukan Que. Sambil memandang Dainal. Dalam hati Feena yang sebenarnya, mahu juga turut sertai Dainal untuk ketawa besar. Tapi bila melihat balik kepada Qie yang berkerut dahi, Feena membatalkan niatnya untuk berbuat begitu.

"Que jom duduk, i malas nak layan dia". Kata Feena dan menarik Que duduk semula disofa. Dainal masih menggikut Feena.

"Jom menari dengan aku pula!"
Dainal menarik tangan Feena yang sedang duduk bersama Que. Berdiri Que, bila Dainal menarik tangan Feena. Lantas Que bersuara.

"Heii bro, janganlah buat macam ni.
Dia tak suka kot. Janganlah main paksa paksa. Tak baguslah macam tu bro". Kata Que yang begitu jantelmen.

"Heiii anak mak! kau siapa? Apa yang tak puas hati sangat ni?"
Sambil Dainal melepaskan tangan Feena dan hendak ke tempat Que berdiri.

"Kalau aku biarkan mesti meletop tempat ni... Baiklah aku, leraikan mereka berdua". Bisik hati Feena.

"Heiii Heiii Dainal. U janganlah buat kecoh dekat sini. Sinikan majlis orang".
Sambil Feena memeluk Dainal dan mata memandang Que.
Sempat Feena mengelipkan sebelah mata kepada Que, sambil tangan Feena, mengarahkan Que tunggu sebentar dan menarik Dainal pergi kesatu sudut.

"Dainal sayang, u datang dengan siapa?"
Tanya Feena dengan nada manjanya.

"I datang dengan Har".
Sambil menunjukkan Feena lokasi Har. Kelihatan Har sedang sebok dengan awek awek club disatu sudut yang agak tersorok.

"Hurmmmm, mereka dua ekor ni sama je! Tak boleh pakai. Awek awek tu, boleh pula layan beruk dua ekor ni... Ini mesti dia umpan awek tu dengan kereta Ferrari yang baru bapak dia belikan! Muka handsome sikit dah jadi noty boy".
Bisik hati Feena, bila melihat Har antara anak Dato yang agak terkenal dikalangan anak muda.

"Dainal, baik u lepak dengan Har dan awek awek tu. I dah nak balik ni. Dady i dah call. I kena gerak balik sekarang. U pergilah dekat Har sana. Wish you a wonderful day sayang".
Feena berpura pura, suka kepada Dainal dan memegang dada Dainal.
Yang sebenarnya, Feena malas nak lihat Dainal bergaduh kerananya didalam club ini. Lagi pun orang dah mabuk. Bising bising pun tak guna.

"Kalau dia yang hilang akal, kerana mabuk. Biarlah kita orang yang ada akal ni, meredakan keadaan". kata Feena didalam hati.

"Rosak malam aku kerana kau Dainal". Bisik feena lagi.

Dainal merapakan mukanya, mahu mencium Feena. Sebelum feena pulang kerumah. Feena menolak muka Dainal perlahan sambil terseyum.

"Hurmmm tak nak lah. Nafas u berbau beer. Next jumpa, baru u cium i ok. Pastikan jangan minum tau". Feena tersenyum kepada Dainal. Dainal juga terseyumm dan mencubit pipi Feena.

"Jangan haraplah aku nak jumpa kau lagi monyet. Ini lah hari terakhir aku jumpa dengan kau. Moga lepas ni, aku tak akan terserempak lagi dengan kau... Sayang betullah! muka handsome tapi hurmmmm terasa nak mencarut je".
Bisik Feena.

"Good night my love".
kata Dainal sambil berlalu pergi kepada Har. Lantas Feena pergi kepada Que.

"Hurmmm tak tau nak cakap apa lagi Que. Orang kalau dah mabuk, memang tak boleh nak kasar kasar.
kita kena berlembut, sebab itulah saya tarik dia ke tepi".
Kata Feena kepada Que, sambil memberikan Que senyuman.
Que membalas senyuman Feena.

"I nak balik lah Que. Kalau lama i dekat sini. Takut jadi pegaduhan nanti. Jom teman i jumpa Zana".
Feena menarik tangan Que dan mereka berpegangan tangan, pergi kepada Zana dan Fizi.

"Sayang aku balik dulu ye?"
Kata Feena kepada Zana.

"Why so fast? You're not comfortable with, this place ke sayang?"

"Ehhh, tak lah Zana. Tempat ni ok.
Cuma dah janji dengan Mama i, nak balik cepat. Lagi pun dah lewat sangat ni".
Balas Feena.

"Ok lah kalau macam tu. Hati hati memandu sayang".
kata Zana sambil memeluk Feena dan mencium kiri dan kanan pipi Feena.

"U pun nak balik ke Que?"
Tanya Zana.

"Ahaaa Zana! i pun nak balik.
Happy birthday sweet".
kata Que kepada Zana.

"U juga, hati hati memandu.
Jangan korang melencong tempat lain pula? hehheh". Zana ketawa. Mereka berempat juga ketawa.

Perjalan kekereta, Mata Que memerhatikan sekeliling kawasan. kelihatan masih ada coffee house yang masuh buka. Sempat Qie mengajak Feena pergi minum dicofee house yang masih beroperasi disekitar club. Feena bersetuju dan berpimpin tangan berjalan kaki ke Cofee house tersebut.

Sampai didalam coffee house, kelihatan tidak ramai orang. Hanya 2 pasangan yang masih lagi berborak borak sambil bergelak ketawa dan 3 orang staff yang buat buat sebok, bila nampak Feena dan Que masuk kedalam. Salah seorang staff perempuan yang kelihatan keletiha, datang mengambil pesanan dari Feena dan Que. Mungkin perkerja wanita penat berkerja seharian.

"Bagi i coffee dengan cake coklat ye?'
Kata Que.

"Hurmmmm, memang anak emak betul! Makan pun macam teratur sangat".
bisik Feena.

"U bagi i milo ais dengan roti bakar ye.I nak satu set je". Kata Feena kepada staff perempuan itu.

"Baik cik",

Staff itu berlalu pergi kedapur.

"U ni memang makan macam ni ke?
makan cake dengan coffe. Macam teratur sangat cara u makan".
Feena cuba mengorek rahsia Que, yang dikatakan anak emak itu.

"Ohhh, i dah terbiasa macam ni Fee. Setiap petang, my mum akan sediakan i macam ni. Dari i kecil lagi, cara makan i macam ni. So dah terbiasa. My mum memang tak benarkan i minum banyak ais. Tapi bila dah besar ni, i bedal je. Bukan dia ada dengan i pun". kata Que, sambil ketawa.

"Soooo anak emak sangat".
Bisik Feena, sambil tersenyum melihat Que.

Que, bangun dari tempat duduknya dihadapan Feena dan bertukar tempat duduk disebelah Feena.

"Fee, betul ke u dah putus dengan mamat pemabuk tu?" Tanya Que kepada Feena. Feena merapatkan badannya kepada Que dan berbisik ditelinga Que.

"Betul sayang, i dah break up with him". Feena tersenyum memandang Que. Meremang bulu roma Que, bila Feena main bisik bisik.

"U ni buat i meremanglah Fee. Main bisik bisik pula. i sukalah u Fee. mengoda lahh u ni". kata Que kepada Feena.

"Tak apalah main bisik bisik janji tak main benci benci". Kata Feena sambil ketawa. Que yang duduk disebelah Feena juga turut ketawa.

"Wahhh happynya couple ni!"

kata seorang pemuda yang agak berumur membawa makan Feena dan Que. Kelihatan lelaki tersebut seperti pemilik coffee house tersebut. Kerana pakaiannya yang agak kemas dari yang lain. Dia meletakan makan dan minuman kami dia atas meja.

"Enjoy your meal dear".

kata lelaki tersebut sambil tersenyum dan masuk semula kedalam dapur. Feena dan Que membalas senyuman lelaki tersebut dan memerhatikan lelaki tersebut masuk kedalam dapur. Mereka makan sambil sambung berborak borak. Sungguh rancak mereka berborak, sampai tak sedar dalam cafe itu hanya tinggal mereka berdua dan dua orang staff, yang sepertinya tengah menunggu bila Feena dan Que mahu keluar dari tempat itu.

"Ehhh, kita berdua je tinggal.Jom lah Que. I nak balik". kata Feena kepada Que.

Que bangun membuat bayaran dan Que memimpin tangan Feena. Mereka berjalan ketempat parking kereta. Que menghantar Feena hingga ke kereta Feena.

"Ok u, thanks hantar i ke kereta i. Nanti kita jumpa lagi ye?"

Kata Feena kepada Que.

"Hati hati memandu Fee. Malam nanti tidur mimpikan i tau".

Tersenyum Feena bila Que berkata bergitu.

"U pun sayang, mimpi kan i juga. Tapi pastikan dalam mimpi u nanti, tak ada mama u".

Feena ketawa, berkerut dahi Que.

"You are naughty dear".
Balas Que sambil terseyumm.

"Hati hati memandu ye Fee".
kata Que lagi.

"Ok thanks Que, bye". Feena melambai Que dan berlalu pergi meninggalkannya. Separuh jalan mahu sampai ke rumah.
Tiba tiba, Kereta Feena diblock oleh sebuah kereta honda berwarna hitam. Feena tidak membuka lock pintu keretanya, hanya duduk didalam kereta ketakutan.
Feena begitu ketakutan, sehingga menggigil seluruh badan. Dalam hatinya berdoa, agar dia tidak diapa apakan. Kerana gagal membuka pintu kereta Feena, mereka memecahkan tingkap belakang keretanya dan berjaya membuka pintu belakang. Oleh kerana sudah Pukul 2pagi dan kawasan tempat yang agak sunyi. Tidak ada seorang pun yang lalu disitu.Semua sedang sebuk tidur diatas tilam yang empuk, sambil bermimpi yang indah indah.

"Tolong tolong tolonggggggg"
Feena menjerit sekuat hati. Feena sangat takut, bila melihat 4 orang lelaki dihadapannya dengan memakai penutup muka. Feena tidak dapat berfikir dan tahu mahu buat apa. Hanya menjerit meminta tolong sahaja yang keluar dari mulut Feena. Lantas mulutnya ditutup oleh tangan salah seorang dari lelaki tersebut dan mengheret Feena masuk kedalam keretanya.
Mana kala seorang lagi lelaki, membawa kereta Feena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience