Rate

Bab satu

Romance Series 14721

Ian Hazrael menggeliat saat cahaya matahari menembusi tirai nipis menerpa ke wajahnya. Malam sudah berlalu. Sekarang giliran matahari pula mengganti tempatnya untuk menyenari bumi. Rambutnya yang serabai itu di ikat tocang. Dengan muka baru tidur itu dia terus melihat iphone.

"Lah baru pukul 6.30 rupanya," kata Ian Hazrael. Dia melihat lagi sekali jam di iPhonenya setelah menggosok matanya beberapa kali. "Ah?! dah pukul 6.30? Aduh aku terlepas solat subuh. Aku lupa nak set jam kat London kepada Malaysia.

Dia pun bingkas turun dari katilnya dan meluru ke bilik air.

Selepas mandi, dia menyarung pakaian sekolah menengah ke badannya. Pakaian apapun dia pakai tidak mengurangi kekacakan yang dia miliki. Dia boleh di katakan seorang 'perfect'. Semua yang ada padanya sering membuat para gadis-gadis jatuh cinta dekatnya kerana paras rupa yang menarik. Selesai siap, dia pun terus menuju ke ruangan makan.

"Selamat pagi, mummy!" Sapa Ian Hazrael.

"Selamat pagi. Macam mana tidur semalam? Lena tak?" Tanya Puan Asmidah.

"Bolehlah. Tapi panas sikit," jawab Ian Hazrael.

"Biasalah tu suhu cuaca sini dan London berbeza. Nanti lama-lama Ian biasalah dengan cuaca sini," kata Puan Asmidah.

"Hmm.... Mummy, Ian nak pinjam kereta mummy boleh tak? Kereta Ian tinggal kat London," Ian Hazrael mintak izin.

"No. Mummy nak pakai. Ian pakailah kereta yang ada kat garaj tu," jawab Puan Asmidah.

"Yela," balas Ian Hazrael sepatah.

Ian Hazrael pun makan sarapanya yang sudah sedia oleh Puan Asmidah.

Terjadi pada Kayla Hazel.

Ku Fahmi menggeleng-geleng melihat adik bongsunya masih tidur sambil memeluk batal busuknya. Ku Fahmi hanya mampu mengeluh.

"Adik bangun, pergi sekolah!" Kejut Ku Fahmi.

"Hmm... Awal lagilah," jawab Kayla Hazel sambil menarik selimut ke atas kepala.

Haih anak dara ni. Payah betullah nak bangun pagi. Nak kena kejut baru nak bangun. Sabarlah jelah. Nasib baik kita orang dua beradik. Kalau ada 2,3 adik perempuan, tak tau macam mana nanti.

"Tengku Kayla Hazel Binti Tan Sri Fakrul, bangun!!!!" Jerit Ku Fahmi kuat. Bagai nak runtuh rumah banglo bertingkat 5 itu.

"Eh mak kau bodoh!" Melatah Kayla Hazel sambil melompat dari katil bersama dengan selimut yang menutup kepala dan mukanya.

"Kepala bana kau emak kita bodoh. Kau yang bodoh sebab tak pandai nak bangun sendiri," kata Ku Fahmi.

Selimut di kepalanya di tarik oleh Kayla Hazel.

"Alah abang ni. Pagi-pagi dah nak membebel. Adik bukan sengaja nak cakap mak bodoh. Dah adik terkejut sangat bila mendengar jeritan abang tu," balas Kayla Hazel sedih.

"Tak payah nak buat drama sedih pagi-pagi. Pergi mandi sekarang. Abang tunggu kat meja makan," arah Ku Fahmi.

"Baik abang aku tercinta,"

Kayla Hazel berjalan ke bilik persalinannya sebelum mandi. Dia nak sediakan dulu seragam sekolahnya. Senang nanti nak pakai. Tak payah cari-cari.

.....

Sebuah kereta mustang parking di perkarangan sekolah. Pelajar-pelajar yang datang awal itu mengintai siapa yang bawa kereta mahal itu. Tidak lama, keluarlah seorang pelajar perempuan. Rupa-rupanya Kayla Hazel. Pelajar yang paling popular dengan sikap dingin dan suara lunaknya ketika menyanyi.

Ya, itulah Tengku Kayla Hazel binti Tan Sri Fakrul, seorang perwatakan dingin dan sangat terkenal di dalam sekolah dan seluruh dunia dengan suara merdunya. Dia anak kepada sepasang jutawan Malaysia-Itali. Dan anak paling bongsu dalam tiga beradik. Bukan itu je, dia juga mempunyai sepasang mata yang sangat cantik dan menawan berwarna biru kehijauan..Mungkin sebab dia kacukan.

"Fuyo!!! Kay bawa kereta Mustanglah hari ni," kata seorang pelajar perempuan.

"Kan. Untuk jadi anak orang jutawan boleh tukar kereta mewah hari-hari," kata kawannya pula.

"Betul tu. Aku jealous lihat Kay tu. Pergi mana-mana semua orang akan suka kat dia," balas pelajar tadi.

"Biasalah kalau anak kepada pengaruh kuat. Mestilah orang-orang suka. Nanti bila dah bankrap, takde siapa yang nak sanjung lagi. Lagi pun kekayaan itu bukanya kekal. Akan hilang juga suatu hari nanti," kata kawannya lagi sekali.

"Ehem... Sedap gosip?" Tegur Kayla Hazel.

Tiga orang pelajar perempuan itu terkejut.

"Eh, kau Kay. Dah lama ke kau sampai?" Tanya pelajar itu takut-takut melihat Kayla Hazel betul-betul belakang mereka.

"Dah lama pun. Sedap eh kau orang bergosip. Sampai tak tengok kiri ke kena," kata Kayla Hazel bersahaja. Tapi dengan nada sedikit meninggi.

"Kita orang mintak maaf..Kita orang tak bermaksud nak bergosip-gosip pasal kau. Cuma kami jealous tengok kau di lahirkan dengan keluarga jutawan.

"Haih..... Bak kata... Siapa nama kau?" Tanya Kayla Hazel

"Ila," jawab pelajar perempuan yang duduk sebelah dengan pelajar tadi.

"Okay. Betul Kata Ila..Kekayaan tu hanya pinjaman dari tuhan untuk kita. Dan tak akan kekal dengan kita. Kekayaan tu akan lenyap juga bila kita dah mati. Aku tak mintak pun dilahirkan dalam keluarga jutawan. Dah tu takdir yang tuhan tetapkan untuk aku sekeluarga. Kalau boleh, aku nak hidup macam orang lain. Pergi mana-mana tidak ada sesiapa yang ambil tahu dan membuat artikel-artikel cerita sensasi. Tapi tulah kita tak mampu untuk menhalangkan. Kalau kau orang nak hidup macam aku, kau orang berusahalah untuk memiliki seperti aku. Jangan pernah berputus asa. Setiap perjalanan yang kita ambil tidak mustahil ada dugaan. Okaylah, ciao!!! Assalamualaikum!!!" Kayla Hazel pamitan selepas memberi syarahannya yang tidak berbayar itu.

"Betul juga kata Kay tu. Kita siapa nak judge orangkan. Semua rezeki sudah di tetapkan. Cuma kita kena berusaha untuk mencapainya," kata kawan pelajar yang mula-mula itu.

Kayla Hazel tersenyum sorang-sorang macam orang gila.

"Cayalah Kay. Sejak bila kau pandai bagi syarahan kat orang ni? Bukan ke kau lebih suka memaki hamun mereka yang cuba mengosip pasal kau," kata Kayla Hazel dengan bangga.

Dia terus membuat muka bekunya selepas sedar apa yang berlaku tadi.

Share this novel

IvyErena
2021-11-17 15:33:44 

next best tq sudi follow


NovelPlus Premium

The best ads free experience