2 Tahun yang lalu,
SUASANA di dalam bilik mesyuarat yang tenang menyebabkan lelaki berkemeja coklat cair seperti cacing kepanasan di tempat duduknya. Kaki digoyang mencari idea. Langsung dirinya tidak mendengar apa yang sedang dibincangkan sekarang. Menunggu Puan Mimie masih memberikan arahan kepada semua pekerja ibarat seperti menunggu buah kelapa gugur.
Berulang kali jam di tangannya dibelek dan dipandang. Pen di tangan diputar. Dia mengeluh dan berdecit. Punggungnya mula terasa pedih duduk lama di kerusi. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Daniel menghempaskan pen dan bangun secara tiba-tiba. Sabarnya hilang.
“Done! Maaf Puan. Saya terpaksa pergi.”
Membutang mata Puan Mimie melihat anak bujangnya bangun mengejut.
“Nak ke mana Encik Daniel?!”
“Solat Zohor. Saya belum solat Puan. Nanti habis waktu,” jawab Daniel spontan.
“Saya baru start meeting jam 2.30petang. Sekarang baru jam 2.50petang. Selain Encik Daniel, siapa lagi dalam bilik ini belum solat?”
Semua yang ada di meja menggeleng. Mereka hanya mampu saling berpandangan sesama mereka. Sedetik kemudian mereka memandang ke arah Daniel.
Daniel terkedu. Dia sedikit tunduk apabila alasannya tidak menjadi.
“Marobbuka!”
Berderai tawa pekerja yang ada di ruangan ini apabila Daniel tiba-tiba bersuara garau mengusik Puan Mimie.
Puan Mimie merengus.
“Pergi cepat! Habis solat masuk semula. Faham!”
Daniel mengangguk laju. Dia bergegas keluar dengan hati berbunga riang. Akhirnya berjaya juga meloloskan diri dari cengkaman ummi. Daniel turun menuju ke ruang letak motor dengan senyuman meleret. Kunci motor dikeluarkan dan dipusing sambil bersiul.
“InsyaAllah tak masuk. Sorry ummi. Dany is Dany. Anak ummi tak sama dengan yang sorang tu. Dany bukan budak office,” bebelnya sendirian.
“Pak Mail, helmet saya?”
Sengaja Daniel menyimpan helmetnya di meja pengawal bangunan bagi memudahkan dirinya melarikan diri. Jaket dikeluarkan dari dalam helmet dan disarungkan ke badannya. Spontan dia memberi isyarat ke pengawal dengan senyuman manis sebaik mencapai helmet.
“Terima kasih Pak Mail selamatkan saya.”
“Mengamuk Puan Besar nanti Encik. Pasti kecoh nanti satu office.”
“Apalah sangat amuk Puan Besar tu ke anak dia yang degil ni Pak Mail. Tiada siapa pun yang tahu hal ni selain dari dalam bilik meeting dan Pak Mail. Lain la mereka saja nak bagi saya pahala lebih. Silakan umpat. Alhamdulillah.”
Daniel berlari menuju ke motor. Telefon bimbit di dalam poket seluar dikeluarkan. Lebih 25 panggilan tidak dijawab dari nombor yang sama.
“Sorry darling... I meeting tadi. I gerak sekarang. See you later. Jangan merajuk darling bukan jauh pun.”
Panggilan ditamatkan dengan sengaja. Daniel ketawa kecil terasa gembira. “Bingit betul. Kenapa perempuan suka berleter benda remeh. Tak sampai 25minit pun ke sana melainkan aku naik kereta.”
Enjin motor dihidupkan. Dia memulakan perjalanannya menuju ke Seremban bertemu kekasih hatinya.
“Sorry ummi ya. Dany ada date. Jumpa malam nanti madam kesayangan.”
*
Deruman bunyi ekzos motor Daniel buatkan Melly sudah berdiri di depan pagar rumahnya dengan senyuman manja. Melly memandang Daniel masuk ke dalam garaj dan mematikan enjin motor.
“Amboi, cepat betul dah keluar buka pagar. Rindu sangat gayanya,” usik Daniel.
“I kenal bunyi ekzos you. Mana ada orang taman sini guna motor macam you.”
Daniel ketawa kecil mendengar gadis seksinya berbicara. Baru sahaja helmetnya diletakkan di motor, Melly sudah menarik lengannya.
“Melly, bagi I buka kasut dulu. Dah kenapa gelojoh sangat?”
Daniel menggeleng melihat gadis berseluar pendek satin dan berbaju T putih nipis menggedik di hadapannya.
“Suprise! Happy belated birthday.”
Jeritan dan bunyi tembakan popper mengejut Daniel. Langkahnya terhenti melihat gelagat rakan-rakannya di dalam rumah. Sampah yang tersangkut di rambutnya dibuang terasa serabut namun gembira dengan kejutan dari rakan-rakannya. Terasa bangga pun ada bila dapat kejutan seperti ini.
“Happy birthday handsome.”
Satu ciuman diberikan ke pipi Daniel spontan.
“Hei, hei... apa semua ni Melly?! Mana you sorok kereta motor semua orang?” tanya Daniel dengan penuh teruja.
“Adalah,” balas rakan-rakannya serentak.
Pinggang Melly dirangkul erat. “Thanks darling love you.”
“Love you too.”
“So sawit siot,” usik salah seorang daripada mereka melihat Daniel dan Melly berpelukan.
“Eh, sudah-sudah! Masuk sekarang. Kita potong kek lepas tu makan. Lapar gila tunggu kau. Nak sweet sweet lepas makan,” sampuk rakan yang lain.
*
Suasana rumah riuh rendah Daniel dan rakannya berpesta di dalam rumah. Saat rakannya sedang seronok berbual dan bergurau senda Zack sedar Daniel hilang dari ruang tamu ini.
“Melly, mana Dany?”
“Ada luar agaknya. Tadi dia bagitahu nak merokok.”
Zack keluar mencari rakannya Daniel. Senyuman sinis terukir saat melihat lelaki kacak itu sedang duduk di tembok sendirian.
“Kau buat apa duduk luar Dany?”
Daniel menoleh ke arah Zack. Rokok di tangannya diangkat menunjukkan ke rakannya. “Tak nampak?”
“Kau ingat aku tak tahu kau ke mana? Melly boleh kau kelentong tapi bukan aku.” Kaki Daniel disepak dengan sengaja.
Daniel hanya tersengih memandang wajah Zack. Dia tahu Zack pasti tahu ke mana dia menghilang tadi.
“Satu best kau Dany. Mak bapa aku tahu aku keluar dengan kau dia on, tapi bila kata ada Joe panjang berjela bebelnya.
“Dah tahu diam-diam sudah. Kenapa kau keluar?”
“Aku dapat call daripada group. Geng bagitahu jangan lupa datang nanti. Semua nak jumpa kau dengan Dani.”
“Dani mana pula? Aku tak kenal pun dalam tu nama Dani,” gumam Daniel.
“Dani tu senior tak silap aku.”
*
Jam menunjukkan 7.20malam. Daniel tersedar dari lena apabila terdengar suara azan di masjid berkumandang. Dia hanya melihat rakannya masih lagi leka duduk berbual bersama pasangan masing-masing.
“Zack, mana Melly?”
“Ada bilik agaknya. Dany sepatutnya kau tidur di bilik dengan Melly. Baru syok dapat hadiah besar.”
Kusyen kecil dibaling ke arah rakannya. Gurau itu boleh buat dia hilang sabar.
“Aku tak pandai makan luar Zack. Inipun aku terlelap sebab pening gila. Aku kena balik, bising ummi abah aku nanti. Aku naik atas kejap jumpa Melly.”
“Pergilah Dany. Melly mandi agaknya. Bilik sebelah kiri tepi tangga,” sampuk Nita teman serumah Melly.
“Thanks Nita. Sorry ya... aku naik.”
“No hal Dany.”
Daniel mendaki anak tangga menuju ke bilik Melly. Dia menarik nafas dalam-dalam dan meraup muka sebelum mengetuk pintu bilik. Tangannya terhenti apabila mendengar suara Melly ketawa manja. Pantas dia menendang pintu bilik Melly dengan kuat.
“Dany, you... you dah bangun?”
Melly terkejut. Bagaimana Daniel boleh berada di atas sedangkan dia lihat dengan matanya sendiri Daniel terbaring di sofa bawah.
Daniel menghampiri mereka dan menolak bahu Melly kasar.
“Melly! Joe! Kau buat apa ni sial.”
“Dany dengar dulu. Sebenarnya.....”
“Dany rileks. Aku dengan Melly tak buat apa-apa pun.”
“Bukk!”
Tangannya pantas menumbuk rusuk Joe sebaik rakannya mendekatinya. Sabarnya hilang. Barannya memuncak menguasai diri.
“Bukk.”
Satu lagi penumbuk hinggap tepat di muka Joe apabila rakannya cuba mendekatinya. Hatinya rasa terbakar apabila melihat Joe khianat dengannya.
“Hei, monyet! Aku belum buta lagi. Kau ingat aku budak bawah umur? Diam-diam korang buat hubungan sulit belakang aku. Patutlah selama ni mengeletis sangat bila aku cerita hal tunang aku.”
Daniel menghalakan penumbuknya ke arah Melly. “Kau Melly!Mulai hari ini kau dengan aku bukan siapa-siapa lagi. Kita putus tunang. Aku bagi kau tempoh seminggu kosongkan rumah aku. Kau tak kosongkan, aku panggil polis halau kau.”
“Dany apa ni sampai halau Melly?”
“Monyet, kau diam. Kau nak betina ni kan? Ambik! Buat maksiat sana tempat lain bukan dalam rumah aku.”
Satu tumbukan hinggap ke muka Joe sebagai penutup sebelum Daniel keluar dari bilik. Dia beredar dengan hati yang terluka. Dany menunggang motor dengan perasaan marah yang membuak-buak. Apa salah dirinya hingga Tuhan tunjukkan semuanya.
*
“Bodoh! Buat apa telefon aku. Ingat aku nak maafkan kau ke betina.”
“Semua salah kau Dany. Itulah, tak nak dengar nasihat orang sekeliling kau. Kau terlalu cintakan dia sampai kau buta. Kau buta dengan cinta dia. Bukan ke abah dengan ummi dah pesan pada kau. Tapi kau degil, nak si Melly. Padan muka kau!”
“Sumpah! Aku menyesal kenal kau Joe. Dasar kawan makan kawan!” Daniel mula merungut dengan hati dan perasaannya.
Daniel mendongakkan kepalanya sekejap. Mata dipejam rapat-serapat dan mengucap panjang. “Lupakan dia Dany! Lupakan Melly! Kau perlu move on demi diri sendiri.”
Daniel bangun dari duduknya setelah hampir 25minit berada di situ menuju ke surau. Telefon bimbit di tangannya berbunyi. Dia mengeluh melihat nama di skrin telefon.
“Yes madam... ya madam... Dany on the way. Kejap lagi sampai. Nanti balik Dany cerita pada ummi dan abah. Ya, ya... nanti balik Dany jelaskan, tak clear la ummi... ummi... dengar tak... hello!”
Panggilan ditamatkan walaupun masih banyak lagi tazkirah yang patut didengar daripada madam kesayangannya.
“Berani betul dia call ummi? Nak salahkan aku ke?” bebel Daniel.
Daniel menolak dagunya ke tepi menghilangkan lenguh. Daniel mengeluh. Pili air dipulas mahu mengambil wudhu.
“Astagfirullah... hmm... bismillah, nawaitu....”
*
“Terima kasih dik jadi imam tadi. Sedap bacaan adik.” Pujian lelaki separuh abad ini membuatkan Daniel tersipu malu. Sungguh dirinya tidaklah sempurna mana tapi entah mengapa musafir lain menolaknya ke hadapan tadi.
“Erkk, sama-sama bang.”
Daniel menyambung semula perjalanannya pulang ke rumah. Hatinya lebih tenang dari sebelumnya. Benar. Hanya wudhu yang mampu memadam api kemaran seseorang.
Sepanjang perjalanan pulang, fikirannya melayang dan pada masa sama Daniel telah melanggar lopak air tanpa sengaja.
“Hoi, tak reti bawa elok-elok ke apa!”
Seorang wanita di kaki lima menjerit apabila air mercik ke arahnya.
“Huh, dah aku agak! Kelibat kau belum aku nampak aku dah agak. Aku dah jauh kot. Kau tak reti elak ke? Main langgar-langgar lecak. Sukanya aku! Ada aku talkin juga mangkuk motor ni!”
Danies berdecit. Ruling matanya melihat baju comot dan kainnya basah. Sakitnya hati apabila dia sudah comot disebabkan penunggang tadi.
“Harap motor cantik, akal entah mana dia buang.”
Gara-gara motor Kawasaki GPZ 1100 menderu laju melintasinya sedang berjalan di bahu jalan sekarang Danies sudah menjadi perempuan yang selekeh. Mulut Danies tidak henti-henti memarahi pemilik motor itu sepanjang perjalanan pulang ke kedai. Beberapa orang berselisih dengannya hanya menjeling dan tersenyum sinis melihat pakaiannya yang kotor.
Terima kasih sokong win dari awal dan akhir. ;)
Share this novel