Setelah Adam dilepaskan dan kemudian diperiksa semula oleh John, dia diperkenalkan dengan setiap ahli di pusat beli belah itu. Harry si ketua menyoal semasa mereka berkumpul di meja camping berkayu. " Jadi kamu ditangkap oleh lelaki separuh zombi dan dia yang gigit kamu. Bukannya kamu datang ke sini bersama-sama Harden dan Milly tapi kamu sebenarnya diselamatkan oleh seorang askar dan akhirnya kamu tiba dengan Hakim? " . " Ye." Adam mengiyakan. " Nampaknya ni sesuatu yang baru kerana kamu tidak bertukar jadi zombi. Sepertinya kamu ni anti zombi." John mencelah " Ya , saya yakin ni suatu maklumat berguna untuk proses merawat wabak zombi ni. Kita kena bawa Adam jumpa seseorang yang mampu cipta vaksin untuk wabak ni. Tapi setahu aku kerajaan yang mampu. Tapi kalau lihat Adam ni mungkin demam akibat kesan sampingan ubat yang dipaksa oleh lelaki aneh itu dan stress pada tubuh badan. "John memberi cadangan. Jack dan Jill terdiam apabila mendengar cerita daripada Adam dan merenung tajam ke arah Luke yang hanya bersahaja mendengar. " Luke, kau tipu kami! Kau nak apa sebenarnya?" Jill tiba-tiba berang. Semua terkejut mendengar pertanyaan oleh Jill. Luke membuat muka sedih " Maaf, jika aku kata hal sebenarnya aku pasti tak dapat ikut. Aku tahu budak ni seorang je yang terselamat, tapi aku tak mampu nak bantu dia kerana aku juga seorang diri. Ini sahaja cara aku dapat ikut." Luke merayu.
Julie berasa kasihan pada Luke dan memujuk suaminya." Harry, biarlah Luke ni sertai kita. Dia boleh bantu meronda dan tambahan pula dia boleh membidik. Tak salah bantu dia sebab bekalan kita masih mencukupi dan boleh bantu kita bertahan juga kalau kita diserang oleh orang luar yang mahu merampas mall ni." Harry memandang semua ahli anggotanya dan kebanyakan yang bersetuju adalah golongan wanita. Harry berfikir boleh juga Luke tetap dan membantu." Baiklah kau boleh kekal Luke. Tapi ingat kau jangan buat sesuatu yang salah, nanti kau tanggung akibatnya." Harry memberi amaran. Luke tersenyum lebar. " Terima kasih. Saya janji akan bantu apa-apa yang saya mampu." Kelihatan juga Sarah, Nadia dan dua jururawat tersenyum malu melihat ketampanan Luke. " Haha aku bernasib baik sebab aku masih dapat kekalkan ketampanan aku ni." Luke tersenyum sinis selepas itu.
Sementara itu, Hakim yang baru sedar sebelum mereka berkumpul duduk bersebelahan Adam dan dia hanya dapat mencerna sedikit cerita daripada mereka semua. Kemudian Harry memandangnya membuatkan Hakim kekok. " Oh, maaf. Nama saya Hakim dan saya asal dari negara Malaysia sama dengan Adam. Saya datang sini sebab baru nak sambung ijazah di universiti Kyres. Adam jumpa saya di stesen tren Sole. Maaf lagi sekali sebab saya mungkin tak dapat bantu banyak sebab saya memang tak tahu gunakan senjata macam pistol atau senapang. Oh, kalau susah nak sebut nama saya panggil je Hack pun cukup." Hakim memperkenalkan diri sambil merasa rendah diri dan dia juga malu untuk memberitahu dia sebenarnya terperangkap di dalam tandas stesen tren. Julie membalas. " Ouh, tak mengapa. Kami bukannya terdesak untuk cari sesiapa yang pandai guna senjata. Cuma itu hanya satu bonus. Kamu boleh sertai kami." " Terima kasih. Maaf saya nak tanya dengan keadaan begini sempadan buka ke? Maksud saya lapangan terbang atau laluan laut macam feri masih beroperasi tak?" Hakim menyoal. " Kebanyakan semua tempat di Kyres sudah lumpuh termasuk laluan keluar masuk sebab kerajaan Kyres tak benarkan sesiapa keluar dari sini. Tambahan pula, semua duta telah diarahkan pulang ke negara masing-masing tiga hari sebelum wabak ini dan tidak pernah lagi ada sebarang informasi kerana sistem komunikasi memang terjejas dalam tiga hari tu. Tapi kita bernasib baik kerana kita masih ada bekalan elektrik dan air tapi jika lihat pada situasi tak lama lagi akan kehabisan. Jumlah zombi juga setiap hari bertambah dan saya bimbang kita akan bergelut untuk dapatkan bekalan dengan orang awam yang lain." Harry membalas. Hakim berkerut dahi. " Tapi bukankah setiap duta patut panggil rakyat mereka pulang jika ada bahaya?" " Kami juga tidak pasti kerana pihak kerajaan tidak memberi apa-apa arahan dan hanya dapat bergantung atas usaha diri untuk selamat." Julie membalas. " Macam mana dengan laluan keluar masuk ?" Hakim menyoal lagi. "Memang kami tak dapat nak tinjau sebab zombi terlampau banyak di kawasan berdekatan sempadan serta kedudukan Kyres ni berjauhan dari negara lain menyukarkan untuk kita meminta bantuan daripada pihak luar. Tapi kami memang rancang untuk selidik kelak cuma perlu lebih orang dan bekalan mencukupi. Kita juga perlu bergelut dengan geng seperti Bob kerana dia mempunyai banyak anak buah yang menjaga sekitar kawasan Kyres dan dia tu penjenayah jadi ramai risau." Harry memberitahu." Umm, payah juga. " Hakim mengeluh.
" Saya nak minta izin boleh? Saya nak guna dapur dan barang di sini sebab saya nak masak untuk saya dan Adam serta Danial sebab kami kena makan makanan halal.Maaf." Hakim bertanya lagi. " Ouh boleh . Mari saya bantu sebab kamu cedera bahu lagi." Chen dan Nadia menawarkan diri lalu ketiga-tiga mereka berlalu diikuti Adam dan Danial ke bahagian tempat memasak yang dibina oleh Chen. Setelah sepuluh minit berlalu terbau masakan nasi goreng yang dibawa oleh Chen ke meja makan itu dan ditatap penuh minat oleh mereka semua. " Jemput makan semua. Ini namanya nasi goreng. Saya buat biasa- biasa sahaja dengan bantuan Chen dan isterinya. " Hakim mempelawa. Kemudian kesemua mereka menyatap makanan itu dengan penuh berselera. " Ouh, rasanya sama seperti ibu saya masak di China tapi berbeza bahane namun tetap sedap. " Chen berkata. " Biasa sahaja" Hakim menunduk malu sambil makan.
Tetapi Luke langsung tidak menjamah makanan itu dan hanya minum air kotak yang diambil daripada peti ais. " Maaf semua, saya ada alergi pada telur. Nanti saya makan makanan lain." Luke memaklumkan. Lalu setelah selesai makan dan mengemas, Hakim, Adam dan Danial melakukan solat berjemaah. Tiba waktu malam dan mereka semua berpakat untuk tidur di dalam kedai perabot kerana terdapat banyak set katil. Adam tidur bersama-sama adiknya pada katil queen berdekatan pintu masuk kedai itu ke lorong luar. Mereka menutup lampu separuh dan tidur. Pada waktu tengah malam Danial terjaga daripada tidur kerana ingin ke tandas. Dia bangun dan melihat sekeliling tiada sesiapa yang bangun. "Abang, jom gi tandas? Nak kencing. " Danial mengejutkan Adam yang masih dibuai mimpi. Adam membuka matanya sambil mamai dan memandang Danial kemudian dia sambung tidur semula. " Abang!" Danial berang dan akibat tidak tahan dia berlalu pergi turun ke eskelator untuk ke tandas di bahagian bawah kerana tandas di atas rosak.
.
Share this novel