#10

Other Completed 5709

#10
Kenapa Aku dan Kebanyakan Orang Lelaki Suka Berjoging? (Bahagian 1)

Aku ada satu jenis fantasi ni.

*******

Aku keluar jogging. Pakai baju Manchester United Merah, seluar biru dan berkasut Nike berjenama terkini. Berjoging waktu sebelum matahari mula naik. Sampai tempat jogging, sebelum peluh keluar, mata disajikan dengan pandangan syurga dunia. Gadis-gadis comel semua dikiri dan kanan yang turut sama mahu sihat. Plus, gadis yang suka bersukan ni sebenarnya sangat hot dipandangan mata lelaki.

Well, of course la kena kurus, putih dan cun baru boleh dikategorikan hot kan. Kalau tak hot, buat charity pun orang kata dia berlakon.

Sambung cerita, sedang aku jogging sambil mata memantau akan gadis-gadis genit disekeliling ni, tertangkap pula mata pada seorang gadis yang paling hot dekat situ. Sambil di telinga lekap earphone, dia berjoging hampir pasti tidak menghiraukan keadaan sekeliling dia dan tangan kanan memegang botol air.

Sedang dia berjoging, botol air dia terjatuh ke tanah, aku dengan gaya macho habis, tolong ambilkan botol air tersebut dan menyerahkan dengan senyuman yang paling manis. Sambil pusing belakang, nak sambung jogging.

Tak semena, kaki aku tersadung, jatuh tergolek, malu gila babi.

Awek cun tadi datang sambil bertanya,

“Awak ok tak?”

Hahahahahahahahaha!

Pergi mampus la nak cakap tak ok kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience