BAB 8

Drama Completed 21201

“Apa ni? Awak senior saya? Awak schoolmate saya?” Tiba-tiba manik-manik jernih mula menuruni pipiku.

Trauma. Aku memang tak nak fikir lagi pasal zaman dulu. Aku sakit hati. Aku dah puas kena buli mental. Aku tak nak seksa lagi hidup aku. Aku dah gembira dengan hidup aku sekarang. Air mata aku mengalir laju.

“Awak nak suruh saya janji biar saya tak marah awak? Awak nak suruh saya redha? Wei, kalau boleh saya tak nak ada kaitan langsunglah dengan zaman dulu!” Aku terduduk.

Aku terus mencari pintu keluar. Aku nak cari teksi. Nasib baik ada sebuah teksi yang dapat ditahan.

Sekarang ni aku hanya fikirkan Haikal. Waktu susah, aku selalu cari dia. Rasa terhutang budi sangat.

“Helo?” Haikal menjawab panggilanku.

“Hai.. Haikal.. Tunggu dekat rumah aku.” Suaraku masih serak-serak basah.

“Hei, kenapa ni? Kau kat mana? Alif buat apa-apa ke? Dia sakitkan hati kau?!”Aku tidak menjawab.

***

Sesampainya di rumah, Haikal terus meluru ke arahku. Amni pun ada.
“Kau okey? Dia buat apa? Kau cedera ke?”

Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala. Aku tak mampu nak bercakap. Amni dan Haikal akhirnya dapat meneka apa yang kualami sebab mereka pernah tenangkan aku daripada trauma.

“Kakak, dia ada kaitan dengan sekolah kakak dulu?” Dengan pertanyaan itu, tangisanku semakin banyak.

“Relaks, Allyn. Apa kata kita lepak macam yang aku cadang tadi.”

Aku pun hanya menurut langkah Haikal yang membawa aku dan Amni ke taman seberang jalan. Sejurus selepas itu, aku ternampak kelibat kereta Alif lalu dia keluar dari dalam kereta.

“Amani! Seriously saya tak tergolong dalam lautan manusia yang bencikan awak dulu!” Alif cuba mendapatkanku tetapi dihalang oleh Haikal.

“Terima kasih sebab letak telur dalam kolah dan buat-buat baik bagi semula duit nak ganti baju sekolah kawan-kawan-lah-sangat saya ya.” Aku menjawab dengan jawapan sarkastik.

“Awak, awak salah faham ni!”

Sememangnya itulah peristiwa yang aku tak boleh lupa langsung. Baru aku tahu, rupa-rupanya dia jugalah yang mengaku dia yang melakukan kesalahan tersebut. Tak sedar diri, masa tu dah Tingkatan 5 pun nak buat hal.

“Salah faham apa lagi? Dah awak yang mengaku, awaklah yang buat!”

“Bukan saya yang buat, tapi kawan-kawan Hana. Saya cuma nak selamatkan awak daripada buat denda yang tak sepatutnya awak buat. Walaupun bukan salah saya juga, saya nak lindung awak. Kalau boleh, sepanjang hidup saya!”

“Kau boleh berambus sekarang…” Ujar Haikal, perlahan.

“Ni tak ada kaitan dengan kau.” Alif terus membidas.

Takut sangat. Alif dan Haikal macam nak bergaduh je. Nasib baik Amni ada, pegang tangan aku erat-erat. Naik sikit semangat aku.

Dush! Satu tumbukan daripada Haikal buat Alif. Oh my god, tak pernah lagi Haikal ganas macam ni. Walaupun aku marah kat Alif, aku masih ada rasa kasihan. Kulihat Alif hanya diam membisu, tidak membalas.

“Kau nak kacau Allyn sangat kan, haa ambil satu lagi ni!” Haikal ingin menumbuk kali kedua, dan aku terus berdiri di antara mereka, cuba untuk menghalang Haikal berbuat demikian.

“Lyn, kau boleh lagi back-up dia?” Muka Haikal kelihatan sangat kecewa.

“Sudah-sudahlah. Tak perlulah kau buat macam ni.” Aku hanya menundukkan kepala.

Haikal pun terus berlalu pergi. Mukanya nampak bengang sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience