BAB 11

Humor Completed 12899

Dari Isnin ke Jumaat, hari yang paling best, iaitu hujung minggu pun tiba….

“Jemputlah masuk semuanya, ya!” Aku terdengar suara mak yang sungguh mesra menjemput tetamu merangkap keluarga Fahrin masuk ke rumah.

“Terima kasih. Boleh tahan rumah ni.” Terdengar suara wanita lain.

Aik… lain macam pula bunyi nada suara yang satu itu. Macam berlagak sahaja. Apa yang boleh tahan? Kalau rumah ini… memanglah boleh tahan sebab ada dinding semua. Takkan runtuh punya. Apa sebelum ini, dia ingat rumah mak aku ini buruk sangat ke? Isy… isy… isy…

“Mana dia… siapa nama dia, Fahrin? Fi… Fina?” Kedengaran suara itu lagi.

Kali ini aku yakin bahawa suara itu adalah milik mak Fahrin. Macam ada yang tak kena sahaja dengan mak Fahrin ini. Hmm…. macam pernah dengar pula suara mak Fahrin. Tapi…. lupa pernah dengar di mana.

“Fiona, mama.” Kali ini aku dengar Fahrin menjawab.

“Haa… Fiona. Sorrylah, Puan. Saya ni busy. Banyak kerja sampai lupa nama kawan Fahrin ni.” kedengaran suara mak Fahrin lagi.

Kawan Fahrin? Aku ini hanya kawan? Hatiku sudah terdetik suatu perasaan yang tidak enak.

“Ada…. Fiona ada kat dapur tu. Tengah buat air. Kejap lagi dia datanglah. Fiona! Tak siap lagi ke buat air tu? Mari cepat ke depan ni ha!” jerit mak kepadaku.

Aku cepat-cepat mengemaskan pakaian yang aku pakai supaya tidak kelihatan selekeh pada pandangan mata keluarga Fahrin nanti. Perlahan-lahan aku mengangkat dulang berisi air dan beberapa jenis kuih muih untuk santapan tetamu.

Setibanya aku di ruang tamu…..

Hah? Dia? Mampuslah aku! Patutlah macam pernah dengar sahaja suara itu tadi.

“Assalamualaikum.” Aku memberi salam selembut yang mungkin walaupun pada waktu itu aku sudah tidak ada mood langsung untuk meneruskan sesi pertemuan keluarga ini.

“Awak… awak Fiona?” soal mak Fahrin pantas.

Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku menjeling mak Fahrin itu. Sudahlah dia tidak menjawab salam aku. Lepas itu buat-buat terkejut pula. Tetapi aku masih tahu adat dan adab. Aku tidak mahu memalukan mak dengan sikapku.

“Ya saya, Puan Khadijah,” jawabku setenang yang boleh.

Kecil betul dunia ni. Kenapalah Puan Khadijah yang terang-terang tidak suka dengan aku ini yang menjadi mak Fahrin? Huhuhu…. punah harapan!

“Dah, Fahrin, papa. Jom kita balik. Mama kenal perempuan ni. Dia Pembantu Makmal kat kolej mama. Takkanlah Fahrin nak kahwin dengan Pembantu Makmal? Mana setaraf dengan keluarga kita. Dahlah perangai tu tak semenggah. Buat kerja pun entah macam mana….”

“Mama! Kenapa cakap macam tu?” Fahrin menyampuk, menyebabkan kata-kata Puan Khadijah yang keluar bagai peluru itu terhenti serta-merta.

Memang sungguhlah Puan Khadijah ini tidak mempunyai hati dan perasaan. Air mataku terasa mahu mengalir pada saat itu juga. Namun aku harus cuba menahan perasaanku sekuat yang mungkin. Aku harus kuat demi mak yang sudah kelihatan merah padam wajahnya.

“Kalau puan sekeluarga nak balik sekarang. Silakan, terima kasih kerana sudi bertandang ke rumah saya buruk ni.” Aku mencelah sebelum sempat Puan Khadijah menjawab soalan anaknya.

Kelihatan Puan Khadijah terus menarik tangan Fahrin dan terus keluar dari rumah. Terkial-kial Fahrin cuba melepaskan tangannya dari pegangan maknya. Namun tidak berjaya.

“Maafkan kami, Fiona, puan. Perangai mama Fahrin memang begitu. Jangan ambil hati, ya. Assalamualaikum,” ucap ayah Fahrin ketika melintasi aku dan mak.

Aku dan mak hanya membatu. Tidak memberi sebarang reaksi. Aku terus kaku bersama dulang yang masih belum sempat diletakkan di atas meja untuk dihidang kepada tetamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience