Munirah bangun awal bersiap seperti biasa hari ini. Perkara semalam sudah dilupakannya. Azhar sendiri tidak suka dia buat semua ini kenapa Munirah mahu rasa bersedih pulakan. Mengeluh Munirah di depan cermin apabila melihat dirinya itu. Tudung bawal kemas sahaja di pin tepi. Baju kurung menjadi pujaannya sekarang. Dirinya tidak ubah seperti dahulu sahaja. Tetapi adakah hatinya sudah banyak berubah? Kenapa dia masih memilih hidup seperti ini. Entah dirinya sendiri tiada jawapan untuk ini. Munirah terus mencapai beg galas tepi dan segera ia turun ke bawah. Jam di tangannya menunjukkan pukul 6.45 a.m. Sebentar lagi dia dan Azhar akan gerak ke tempat kerja bersama. Diri Munirah menjadi gugup sedikit untuk berjumpa dengan Azhar. Munirah berharap sangat mood Azhar baik sahaja pagi ini. Cukuplah semalam suasana sepi menyapa rumah ini. Munirah berjalan menuruni anak tangga perlahan dan baru ia perasan tubuh Azhar sudah pun duduk di meja makan. Azhar menjamah sarapan pagi yg mungkin dia sendiri sediakan semua itu. Munirah tidak suka sarapan terus berjalan ke depan pintu hadapan. Dia akan menunggu Azhar di luar sahaja hari ini. Belum sempat Munirah membuka pintu itu cepat saja tangan Azhar menahannya.
Nak pergi mana..awal lagi ni..Bersuara Azhar sambil memandang sahaja ligat Munirah masih membisu di situ. Sedikit pun Munirah tidak memandang dirinya yg sedang nikmat sahaja makan roti bakar. Azhar terus menarik tangan Munirah tanpa teragaknya. Munirah tidak membantah malah mengikut sahaja langkah Azhar menuju ke dapur.
Duduk dulu..Nak air milo tak?? Nak roti?? Tanya Azhar setelah melihat Munirah melabuhkan juga punggungnya dalam terpaksa. Munirah menggelang kepalanya kerana tidak ada selera mahu sarapan pagi ini. Mata Munirah terus melihat makanan lain yg terhidang di atas meja makan. Tergamamnya seketika apabila melihat ada puding karamel yg dibuatnya itu sudah di makan separuh. Azhar hanya menyanyi bagi menghilangkan suasana kekok sambil menyediakan juga secawan air milo panas kepada Munirah. Mata Munirah masih lagi tidak beranjak dari memerhati jika masakannya semalam sudah dijamah oleh Azhar. Kalau tidak disentuh pun pasti Azhar sudah membuangnya. Itu sahaja yg Munirah rasakan ketika itu.
Nah..minumlah. Isi sikit perut tu..Nanti masuk angin..Bawa bekal yee untuk makan tengah hari. Tak pun awak lapar nanti makan terus je.. Saya sudah sediakan semuannya. Kata Azhar lalu meletakan bekal makanan itu di sebelah Munirah. Azhar memegang sudu terus menikmati puding karamel itu dengan penuh nikmat. Terbutang mata Munirah melihat gelagat Azhar seronok sahaja makan puding itu.
Kan baru pagi...kenapa dah ambil makanan manis..nanti sakit perut. Bersuara Munirah pandangannya masih melihat ke arah lain. Air milo panas itu ditiuap dan di minumnya perlahan. Tersenyum Azhar akhirnya mendengar juga suara emas milik Munirah itu. Peduli juga Munirah terhadapnya. Azhar memberikan sahaja soalan itu dibalas sepi. Azhar mahu menghabiskan dulu puding karamel yg sedang dijamahnya ini. Setelah selepas baru Azhar memandang ke arah Munirah semula. Di tatap wajah Munirah yg sedang minum air milo di cawannya. Mahu tersedak sahaja Munirah masa mata mereka bertaut tepat. Senyuman di wajah Azhar belum lekang lagi. Tidak lenguh ke bibirnya asyik tersenyum saja memanjang. Itulah yg Munirah selalu rasakan.
Terima kasih sudah sediakan masakan untuk saya semalam. Awak sudah bersusah payah masak semua tu..Maaflah disebabkan saya pulang lambat..kita tak boleh makan sekali. Semalam saya mahu makan bersama awak..tapi tak apalah..awak dah masuk tidur. Saya makan tau masakan awak tu. Sedap. Berselera saya rasa sampai tambah nasi 3 kali. Tak sangka ehh pandai isteri saya ni masak rupanya. Lepas ni boleh masakan untuk saya lagi? Kali ini kita masak sama-sama pula tau. Saya tak berapa suka manisan tau tapi..entahlah tetiba rasa ketagih pula dengan puding karamel awak ni..sedap sangat..Saya tak boleh stop makan. Semalam dah 3 kali saya makan..pagi ni rasa nak makan lagi. Tak pe kalau sakit perut jangan risau..yg sure saya nak makan semua puding karamel awak ni. Dah jadi favorite saya tau. Apa yg awak dah letak dalam ni?? Kasih sayang ke sampai saya dah angau dekat puding ni.. sampai ke mimpi ia datang. Beritahu Azhar semua itu kepada Munirah. Agak lama jugalah riaksi Munirah selepas mendengar semua itu. Munirah terus ketawa semahunya. Tidak tahan apabila melihat muka Azhar comel saja berbuat begitu. Azhar terus diam tidak tahu kenapa Munirah ketawa kepadanya. Baginya betul lah apa yg dikatakannya itu. Dia sangat suka puding karamel Munirah.
Okey..Sorry..Jangan makan lagi. Balik nanti pun boleh makan lagi. Kang sakit perut kat sekolah pula. Ujar Munirah terus mengambil bekas pinggan dan sudu Azhar selesai makan untuk membasuhnya di singki. Lagi dilayan Azhar mahu saja habiskan puding karamel itu sekarang. Pelik saja perangai Azhar setiap hari. Kadang marah bila datang mood baiknya terlalu baik sangat. Munirah masih tidak memahami hati Azhar. Mungkin dirinya terlalu mentah untuk memahami hati seorang lelaki. Munirah tidak pernah bercinta sebelum ini menyebabkan sukar untuk dirinya mudah jatuh cinta. Azhar buat tidak dengar saja dengan leteran Munirah itu. Dia terus bangun dan pergi ke arah Munirah yg sedang mencuci pinggan di singki. Tanpa teragak lagi tubuh kecil Munirah dirangkul tanganya. Terkejut Munirah dengan tindakan Azhar itu mula duduk tidak senang. Selalu dirinya sahaja akan memeluk Azhar dahulu tetapi kali ini Azhar sendiri yg memeluknya.
Shuu..Teruskan cuci pinggan tu..biar kita macam ni sekejap. Bisik Azhar disebelah telinga Munirah. Azhar mengeratkan pelukannya itu. Munirah terlalu pendek menyebabkan dirinya terpaksa menbengkokkan sedikit belakangnya untuk meletakan kepala di bahu Munirah. Munirah hanya membiarkan saja Azhar terus berbuat demikian. Kalau Munirah suka bermanja dengannya kenapa sekarang Azhar tidak boleh berbuat begitu kepadanya. Itulah yg sedang bermain dalam fikiran Munirah sejenak. Hanya lelaki bernama 'Azhar' sahaja yg boleh berbuat begini kepadanya.
..................................................................
Mikhail..Kenapa keputusan peperiksaan kamu merosot ni?? Jatuh mendadak. Kamu tahu kan tahun depan kamu dah nak spm. Sampai bila kamu nak berkelakuan begini?? Kamu tak kesian ke dekat diri kamu. Kata Cikgu Yusra sedih sahaja melihat pelajarnya ini bermasalah. Cikgu Yusra juga merupakan Cikgu kaunseling sangat menitik beratkan tentang pelajaran pelajar di sekolah ini. Mikhail merupakan pelajar yg selalu menjadi perbualan di sekolah ini selepas berlakunya kisah yg tidak menyenangkan untuk keluarnya. Cikgu Yusra faham yg Mikhail turut terkesan dengan semua ini. Dia juga sedih atas apa yg berlaku kepada Munirah. Setiap hari dia berdoa supaya Munirah sentiasa di dalam lindungan-Nya. Sedikit banyak Azhar memberitahu tentang perkembangan Munirah itu sudah memadai bagi Cikgu Yusra. Cikgu Yusra masih tidak menyangka yg Azhar sudah berkahwin dengan Munirah. Mungkin inilah cara yg terbaik untuk menutupi kes yg berlaku itu.
Kenapa tanya saya?? Tanyalah siapa yg buat soalan susah macam tu. Jawab Mikhail meleretnya malas sahaja mahu berbincang dengan Cikgu Yusra pasal keputusannya ini. Dia tidak pernah kisah langsung tentang semua ini. Bersusah payah saja Cikgu Yusra fikirkan tentang dirinya miskipun keluarganya sendiri tak pernah bertanya tentang semua ini. Yaa, Keluarga yg bahagia kian musnah sekarang. Sedikit banyak semuanya akan hancur tidak lama lagi. Tanpa Munirah keluarga En Shukri tidak bermakna lagi. Itulah yg dimahukan oleh abahnya sendiri. Pemusnah segala harapan dan kebahagian. Biarlah hidupnya hancur. Dia sudah hilang segala semangat dalam dirinya. Mikhail tiada lagi tempat menumpang kasih. Tempat ia berkongsi cerita. Munirah saja yg kakak ia miliki. Dia sangat sayangkan Munirah. Walaupun kadang kala mereka selalu sahaja bergaduh kasih sayang adik-beradik tidak dapat dipisahkan. Itulah yg ditangung oleh Mikhail sekarang. Dirinya rasa kosong tanpa Munirah lagi.
Ermm...Mikhail teringatkan kakak? Itu saja yg mahu Cikgu Yusra soalkan. Dia dapat melihat riak wajah Mikhail terpancar satu kerinduan yg tidak dapat di pupuk. Mikhail terus mendengus kasar apabila mendengar soalan itu daripada Cikgu Yusra. Serta merta fikirannya terus terbayang wajah Munirah sejenak. Berat ujian yg Mikhail lalui tanpa Munirah. Dia kerap ponteng sekolah. Suka merokok. Suka mencuri malah selalu saja membuat masalah di luar sana. Pernah sekali Mikhail hampir ditangkap polis tetapi nasiblah begitu baik sekali apabila terserempak dengan Cikgu Yusra. Cikgu Yusra yg sanggup melindungi Mikhail daripada terjebak dengan benda haram itu lagi. Hati guru mana tidak kecewa melihat anak muridnya menjadi seperti ini. Seteruk mana pun kesalahan yg sudah mereka buat pasti ada kisah di sebaliknya. Mereka tidak akan menjadi seperti itu kalau tidak disebabkan oleh latar belakang keluarga mereka. Cikgu Yusra masih memegang tentang itu semua. Baginya sebagai seorang guru kaunseling tiada apa yg boleh ia tolong dari memberikan kata-kata nasihat dan juga membimbing untuk Mikhail menjadi anak yg baik seperti dahulu.
...................................................................
Awak..baju saya banyak dah dalam almari tu..buat apa nak beli lagi?? Kata Munirah setelah Azhar menarik tangannya masuk ke dalam butik pakaian wanita. Barang dapur hanya tinggal sedikit saja di rumah lalu Azhar mengajak Munirah untuk pergi membeli barang dapur sekali. Munirah melihat Azhar hanya banyak membeli bahan untuk buat manisan sahaja. Sengaja dia mahu Munirah memasak untuknya lagi. Air tangan isteri semuanya sedap walau macam mana pun rasanya. Dia berjanji akan mengajar Munirah masak selepas ini. Biar Munirah rasa mahu melakukannya. Azhar tidak akan memaksa perkara yg Munirah tidak suka lakukan.
Ehh dah banyak ke?? Asal dalam almari saya takde pun. Tercari juga saya setiap hari. Kata Azhar membuat muka hairan di hadapan Munirah. Pelayan kedai itu pun tergelak sedikit melihat gelagat Azhar itu. Mereka selalu saja datang ke sini menyebabkan pelayan itu suka saja melayan pelanggan tegar seperti Azhar dan juga Munirah.
Awak...balas Munirah terus menampar dada Azhar. Malu saja Azhar berkata begitu kepadanya. Bukan dia tidak tahu mereka berdua tidak duduk sebilik. Dah kenapa pula baju Munirah kena ada di dalam almarinya. Azhar terus tersenyum gatal di situ. Tangannya ligat sahaja mencari trend corak baju kurung terkini untuk Munirah. Suka sahaja dia melihat Munirah berbaju kurung setiap hari. Bagi orang lain seperti ketinggalan zaman sahaja wanita berbaju kurung sekarang. Tetapi baginya itulah wanita yg sedap matanya memandang tiap hari. Munirah sentiasa menjadi tatapan halal untuknya. Munirah mengikuti sahaja langkah Azhar itu. Sudah banyak kali ia cuba baju kurung pilihan Azhar. Semua yg dicuba itu jugalah Azhar belikan. Hampir 6 pasang baju kurung baru Azhar belikan untuk Munirah hari ini. Munirah tidak mampu menolaknya kerana Azhar mesti tidak akan mendengar. Di ikutkan saja minat suaminya itu.
Cepat buka mulut tu.. arrrr?? Kata Azhar setelah mengangkat garpu yg berisi ayam untuk disuapkan kepada Munirah. Tergamam Munirah melihat Azhar berbuat demikian dekat khalayak ramai seperti ini. Mereka berdua sedang makan di restoran dalam Mall itu. Memang ramai orang sedang menjamu selera di situ. Azhar dan Munirah masih lagi lengkap berpakaian baju kerja memandang mereka berdua datang terus sahaja ke sini. Nasib sahaja rupa Munirah nampak matang bila berpakaian baju kurung. Tidaklah dia rasa mahu bila berduaan dengan Azhar seperti ini.
Kalau saya kata tak nak?? Saja Munirah mahu menguji perangai Azhar ketika itu. Dia menjelir lidah kepada Azhar yg masih memegang garpu itu. Tergelak Azhar kecil terus memikirkan sesuatu supaya Munirah menerima juga suapan ini.
Sayang...please..abang tunggu ni?? Cepatlah Arrr?? Ujar Azhar manja sahaja ton suaranya itu. Orang di sebelah meja Munirah mula mencuri pandang ke arah mereka yg sedang asyik berdrama cinta ini. Tersenyum Munirah mukanya sudah menjadi merah padam. Perasaan malu mula menjalar di dalam hatinya. Munirah membuka mukutnya dan makan suapan Azhar itu. Azhar terus menepuk perlahan tangannya. Terlihat senyumannya tidak ubah seperti kerang busuk sudah mendapat segala kemahuannya ini. Mereka berdua terus ketawa. Tidak pernah lagi mereka berdua merasai suasana sebegini. Dari jauh pandangan sayu sahaja seorang melihat hubungan bahagia mereka berdua. Entah kenapa hatinya terasa sakit sekali.
Ehh..Hai abang...tak sangka ehh dapat berjumpa di sini. Eisya tengok sape ada dekat sini.. Tegur Mira setelah berhenti di depan meja Azhar dan juga Munirah yg sedang makan itu. Dia memberikan senyuman kepada Azhar sambil menunjukkan Eisya kepadanya. Terkedu Azhar sampaikan tersedak semasa minum air jus oren itu. Belum sempat Munirah pergi mengurut belakangnya laju sahaja tangan Mira dahulu menepuk belakang Azhar. Tergamam Munirah seketika selepas melihat mereka berdua begitu. Diturunkan semula tangannya ke bawah.
Ermm..ermm..Sokay..saya tak apa-apa. Awak buat apa dekat sini?? Tanya Azhar setelah batuknya itu sudah reda. Pandangannya sedikit pun tidak melihat ke arah Mira. Malah ia hanya memandang sahaja diri Munirah yg cuba menolongnya tadi. Munirah hanya memberikan senyuman kelat sahaja kepadanya. Azhar mula rasa tidak duduk senang dalam keadaan macam ni.
Saya keluar dengan bondalah..kebetulan bonda nak beli barang dapur. Jadi saya temanlah bonda. Abang buat apa dekat sini keluar dengan rakan sekerja ke? Kata Mira lalu matanya terus memandang ke arah Munirah. Senyuman manis diberikan kepada Munirah yg sedang buat tidak tahu saja dengan situasi seperti ini. Azhar dan Munirah saling berpandangan antara satu sama lain. Munirah hanya mengangkat kening sahaja kerana Azhar berhak memberitahu semua ini bukan dirinya. Siapa dia mahu bersuara dan mengaku dirinya adalah isteri Azhar.
Ohhh lupa pula nak beritahu. Mira ini saya nak perkenalkan..Munirah Safiyah. Isteri saya. Sayang..ni kawan abang..Amirah Athirah. Ujar Azhar semangatnya memberitahu semua itu kepada Mira. Terlihat senyuman manis terukir di bibir Azhar selepas berkata begitu. Dia betul maksudkan semua ini. Terbutang mata Munirah selepas Azhar sendiri berkata begitu. Dia ingatkan Azhar tidak mahu memberitahu tentang hubungan mereka kepada bekas tunangnya ini. Munirah terus memberikan tangan untuk bersalam dengan Mira. Dia juga memberikan senyuman kepada Mira. Mira hanya mengangguk tanda faham. Jadi memang benar Azhar mahu menyakiti hatinya kali ini. Mira juga membalas salaman Munirah itu. Senyuman kelat diberikan kepada Munirah.
Azhar..buat apa dekat sini?? Sapa Hajah Fazilah setelah sampai ke situ. Pandangannya terus diberikan kepada Munirah. Cepat-cepat Munirah menyalam tangan bonda apabila bonda melihat ke arahnya. Bonda menepuk lembut belakang Munirah. Kecil sungguh badan menantunya ini. Azhar yg melihat bondanya berbuat begitu tidak bersangka apa pun. Mungkin bondanya akan cuba menerima Munirah. Mereka berempat duduk dan makan bersama di meja makan itu. Seperti biasa hanya Azhar sahaja akan bercakap banyak. Munirah cuba untuk bergaul seperti biasa tetapi keadaannya amat kekok apabila Mira juga seronok berbual rancak di situ. Terasa asing sahaja dirinya apabila Mira membuka cerita lama Azhar dan dirinya masa di peringkat univerisiti. Bonda juga seronok memdengar cerita itu. Munirah hanya tersenyum riang cuba memahami situasi ini hakikatnya hatinya mula terasa kosong. Entah kenapa dirinya rasa tidak layak berada di situ sekali. Walaupun bibir sentiasa tersenyum keadaan hatinya tiada sesiapa yg tahu.
Share this novel