BAB 15

Family Completed 6753

Halilah membuka mata. Terkejut dia tengok Azril menjengukkan
muka ke tingkap bilik. Tak dapat masuk bilik, panjat tingkap pun jadi!
Dia bangun dari pembaringan. “Siapa suruh abang panjat?”

“Dah Eyla tak bagi abang masuk bilik, abang panjatlah.”
Azril tersengih.

“/Eee.../ turunlah, menyibuk /je /panjat tingkap orang.”
Masam muka Halilah.

“Abang masuk eh? Tangan dah lenguh ni.” Azril tayang muka
kesian.

“Ah, tak ada-tak ada. Jangan mengada-ngada nak masuk. Turun
sekarang!” Halilah sudah menghampiri tingkap.

Azril tak mengendahkan kata-kata Halilah. Dia cuba untuk
masuk melalui tingkap. Tiba-tiba dia hilang imbangan apabila Halilah
menolaknya. Macam nangka busuk dia jatuh ke tanah. Nasib baik tak tinggi
mana tapi terasa sengal jugalah bontot dia.

“Sampai hati Eyla tolak abang. Sakit tahu tak?” Azril
memegang belakangnya.

“Padan muka. Orang suruh turun tak nak, sibuk nak masuk
/jugak!/” Halilah terus menutup tingkap bilik. Mukanya berkerut lagi
apabila perutnya terasa ditendang dari dalam. Jauh disudut hati, ada
juga rasa kasihan melihat muka menahan sakit suaminya tapi dibuang rasa
simpati itu. Hatinya yang sakit perlu diutamakan.

“Macam mana boleh jatuh ni, Aril?”

Halilah terdengar suara emaknya di luar.

“Tersalah panjat, mak. Tu yang jatuh.” Azril ketawa.

“Ye ke tersalah panjat? Ke Eyla tolak kamu?”

“Eh, betul, mak. Mana ada Eyla tolak. Aril yang terjatuh
sendiri. Okeylah, mak. Aril masuk rumah ibu dulu.”

Beberapa minit kemudian terdengar pintu bilik Halilah diketuk.

“Eyla, buka pintu ni.” Siti mengetuk kuat pintu bilik.

Halilah berjalan perlahan membuka pintu. “Kenapa, mak?
Kacaulah orang nak tidur.” Dia tayang muka tak bersalah.

“Kenapa kamu tolak Aril? Mak tak ajar anak mak kurang ajar
macam tu pada suami tau.” Siti bercekak pinggang.

“Mana ada Eyla tolak dia. Mak sendiri dengar dia kata dia
jatuh, kan?” Halilah tayang muka tak bersalah.

“Ingat mak percaya ke? Kamu ni kenapa? Dah elok dia datang
sini nak pujuk, kamu jual mahal /pulak. Kang/ dia cari lain baru tahu.
Ingat lelaki ni suka sangat ke perempuan mengada-ngada macam tu?
Sikit-sikit nak merajuk.”

Wajah Halilah bertukar mendung. “Dia dah cari lain dah pun.
Tak guna dah nak sedih-sedih, dia bukan kesian pun.”

Siti terkesima. Dia langsung tak boleh mengeluarkan kata-kata.

“Mak tak payah nak buat muka macam tu. Mak pun sama,
bersubahat dengan dia.”

“Mak... mak...”

“Tak payahlah nak cakap apa-apa, mak. Eyla dah dengar mak
sebut pasal hantaran dengan majlis kat abang tadi. Kalau dia nak kahwin
pun kahwinlah. Eyla tak kisah langsung! Tapi jangan harap Eyla nak
berbaik dengan dia macam dulu.” Dalam hati dah rasa berbahang
membayangkan Azril bernikah dengan perempuan yang dia tak tahu siapa.
“Kamu tak nak tahu ke siapa bakal madu kamu?” Wajah Halilah dipandang sayu.
“Tak nak! Eyla nak tidur, letih sangat.” Pintu bilik ditutup.
“Kalau kamu sayangkan suami kamu, kamu suruhlah dia batalkan majlis tu.”
Halilah menekup telinga tak mahu mendengar kata-kata emaknya. “Biarlah
dia. Kalau dia boleh kahwin lain, Eyla pun boleh hidup sendiri tanpa
dia!” Dia dah malas nak fikir. Dia ada maruah, dia tak mahu merayu
kepada orang yang dah tak sayangkan dia. Dia merebahkan badan di atas
katil. Dia tak sangka apa yang pernah berlaku kepada Emma bakal terjadi
kepada dirinya.
*****
BALIK dari terawih, Azril nampak cahaya lampu dari celahan tingkap bilik
isterinya yang terbuka sedikit. Maknanya Halilah ada di dalam bilik. Dia
bergegas mendapatkan anak buahnya yang sedang bermain bunga api di laman
rumah dengan kawan-kawannya. “Iman, bagi ayah ngah bunga api ni eh.”
Dirampas beberapa batang bunga api yang belum dibakar dari tangan Iman
dan dia segera berlari ke rumah emak mentuanya.

“Alah, ayah ngah ni... Iman nak mainlah!” Iman merungut
sambil menghentak kaki. Tak puas hati apabila bunga apinya dirampas.

“Esok ayah ngah gantilah lain. Iman main Ain dengan Ifa
punya dulu. Dia orang punya kan banyak lagi tu.”

“Janji tau, belikan sekotak besar bunga api!”

“Ya, ayah ngah janji.” Azril membuat isyarat okey. Sekotak
besar pun sekotak besarlah. Dia menarik nafas apabila sudah sampai di
depan tingkap bilik Halilah. Tingkap itu diketuk beberapa kali. “Sayang,
jom main bunga api.”

Tiada tanda-tanda Halilah mahu membuka tingkap.
Dari suara batuk Azril tahu isterinya ada di dalam bilik. Tingkap
diketuk lagi. “Sayang, jomlah teman abang main bunga api... abang tak
ada kawanlah. Sayang kan suka main bunga api...”

Masih tiada tindak balas dari dalam.

“Kalau tak nak teman tak apalah, abang main sorang-sorang
kat sini. Abang bakar bunga api ni eh...” Bunga api mula dinyalakan.
Suka Azril tengok warna-warni yang keluar. Mulalah dia terasa nak
menyanyi seperti anak buahnya yang nampak seronok menyanyi lagu raya
sambil bermain bunga api.

Bunga api itu dipusingkan mengikut rentak lagu yang akan
dinyanyikan. “Ehem... ehem...” Dia berdeham cuba membetulkan suara.
“/Janam janam janam saath chalna yunhi/. /Kasam tumhe kasam aake milna
yahin./ /Ek jaan hai bhale do badan ho judaa./ /Meri hoke hamesha hi
rehna kabhi na kehna alvida./”
Habis satu bunga api, bunga api yang lain pula dinyalakan. Dan dia terus
sambung menyanyi. “/Meri subah ho tumhi aur tumhi shaam ho./ /Tum dard
ho tum hi aaraam ho./ /Meri duaaon se aati hai bas ye sadaa./ /Meri hoke
hamesha hi rehna/ k/abhi na kehna alvida./ /Ahahaha... hahaha... aaa...
ohohohoho... oooo... wohohoho.../ /meri hoke hamesha hi rehna /k/abhi na
kehna alvidaaa.../”
Currr...
Azril terus terkaku apabila badannya basah. Tak berkelip matanya
memandang Halilah yang menyiramnya dengan sebaldi air di tingkap bilik.
Tak pasal-pasal bunga api ditangan turut terpadam. “Kenapa Eyla siram
air kat abang ni?” tanyanya dengan suara bengang. Nasib baik air tak
masuk telinga.
“Bising sangat. Orang nak tidur pun tak boleh. Dahlah memekak, lepas tu
buat pencemaran udara /pulak/ tu. Habis bilik masuk asap bunga api.
Sakit tau hidung ni bau asap!” Halilah tayang muka garang.
“Kalau sayang bagitahu tak boleh bau asap bunga api tak adalah abang
main bunga api kat tingkap bilik sayang ni. Lagi satu, bukan sayang suka
ke lagu yang abang nyanyi tu? Tak sedap ke suara abang?”
“Tak sedap langsung. Macam suara katak panggil hujan adalah!” Terus
Halilah menutup tingkap.
“Amboi, mengutuk suami nampak... masa abang nyanyi dulu bukan main puji,
cakap suara abang lagi sedap daripada Arjit Singh la, kata suara abang
ni ala-ala Udit Narayan la. Tapi sekarang disamakan suara kita dengan
katak /pulak. Hampeh /punya isteri!” Apabila melihat tiada tanda-tanda
Halilah mahu membalas, dia berlalu masuk ke rumah ibunya. Sejuk kot,
takkan nak tunggu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience