BAB 12

Horror & Thriller Completed 9981

-Selasa, 1 April 2019-

Tsukiko bergegas ke tempat adiknya bekerja. Dia mendapat reply whatsapp daripada adiknya mengatakan ada seseorang bernama Yohan yang pernah datang ke McDonald bagi meluahkan perasaan terhadapnya.

Tsukiko terus memesan makanan McDonald supaya dia dapat duduk di situ lama-lama.

Sesudah pesanannya dibuat, Yukiko terus datang ke meja Tsukiko bagi memperolehi maklumat.

"Seriuslah Yohan punya kerja?" tanya Yukiko kurang pasti.

"Dalam berita tulis nama camtu," kata Tsukiko.

"Dia pernah datang sini selalu. Selalu sangat kacau aku. Tak taulah kalau dia datang ke tidak hari ni sebab semalam aku dah halau dia," jawab Yukiko.

"Rupa-rupanya dia lelaki yang pernah menang tempat ketiga acara melontar pisau tahun lepas," sambung Yukiko lagi.

Tsukiko tidak mengenali siapa pun yang dapat tempat ketiga tahun lepas. Dia sudah lupa. Mungkin itulah Yohan yang mereka maksudkan.

"Nak bekerjasama tak?" tanya Tsukiko.

"Kerjasama macam mana tu?" tanya Yukiko sebelum merapatkan mukanya ke arah Tsukiko.

"Kita dah jumpa target kita. Apa kata kita bunuh dia dan segala persengketaan kita akan selesai?" Tsukiko cuba menawar dengan adiknya.

Yukiko bersetuju. Memang sejak dulu lagi dia mahu bunuh pembunuh Chenta, kawan baiknya dahulu. Begitu juga Tsukiko. Dia akan menuntut bela kematian Chenta. Dia juga ingin membunuh pembunuh Chenta.

"Kau umpan dia ke rumah kita." cadang Tsukiko.

*****

"Aku syak kembar tu je. Masa kat sekolah dulu markah diorang pun agak cemerlang," kata Hazaki.

"Habis? Nak tangkap diorang tanpa bukti? Macam tu?" tanya Joan.

"Kita buat eksperimen. Kalau kita tangkap mereka dan pembunuhan tidak berlaku selepas itu, memang sahlah kerja mereka," kata Hazaki lagi.

"Tapi kita tak boleh tangkap orang sesuka hatilah," berang Joan.

Hazaki dan Joan buntu. Satu bukti pun tak ada. Hazaki sekarang dah makin banyak serius.

"Kita serbu rumah adik dia dulu. Kakaknya boleh bertoleransi lagi." cadang Hazaki.

"Sabar Hazaki. Dulu kau banyak main-main and banyak bersabar. Sekarang kau dah jadi lain pula," kata Joan.

"Aku tak sabar nak selesaikan kes ni dengan cepat. Kalau tak, diorang akan terus membunuh,"

"Mana boleh tuduh orang sesuka hati,"

"Instinct aku kuat mengatakan ada kaitan dengan diorang,"

"Benda instinct-instinct ni. Kalau kau pakai instict baik tak payah cari evidence," ejek Joan.

Pertama kali Hazaki mempamerkan raut wajahnya yang sebenar. Sepertinya, muka yang ingin membunuh seseorang. Joan pula seriau melihatnya.

"Malam ni kita berdua serbu rumah Yukiko dulu,"

"Kakaknya?" tanya Joan.

"Lepas adiknya, kita pergi rumah kakaknya,"

"Hmm," Joan mengeluh.

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience