bab14

Romance Series 14769

"Hello daddy". kata Feena yang keriangan, bila dapat mendengar suara Daddy nya.

"Haiii hello sayang. Senangnya hati daddy, kamu call kami".
Kata dato Farid.

"I miss dad".

"We miss u too sayang. Mereka sudah lepaskan kamu ke sayang? Kamu macam macam mana sayang? Ada mereka cederakan kamu ke? Kamu tak apa apa ke?"
Tanya Mama Feena.

"I'm fine Mama! I am okay. Jangan risau risau. Mereka sudah pun lepaskan i. Tapi i tak boleh nak merentas Negeri. Banyak betul polis jaga sepadan negeri mama. Nanti kena tangkap, masuk lokap pula".
Kata Feena.

"Kamu dekat mana sayang? Mereka bawa kamu ke mana?"
Tanya Dato farid, bila Feena mengatakan yang dia berada jauh dari Kuala Lumpur.

"I diMelaka Daddy".
Feena memberi tahu Dato Farid lokasinya. Padahal dia sendiri tak tau, dimana dia sekarang. Yang dia tau, dia jauh dari KL.

"Kenapalah jauh sangat mereka bawa u".
Kata Dato Farid lagi.

"Daddy Mama sini susah nak ada line tau. I tak boleh balik ke KL. I terpaksa patah balik kerumah kawan i diMelaka. Kawan masa i belajar dulu. Mama dengan Daddy jangan risau tau. I sudah selamat sekarang, mereka sudah lepaskan i.
I tinggal rumah kawan i selama dua minggu ya. Habis PKP i terus balik ke KL. Daddy dengan Mama boleh call me 24/7. Jangan risau risau ye.
Kawan i ni perempuan".
Balas Feena lagi dan cuba meyakinkan Mama dan daddy nya.

"Ok lah! kalau Feena dah cakap macam tu. Tak lah Mama risau risau lagi. Feena call kami hari hari ye?"
kata Mama Feena lagi.

"I tak pasti boleh call selalu atau tidak Mama. Rumah kawan i ni kawasan kampung, Kadang kadang line ok, kadang kadang line teruk sangat. Kalau i tak call Mama, Mama jangan risau ok".
kata Feena lagi. Cuba untuk membuat Mama dan Daddynya tidak risaukan keselamatnya.

"Ok Mama, Ok daddy i nak keluar shopping sekejap dekat dekat sini.Banyak barang i nak beli.
I call u later ye Mama".
Kata Feena

"Ok sayang, baik baik ditempat orang. Jaga diri awak tu. Awak tu anak gadis, Jangan buat yang buka bukan pula". Nasihat Mama Feena.

"Sekejap ya, Feera nak cakap dengan u".
kata Mamanya.

"Haiii sis, i really really miss you. I'm scared when you're kidnapped".
Sambil Feera menangis. merindukan kakaknya.

"Don't cry dear. I'm safe, I'll be back home. Cuma i tersekat dekat perantaraan negeri ni sahaja. U tau kan, penyakit yang melanda satu dunia. Kalau u nak sehat, u kena duduk dirumah. Jangan keluar kemana mana pun? Stay at home ye. Nanti i balik, i bawa u jalan jalan. I belanja u shopping".
Kata Feena, sambil berlinangan air mata. Feena dan Feera agak rapat.
Sebab itu lah Feera terasa kehilangan kakaknya.

"Ok sayang see u soon. Bye sayang".
kata Feena kepada Feera.

"Bye sis... Lepas habis PKP, terus balik ye?" Pesan Feera kepada Feena.

"Ok sayang bye"

"Bye Daddy, bye Mama. Love u all Muahhh".
Feena memutuskan talian dan mengelap air matanya dengan koler baju.

"Ok done, settle masaalah uolls.Sekarang uolls kena hadapalah muka i hari hari selama dua minggu".
kata Feena, sambil memandang Naim. Terseyum Naim, bila Feena akan tinggal di situ, lagi 2 minggu.
Ingin rasanya dia melompat kegembiraan. Tapi, Kerana egonya yang tinggi, dia hanya terseyum.

"Maafkan kami ye Feena. Sebab kami, kau tak dapat jumpa keluarga kau, selama 2 minggu. Maaf sangat".
kata Naim.

"Dan terima kasih juga, kerana melepaskan kami dari masaalah, yang kami sendiri buat. Terasa bersalah pula kita orang kerana menculik kau". kata Naim lagi.

"Heiii, jangan rasa bersalah ok. Cerita, uolls culik i dah berakhir. I pula sudah dibebaskan. Sekarang i disini sebagai seorang kawan buat korang. Bukan sebagai tebusan lagi ok. Jadi janganlah cakap macam itu lagi ye, cik abang sayang".
Sambil memandang kepada Naim dan mengelipkan sebelah matanya, sambil terseyum.

"Wahhh, happynya saya! Awak ada sini lagi dua minggu". kata Fais.

"Bolehlah awak masak untuk kami. Tak payah makan luar". Kata Fais lagi. Sambil memandang Feena.

"I tak pandai masak? tapi i boleh cuba hehehhe gogglekan banyak resepi".Kata Feena kepada Fais.

"Hisss kau ni Is, dia kan tetamu kita, kau boleh suruh dia masak pula, apa lah!" kata Kahirul, sambil mereka ketawa bersama sama.Mereka masing masing terasa sangat lega, bila masaalah semua sudah selesai. Hanya masaalah penyakit berjankit ini sahaja yang belum selesai lagi.

.................

"Macam mana lepak dengan kita orang?" Tanya Fais kepada Feena yang terlalu leka menonton television diruang tamu.

"Selepas tiga hari dalam kurungan Pkp. Hurmmmm, mula bosanlah Is.Rasa macam tak bebas kann.Duduk sahaja dalam rumah ni.Boleh keluar pun, seorang sahaja dalam kereta... Itu pun mesti ada bukti, sebab apa keluar! Tapi untuk kebaikan, baiklah kita duduk rumah!" kata Feena lagi.

"Kalau bosan jom kita buat Tik tok.
hehehhe". Ajak Fais.

"Wahhh! Ok juga i suka".
balas Feena.

"Ok, u nak lagu apa? Jom kita cuba!"
Kata Fais.
Masing masing melayan Tik tok sambil menari nari mengikut rentak lagu.

"Hahahhah"

Mereka ketawa bila step mereka buat salah. Hilang rasa boring mereka.Tanpa mereka sedar, Naim memerhatikan mereka dari dapur.
Tersandar Naim didinding dan terseyum melihat gelagat mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience