Rate

Bab 21 Berangkat

Romance Completed 278123

Seminggu kemudian kerumah Adib....

Anis Umairah duduk di sofa melihat abah dan umienya sibuk bersiap-siap untuk berangkat ke luar negara, segala persiapan sudah pun tersedia tinggal berangkat ke airport lagi. Begitu juga dengan barang-barang Anis sudah siap di packing untuk berpindah ke rumah Puan Saleha dan Encik Amri, begitulah yang Anis tahu dari kedua orang tuanya.

Perasaan Anis tak menentu, inilah kali pertama dia akan di tinggalkan oleh Encik Muhaimin dan Puan Zulaikha. Dia ingin membantah tapi tak berkuasa kerana dia kena akur dengan perkerjaan abahnya Encik Muhaimin.

"Anis sudah bersedia ke pergi kerumah aunty Saleha?" Tanya Puan Zulaikha pada puterinya itu.

"Sudah umie!" Jawab Anis tak bersemangat.

"Pastikan barang-barang Anis tidak ada yang ketinggalan." Sahut Encik Muhaimin pula melihat Anis yang masih setia duduk di sofa.

"Sudah abah." Sahut Anis dengan sedih. Dengan spontan airmata Anis seperti air terjun mengalir tak henti-henti. Balik-balik di hapusnya airmatanya namun ia tetap mengalir dengan deras. Anis percaya dia betul-betul akan di tinggalkan oleh kedua orang tuanya. Walaupun dia sudah berumur 17 tahun, tapi belum pernah dirasai akan di tinggalkan terlalu lama baginya.

Dapatkah Anis menyesuaikan dirinya nanti? Seumur hidupnya belum pernah dia tinggal di rumah orang lain tanpa umienya Puan Zulaikha dan abahnya Encik Muhaimin. Macam mana Anis nak bergaul dengan orang yang cuma sekali dua saja bertemu. Dia bukan jenis orang yang mudah akrab atau pandai bersembang. Dapat ke orang terima dengan sikapnya itu?

"Anis jangan begini, nanti umie tidak tenang pergi dengan abah." Pujuk Puan Zulaikha sambil duduk di sisi Anis, menenangkan puteri tunggalnya itu.

"Anis ikut saja cakap abah dan umie ya, insya Allah Anis akan aman di rumah aunty Saleha dan uncle Amri nanti. Apa lagi sekarang anak aunty dan uncle sudah ada, jadi ada teman Anis nanti. Boleh ajar Anis belajar." Ucap Encik Muhaimin penuh makna dengan senyuman.

"Boleh ke kalau Anis duduk di rumah ni saja? Anis tak biasa tinggal di rumah orang." Sahut Anis sambil mengusap airmatanya yang laju tak henti-henti.

"Eh, mana boleh...umie takut Anis tinggal sorang-sorang di rumah besar ni, apa lagi Anis perempuan.. nauzubillah tak nak umie!" Sahut Puan Zulaikha sambil menggeleng-gelengkan kepalanya pelan.

"Anis tak kenal, macam mana mahu belajar bersama?" Tanya Anis tak habis fikir.

"Okay jom siap-siap, kita pergi rumah aunty Saleha dulu hantar Anis baru abah dan umie pergi ke airport." Kata Encik Muhaimin sambil mengangkat barang-barangnya yang sudah rapi.

"Umie, pastikan tidak ada yang ketinggalan." Laung Encik Muhaimin pada isterinya Puan Zulaikha yang masih setia mengecek-ngecek barang-barangnya.

"Umie yakin semua dah ada." Sahut Puan Zulaikha lagi.

Anis masih duduk terpaku di tempatnya, belum beranjak dari tempat duduknya. Abah dan umienya betul-betul nak tinggalkan dia. Dengan siapa Anis nak mengadu nanti? Itulah fikir Anis.

Sampai hati abah dan umie nak tinggalkan Anis?

"Anis, pastikan barang-barang Anis sudah ada semua ya." Ucap Encik Muhaimin setelah muncul semula untuk mengangkat barang-barang Anis pula.

"Semuanya sudah ada abah." Sahut Anis pelan langsung tak bersemangat.

"Okay, jomlah gerak. Takut kita terlambat nanti." Sahut Puan Zulaikha dengan sedikit panik.

"Okay!" Sahut Encik Muhaimin sambil memastikan tidak ada lagi yang ketinggalan.

Dalam perjalanan ke rumah Adib, Anis Umairah cuma diam membisu. Puan Zulaikha duduk bahagian penumpang untuk menenangkan perasaan Anis sebelum mereka betul-betul terbang keluar negara.

"Umie pastikan, Anis akan bahagia nanti tinggal di rumah aunty Saleha dan Encik Amri. Apa lagi ada anak aunty dan uncle kamu akan menemani Anis nanti." Ucap Puan Zulaikha dengan senyuman bahagianya.

"Anis nanti kat rumah aunty jangan di bilik saja tau, Anis kena belajar masuk dapur." Sahut Encik Muhaimin yang tengah mengemudi dan mengintai Anis dan Puan Zulaikha melalui cermin tengah yang melekat di kereta.

"Baik abah!" Sahut Anis yang berada dalam pelukan Puan Zulaikha.

"Ingat Anis, segala perbelanjaan Anis abah sudah serahkan dengan anak aunty Saleha dan uncle Amri ya. Kalau ada perlu, Anis boleh minta dengan dia." Kata Encik Muhaimin lagi.

"Tak perlu abah, Anis masih ada duit perbelanjaan yang abah beri tiap bulan." Sahut Anis dengan perasaan tak menentu.

"Gila, takkan aku nak minta duit dengan orang yang aku belum pernah jumpa dan tidak kenal?" Batin Anis Umairah berbicara.

"Kalau ada perlu maksud abah, mana tahu belanja Anis tak mencukupi!" Kata Encik Muhaimin lagi.

Anis cuma mengangguk pelan.

Setelah sampai di rumah Adib, Anis mengikuti langkah abah dan umienya masuk kedalam rumah besar Adib. Dia melihat kesekeliling kawasan betul-betul luas. Tidak seperti di rumahnya, sederhana sahaja.

"Assalamualaikum, ada orang di rumah?" Laung Encik Muhaimin ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam min, kami dari tadi tunggu. Mari masuk, nanti Adib yang bawa kita ke airport." Sahut Encik Amri dengan senyuman bahagianya.

Mereka berpelukan singkat kemudian masuk ke rumah menuju ke sofa. Di sana sudah ada Puan Saleha dan Adib duduk melihat mereka sampai.

Jedarrr!!!

Anis terkejut melihat Adib.

Wajah Anis jadi merah padam, malu melihat Adib yang ada di sana tengah tersenyum melihat mereka datang. Buat apa Cikgu Adib di rumah aunty Saleha dan uncle Amri? Anis masih tertanya-tanya.

"Sini Anis duduk, buat seperti rumah sendiri." Pelawa Puan Saleha dengan lembut.

"Sal, aku titip Anis... tegur saja kalau dia buat salah." Sahut Puan Zulaikha dengan senyuman manisnya.

"Tak payah risaulah ikha, Anis ni pun anak aku sudah. Kitakan dah berkeluarga." Kata Puan Saleha sambil tergelak pelan.

"Minum dulu min, ikha nak jalan jauh tu. Anis jangan malu-malu ya silakan minum." Pelawa Encik Amri pada keluarga Anis.

"Terima kasih!" Ucap mereka bersamaan.

"Jam berapa flight abah?" Tanya Adib tiba-tiba melihat Encik Muhaimin yang sudah meneguk airnya.

"Kejap lagi geraklah ni, 11.45 am kena ada di airport bersedia." Sahut Encik Muhaimin sambil melihat jamnya.

"Barang-barang Anis?" Tanya Adib lagi.

"Ada kat luar tu, lupa abah masukkan."

"Oh, kalau macam tu biar Adib yang pergi ambil." Kata Adib sambil bergerak menuju keluar rumah untuk mengambil barang-barang Anis yang sudah di keluarkan oleh Encik Muhaimin.

"Kenapa Cikgu Adib ada di sini?" Tanya Anis pada Puan Saleha setelah Adib keluar mengambil barang-barangnya.

"Astaghfirullah Al'aziim, hampir umie lupa. Adib tu anak aunty Saleha dan uncle Amri kamu."

Jedarrrrr!!!
Anis bagai di sambar petir, sukar untuk dia percaya. Biar betul?

"Eh, panggil ibu dan ayah ya Anis. Anis kena biasakan tu." Sahut Puan Saleha dengan senyuman bahagianya.

Anis cuma mengangguk pelan.

Tak menyangka dunia ni betul-betul kecil, boleh-bolehnya dia akan serumah dengan Cikgu Adib. Apa kata dunia nanti?

semoga terhibur ya dengan Adib dan Anis. mungkin dah nak start konflik ya, mereka dah tinggal sebumbung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience