Bab 16

Romance Series 113896

"Awak dah ada sijil kursus kahwin Tuan Aniq, awak pernah kahwin ke?"

Wajah Aniq tidak beriak. Aniq pandang Pak Long dan Pak Long mengangguk seakan memberi green light padanya.

"Ye, saya pernah berkahwin" jawab Aniq jujur.

"Ha! Dah kawin? Ee.. Pak Long, apa ni.. Takkan Yus nak kawin dengan suami orang. Macam tak laku sangat. Kenapa arwah abah buat macam ni. Kalau bujang tak apa la juga, duda pun kira ok lagi kalau hot and spicy. Ni. " tak sempat Yus nak sambung bercakap macam kereta putus brek, laju Pak Long mencelah.

"Yus, kalau Pak Long cakap yang Yus telinga tak korek, Yus marah. Cuma ingat balik apa yang Aniq cakap tadi" tegur Pak Long.

Muncung bibir merahnya mendengar kata-kata Pak Long. Ada cakap aku tak korek telinga. Suka la tu si kunyit ni. Tersenyum-senyum. Amy pun sama.

"Apa senyum-senyum" marah Yus pada Amy sambil mata dijeling.

"Eh, orang tak cakap apa pun" balas Amy yang masih bersisa senyuman di bibir.

"Ha, dah ingat apa Aniq jawab tadi. Ke lupa? Itu la banyak sangat makan semut. Ha, Aniq, cuba ulang semula" arah Pak Long.

"Apa Pak Long ni asyik nak kenakan Yus je.." sedikit merengek manja bunyinya.

Tercetus ketawa Pak Long dan Mak Long. Hai la Yus oi.. Dah nak kawin pun masih dengan perangai tak sudahnya ni.

"Ehem.." Aniq membetulkan suara sebelum mengulangi ayatnya sebentar tadi.

"Ya, saya pernah berkahwin" ulang Aniq.

Baru sahaja aku nak membuka mulut, Pak Long terlebih dahulu bersuara.

"Dah jelas? Faham tak maksud 'pernah'?" ha, dah jadi kelas Bahasa pulak ye, cikgunya Pak Long dan anak muridnya si Yus.

Mencuka wajah Yus bila ditanya begitu.

"Pernah tu dah la maksudnya. Jadi Aniq ni dah kawin. Apa yang tak salahnya?" soal Yus pelik.

"Pernah tu maknanya benda dah berlaku, dah lepas. Maksudnya Aniq ni pernah berkahwin tapi sekarang dia single and available." terang Pak Long.

Lagi belit-belit ayat yang aku dengar lagi pening kepala.

"Lambat la kau kak, belajar je sampai U tapi itu pun tak faham. Maknanya abang Aniq ni duda hot and spicy kau la." sampuk Amy lantas tersenyum senget pada Yus.

Segan pulak Aniq jadinya jadi topik utama pagi ni. Dahi yang tidak gatal digaru dengan jari dengan wajah yang tak tau nak digambarkan. Malu ke, bangga ke, ye la digelar duda hot and spicy.

Bulat mulut Yus. Baru faham la tu.

"Tapi kenapa duda, tak nak lah Pak Long" bisik Yus pada Pak Long di sebelah. Bisiknya tu bukan macam bisik, satu ruang tamu tu boleh dengar suaranya.

"Tadi Yus juga cakap duda pun tak pa jangan suami orang" balas Mak Long sambil tersenyum.

"Dah, dah. Sekarang ni disebabkan Yus tak de sijil kursus kahwin, Pak Long nak Amy temankan Yus hadir kursus kawin. Amy pun nanti nak kawin juga betul tak?" soal Pak Long pada Amy.

"Eh, dah kenapa pulak orang termasuk dalam cerita ni. Orang tak de kena-mengena." laju Amy menggeleng kepala tidak mahu.

"Kau ni Mi, jangan mengada ek. Kau teman akak" laju tangan Yus menjalar ke arah Amy mahu mencubitnya. Mengelak Amy dengan cubitan Yus. Pedih oo.. Jari macam ketam. Mau lebam kalau kena cubit.

"Jadinya Yus setuju la ni. Tapi kalau tak setuju pun tetap kena ikut wasiat arwah abah ni" ucap Pak Long.

"Bila pulak Yus setuju. Yus cuma cakap nak hadir kursus kawin je" balas Yus sambil tangan menarik-narik hujung sofa. Haih.. Mau tercabut kain sofa tu nanti.

"Yus.. Pak Long yakin, apa yang arwah abah buat ni semuanya adalah untuk kebaikan Yus. Mana ada ibu bapa yang nak musnahkan masa depan anak mereka?" nasihat Pak Long sambil menepuk perlahan tangan Yus yang berada di sofa armrest.

"Tarikh kursus kahwin tu nanti Pak Long maklum kemudian, Yus dan Amy cuma perlu hadir, soal bayaran kursus Pak Long akan uruskan. Majlis nikah nanti nak buat di mana? Rumah atau masjid? Pak Long tak kisah mana-mana pun. Ikut korang berdua. Bincang baik-baik. Kalau boleh dalam tempoh 2-3 hari Pak Long nak tau. Boleh Aniq, Yus?" soal Pak Long sambil bergilir memandang aku dan Aniq.

"In sha Allah Pak Long" jawab aku dan Aniq serentak.

Amboi.. Sehati sejiwa nampak. Tersenyum Pak Long. Aniq pula aku tengok sama macam gitu juga mukanya. Tak de perasaan ke dia ni.

"Maaf Pak Long saya mencelah. Boleh tak saya dapatkan salinan kad pengenalan Afya dan juga butiran peribadi untuk saya masukkan dalam permohonan kahwin." soal Aniq sopan.

"Eh, dah kenapa minta dengan Pak Long. Minta pada Yus la. Ala, biasa-biasakan diri. Tak lama nak jadi suami isteri" usik Pak Long.

"Hm.. Pak Long. Kalau majlis tu kita buat di rumah je boleh tak. Kita jemput saudara-mara yang terdekat dengan jiran-jiran kat sini je. Bukan apa, arwah abah, mak, along dan Kak Ida baru lagi meninggal. Rasa macam tak sesuai pulak nak buat majlis besar-besar. Kita buat yang wajib je." cadang Yus sambil matanya memandang Aniq di hadapan.

Aniq seakan faham apa yang cuba disampaikan oleh Afya padanya.

"Saya rasa ada betulnya dengan apa yang Afya cakap. Ahli keluarga baru saja meninggal dunia. Tak sopan rasanya nak buat majlis besar-besaran. Pak Long jangan risau, nanti saya bincang dengan mama saya" sokong Aniq.

Awak jangan risau, saya faham apa yang awak rasa Afya. Kita cuba yang terbaik dan saya akan buat yang terbaik dengan tanggungjawab yang saya galas ini. Senyuman manis aku berikan pada Afya apabila dia memandang padaku.

Oh my... Abang kunyit senyum kat aku la.. Manis leting senyumannya wei.. Yang penting itu adalah senyuman ikhlas. Aku turut membalas senyuman padanya sambil sedikit mengangguk.

"Kalai dah macam tu. Lega Pak Long rasa. Semoga semuanya dipermudahkan." ucap Pak Long lalu menyandarkan badan di sofa.

"Eh, belum lagi" sampuk Mak Long.

"Apa yang belum?" soal Pak Long sambil memandang isteri di sebelah.

"Selasa ni Yus dan Aniq ikut Mak Long. Kita ke butik kawan Mak Long untuk tempah baju akad nikah dan tempahan pelamin. Memang tak ada sanding, hanya akad nikah tapi baju kena tempah dan pelamin tetap kena ada. Okey sayang-sayang Mak Long?" ucap Mak Long dengan senyuman yang lebar. Tak sabar rasanya dapat uruskan majlia kahwin Yus.

"Aa.. Kena ke?" soal Yus.

"Kena la kak, takkan kau nak pakai t-shir dengan seluar jeans kot" usik Amy.

"Saya tak kisah. Ikutlah mana yang patut" ucap Aniq.

"Nanti Mak Long send location pada Aniq, korang terus pergi sana, Mak Long tunggu." ucap Mak Long.

"Nampaknya macam semua dah selesai, kalau macam tu saya nak beransur dulu la. Nak kena masuk pejabat." ucap Aniq lalu bangun dan datang ke arah Pak Long untuk bersalam dan diikuti Amy.

Elok sahaja Aniq berjalan menuju ke arah pintu utama. Ada suara yang memanggil.

"Tuan Aniq, sekejap" panggil Yus.

Elok Aniq sampai di muka pintu, Yus pun tiba.

"Ye, ada apa?" soal Aniq sambil menunduk untuk memakai kasut.

"Hm.. Nanti macam mana saya nak pergi butik tu. Mak Long cakap dia send location pada awak je. Boleh awak resend pada saya tak?" soal Yus.

"Kenapa nak resend, apakata kita pergi sekali. Jam 10 pagi awak tunggu, saya datang ambil. Kita pergi sekali. Okey, saya balik dulu. Assalamualaikum" ucap Aniq lalu masuk ke dalan keretanya untuk ke pejabat.

Macam tu je. Suka suka bagi arahan, ingat aku anak buah dia agaknya. Hai.. Belum kawin pun dah macam ni. Lepas kahwin tah macam mana. Tapi jangan main-main, buat tak betul memang aku karate nanti. Jangan main dengan aku, tali pinggang hitam ni.

****

"Hello.. Assalamualaikum Mama. Mama sihat? Qib sihat. Tengah drive nak ke pejabat, ye ye.. Guna handsfree. Hm.. Qib nak balik kampung sabtu ni. Hahahaha.. Pandai mama, ada hal sikit dengan bincang dengan mama. Boleh ke? Baik mama, assalamualaikum." talian dimatikan.

Hm.. Betul ke apa yang aku buat ni. Rambut diraup. Tapi aku dah janji. Adoi... Stress la. Dagu terbelah diusap perlahan. Semoga semuanya dipermudahkan.

Sampai di pejabat, fail aku semak. Suspek masih lagi belum dapat dikesan, bayang pun tak nampak. Tuan Yunus tak habis-habis bertanyakan perkara ini.

Tok tok tok

"Masuk"

"Aniq, kau okey ke? Lambat masuk office, kau ke mana. Lajak tidur ke?" soal Syam lantas duduk di hadapan Aniq.

"Aku ke rumah arwah Uncle Syed jumpa Pak Long." jawab Aniq sambil mata masih lagi meneliti fail di tangannya.

"Kau buat apa kat sana pagi-pagi macam ni. Takkan sarapan kot?" soal Syam pelik.

"Haah, sarapan. Tapi sambil tu Pak Long bincang pasal kenduri aku dengan Afya. Majlis nanti buat di rumah je, jemputan pun saudara-mara terdekat dengan jiran-jiran dekat rumah je. Tak ada majlis sanding. Hanya akad nikah je. Ye la, ahli keluarga Afya baru je meninggal, macam tak sesuai nak buat majlis meriah" terang Aniq sambil fail diletak di atas meja.

"Abis, mama kau dah tau ke pasal ni?" soal Syam. Payah juga ni. Kawin kalut sangat, bimbang orang akan berfikiran negatif saja. Tau je lah, manusia ni. Ada pelik sikit, mula la macam-macam andaian keluar.

"Aku ingat nak balik kampung sabtu ni. Ikut aku jom" ajak Aniq.

"Aku okey je. Lagipun dah lama tak makan asam pedas mama kau masak. Terangkat tu!" laju saja Syam setuju. Mama Aniq memang mengenali Syam sejak dari sekolah lagi. Mama Aniq dah dianggap seperti ibunya sendiri. Boleh semasa di universiti dahulu, pantang cuti semester mesti ikut Aniq pulang ke kampunya di Masjid Tanah, Melaka.

"Okey set. Apa-apa roger. Aku keluar dulu" ucap Syam lalu keluar dari pejabat Aniq.

Agak-agak apa tanggapan mama. Risau pulak andai mama tak setuju. Tawakkal sajalah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience