Rate

Cerpen:Pengorbanan Seorang Abang..

Short Story Completed 3471

Aku mengesat peluh jantan di dahiku dan leher.Penat juga cuci kereta ni..Nak buat macam mana..Ini nasibku.Kalau aku tidak bekerja,macam mana aku nak sara kedua orang adik perempuanku yang berumur dalam lingkungan 15 tahun itu.

Aku mengayuh basikal sambil mencongak perbelanjaan hari ini.Jimat punya pasal aku sanggup ke sekolah tidak makan,duit itu boleh buat beli bahan nak masak untuk tengah hari nanti.

"Assalamualaikum!Sarah!Suri!"Jeritku apabila pintu berkunci.Kendengaran selak dibuka terjengul muka Sarah yang cemberut.

"Abang pergi mana?Kitaorang dah lapar ni?"

"Sorry..Abang pergi Car Wash.."

"Nah!"Aku menghulurkan beg plastik yang berisi telur kepada Suri yang kebetulan berada di dapur.Aku terus ke bilik air untuk mengambil wuduk dan solat dengan kusyuk di dalam bilikku.Selepas solat aku menadah tangan berdoa.

Kalau emak dan ayah masih hidup mesti kami tidak hidup susah begini.Ishh!Tak baik mengeluh yang sudah tiada.Emak dan ayah terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan motorsikal dan lori.

Aku memejam mata rapat,cuba untuk mengusir kenangan lama yang bertandang.

"Suri,Sarah dah makan?"Soalku sebaik sahaja sampai di dapur dan aku melabuhkan punggungku di kerusi yang agak usang itu.

"Belum..tunggu abang.."Jawab Suri lembut.

Suri dan Sarah mempunyai perwatakkan yang berbeza meskipun mereka berdua kembar seiras namun Suri lebih rajin dan lembut berbanding Sarah yang kasar dan berat tulang itu.

Aku merasakan keputusanku muktamad,mungkin berhenti sekolah dan cari kerja boleh menambahkan pendapatanku.Kalau aku bersekolah mungkin satu kerja sahaja yang bolehku buat..itupun selepas pulang ke sekolah kadang-kadang kerja sekolah pun lupa nak buat sebab sibuk bekerja.Di sebelah malam pula aku akan mengambil upah mencuci pinggan di sebuah restoran yang terkenal di tengah bandar Taiping itu.

2 TAHUN KEMUDIAN,

Kini aku mampu memiliki sebuah motorsikal Ex5 dan sebuah kereta Kancil dengan berjimat cermat wang gajiku.

"Abang,Sarah nak sambung belajar di Oversea!"Ujar Sarah dengan nada bersahaja.Raut wajahnya sudah berseri-seri.

"Sarah abang mana ada duit nak sara Sarah belajar di sana..belajar dalam negeri sudahla..lagipun siapa nak tengok-tengokkan Sarah di sana?"Ujarku lembut untuk melembutkan hati Sarah supaya tidak belajar di negara orang.Nanti jadi entah apa-apa.Terikut-ikut budaya barat pula nanti.

"Sarah tak kira!Sarah nak juga!Result Sarah lagi bagus dari Suri!!!"Jerit Sarah sambil menghempas pintu biliknya.Suri yang berada di ruang tamu mengeleng-gelengkan kepala melihat telatah Sarah tak ubah macam budak kecil!Atau lebih tepatnya tidak matang.

"Suri macam mana?Abang nak tanya pendapat Suri macam mana kalau Sarah belajar di Oversea?"Firhad mengalihkan pandangan kepada Suri.

"Suri rasa takpe biarlah Sarah nak belajar di Oversea mungkin dia boleh mengubah nasib keluarga kita.Suri rela kalau Suri tak dapat sambung belajar di universiti."

Aku memegang jemari Suri lembut.Mulia sungguh hati Suri ini.

"Suri jangan buat abang serba salah,abang ni tengah serba salah.Macam berat hati abang nak izinkan Sarah tu..tapi Suri tahulah dia tu macam mana."

"Takpe Suri faham keadaan abang,kalau Suri di tempat abang Suri pun akan serba salah."Aku menarik Suri ke dalam dakapanku.Suri memang seorang yang memahami.

Makan malam kali ini sunyi sepi sahaja walaupun ada mereka bertiga tetapi tidak sekecoh dahulu.

"Sarah" panggilku untuk memulakan bicara.

"Hmmm..."balas Sarah malas.

"Abang izinkan Sarah sambung belajar tapi Sarah kena jaga diri baik-baik" pesanku.

"Betul ke abang?!"jerit Sarah teruja sampai terbangun kerusi.Aku menganggukan kepala mengiakannya.Malam itu kelihatan Sarah sangat ceria sehinggakan semua orang dalam rumah ketawa melihat geligatnya.


.........................................

"Ingat jaga diri,maruah,agama bila kat negara orang" pesanku berkali-kali dari Taiping hinggakan dalam KLIA ini lagi aku berpesan.Sarah terangguk-angguk kepalanya seakan sudah muak dengan leteranku.Suri memeluk Sarah dengan erat sekali dan sesekali Suri mengesat tubir mata yang bergenang..mungkin mana pernah berpisah dengan kembarnya sejauh itu.

"Dahla Suri aku pergi kejap ke ,4 tahun lagi aku balik la.."ujar Sarah selamba.Dia mengelap sisa air mata Suri.

"Yelah kau memang takde perasaan sebab tu tak sedih" ujar Suri merajuk hati.

Sarah menyalam tanganku dan memelukku erat sebelum berangkat pergi.Sesekali aku memandang Suri yang sudah banjir si sebelahku.

"Sudah lah Suri..kan Sarah kata lagi 4 tahun Sarah balik lagipun kan nanti ada cuti..buat apa sedih sangat ni."Aku memeluk erat bahu Suri.Cuba memujuknya.

Kami sampai di rumah dalam pukul 7 malam.Aku memandang hairan apabila beberapa orang kampung sedang berbual-bual di hadapan rumah kami.

"Assalamualaikum Pak Majid kenapa ramai berkerumun depan rumah saya"?Soalku hairan.

"Ni rumah kamu kena pecah masuk" kata lelaki berkulit hitam manis dan bertubuh gempal itu.Spontan aku beristighfar.

"Suri rumah kita!!"Jeritku kepada Suri yang berada dalam kereta.Aku terus memecut ke dalam rumah diikuti Suri di belakang.

"Ya Allah!"Jerit Suri.Rumah kami macam tongkang pecah walhal sebelum kami meninggalkannya dalam keadaan kemas..kerusi terbalik di sudut..Televisyen hilang..mesin basuh dan peti ais!!!Ya Allah aku melorot jatuh ke lantai..tu belum masuk lagi apa yang mereka ceroboh dalam bilik.Ya!Rantai dan gelang emas emak!Aku cepat-cepat ke bilik emakku.Pintu almari kubuka dan laci kedua aku tarik dan ternyata kosong..yang ada hanyalah kotak kosong..licik betul penjenayah ni!Mana ada barang berharga semua dia kaut habis!Licin tiada satu pun yang tertinggal nasiblah wang untuk Sarah belajar itu berada dalam akaun simpanan aku..

Malam semalam aku sudah melaporkan kes pecah masuk itu di Balai polis,Taiping.


............................
"Lama dah kan Sarah tak telefon kita?Tanya Suri pada suatu malam."Soalku bernada tawar hati.Bukan kami tidak cuba menghubunginya.Tetapi panggilan kami pula tidak berjawab.

"Haah..last dia telefon 5 bulan lepastu hilang macam tu je..bila call dia tak jawab tak tahulah sibuk dengan kuliah ke apa."


....................

4 TAHUN KEMUDIAN,

Kami berdua menanti dengan penuh debaran.Insan yang ditunggu telah tiba.

"Sarah!!!!"Jerit Suri selepas kelibat
Sarah muncul di situ bersama seorang budak lelaki itu kukerling dengan perasaaan hairan.

"Sarah siapa budak comel ni?"tanyaku hairan.

"Honey.."panggilnya kepada seorang kanak-kanak yang leka bermain ipad.

"Salam pak long"ujarnya.

"Siapa ni?Mana mak bapak budak ni?"Sekali lagi aku mengulangi soalan apabila mendapati tiada tanda-tanda Sarah hendak menjawab.

Sarah menarik tanganku perlahan di sudut yang jarang dilalui orang.

"Mikael tu anak Sarah dengan ayahnya Robert."

"Kau dah kahwin dengan orang lain tanpa pengetahuan aku!"Jeritku hampir tidak percaya.

"Aku hantar kau pergi sana untuk belajar bukan kahwin!! "jerkahku kuat.Nafasku kencang dan dada spontan berombak kencang.Aku tidak dapat mengawal kemarahan yang kian memuncak ini.

Sarah tersentak apabila dijerkah dan aku memanggilnya 'kau aku'macam cakap dengan member.Selama ini mana pernah aku hangin macam ni.Sarah memang menaikkan darah aku!

"Kalau ye pun kau gatal sangat nak kahwin kau bagitahu aku macam Suri bukan kau kahwin senyap-senyap macam ni."Air mata menitis jua kuseka perlahan.

"Kenapa Sarah!Tak cukup lagi ke apa yang aku korbankan untuk kau!Tergamak kau buat aku macam ni!"

"Sarah minta maaf.."Sarah merayu-rayu sambil memegang lenganku.

"Dah la aku tak nak kau kacau aku lagi!Dah tepi!"Aku menolak tubuh Sarah yang cuba menghalang laluanku.Aku terus mendapatkan kereta Kancilku.Tidak kupeduli Suri juga mengejarku dari belakang!

'Biarlah aku pergi..demi orang yang aku sayang..Emak,ayah abang gagal didik Sarah menjadi manusia!'

Aku memandu kereta secara laju sambil minda ligat membayangkan wajah kedua ibu bapaku.Tiba di selekoh tajam aku cuba untuk mengelak sebuah lori yang datang dari arah bertentangan tetapi keretaku bagaikan hilang kawalan lalu merempuh lori tersebut.Darah memancut-mancut keluar dari mulut dan hidungku.

"Mak... ayah.. abang nak pergi dah jumpa mak ayah.."kataku perlahan sebelum menutup mata melafazkan kalimah syahadah dan menghembuskan nafas terakhir di situ juga.

"Abangggg!!!"Jerit Sarah ketika tiba di bilik mayat Hospital Taiping itu.

"Sarah sudahla..abang dah tiada.."berat hati Suri untuk menuturkannya namun dia terpaksa redha dengan qada dan qadar Allah SWT.

"Kalau bukan sebab aku mesti abang.."

"Shush!"Suri memeluk Sarah erat dengan linangan air mata.

Selesai pengebumian arwah Firhad.Khairul menggulung tikar yang dihampar semasa membaca talkin tadi.

"Terima kasih awak" ucap Suri kepada Khairul.Merangkap suaminya.

"No worries..abang ipar saya dah anggap macam abang saya sendiri."

Walaupun berat hatiku melepaskan mu abang,aku akur dengan takdir yang tertulis buat kita.

Selamat tinggal abang desis hati kecil Sarah ketika melangkah keluar dari tanah pengebumian Tekah.


..........................

TAMAT

.........................

Hope you are like it!Please shared comment about this short story..Thanks.

COMPLETE: 27/7/17
BY: HANA JULY

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience