Bab 4~Iktiraf

Romance Series 830

“Urmm.. awak tak perlu pun nak buat dekat saya semua ni. Saya bukannya orang kaya nak pergi restoran mewah nanti orang ingat apa pula.”Aku berkata dengan rasa segan kepada Haris setelah duduk.

Aku pelik kenapa tiada orang pun selain aku dan Haris dalam restoran ni. Adakah restoran ini terlalu mewah?

“Haris, kenapa kita ja yang ada dalam restoran ni? Mana orang lain? ”

Haris tidak membalas apa-apa, hanya memberi senyumannya yang manis dan sedikit ketawa sebagai respon.

Bila aku fikir balik, ehh.. takkan kot

“Eh.. awak sewa satu restoran ni ehh.”

Haris tidak berkata apa-apa cuma memberi senyuman.

“Awak, ni. Tak perlu pun buat semua ni. ”

Kemudian barulah dia bercakap setelah sekian lamanya senyum.

“Ha.. awak nak order apa? Awak order ja, 'my treat'. 'Today you are lucky'”

“I'm not only lucky today,I am lucky everday as long as I with you.”Aku membalas.

Jap, jap. Kenapa aku kata macam tuh?! Aku ni kawan ja dengan dia bukannya kekasih pun. Allah, malunya.

Setelah kami 'order' makanan, aku dan Haris adakan sedikit 'conversation'.

“Wow,malam nih. Awak kelihatan sangat cantik.”Haris memuji akan kecantikan Arina

“Owh, jadi sebelum nih saya tak cantiklah.”Arina membalas.

“Eh.. mana ada.Awak cantik juga sebelum nih cuma hari ni.. err.. hari ni. ”

“Hahaha.. saya main-main jelah. Saya tak ambil kisah langsung. ”

Haish.. comellah Haris dengan Arina nih.

Kata Haris tujuannya mengadakan 'date' ni adalah untuk mengetahui saya dengan lebih dalam dan ya, Haris dapat tahu bahawa Arina bukanlah orang yang kaya dan dia ditinggalkan oleh suaminya kerana suaminya telah curang padanya.

Arina pun dapat tahu lebih mendalam tentang Haris. Rupanya kehidupan Haris memang berlainan dengannya. Haris ialah seorang yang sangat kaya dan dibesarkan dengan kemewahan dan kasih sayang secukupnya oleh ibu ayahnya.

~~~~~

Masa berlalu,
Dengan pantas,
Perasaanku pada Haris tidak akan berubah,
Malah makin meningkat,
Perasaan cinta.
Aku harap Haris berasa yang sama denganku.

Ahli keluarganya pun telah berjumpa denganku, nasib baik mereka tidak benci padaku kerana tarafku. Keluarga mereka sangat baik hati. Barulah aku tahu sifat Haris datang dari siapa.

Tik tok tik tok,
Masa berlalu dengan pantas
Tanpa disedari
Rupanya sudah setahun aku kenal Haris.

Suatu hari, Haris menjemputku ke sebuah restoran mewah lagi.

Entah kenapa pula, dia ajak aku. Hu.. 'excited'nya. Aku kena beli baju baharu yang 'super duper' cantik. Bukan selalu aku nak cantik lagipun aku simpan duit bulanan ni untuk beli baju baharu lah jika Haris nak jumpa denganku.

Sebenarnya Haris selalu ja ajak keluar, tapi keluar tempat bishe bishe je.. tapi kali ni, dia ajak aku makan di tempat mewah macam 'first date' kami setahun yang dahulu.

Aku bertolak pada pukul 7:45 malam.
Aku bertolak awal lah sikit, tak nak perkara yang berlaku pada 'first date' kami berulang iaitu aku terlambat.
Biarlah aku yang tunggu Haris janji tak kecewakan dia.

Perjalanan ke restoran tersebut tidak mengambil masa yang lama, lebih kurang 10 minit juga lah.

Macam yang aku kata, biar aku tunggu Haris jangan Haris tunggu aku jadi mestilah aku yang sampai dulu.
Benda yang sama berlaku, Haris tetap tempah satu restoran hanya untuk kami berdua.

Bila aku masuk, penjaga restoran tu tak bagi aku masuk sebab tak percayakan aku bahawa aku lah wanita yang Haris jemput. Aku dah cuba macam-macam dah tapi 'still' dia tak nak percayakan aku. Dia suruh aku tunggu Haris. Haishh.. geramnya aku.

Tapi aku tak tunggu pun sebabnya Haris sampai tepat pada pukul 8 malam. Haris minta maaf pada aku tentang hal tersbut, dia berkata sepatutnya dia perlu mengambil aku dari rumah lagi.

Tapi aku faham dengan situasi dia kenapa dia tidak boleh buat demikian. Dia sibuk dan aku faham situasinya.

Semasa kami makan, kami tidak lah cakap apa sangat 'just' tanya sikit-sikit gitu ja.

Setelah dia habis makan, dia berhenti cakap seketika. Aku tenung ja dia lama-lama, dia tengah ambil sesuatu dari poketnya. Aku 'curious' apa benda tuh.
Tapi taknak lah aku tanya, nanti dikata penyibuk. Aku duduk diam ja dan terus habiskan makanan.

Haris tunggu ja aku habis makan, aku tahu dia mesti nak cakap tentang sesuatu pada aku. 'So..' aku habiskan makanan aku cepat-cepat.

Tiba-tiba dia bangun,

Hati aku berbisik
“Haish.. dia ni dah kenapa. Peliklah. Ya allah, apa dah kena dengan Haris ni.”

Kemudian Haris melutut depan aku,
Ternyata barang yang dikeluar daripada poketnya tadi ialah sebentuk cincin yang sangat cantik dan menawan.
Dia membuka kotak cincin itu perlahan-lahan dan berkata pada aku “will you marry me? ”
Memang impian aku selama ini untuk kahwini Haris. Aku membalas “How can I say no! ”
Haris cuma tersenyum sambil sarungkan cincin tersebut pada jari kelingking ku di tangan kiri.

Aku gembira dan terkejut pada masa yang sama. Impian untuk kahwini Haris menjadi kenyataan.

Tetapi mengapa selama ini, Haris tak pernah cakap pun dekat aku yang dia cintakan aku.

Aku pun bertanya kepadanya

“Mengapa sebelum ni, kau tak pernah pun cakap yang kau cintakan aku? ”

“Aku juga hairan mengapa kau juga tidak cakap kepadaku sedangkan kau pun rasa benda yang sama. ”

Haha.. kami berdua gelak keriangan. Inilah waktu yang terindah yang pernah aku alami. Senyumku memang lain daripada yang lain.

Tiba-tiba, Dzikri menyampuk

“Yey... Dzikri dapat ayah. ”

Kami berdua pun gelak dengan karenah Dzikri yang lucu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience