BAB 3

Romance Completed 100004

Seminggu selepas kejadian kini Yasmin Hana kembali semula ke rumah.Tiada sebarang perubahan yang berlaku.Yasmin Hana masih diam membisu.Dahinya yang luka masih ditampal dengan plaster.Yasmin Hana kembali berbaring di atas katilnya.Yusra dan Airil sudah pun pulang ke Kuantan.Rutin harian Puan Zaidah kembali seperti biasa.

"Mak Pah buat apa tu?"

"Tak ada apa puan.Ni tengah petik cili.Banyak dah yang berbuah.Sayang kalau tak petik."

"Ya ke Mak Pah?Saya sampai tak sempat nak belai pokok-pokok dekat belakang ni.Kalau dulu ada je masa saya dekat sini.Nasib baik ada Mak Pah."

Mak Pah senyum segaris.

"Tak apa puan.Selagi kudrat Mak Pah ada,Mak Pah boleh tolong apa yang patut.Yasmin macam mana?"

Terbit keluhan kecil di bibir Puan Zaidah.

"Macam tulah Mak Pah.Tak ada perubahan.Tapi kali ni kita kena lebih berjaga-jaga.Kena paksa juga dia makan.Takut nanti pengsan lagi."

"Yalah,puan.Kita usaha."

Sedang asyik berborak tiba-tiba kedengaran suara seseorang memberi salam.Mak Pah dan Puan Zaidah saling berpandangan.

"Encik dah balik kot puan."

"Eh,encik tadi baru je keluar.Takkan sekejap sangat dia dekat masjid tu.Tak apalah.Mak Pah teruskan petik sayur-sayur.Saya pergi tengok."

"Baik,puan."

Puan Zaidah berlalu masuk ke dalam rumah.Ruang tamu dituju.

"Mama apa khabar?"

"Ya,Allah!Anak bertuah ni.Bila sampai?Kata minggu depan baru balik.Kalau tak mama dah suruh papa ambil dekat airport."

"Saja nak buat surprise.Tak nak susahkan mama dan papa."

"Isteri kamu mana?Si Aish mana?Rindu mama pada diorang."

"Ada tu.Aish sini,salam nenek."

"Nenek!.."

"Dah besar cucu nenek ni.Makin hensemlah dia."

Pipi Aish dicubit Puan Zaidah.

"Mama sihat?"

"Sihat,Alhamdulillah...Lia sihat?Kandungan macam mana?"

"Alhamdulillah,mama.Lia dan baby sihat je."

Tangan Puan Zaidah dikucup.Kini mata Puan Zaidah beralih pada susuk tubuh seorang jejaka yang berada di sebelah Yusri.Jejaka itu hanya menunduk sedikit sambil tersenyum memandang Puan Zaidah.

"Along,ni ke kawan kamu yang dekat Australia tu.Hensem.Kacak orangnya."

"Aah mama.Kenalkan ni Rayyan Daniel.Rayyan ni mama aku."

"Aunty apa khabar?"

"Baik.Tak payah beraunty-aunty.Panggil mama je.Duduklah dulu.Nanti mama buatkan air."

"Nenek nak ikut nenek."

"Ok,come.Mama nak panggil Rayyan ke Daniel?"

"Ikut aut.. er mamalah.Mana-mana pun boleh.Biasa diorang panggil Rayyan.Keluarga panggil Daniel."

"Ooh,yalah.Kalau macam tu mama panggil Rayyan,boleh?"

"Boleh,mama."

"Kamu rehatlah dulu.Nanti lepas minum along tunjukkan bilik Rayyan.Mak Pah dah kemas bilik tetamu tu."

Puan Zaidah berlalu ke dapur sambil memimpin tangan Aish.Alia turut mengikuti langkah Puan Zaidah.Tinggallah Yusri dan Rayyan Daniel di ruang tamu.

"Rayyan,aku nak naik atas sekejap.Kau duduk dulu ya.Buat macam rumah sendiri.Jangan segan."

"Ok,thanks tau tumpangkan aku tinggal dekat sini buat sementara waktu."

"No hal,bro.Kejap tau."

Rayyan Daniel hanya menganggukkan kepala.Yusri terus mengatur langkah menaiki tangga ke tingkat atas.Bilik Yasmin Hana dituju.

"Min...boleh along masuk?"

Pintu bilik diketuk.Namun tiada sebarang sahutan.Tombol pintu dipulas.Keadaan bilik yang samar membataskan penglihatannya.Kakinya diatur dengan berhati-hati.Dengan berbekalkan cahaya lampu di ruangan luar bilik,dapatlah pandangan Yusri mengesan keberadaan Yasmin Hana di dalam bilik itu.

Punggungnya dilabuhkan di birai katil.Bahu Yasmin Hana disentuh lembut.

"Min....pandang sini.Along dah balik ni."

Yasmin Hana mengalih pandangannya ke arah Yusri.Air matanya berlinangan tatkala melihat wajah abang kandungnya.Namun mulutnya masih terkunci tanpa sebarang suara.

Melihat pandangan mata adiknya itu,hati Yusri menjadi sayu.Yusri segera menyeka air mata Yasmin Hana.

"Min...along dah balik.Along akan jaga Min.Min tak nak cakap dengan along ke?Min tak rindu along?"

Yasmin Hana kembali berpaling dari melihat wajah Yusri.Yusri cuba memahami perasaan Yasmin Hana.

"Along faham apa yang Min rasa.Along tahu along tak ada dekat tempat Min.Tapi along ni abang Min.Along tak sanggup nak tengok adik along terus macam ni.Min,sedarlah dik.Kesian dekat mama dan papa.Kami semua sayang Min.Along nak adik along yang dulu.Dah dua tahun dik.Along rasa masa tu dah cukup lama untuk Min move on.Biarkan Arif tenang di sana.Belajarlah untuk menerima kenyataan."

Yasmin Hana tetap diam membisu.Yusri hilang kata.Wajah adiknya ditatap sayu.

"Tak apalah.Min rehatlah.Along turun bawah dulu.Nanti kita berbual lagi."

Rambut Yasmin Hana diulus lembut sebelum kakinya diatur keluar dari bilik.Puan Zaidah datang ke ruang tamu sambil menatang dulang.Wajah sugul Yusri dipandang sekali imbas.

"Kenapa long monyok tiba-tiba."

"Tak ada apa-apalah mama.Rindu dekat Min yang dulu."

Puan Zaidah mengeluh berat.

"Along dah jumpa Min?"

Yusri hanya mengangguk.Rayyan Daniel sekadar menjadi pendengar.

"Tapi Min langsung tak nak bercakap.Along nasihatkan dia.Tapi entahlah.Dia termenung je.Along tak tahu nak cakap apa,mama."

"Mama faham perasaan kamu.Tak apalah.Nanti kita ikhtiarlah nak pulihkan semangat Min tu.Along pun baru sampaikan.Berehatlah.Minum Rayyan.Lepas ni boleh masuk bilik berehat.Nanti jangan lupa turun makan."

"Baik,mama.Terima kasih."

"Sama-sama.Along,layan kawan kamu.Mama nak ke dapur dulu."

Puan Zaidah kembali semula ke dapur.Yusri menuang air teh o panas ke dalam cawan.Lalu cawan disua kepada Rayyan Daniel.

"Rayyan minumlah.Kejap lagi aku tunjukkan bilik."

Rayyan Daniel mengambil cawan dari tangan Yusri.Air panas itu disisip perlahan-lahan.

"Berapa orang je dalam rumah ni?"

"Mama,papa dan adik aku.Ooh dengan Mak Pah."

"Ooh... Papa kau mana?Aku tak nampak pun."

"Selalu waktu macam ni dia ke masjid.Sejak dia serahkan hal syarikat pada aku,macam tulah rutin harian dia.Lagi-lagi bila...."

Kata-kata Yusri tergantung.Pandangannya dibawa ke arah gambar keluarganya.Satu keluhan berat terlepas dari bibirnya.Melihat tingkah sahabatnya itu membuatkan Rayyan Daniel semakin tertanya-tanya.

"Bila apa,Yus?"

"Eh,mm... Tak ada apa-apalah.Kau dah minum ke?Kalau dah,aku tunjukkan bilik."

Rayyan Daniel hanya menganggukkan kepala.Beg bajunya diangkat mengikuti langkah Yusri.Namun anak matanya sempat memandang ke arah potret keluarga sahabatnya itu.Wajah seseorang diamati.Terdetik sesuatu di benaknya.

" Rayyan,kau ok tak? "

"Ya,aku ok."

"Jom,kita naik ke tingkat atas."

"Baik."

Rayyan Daniel kembali melangkah ke arah tangga.Mengikuti derap langkah Yusri.

"Ni bilik kau.Kalau ada apa-apa jangan segan beritahu aku.Kau rehatlah dulu.Bilik aku kat depan sana.Sebelah dia bilik angah.Tapi dia tak duduk sini.Dia ikut suami dia tinggal dekat Kuantan.Yang depan sana tu bilik mama dan papa."

"Ooh...oklah.Aku masuk dulu."

Namun belum sempat Yusri melangkah pergi,tiba-tiba bahunya disentuh oleh Rayyan Daniel.Yusri kembali berpaling memandang Rayyan Daniel.Kedua keningnya diangkat.

"Mm... Bilik sebelah aku ni bilik siapa?Kau tak beritahu pula."

"Bilik ni?"

Jari telunjuk Yusri menunjuk ke arah pintu bilik bersebelahan bilik Rayyan Daniel.

"Ni bilik adik aku yang bongsu."

"Ooh...Dia tak ada dekat rumah ke?Aku tak nampak sesiapa pun dari tadi selain mama."

"Dia ada je dalam bilik ni.Tapi dia..."

Rayyan Daniel menunggu Yusri menghabiskan kata-katanya.

"Tak apalah.Banyak masa lagi.Nanti aku story.Kau rehatlah,k."

Rayyan Daniel hanya senyum segaris.Lalu pintu bilik dibuka.Dia melangkah masuk ke dalam bilik.Beg baju diletakkan di atas katil.Batang tubuhnya dibaringkan di atas katil.Lega rasanya dapat melepaskan lelah setelah menjalani perjalanan yang panjang.Kelopak matanya dipejamkan.Namun fikirannya tiba-tiba terlayar gambaran wajah seseorang.Kelopak matanya dibuka semula.Rayyan Daniel bangun,lalu bersandar di kepala katil.

"Aku macam pernah jumpa dia.Tapi aku tak ingat dekat mana.She looks familiar."

Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk dagunya.Akal fikirannya diperah agar dapat mengingati wajah tersebut.

"Tak apalah.Nanti aku tanyakan pada Yusri.Mungkin aku akan dapat jawapannya nanti."

Rayyan Daniel bangun dari katil.Beg bajunya dibuka.Tuala diambil bersama barang keperluan yang lain.Dia melangkah masuk ke dalam bilik air.Dia perlu membersihkan diri agar kembali segar.Setelah itu,Rayyan Daniel mengambil wudhuk sebelum mengerjakan solat jamak takhir qasar Asar dan Zohor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience