Air mata yang ditahan mengalir dalam sujudnya malam itu. Sujud menjadi satu – satu tempat Hana Aishah melarikan diri mencari kekuatan. Tempat rahsia dia. Satu – satunya tempat segala pekungnya dibuka. Segala luka dan duka dicurahkan selaju air matanya. Melarikan diri daripada kehidupannya yang terlalu beronak duri dan persoalan.
“Guide me. Guide me. Guide me” bibir Hana Aishah tidak putus – putus berdoa di dalam sujudnya.
Dari saat dia menjejakkan kaki ke dalam rumah banglo itu sehinggalah saat ini debaran di dadanya tidak hilang. Berkali – kali Hana Aishah cuba menolak kembali memori pahit ke dalam kotak ingatannya. Cuba melenyapkan walau seketika.
Apabila hatinya merasai sedikit tenang barulah Hana Aishah bangkit daripada sujudnya. Matanya dihalakan ke arah tikar sejadah. Malam itu Hana Aishah seperti tidak mahu solatnya berhenti kerana berakhirnya khusyuknya, fokusnya akan kembali kepada realiti hidupnya yang tiada arah.
Salam diberi tetapi mata Hana Aishah masih tertacap di sejadah itu. Gambar Kaabah yang menghiasi tempat dia bersujud tadi ditenungnya. Semenjak tadi pergerakannya dibataskan. Wuduk di ambil di bilik air yang terletak di ruangan berhampiran dengan dapur sebelum dia menunaikan solat.
Pelawaan Fakhrul untuk dia mandi dan menyelesakan diri ditolak. Sewaktu Fakhrul mahu mengimamkan mereka pun , Hana Aishah menolak. Untuk dia masuk ke rumah itu merupakan satu perkara yang tidak pernah Hana Aishah bayangkan jadi biarlah dia mengikut rentaknya malam itu.
Hari di mana dia nekad meninggalkan penjara ini , hari itu Hana Aishah berjanji dia tidak akan kembali ke situ lagi. Empat tahun dia cuba mengubat segala luka yang rumah itu berikan tetapi sekarang memori itu kembali menoreh.
Kalau bukan kerana Adam , Hana Aishah tahu dia tidak akan keluar daripada rumah itu. Kalau tidak kerana dia memikirkan nyawa Adam , Hana Aishah tahu dia tidak akan kuat untuk keluar. Tetapi ironinya , demi Adam jua dia melangkah masuk kembali ke penjara yang sama.
“Adam” bibir Hana Aishah berbisik menyebut saat dia teringatkan Adam yang dibaringkan di atas sofa di belakangnya sebelum dia menunaikan solatnya. Saat padangannya dilarikan mencari penyelamat Hana Aishah, sakit yang hadir bertukar panik melihat sofa yang sudah kosong itu.
“Adam!” suara Hana Aishah memanggil sambil matanya meliar ke segenap ruangan rumah mencari anaknya.
“Adam! Baby!” Hana Aishah memanggil lagi sambil kelam kabut dia berdiri. Segala kemungkinan buruk sedang bermain di mindanya saat itu. Memori pahit yang hadir hanya membuatkan dirinya semakin panik.
“Adam! Where are you baby? Adam!” air mata Hana Aishah mulai bertakung saat itu. Kain telekung yang mengekang pergerakannya itu diselak naik sebelum kakinya yang tadi berat mahu melangkah daripada ruang tamu itu bergerak laju meneroka.
“Sayang. Jangan buat umi takut macam ni. Where are you baby?” Hana Aishah memanggil lagi saat dia sampai ke ruangan makan rumah itu. Terbongkok bongkok badannya melihat di antara celahan kerusi mencari sekiranya Adam merayau ke situ.
“Adam!” suara sebak Hana Aishah memanggil lagi sebelum kakinya menuju ke dapur yang gelap gelita. Saat kakinya melangkah masuk lampu di ruangan itu terbuka secara automatic seperti mana setiap lampu di rumah itu berfungsi. Walaupun dia tahu tidak mungkin Adam berada di dapur itu adalah mustahil kerana lampu yang termati menandakan ruangan itu tidak diceburi manusia lagi , dia tetap melangkah.
Tiada yang berubah. Segalanya sama seperti dahulu. Air matanya mengalir semakin laju. Antara panik kerana masih tidak menjumpai Adam dan sakit mengingati segala memori di rumah itu. Memori manis yang terlalu sedikit hendak dibandingkan dengan segala kesakitan yang dia terima di dapur itu.
Hana Aishah memejamkan matanya rapat membuang segala memori dan kembali menukar arah mahu mencari gerangan anaknya. Sudahlah rumah itu besar. Entah di mana Adam berada saat itu.
“Adam! I`m sorry ok. Umi solat lama, umi tak perasan Adam bangun” Hana Aishah menyambung sebelum kakinya melangkah menuju ke ruangan rehat yang mempunyai TV dengan harapan Adam berada di situ.
Selalunya kalau Adam terjaga anaknya akan merengek sekiranya dia tiada berdekatan tetapi sepanjang solatnya tadi Hana Aishah lansung tidak mendengar rengekan anaknya. Khusyuk dia memohon kekuatan sampai tidak sedar dengan anaknya yang awal tidur nyenyak.
“Adam! You better show yourself. Umi babap nanti” Hana Aishah cuba cara mengugut pula. Kekecewaannya bertambah lagi saat dia masih tidak dapat menjumpai Adam tetapi saat matanya dihalakan ke tangga yang menuju ke tingkat atas, nafasnya terhenti.
Adam sedang duduk di ruangan di antara tangga bawah dan atas sambil merenungnya dengan senyuman nakal. Anaknya sedang duduk bersila sambil tersenyum menampakkan gigi ke arahnya.
“Mimi. Mimi up. Am up” Hana Aishah menelan air liurnya kesat. Melihat Adam , dia menjadi gayat. Kakinya kaku di tempat dia berdiri kerana Hana Aishah tahu kalau dia berkejar naik , Adam akan bergerak naik lagi tinggi.
“Adam good boy right. Come to umi sayang” Hana Aishah memanggil lembut sambil kakinya bergerak perlahan dan berdiri di kaki tangga yang berbentuk spiral itu.
Hana Aishah menelan air liur memikirnya berbagai cara Adam boleh terjatuh dan melukakan dirinya. Sudahnya anaknya sedang memegang pembahagi kayu yang mempunyai ruangan yang luas untuk Adam memboloskan diri sekaligus jatuh ke daripada tingkat atas itu.
“No. Am go up” Hana Aishah mengetap bibirnya menahan geram saat mendengar kata – kata nekad anaknya itu.
“Baby, you haven’t had you chuchu right” Hana Aishah mulai mengumpan. Kakinya mulai naik setapak melihat wajah serius Adam berfikir saat itu. Matanya memang hanya fokus kepada Adam sahaja saat itu.
“Adam wait there okay sayang. Let umi come and get you. You want chuchu right. Adam is so hungry” Hana Aishah naik lagi setapak.
“Aiyyyy” Adam menganggukkan kepalanya mengiakan kata – kata ibunya.
“Am want chu. Chu. Am aiyyy” Adam membebel dan Hana Aishah mempercepatkan langkahnya tetapi Adam yang melihat kelajuan ibunya terus tertawa girang sebelum tubuh itu dipusingkan.
“Adam stop” Hana Aishah menjerit kuat saat dia melihat Adam yang sudah hilang imbangan dalam kegelojohan anaknya yang mahu melarikan diri daripada Hana Aishah. Adam ingat mereka sedang main kejar – kejar saat itu.
“Got you” segala berlaku dalam sekelip mata. Hana Aishah berdiri kaku melihat Fakhrul yang entah muncul daripada mana menarik Adam yang sudah diawangan itu ke dalam pelukan.
Hana Aishah memaut dinding cuba menenangkan jantungnya yang berdegup seperti baru lari maraton saat itu. Tangannya kanannya mengusap dadanya yang terasa sesak.
“Sayang” Fakhrul yang menuruni tangga itu berhenti dihadapan Hana Aishah sambil memanggil isterinya lembut. Wajah Hana Aishah yang sembap itu dipandang sebelum dengan tidak semena mena Hana Aishah merangkul tubuh Fakhrul erat.
“He`s okay. I got him” Fakhrul memujuk Hana Aishah yang sedang teresak – esak menangis. Fakhrul dapat merasai ketakutan Hana Aishah saat merasai genggaman kuat isterinya mengecengkam baju t-shirt Fakhrul.
“Ya Allah. Ya Allah. Aishah tak perasan , I didn’t…. didn’t… Allah” tersekat – sekat bibirnya berbicara. Jantungnya masih berdegup laju saat itu.
“Its not your fault sayang. Abang lupa baby proof the house” Fakhrul memujuk lagi. Tangannya mengusap belakang tubuh Hana Aishah.
Tadi sewaktu Hana Aishah menolak apabila dia mengajak solat berjemaah hati Fakhrul terusik kerana itu kakinya laju meninggalkan Hana Aishah di di ruang tamu di bawah bersama Adam yang tidur nyenyak. Gembira yang dia rasai kerana surinya telah kembali hilang saat Adam pun dihalang daripada diambil untuk diletakkan di dalam bilik tidur mereka.
Lama dia berteleku di atas tikar sejadah memohon kesabaran dan kekuatan untuk memperbaiki hubungan mereka suami isteri. Hanya satu pinta Fakhrul. Dia tidak mahu melukai Hana Aishah mahupun Adam tetapi dia berdoa semoga Tuhan memanjangkan jodoh mereka.
“Sayang. Look at me” Fakhrul merenggangkan pelukan mereka sebelum menolak dagu isterinya supaya pandangan mereka bertaut.
Saat pandangan mereka bertaut, hati Fakhrul berdegup kencang seperti malam di mana Hana Aishah memberitahu kejadian sebenar yang berlaku sewaktu isterinya itu diserang di taman rekreasi. Renungan sayu yang membawa kesakitan yang Fakhrul mahu hapuskan. Getaran di sebalik sepasang anak mata coklat yang menyembunyikan ketakutan.
“I love you so much…..more…more than I love myself. It hurt me like hell because I failed you. The first thing I failed in doing. Caring for the love of my life” bibir Fakhrul bergetar menahan sebak saat itu.
“Abang tahu seribu kali abang mintak maaf pun abang tak boleh padam semua sakit yang abang bagi dekat sayang. I hate myself every second of my life because I hurt you. I hurt you so bad” air mata yang di tahan Fakhrul gugur saat itu.
“Please. Sekali ni je sayang. Let me take care of you the way you should be taken care of. Let… “ Fakhrul menghelakan nafas panjang mencari kekuatan untuk meneruskan bicara.
“You deserve all the beautiful thing in this world. You deserve so much happiness” saat itu Fakhrul dapat melihat satu harapan yang tidak pernah dia lihat mahupun cari di dalam diri isterinya. Disebalik kesakitan yang terpancar di anak mata coklat kegemarannya , dia nampak harapan yang mulai jelas.
“Abang janji abang akan jaga sayang and Adam ….” Hana Aishah menggelengkan kepalanya mematikan bicara Fakhrul. Senyuman pahit terukir dibibir isterinya.
“Jangan Fakhrul. Jangan….jangan janji lagi. Don’t promise me something that you know you cant fulfil. Don’t give me hope and….and crush it in a second. You …..” renungan Hana Aishah dilarikan.
Wajah isterinya merenung kea rah Adam. Adam yang semenjak memeluk lehernya erat dan berbaring di bahunya. Fakhrul dapat melihat kekuatan yang cuba dikumpul Hana Aishah saat tubuh Adam yang sedang membelakangi uminya itu ditenung sejenak.
“Sakit. Sakit sangat. Rasa dia buat I rasa nak mati. Bukan sekali Fakhrul” penat Hana Aishah menyimpan rasa.
“Hari – hari I bergelut. Bergelut untuk terus hidup when the only thing that I want is to die. Because it hurt so much. Every single second. Every single breath. Every single moment” Fakhrul dapat merasai genggaman Hana Aishah di bajunya yang tidak dilepaskan semakin kuat cuba meneruskan bicara.
“Jadi. Jangan janji dekat I. Jangan janji kalau you tak boleh tunaikan. I cant take anymore pain. Not because of me” renungan Hana Aishah dihalakan ke dalam anak mata hitam Fakhrul.
“You strip me off everything till there`s nothing left. You buat apa pun , sakit itu tak ada beza pun. But I need to live. I need to live for Adam” bergetar bibir Hana Aishah berbicara.
“So please let me live. I nak hidup untuk anak I. I nak hidup untuk Adam” saat itu Hana Aishah merobohkan segala tembok amarah , benci dan luka yang dia bina.
“Please Fakhrul. Sakit sangat” wajahnya disembamkan di dada Fakhrul saat itu.
“I`m sorry. I`m sorry” erat pelukan Fakhrul saat kata – kata maaf itu diungkapkan berkali – kali. Ubun – ubun isterinya dikucup lama mencari kekuatan untuk terus berjuang untuk rumah tangganya.
***********************************************************
Perjalanan pulang menuju ke rumah Kapten Azam sunyi sepi. Hana Aishah yang sedang menyusukan Adam sedang duduk termenung merenung kea rah pemandangan luar. Mata Fakhrul semenjak tadi melihat isterinya dibelakang. Air mata Hana Aishah yang sesekali turun membuatkan hati Fakhrul tidak keruan.
“Sayang. Lets have dinner first. You didn’t eat properly tadi. Tak habis pun laksa” Hana Aishah menggelengkan kepalanya saat mendengar cadangan Fakhrul.
“Nanti sayang gastritis. Sikit je. Abang drive thru McD ok” Hana Aishah masih menggelengkan kepalanya.
“Please sayang. Adam hasn’t stop feeding since we go inside the car. I know you are hungry for sure” Fakhrul memujuk lagi.
“I`m tired. I just wanna go home and sleep” Fakhrul terdiam sejenak mendengar permintaan isterinya. Dia arif sangat dengan perangai Hana Aishah. Kalau tengah beremosi seperti hari itu memang jangan diharap isterinya akan makan.
“Fine but before you sleep abang buatkan roti bakar like that day . Sayang suka kan. Promise me you`ll eat?” Fakhrul memandang kea rah Hana Aishah sewaktu menanti isyarat lampu merah memasuki rumah mereka.
“Sayang janji dulu kalau tak abang reverse balik pergi McD” Fakhrul mengugut apabila Hana Aishah diam membisu tidak mahu membalas.
“You ni kenapa. I penat la. I nak balik , nak tidur. Plus you hate McD” Hana Aishah membalas geram. Nadanya dikawal melihat Adam yang sudah kembali terlentok tetapi masih laju menyusu.
“Not as much as I love you. Sayang janji dulu kalau tak abang U turn” Hana Aishah menjulingkan matanya menyampah melihat senyuman suaminya.
“Apa – apa je lah” Hana Aishah berbisik geram membalas.
“Not the right answer. Ok abang U turn” Hana Aishah membeliakkan matanya melihat Fakhrul yang sudah menggerakkan kereta itu.
“Fakhrul, I penat lah. Jangan lah main – main. I nak balik” jelas kepenatan Hana Aishah saat itu.
“Does it look like I`m joking. Adam menyusu dari tadi and you ate so little at the warung earlier. Abang kenal isteri abang. You are hungry but you are so stress right now you choose to ignore it” Fakhrul membebel geram.
“Abang tahu sayang penat. It’s a long day for you that’s why abang nak sayang janji satu je. Abang buat kan roti bakar and susu like that day. Sayang janji sayang makan before you sleep. Tu je” Fakhrul sudah tahap merayu saat itu.
“Ye ye. Tak yah lah U turn , I makan la benda you buat. Fakhrul!” Hana Aishah sudah panik saat melihat suaminya yang seperti mahu berpatah balik itu. Nafas kelegaan dihelakan saat suaminya meneruskan pemanduan pulang. Tawa Fakhrul kedengaran saat melihat muka cemberut isterinya.
“Annoying betul” Hana Aishah membalas geram dan tawa Fakhrul bertambah kuat sampai terjaga Adam saat itu.
“Fakhrul. You ni kan. He woke up already. I penat susu sampai Adam tidur” Hana Aishah membentak saat mendengar rengekan Adam. Air matanya yang tadi berhenti kembali mengalir saat Adam mengigit bentil susunya marah.
“Ya Allah. Sorry sayang” wajah bersalah Fakhrul jelas saat melihat isterinya menangis kembali.
“Hang in there for awhile. Sampai rumah abang ambik Adam” laju Fakhrul memandu menyusuri Lorong menuju rumah mertuanya. Rengekan Adam sudah berhenti tetapi dia dapat melihat Hana Aishah menahan sakit kerana dia pasti Adam sedang menyusu rakus saat itu.
“Sorry sayang” saat dia meletakkan kenderaan di bawah pohon mangga berdekatan rumah mertuanya terus Fakhrul meloncat turun mahu mengambil Adam.
“Nonono” suara Adam meraung kedengaran saat Fakhrul menarik anak bujangnya sekaligus mematikan susuan Adam.
“Mimi chu. Mimimi” rengekan Adam itu menanti masa sahaja bertukar menjadi raungan. Hana Aishah memejam matanya sebelum tubuhnya dibaringkan di kerusi belakang itu.
Badan dia benar – benar penat. Dari pagi emosinya di uji , sekarang Adam yang tadi melekat dengan bapanya hanya mahukan Hana Aishah semenjak kejadian di rumah Fakhrul tadi. Adam yang sememangnya akan terlebih manja kalau tempat baju dan berjumpa orang baru hanya bertambah stress apabila melihat air mata ibunya.
“Just give him to me” Hana Aishah meminta dengan suara lesu saat dia dapat melihat raungan Adam yang bertambah kuat itu. Tubuhnya didudukkan kembali sebelum dia menghulurkan tangannya.
“Its ok sayang. I`ll settle him down” wajah Fakhrul kelihatan bersalah sangat saat itu. Hana Aishah menggelengkan kepalanya.
“He wont be quiet Tengku Fakhrul. Dia anak you , kepala batu macam babah dia. Selagi you tak bagi apa dia nak , he will cry till he loose his voice. So give him to me” Hana Aishah membalas kepenatan.
“Just give him to me” Fakhrul membaringkan Adam di riba Hana Aishah dan sepantas kilat mulut anaknya kembali bertaut.
Fakhrul menutup pintu kereta sebelum kakinya melangkah menuju ke sisi kanan kereta. Pintu belakang BMW itu dibuka sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah Hana Aishah.
“Sorry sayang” tangan Fakhrul mengusap bahu isterinya.
“Its fine. Tunggu masa je ni actually. Today is such a big stress for him. He`ll be like this if I bring him to new places and with the crowd today plus the drama, its inevitable. Not your fault” Hana Aishah membalas tenang. Matanya asyik melihat wajah Adam yang masih lembap dengan air mat aitu.
“Penat je nangis anak Umi ni” Hana Aishah mengomel tetapi bibir nipisnya tetap mengukir senyuman.
Fakhrul diam memerhatikan interaksi Hana Aishah dan Adam. Adam yang sudah tercelik matanya , menyusu sambil tersenyum merenung kea rah Hana Aishah. Rasa bahagia mengembang mekar di dalam dada Fakhrul saat itu.
Badan Hana Aishah sedang bersandar kekok sambil memangku Adam. Walaupun wajah itu jelas kelihatan penat tetapi senyuman masih mekar di bibir isterinya setiap kali bibir Adam tersenyum.
“Lets go into the room. You can feed him comfortably. Sakit nanti badan sayang” Fakhrul memberi cadangan saat dia dapat merasai bahu isterinya yang keras itu. Tangannya mengurut cuba melembutkan ketegangan yang dirasainya.
“He`ll sleep faster inside the car plus I rasa macam ada orang datang la” Hana Aishah yang sempat melihat beberapa buah kereta di depan rumah keluarganya membalas.
“I guess so. The house is still bright. Sayang sandar dekat abang nak. Selesa sikit” Fakhrul memberi cadangan apabila dia dapat melihat tubuh isterinya yang sedang bergerak – gerak mencari tempat sandaran yang selesa.
“Its ok, I`m comfortable like this. But can you help grab the pillow. I need to support my hand” Hana Aishah tersenyum meminta manakala Fakhrul pantas menurut.
“Thank you” Hana Aishah membalas saat tangannya yang lenguh itu disandarkan di bantal yang Fakhrul letakkan. Tangan Fakhrul yang mengurut bahunya dibiarkan kerana sememangnya bahu dia tengah kejang.
“He loves car rides. Abang tengok kalau naik kereta je terus tidur Adam” Fakhrul memecahkan kesunyian di dalam kereta itu.
“When I`m oncall, this son of yours akan mengamuk sepanjang malam. So, the boys will take him on car rides to put him to sleep but normally they will end up bringing him to the hospital lobby and I lari kejap susukan sampai la prince charming tidur” Hana Aishah tersenyum bercerita kepada Fakhrul.
“You did such a great job. Thank you for being a great umi to him” Fakhrul membalas dengan senyuman. Senyuman yang disaluti suka dan duka.
“You`re a great babah to him also. Bukan senang Adam nak dekat orang. You should be proud of yourself” Hana Aishah merenung kea rah Fakhrul dengan senyuman cuba meyakinkan Fakhrul yang dia tahu rasa ketinggalan.
“But I wasn’t there for him. He will know that and he will resent me for it” Hana Aishah dapat melihat kekecewaan di mata Fakhrul saat Fakhrul membuat kesimpulan itu.
“It wasn’t your fault. Salah I and I never told Adam you left him because fact is you never did. I took him away from you” Hana Aishah tersenyum pahit memberitahu Fakhrul hakikat sebenar. Salah dia , bukan salah Fakhrul.
“He loves you” Hana Aishah menggenggam tangan Fakhrul meyakinkan lelaki itu. Perasaan bersalah mencengkam hati Hana Aishah saat melihat wajah bersalah Fakhrul.
Fakhrul hanya diam membisu tidak membalas. Renungan mata yang bersalut rasa bersalah itu dialihkan ke arah Adam yang sedang menyusu itu. Adam tidak menunjukkan tanda – tanda yang dia akan tidur. Tangan montel anaknya sedang bermain dengan selendang berwarna krim yang digayakan isterinya hari itu.
Suasana sunyi di dalam kereta itu mendatangkan ketenangan. Hana Aishah membiarkan tangannya yang masih berada di dalam genggaman Fakhrul. Wajah Fakhrul saat itu benar – benar menyedarkan dia tentang kekhilafan dia. Semenjak meninggalkan Fakhrul hanya itu penyesalannya. Hanya kerana hubungan mereka suami isteri berantakan , Adam menjadi mangsa.
“I never blame you. Like you said, I failed you and our firstborn. I`m not surprise you took Adam away” Hana Aishah dapat merasai kekecewaan Fakhrul sehingga ke lubuk hatinya. Air matanya kembali bertakung.
“I love you” Hana Aishah dapat merasakan kucupan hangat Fakhrul di tangan kanannya yang digenggam lelaki itu. Pandangannya dilarikan ke luar jendela. Matanya merenung kea rah rumahnya yang masih terang benderang itu.
“Sayang cam ke kereta yang park depan rumah tu?” Fakhrul yang dapat melihat keresahan isterinya terus mengubah topik.
“Tak. Since last week more people are visiting mak. Maybe her friends from school kot” Hana Aishah membalas. Keadaan kembali sunyi. Ketenangan tadi bertukar menjadi kekok. Adam pula seperti tidak mahu tidur tetapi masih menyusu.
“You finish your subs already?” Hana Aishah akhirnya memecahkan kesunyian yang semakin menjanggalkan itu.
“Nope. Everything was on hold” kepala Hana Aishah terus dipalingkan kea rah Fakhrul.
Fakhrul sedang merenung ke arah langit melalui cemin di bumbung kereta BMW itu. Tangan Fakhrul masih menggenggam erat tangan Hana Aishah. Wajah Fakhrul kelihatan tenang saat melihat bintang yang bertaburan melalui cermin di bumbung kereta mewah itu. Entah bila Fakhrul membuka hadangan di bumbung itu Hana Aishah pun tidak tahu.
“But you`ve completed your master right?” Fakhrul menganggukkan kepalanya. Hana Aishah menanti Fakhrul berbicara menyambung penjelasan yang tergantung itu.
“So…” Hana Aishah akhirnya bertanya apabila Fakhrul masih lagi diam asyik melihat pemandangan langit yang indah malam itu.
“My priority has always been you. I don’t need the master. I just need you. And you weren’t there” Hana Aishah menelan air liurnya kesat saat mendengar kata – kata Fakhrul. Suara Fakhrul yang bersahaja tetapi bait perkataan yang dituturkan itu sampai ke segenap tubuhnya.
“Tapi you dah habiskan your master kan?” Hana Aishah bertanya lagi mahukan kepastian.
“Dah sayang” Fakhrul membalas dengan senyuman di bibir. Nafas yang ditahan Hana Aishah terlepas jua.
“Sambung la your subs. Arthroplasty right?” senyuman Fakhrul semakin melebar. Tangannya naik mengusap wajah Hana Aishah yang kelihatan gusar itu.
“I want to focus on us first. Subspecialising is not at the top of my list” Fakhrul dapat melihat anak mata coklat isterinya yang sedang bergolak dengan emosi saat mendengar rancangannya.
“You were not the reason why I didn’t pursue arthroplasty. Before…. I mean when you left…” kepedihan yang dirasai saat Fakhrul berbicara tentang hari di mana Hana Aishah pergi menghentikan kata – katanya seketika.
“Abang talk to abi that day. Abang nak habiskan master and then I want to focus on us. I want us to heal together” renungan mata mereka bertaut saat Fakhrul meneruskan bicara.
“I went and visited Adam. Had a long talk with him. I brought your favourite lily on the way back. I thought we could restart our life that day. How stupid of me right?” tubir mata Fakhrul sudah bertakung saat Fakhrul berbicara. Hana Aishah dapat merasai kesakitan dalam setiap bait kata Fakhrul.
“A bouquet of Lily to erase all the pain I`ve caused you” saat itu tangan Fakhrul naik menolak selendang yang sudah dilonggarkan Hana Aishah sewaktu Adam mulai menyusu tadi. Satu garisan pudar kelihatan. Parut yang hanya mereka berdua tahu sejarahnya.
Parut yang menjadi tanda bermulanya hari – hari yang penuh dengan kesakitan untuk Hana Aishah. Hari di mana tangan Fakhrul mulai naik supaya Hana Aishah merasai kesakitan yang dirasai Fakhrul. Parut yang sudah pudar tetapi tanda yang dibawa parut itu masih kekal dalam hati mereka suami isteri.
“I`m so sorry sayang. I really am” tubuh Fakhrul digerakkan merapati Hana Aishah sebelum bibir Fakhrul mendarat di parut itu. Air mata Hana Aishah yang tadi sudah berhenti kembali mengalir laju saat itu.
Perasaannya tidak dapat dia ungkap. Kemaafan yang dia mahukan baru hadir sekarang di saat hatinya sudah terlalu biasa dengan kesakitan yang hadir setiap kali parut itu disentuhnya.
Air mata Fakhrul yang gugur bersama air mata Hana Aishah sedaya upaya sedang cuba memadam memori pahit itu tetapi mengapa sakit itu tidak mahu pergi. Kenapa susah sangat untuk dia terima kemaafan yang dia mahukan semenjak empat tahun lepas?
“I`m so bad for you but I cant live without you. I just cant” suara sebak Fakhrul menyambung. Wajah Hana Aishah diraut sebelum dia merenung lama. Air mata jantan yang gugur dibiarkan.
Itulah puncanya. Itulah punca dia sampai tergamak melukakan Hana Aishah. Melukakan isterinya yang patut disayangi dan dicintai. Puncanya kerana ego. Fakhrul ego untuk mengaku hakikat yang dia terlalu banyak kelemahan. Berkali – kali Hana Aishah mencuba untuk melenturkan segala dendam dan kesakitan yang dia bawa tetapi dia ego.
“The truth is I don’t have anything to give you. I marry you because I love you so damn much but I just don’t have anything to give” Hana Aishah mengigit bibirnya menahan sebak mendengar pengakuan Fakhrul.
“Sayang betul, abang salah” Hana Aishah menggelengkan kepalanya sebelum melarikan pandangannya. Dia dapat melihat bayangan beberapa orang lelaki yang sedang berjalan di laman bunga Kapten Azam.
“Why does one of us always have to win Fakhrul? This is not a race. I tak nak menang or kalah. Why can’t we just be normal? Kenapa susah sangat?” hari itu bibirnya benar – benar selamba berbicara.
“This is never going to work” Hana Aishah memberi kata putus dan dalam sekelip mata tubuhnya sudah berada di dalam pelukan Fakhrul.
“We`ll make it work. I will do anything to make it work. Please” Hana Aishah mengetap bibirnya kuat sampai dapat dia rasakan kulit bibirnya merekah. Dia tidak mahu memandang kea rah Fakhrul.
“Mimi sad. Babah sad” suara Adam mencelah dan air mata Hana Aishah yang tadi mengalir perlahan menjadi semakin lebat.
Hana Aishah menggenggam erat kedua belah tangannya saat Adam yang sudah memutuskan susu itu diangkat Fakhrul. Entah bila Adam memutuskan susu dia pun tidak perasan.
“I`m not sad anymore. Babah is okay. Adam is here” Fakhrul mengusap pipi montel anaknya. Wajah Adam yang sedang merenungnya serius itu menghadirkan satu ketakutan.
“You continue be a baby. Don’t worry yourself at this age. You cant go thru what I went thru. Your life is going to be better than babah`s” Fakhrul menarik Adam rapat ke dadanya sebelum dia berbisik. Bisikan yang sampai ke telinga Hana Aishah.
“I wanna hate you so badly. So so badly” hati kecil Hana Aishah menjerit malam itu.
*****************************************************
“Adik. Awalnya bangun?” Hana Aishah sedang termenung di buaian di lama tepi rumah keluarganya.
Segalanya tentang semalam memenatkan tubuh Hana Aishah tetapi sepanjang malam tadi dia tidak dapat melelapkan matanya. Dalam banyak – banyak hari dia rasa semalam merupakan hari yang mencabar emosi di tahap yang tidak dapat dia bayangkan.
Dia sudah mempersiapkan hatinya sebelum menuju ke rumah Sakinah tetapi apabila Mak Cik Zaitun dengan selambanya menampar realiti kemukanya , sakitnya tidak dapat dia bayangkan.
“Adik ok?” Hana Aishah mahu menganggukkan kepalanya tetapi kepalanya tidak mahu memberi Kerjasama. Akhirnya dia hanya merenung memandang ibu yang bertelekung putih seperti dia.
“Sejuknya tangan” Teacher Basirah membebel sebelum tangan Hana Aishah yang ditaut itu digosok gosok supaya mendatangkan haba. Mata Hana Aishah yang masih lagi sembap itu merenung kea rah perlakuan ibunya.
Semalam sewaktu dia sampai di laman rumah meninggalkan Adam dan Fakhrul di dalam kereta, suasana riuh itu membuatkan Hana Aishah semakin pening. Seperti jangkaannya memang rakan sekerja ibunya datang melawat. Dia yang benar – benar penat itu mahu terus naik tetapi merasa serba salah. Nasib baik Kapten Azam yang baru pulang daripada kedai bertembung dengan Hana Aishah. Seperti dapat merasai ketegangan anaknya terus menarik Hana Aishah melalui pintu belakang rumah.
“Adik tidur ok. Adam nanti abah settlekan” Kapten Azam berbisik ke telinga Hana Aishah saat tubuh anak perempuannya itu selamat berbaring di katil. Satu kucupan dihadiahkan di ubun – ubun Hana Aishah sebelum Kapten Azam meninggalkan Hana Aishah sendirian.
“Mak bangun tadi adik dah tak ada. Lapang je katil , bantal golek dekat tengah – tengah dah hilang” Teacher Basirah mengusik tetapi wajah Hana Aishah masih lagi muram merenung ke arahnya.
Hati ibunya tahu Hana Aishah sedang menyembunyikan sesuatu. Semalam Teacher Basirah sibuk melayan tetamu sampai lansung tidak perasan anak menantunya yang pulang. Apabila selesai semua tetamu balik terkejut dia melihat anak perempuannya yang sudah terlelap di biliknya.
“She needs this” sebaris jawapan Kapten Azam sebelum sempat dia bertanya.
Sewaktu Teacher Basirah berbaring di sebelah Hana Aishah, erat pelukan anak perempuannya itu. Dia tahu ada sesuatu yang berlaku tetapi mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Seperti kata Kapten Azam , Hana Aishah perlukan waktu ini bersama mereka berdua.
“Adik tak ok. Mak tahu. Does it have anything to do with Cik Eton?” tidak sampai sesaat tubuhnya dipeluk erat Hana Aishah. Esakan Hana Aishah bermula.
“Its ok. Let it all out. Mak ada dekat dekat sini” Teacher Basirah memujuk tetapi hatinya menjadi sakit memikirkan mulut Mak Cik Zaitun itu. Sudah lama tidak makan cili agaknya.
Sepanjang malam tadi beberapa kali Hana Aishah terjaga sekaligus mengejutkan Kapten Azam dan Teacher Basirah. Tidurnya anaknya itu tidak lena. Hana Aishah meracau beberapa kali sehingga terpaksa dikejutkan Kapten Azam. Memikirkan puncanya , hati Teacher Basirah menjadi sakit.
Teacher Basirah mengeratkan pelukannya. Tangisan Hana Aishah seperti tiada henti saat itu. Kapten Azam yang sudah bersiap mahu ke masjid itu melencongkan perjalanannya.
“Adik. Kenapa ni?” Kapten Azam menarik kerusi sebelum duduk di hadapan buaian itu. Hana Aishah hanya menggelengkan kepalanya. Wajahnya masih disembunyikan di dada Teacher Basirah.
“Si Zaitun tu lah. Dah lama tak makan cili agaknya” Kapten Azam terkejut mendengar amarah isterinya.
“Adik kan strong girl mak. Jangan dengar cakap si Zaitun tu. Tak sedar diri betul orang tua tu. Kubur dah memanggil pun tak reti nak bertaubat” Teacher Basirah membebel lagi.
“La. Si Zaitun punya pasal ke ni” Kapten Azam bertanya pelik. Mereka semua tahu perangai ibu Sakinah termasuklah Hana Aishah sebab itu hatinya kuat mengatakan Hana Aishah bukan menangis kerana kata – kata Zaitun semata – mata.
“Tua tak sedar diri betul” Teacher Basirah membebel geram.
“Ira. Tak baik cakap macam tu” Kapten Azam menegur. Teacher Basirah kalau marah memang sudah tidak nampak baik ke buruk.
“Mak. Kenapa dengan Kak Dik ni” Alif Haziq yang baru turun untuk ke masjid dengan Kapten Azam itu bertanya panik.
“Apa yang tak baiknya. Si Zaitun tu yang tak baik. Mulut tak makan saman. Sampai teruk macam ni adik menangis” hati Teacher Basirah menjadi semakin panas apabila melihat esakan anaknya yang seperti tiada henti itu.
“See. Sebab tu Alif tak setuju kak dik nak pegi rumah cik Eton tu. Memang cari pasal je. Confirm dia reject kan Abang Aek” Alif Haziq membebel. Dia yang melabuhkan punggung di sebelah Hana Aishah itu mengusap belakang badan kakaknya.
“Dia pun ada anak perempuan kan. Itu dia tak ingat. What goes around comes around” subuh itu laju Teacher Basirah berdoa.
“Mak. Jangan la doakan Kina macam tu” Hana Aishah mengangkat wajah sebelum bibirnya dicebikkan.
“Habis tu dah dia tak tahu jaga mulut. Habis bengkak muka tu nangis. Dari semalam menangis lah ni. Ishh adik ni” Air mata Hana Aishah yang masih lagi mengalir itu dilap ibunya.
“Mak janganlah marah adik” lagilah laju air matanya apabila ibunya membebel.
“Bukan membebel. Jahit kat kepala tu tak bukak lagi adik. Nanti kepala adik sakit balik stress macam ni. Mak tak suka tengok adik stress , sakit – sakit macam ni” Teacher Basirah mengusap pipi anaknya.
“Mak nak tengok adik senyum. Adik happy. You cried too much already” suara ibunya bertukar sebak.
“Ahh sudah. Kejap lagi semua nangis. Mak janganlah nangis” Alif Haziq memeluk tubuh Hana Aishah daripada belakang. Dagunya disandarkan di bahu kakaknya.
“Mana ada mak nangis. Mak geram je ni” Hana Aishah merasa lucu melihat gelagat Teacher Basirah saat itu. Wajah ibunya sudah merah padam menahan marah tetapi air mata sedang bertakung.
“Macam ni lah abah nak tengok. Senyuman manis” lagilah lebar senyuman Hana Aishah dipuji bapanya sebegitu. Kapten Azam memaut tangan Hana Aishah. Matanya merenung ke dalam anak mata coklat anaknya yang masih bertakung dengan air mata tetapi kelihatan ceria. Bukan seperti semalam.
“Adik. Biarlah orang nak cakap apa pun. Yang penting kita tak buat jahat dekat orang. Yang penting kita tak cari murka Allah” Hana Aishah mengetap bibirnya menahan sebak saat mendengar nasihat yang sudah berulang kali bapanya pesan.
“Anak abah kan kuat. Mana boleh cewek macam ni” Hana Aishah mencebikkan bibir apabila diusik Kapten Azam.
“Cik Eton can go to hell” Alif Haziq membalas geram.
“Ini lagi sorang. Eloklah tu nak pegi solat subuh , doa orang masuk hell” Kapten Azam menjeling kea rah anak lelaki tunggalnya.
“Adik dah ok tak ni?” Kapten Azam bertanya sewaktu dia sudah berdiri.
“Dah ok. Nak nangis je. Quota semalam tak habis lagi” sempat Hana Aishah bergurau cuba meyakinkan bapanya.
“You are my strong girl. Cry if you want but always get back up” Kapten Azam memesan sebelum mengucup ubun – ubun anak perempuannya. Hana Aishah memejamkan matanya erat mengambil segala kekuatan yang bapanya sedang hulurkan kepadanya.
“Faster get going. Alif drive , jangan bagi abah drive. Bukan nampak sangat mata tu” Teacher Basirah membebel saat azan subuh sudah mulai berkumandang.
Subuh itu , Hana Aishah solat bersama Teacher Basirah. Dahulu dia selalu mengimamkan ibunya. Semenjak mereka masuk sekolah menengah ibunya sudah mengajar mereka untuk solat berjemaah sementara yang lelaki ke masjid. Mereka adik beradik perempuan akan bergilir – gilir.
Suaranya tenang mengalunkan ayat suci al quran di dalam bilik ibunya. Mindanya dikosongkan daripada segala permasalahan dan keserabutan hidupnya. Subuh itu, Hana Aishah menjadi dirinya sebelum dia berkahwin. Sebelum dia menjadi sibuk dengan kerja. Subuh itu dia habiskan masa dengan mengaji dan bertadabur dengan Teacher Basirah. Hanya mereka berdua tiada gangguan.
“Mak tahu you didn’t just cry because of what Zaitun said. Mak tak nak paksa adik cerita sebab mak kenal anak mak” Hana Aishah yang sedang melipat telekung dan sejadah itu hanya diam mendengar.
“Adik dah besar. Dah jadi mak orang pun. Mak tak ada hak untuk paksa adik ikut cakap mak and after everything that happen , I don’t think I want to force anything on to you” Teacher Basirah sedang duduk di birai katil sambil melihat pergerakan lincah anaknya.
“Come sit beside me” tangannya dihulurkan mahu menarik Hana Aishah supaya melabuhkan punggung di sebelahnya.
“Marriage is so complicated” Teacher Basirah memulakan bicara.
“Its so difficult that often time we choose to give up” Hana Aishah tersenyum pahit kerana dia dapat mengagak prinsip ibunya. Tetapi kata – kata yang dituturkan Teacher Basirah seterusnya membuatkan dia terkedu.
“But giving up is not always bad because only Allah knows your jodoh. We can only pray but ultimately only Allah know whats best for you” Hana Aishah menelan air liurnya kesat.
“Everyone can tell you to give him another chance especially us who can see how much he has changed” tangannya diurut perlahan – lahan oleh ibunya sambil Teacher Basirah meneruskan bicara.
“The Fakhrul that you left was a different Fakhrul. I guess in a way both of you need the separation” bait – bait yang Hana Aishah tidak sangka akan keluar daripada mulut Teacher Basirah sedang meniti tenang daripada bibir itu.
“Adik kena decide sebab adik je yang tahu sama ada adik boleh hidup lagi dengan Fakhrul ke tak” air matanya yang seperti tidak mahu mengering itu kembali bertakung.
“Don’t listen to anybody. Just keep praying and trust Him. Doa mak sentiasa ada dengan adik” ayat yang dia mahukan. Tiada paksaan mahukan harapan. Hanya doa.
“Thank you mak” erat Hana Aishah memeluk Teacher Basirah pagi itu.
*****************************************************
Kaki Hana Aishah melangkah menaiki tangga. Daripada saat dia melabuhkan kepalanya di dalam bilik Kapten Azam sehinggalah saat dia berada di hadapan bilik tidurnya, Fakhrul mahupun Adam lansung tidak mengganggunya.
Entah bagaimana Fakhrul menguruskan Adam dia tidak tahu tetapi yang pasti dia perlukan ruang itu. Dia perlukan ketenangan sebentar. Jauh daripada asakan , paksaan , harapan , kelemasan dan segalanya.
“No decision is stupid. Just put your trust in Him and listen to Him with an open mind and heart” berbekalkan nasihat Teacher Basirah, Hana Aishah memusingkan tombol pintu.
Sewaktu dia menaiki tangga rumah , langit sudah mulai terang tetapi biliknya masih lagi malap. Kesejukan penghawa dingin menusuk ke tulang sum sumnya. Biliknya yang hanya diterangi lampu tidur itu dimasuki Hana Aishah.
Tilam yang kelihatan comot itu kosong. Kot bayi yang disambungkan di sebelah katil itu juga kosong. Matanya dilarikan merenung kea rah Fakhrul yang sedang duduk berteleku di atas sejadah. Fakhrul yang sedang membelakanginya itu seperti tidak perasan dengan kehadiran Hana Aishah.
Bibir lelaki itu sedang sibuk berbual. Dengan Adam barangkali kerana Hana Aishah masih tidak nampak gerangan anak lelakinya itu. Entah apa yang dibicarakan Hana Aishah tidak pasti. Suara Fakhrul seperti sedang berbisik.
Kakinya melangkah mendekati dua beranak itu dan seperti anak ayam yang baru menjumpai ibu yang hilang , kedua – dua pasang anak mata hitam merenung kea rah Hana Aishah.
Hana Aishah dapat melihat lingkaran mata gelap yang bukan sahaja menghiasi mata Fakhrul tetapi anak lelakinya jua. Hana Aishah merenung anaknya yang hanya merenung ke arahnya tanpa bicara.
Kalau selalu laju sahaja Adam mahukan dia. Inikan pula apabila tidak mendapat habuan di dini hari seperti selalu sepatutnya Adam akan merengek mahukan dia tetapi pagi itu kedua – dua beranak itu merenung kea rah Hana Aishah dengan satu pandangan yang sama.
“Listen to Him” pesanan ibunya bermain di mindanya. Berbekalkan mantra itu , Hana Aishah melabuhkan punggungnya di sebelah Fakhrul.
Adam yang berada di dalam pangkuan Fakhrul di ambil. Bibir anaknya tidak mencari seperti selalu tetapi renungan mata itu penuh kemahuan. Zip di baju tidur kelawar milik Teacher Basirah yang dipakainya itu diturunkan sebelum bentil susunya disuakan kepada Adam.
“Bismillah” bacaan doa itu diucapkan disambung dengan doa makan sebelum Adam mulai menyusu.
Hana Aishah mengigit bibirnya saat dia dapat merasai ngeri yang menandakan Adam sedang menanti dengan perut kosong. Mata anaknya merenung kearahnya penuh kepuasan.
Setelah Hana Aishah memastikan Adam sudah tenang menyusu, matanya dialihkan ke arah Fakhrul. Pandangan Fakhrul tertacap kepada mereka anak beranak. Pagi itu Hana Aishah tidak melarikan pandangannya daripada Fakhrul.
Lingkaran mata gelap yang mengelilingi sepasang anak mata yang merah itu ditenung Hana Aishah. Dengan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Pencipta mereka, Hana Aishah mengusap anak rambut Fakhrul yang terjuntai itu.
Tangannya tidak teragak – agak seperti selalu. Hana Aishah dapat melihat air mata Fakhrul yang sudah bertakung kembali.
“You want to sleep here” Hana Aishah bertanya tenang. Fakhrul kelihatan teragak – agak sebelum menganggukkan kepalanya.
Hana Aishah menjulurkan kakinya sebelum membetulkan posisi Adam. Saat paha kanannya sudah lapang , Fakhrul membaringkan kepalanya diriba Hana Aishah.
Tangan Hana Aishah kembali mengusap rambut Fakhrul. Emosi yang menyelubungi mereka subuh itu terlalu hebat. Paha Hana Aishah basah dengan air mata penyesalan. Tetapi pagi itu , berbekalkan nasihat ibunya , Hana Aishah tidak lagi menangis.
“Trust Him. I just need to trust Him” bibirnya berbisik saat matanya ikut memberat seperti dua orang lelaki yang sudah nyenyak tidur di dalam pangkuan dia.
Share this novel
Hi eve.. Next chapter please..
next,lmbtnya update
live is complicated. hana disakiti terlalu dlm. luaran dan dlm. hati dan tubuhnya meninggalkan kenangan parut hadiah dr fakhrul. kalau i smpai mati i takkan lupa. maaf blh lupa sumpah tak akan blh. so macam mana nk berdamai dgn hati kalau parutnya masih kelihatan. kalau kita memiliki jln keluar terbaik kenapa kita harus tetap siaga menempuh hidup dgn org yg pernah mengecewakan kita. jgn smpai dibutakan cinta. buatlah keputusan yg menampakkan kita ada harapan akan berbahagia drp tetap sama dan mengharap perkara yg sama akan jd luar biasa spt impian kita. tak perlu biarkan diri disakiti berulangkali.