BAB 2 - STFF - TOLAK/DEMAND

Romance Completed 233746

"Maafkan Esya, Tan Sri... Esya bukan tak nak berumahtangga... Setakat hari ni, Esya belum jumpa dengan mana-mana lelaki yang ikhlas nak berkawan dengan Esya... Kebanyakkan nak kenal Esya hanya untuk suka-suka... Tak serius dengan hubungan..."

"Esya bukan tak nak kahwin, tapi, Esya bimbang. Kalau salah buat pilihan, kita akan banyak berduka dari bahagia... Esya takut... Sekarang, banyak sangat keluar berita kisah tunang, suami, isteri yang curang, bersekedudukan dengan cara yang salah... Kahwin dengan kaki pukul... Ish! Esya tak nak!"

"Esya kan ada karate... Belasah jelah!"

"Hahaha... Kalaulah semudah itu, Tan Sri..."

"Takkanlah takde seorang pun yang berkenan dengan Esya? Esya cantik, muda lagi, bijak... Anak separa mat saleh lagi... Dengan mata biru... Takkan takde seorang pun yang terpikat...?"

"Entahlah Tan Sri... Macam yang Esya cakap... Dorang hanya nak berkawan dengan Esya untuk suka-suka. Tak pernah serius dengan Esya... Jadi, Esya lebih suka berdiam diri dari teruskan hubungan yang belum pasti."

"Jadi, macamana pilihan Esya sebenarnya...?"

"Esya tak kisah sebenarnya, Tan Sri... Cukuplah kalau lelaki itu ada masa depan... Tak perlu kaya raya, tak perlu mewah, tapi dia sanggup berusaha demi kebahagiaan keluarganya...Esya nak yang bertanggungjawab, bijak, family man dan menghormati orang lain terutama Esya... Bukan nak suruh dia akur dengan cakap isteri, tapi lebih kepada menghormati pasangan... Dan Esya tak suka orang yang kurang ajar, terutama dengan ibu bapa... Sorry, not my taste." Panjang lebar jawapan Esya.

"Kalau saya kenalkan Esya dengan anak teruna saya, macamana?"

"Maksud Tan Sri, Tuan Fattah Firdaus?"

"Ya... Fattah... Macamana?"

"Emm... Saya..."

"Saya tahu Fattah tu lembut... Tapi, awak jangan salah faham, Esya... Lembut dia sesekali je..."

"Eh, Tan Sri... Esya tak maksudkan macam tu..."

"Saya faham Esya... Saya pun tak tahu nak cakap macamana. Sebelum ni, ada gak yang cuba tanyakan Fattah... Tapi, bila dorang tengok je anak saya, terus cancel!"

"Takkan semudah tu, Tan Sri... Err... Maksud Esya... Takkan nampak je Tuan Fattah dah terus tak jadi?"

"Takdelah macam tu... Tapi, cara Fattah pegang cawan, bercakap... Lagi-lagi kalau Fattah berborak dengan kakak-kakak... Nampaklah manja dan lembut Fattah tu... Ish... Saya risaulah, Esya..."

"Agaknya, Tuan Fattah belum lagi bertemu dengan jodoh yang sepadan tu, Tan Sri... In shaa Allah... Ada tu nanti... Tan Sri jangan putus asa, ya... Esya doakan Tuan Fattah bertemu jodoh yang sepadan dengannya..."

"Aamiin..." Tan Sri Faliq mengaminkan doa Esya. Tergelak kecil keduanya.

"Okaylah, Tan Sri... Esya nak sambung kerja.. Call me if anything..."

"Sure... Thanks Esya..."

"My pleasure, sir..." Esya melangkah keluar. Tan Sri Faliq merenung jauh. Fattah dah berusia 27 tahun... Bimbang dengan peningkatan usia anak terunanya yang masih belum berpunya lantaran kelembutannya yang dimiliki Fattah...

'Aku tak nampak orang lain yang sesuai dengan Fattah... Esya... Nabihah Nafeesya... Dia calon yang sesuai untuk Fattah. Moga doaku dimakbulkan, Ya Allah... Aamiin...'

*************************

Majlis persaraan Tan Sri Faliq diadakan di ballroom, Hotel Istana, Kuala Lumpur. Segala persiapan rapi telah dibuat dan Esyalah manusia yang paling sibuk. Memandangkan Esya juga bakal menjadi secretary kepada Tuan CEO yang baru, jadi tidak menang tangan dibuatnya Esya.

Ke sana ke mari menjalankan tugas bagi menampakkan majlis persaraan majikannya tidak sambil lewa dan memberi kenangan indah buat Tan Sri Faliq.

"Esya, sudahlah tu... Awak tak penat ke Esya ke sana ke mari... Biarlah orang lain pulak yang handle..."

"Eh, Puan Sri... Takde apa, Puan Sri... Esya bimbang sangat majlis ni tak menepati citarasa Tan Sri. Lagipun, Esya tak nak duit yang kita bayar beribu ringgit pada event planner, membazir dan tak berbaloi."

"Esya, Esya... Saya faham...Tapi, cara Esya ni, menyeksakan... Esya tak penat ke...?"

"Tak... Esya makan gaji, jadi Esya tak nak dituduh makan gaji buta... Buat kerja sambil lewa je... Puan Sri jangan risau ya... Sikit je lagi... Nanti Esya penat, Esya berhenti..." Jawab Esya sambil melebarkan senyuman...

"Yelah... Bertuah siapa dapat Esya..."

"Hahaha... Bertuah sangat..." Seloroh Esya sambil pamitan pergi.

'Kalaulah Esya jadi menantu mummy...'

Angan-angan Puan Sri Kirana... Siapa saja yang memandang Esya tentu akan terpikat... Bukan tiada kawan-kawan Tan Sri Faliq dan Puan Sri Kirana yang bertanyakan akan hal Esya untuk dijadikan menantu mahupun isteri kedua, ketiga, namun ditolak lembut oleh Esya. Tahu dek mummy, daddy... Tentu Esya kena berhenti kerja balik London on the dot...

Majlis persaraan Tan Sri Faliq berjalan dengan lancar. Majlis yang diadakan secara besar-besaran dan gilang-gemilang bertambah meriah dengan kehadiran beberapa artis tempatan yang dijemput khas. Tak kurang juga, beberapa kakitangan Faliq Corporation yang menyumbangkan suara merdu mereka dalam pertandingan karaoke di majlis itu.

Tak ketinggalan, Esya yang berhasrat menyampaikan sebuah lagu khas untuk Puan Sri Kirana dan Tan Sri Faliq.

"Wow... Special appearance from Tan Sri's secretary, Miss Esya... Silakan Miss Esya." Usik MC yang bertugas. Dengan langkah perlahan, Esya menuju ke pentas.

"Emm... Assalammualaikum... Selamat malam semua... Selamat bersara buat Tan Sri Faliq and for you too, Puan Sri Kirana... Enjoy the song..." Seraya itu Esya memandang ke arah Tan Sri Faliq dan Puan Sri Kirana. Tersenyum lebar kedua majikannya...

Muzik dimainkan... Esya memejamkan mata, mencari kekuatan...

There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are
There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

And the hero comes along
With the strength too carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

Sebak pula Puan Sri Kirana melihat Esya mendendangkan lagu Hero, nyanyian asal Mariah Carey... Tangan Puan Sri Kirana digenggam erat Tan Sri Faliq. Semua hadirin yang berada di ballroom Hotel Istana itu, terpegun mendengar kelunakan dan kemerduan suara Esya yang pada awalnya mereka sangkakan disampaikan oleh penyanyi terkenal.

Namun, tekaan mereka sama sekali meleset. Tidak pernah mereka ketahui, selama ini setiausaha sulit Tan Sri Faliq mempunyai suara setanding dengan penyanyi handalan tanahair.

Siapa sangka... Disebalik ramai-ramai tetamu yang hadir, ada sepasang mata yang sedari tadi tak mengalihkan matanya dari memandang seraut wajah jelita milik Esya. Perlahan-lahan, senyuman terukir di bibirnya...

"Err... Daddy... Siapa tu?"

"Why? Interested?"

"No... Just asking..."

"Oh, really... Kalau tidak, takkan tanya siapa dia... Just tell me the truth..."

"Ok, ok... I'm just... I'm just asking..."

"Emm, ok..."

"Mummy, siapa tu?"

"Kenapa tanya mummy? Tanyalah daddy... Daddy kenal gadis tu..."

"Oh, mummy, daddy... Just tell me, who is she...?"

"Tulah... Siapa suruh lambat masuk..."

"Ok, fine... Aus tak nak tanya lagi..." Double F memeluk tubuh... Nak merajuk...? Hell no! Nanti kena bahan dengan mummy daddy...

"Merajuk ke?"

"Taklah... Auskan lambat masuk sebab Aus baru lagi sampai dari UK, kan...? Jet lag pun tak hilang lagi tau..."

"Ah, sudah! Jangan nak mengada... Cakap elok-elok... Awak tu lelaki... Cuba keras sikit."

"Mummy ni... Aus tak cukup keras ke ni...? Dah keras dah, kan...?"

"Aus cakap apa ni? Double meaning eh?"

"Eh, eh! Mummy ni... Pernah ke Aus mencarut? Pernah ke Aus cakap benda mengarut selama ini? Tak kan? Mummy tu yang fikir bukan-bukan."

"Hihihi... Ya ke...? Sorry sayang mummy..."

"Hah, see! Mummy yang fikir ke lain... Ish, tak senonoh mummy ni tau..."

"Ok, sorry dear... Itu Esya, secretary daddy... She will be your secretary after this..."

"Oh, really...?"

"Yap! Don't worry... She's the best staff we ever had... Trust me... Esya is different from other people... Mix blood... Her father, also mix blood... UK + malay. Her mother, Malaysian, Selangor..."

"Oh..."

"Jangan terkejut tau... She had a beautiful blue eyes...

"Oh, really...?" Keterujaan Double F jelas ketara.

"Yes... Macam suka je?"

"Eh, taklah... But I admit, she's beautiful..."

"Kalau berminat, mummy kenalkan..."

"Nak ke dia tu berkawan dengan Aus...? Aus nikan lembut..."

"Tak kenal maka tak cinta, sayang... Kenallah dulu... Mana tahu, ada rezeki... Boleh jadi menantu mummy... Mummy memang berkenan dengan Esya tu... Baik sangat... Sopan santun..."

"Esya...?"

"Yes... Nabihah Nafeesya binti Chyril Connor or we can call her, Esya..."

"Nabihah Nafeesya a.k.a Esya... Nice name..."

"Sedap suara Esya, kan?"

"Betul... Abang suka suara Esya... Dekat office pun, busy macamanapun, mulut Esya tu tak henti dari menyanyi... Kekadang, selamba je Esya hurming..."

"Betul ke bang? Saya tak pernah dengar pulak Esya menyanyi ke, hurming ke..."

"Abangkan kat office... Hari-hari mengadap Esya. Tu yang abang selalu perasan tu..."

"Esya tu single ke daddy?"

"Kenapa tanya macam tu?"

"Yelah... Orang cantikkan... Takkan takde peminat..."

"Aus... Daddy ni bukan sehari baru kenal Esya... Dah 4 tahun pun... Esya tu jujur orangnya... Memang dia takde boyfriend pun..."

"Are you sure, daddy? Takkanlah orang secantik Esya tu takpe peminat langsung... Peliklah..."

"Mungkin peminat tu ada... Tapi, Esya bukan layan sebarangan orang... Daddy boleh kira berapa kali dia tolak pinangan orang... Tu belum lagi pinangan datok, tan sri yang berkenan kat Esya... Ada yang beria-ia nak jadikan Esya menantu... Dan tak kurang jugak nak jadikan Esya isteri kedua, ketiga. Semuanya Esya tolak..."

"Kalau nak ikutkan, semuanya berduit, kaya-raya. Tapi, Esya tolak..."

"Kenapa pulak? Bukan semua perempuan sukakan lelaki kaya ke, banyak duit, ada pangkat?"

"You are absolutely wrong, my son... She's not like that. She's totally different..."

"Betul Aus... Mummy dan daddy kenal sangat Esya tu... For your info... Esya tu anak orang kaya tau... Bukan orang sebarangan... Keturunan daddy dia, golongan bangsawan... Antara orang terkaya kat England tu..."

"Wow... Tapi kenapa nak kerja dengan orang lain... Dah tentu daddy Esya tu banyak syarikat... Kerja jelah dengan daddy dia..."

"Itu orang lain... Macam Auslah... Daddy ada company, tapi Aus kerja dengan orang lain."

"Aus nak cari pengalaman dulu, mummy... Bukan sengaja nak kerja dengan orang lain..."

"Same to Esya... Esya nak cari pengalaman di luar... Buat apa Esya nak penatkan diri kerja dengan orang lain..."

"Tapi, Aus punya kes, sebab daddy nak bersara dan kakak-kakak Aus semua dah ada syarikat sendiri... Nak tak nak, Auslah yang kena ambil alih..."

"Jadi ni, memang tak ikhlaslah nak tolong daddy?"

"Ish, daddy ni... Aus ikhlaslah..."

"Orang ikhlas takkan ungkit macam ni... Tu beza Aus dengan Esya... Esya sincere sangat buat kerja... Ikutkan gaji yang dia terima tu tak sama dengan apa yang dia boleh dapat di syarikat milik keluarganya... Tapi, Esya tak pernah merungut. Sebab apa? Sebab Esya pentingkan kualiti dari kuantiti kerja yang dia buat..."

"Daddy ni... Aus janji Aus akan kerja bersungguh-sungguh. Aus janji takkan hampakan daddy dan mummy..."

"Macam tulah anak daddy... And one more thing... Daddy harap sangat Aus dapat cari menantu buat mummy daddy... Aus dah 27 tahun... Takde rasa nak berumahtangga ke?"

"Belum ada jodoh daddy..."

"Aus tak cari, macamana nak jumpa..."

"Aus dah cuba, daddy... Ramai dah yang Aus ajak keluar, dating... Tapi, kebanyakkannya nakkan kesenangan je... Bukan nak dengan Aus, pun. Tu belum lagi yang tak gemar dengan Aus sebab Aus lembut..."

"Aus tak cakap ke dengan dorang sebab apa Aus jadi macam ni?"

"Nak cakap apa, daddy? Kalau betul dorang sukakan Aus, dorang tentu terima Aus baik buruknya. Bukan tolak Aus macam tu je..."

"Betul jugakkan..."

"Tulah... Aus bukannya kaki clubbing... Bukan kaki sosial sangat pun... Tapi... Entahlah..."

"Takpelah Aus... Mungkin Tuhan tu belum temukan Aus dengan jodoh yang sebenar... In shaa Allah. Ada tu nanti. Aus doa banyak-banyak ya..."

"In shaa Allah, daddy... Daddy, mummy doakan untuk Aus jugak, ya... Aus pun teringin nak berumahtangga macam orang lain... Tapi... Tulah... Jodoh tu belum datang..."

"Nanti mummy cuba kenenkan Aus dengan anak-anak datin yang mummy kenal ya... Kot-kot, ada yang berkenan ke?"

"Takpelah mummy... Aus tak berminat dengan anak datuk, datin bagai... Dorang ni, dah biasa hidup senang... Aus tak nak yang kaki kikis... Maintenance dia je, kalah maintenance kereta Aus... Yang berlagak baik ni, lagi Aus tak nak... Kenalah yang tak pandai masak... Hell no!"

"Amboi, demand!"

"Bukan apa, mummy... Sekarang ni, banyak sangat kes suami isteri yang bercerai sebab si isteri buat hal. Sebelum ni kita selalu dimomokkan dengan kisah suami yang buat hal... Tapi sekarang ni... Banyak sebab si isteri... Luar nampak macam malaikat, baik, sopan santun, bertudung litup... Tapi perangai kat rumah, pemalas... Pengotor... Ish, tak naklah Aus..."

"Hai... Macam ada pengalaman je...?"

"Bukan Auslah mummy... Mummy ingat Kamal?"

"Kamal?"

"Anak Datuk Yahya ngan Datin Marina... Yang kahwin dengan model hijab tu..."

"Hah, kenapa?"

"Kamal dah bercerai... Bulan lepas... Si isteri kena tangkap khalwat dengan model lelaki kat tempat peranginan... Cakap dengan suami, pergi shooting... Rupanya shooting dalam hotel... Nah, ambik kau! Talak 3 terus..."

"Nauzubillah... Ish, seram mummy..."

Assalammualaikum, bertemu kembali kita pada hari kedua bulan ramadhan yang mulia ini... Sorry, awal update... Mulai esok, sis tak pasti bila dapat update, memandangkan esok sis akan mula berniaga selepas bercuti seminggu ni... Apapun, sis akan cuba sedaya-upaya meng'update' chapter baru. Enjoy and salam ramadhan buat silent and unsilent readers...

Share this novel

chicken
2022-09-04 00:08:46 

Wow, boleh bayangkan Nadia Brian sebagai Esya...hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience