Chatper 20

Romance Series 4829

Sebulan telah pun berlalu. Persiapan majlis perkahwinan Isha dan Akmal sudah hampir siap sepenuhnya. Hanya tinggal untuk pemasangan khemah dan pelamin sahaja. Iman masih lagi berhubung dengan Isha seperti biasa. Walaupun kelihatan tenang, Iman sebenarnya masih menyimpan perasaan terhadap Isha. Dia cuba menyembunyikan perasaan itu agar tidak terkesan oleh Isha kerana majlis Isha dan Akmal akan berlangsung lagi dua hari. Dia sedaya-upaya memujuk hatinya dan cuba menerima hakikat bahawa Isha bukan miliknya. Segalanya ketentuan Allah.
Isha sudah mengambil cuti bagi menguruskan majlisnya. Akmal pula hilang entah kemana. Berkali-kali Isha cuba menelefonnya tetapi tidak diangkat. Isha menghubungi keluarganya untuk menanyakan Akmal. “Assalamualaikum Auntie! Faisha ni. Akmal ada? Saya call dia berkali-kali tapi tak berjawab. Tu yang saya call Auntie.” jelas Isha kepada ibu Akmal. “Waalaikummussalam Faisha. Semalam dia ada bagitahu Auntie yang dia ada kerja di Perlis. Esok baru balik katanya.” Ibu Akmal menjelaskan kepada Isha. “Takpelah kalau macam tu, terima kasih.” balas Ish aringkas dan meematikan panggilan. ‘Kerja apa lagi last minute macam ni? Aku tak faham betullah lelaki ni!’ getus hatinya sendiri. Dia menguruskan barang-barang hantaran yang masih berbaki dan menyiapkan pada hari itu juga bersama keluarganya.
Pada malam itu, Isha menerima mesej daripada nombor yang tidak dikenalinya. ‘Faisha, You kena tolong I!’. Isha semakin bingung. ‘Siapa ni?’ soal hatinya curiga. Dia cuba mendail nmbor tersebut tetapi panggilan itu dimatikan. Selang beberapa jam kemudian dia menerima lagi mesej misteri itu. ‘Please Faisha! I tak boleh hidup tanpa Akmal. He is everything to me. Please don’t do this to me!’ Mesej seterusnya membuatkan jantung Isha semakin kencang. Telefon yang dipegangya jatuh ke lantai. Dia benar-benar terkejut. Dia menelefon lagi nombor itu dan akhirnya ada suara wanita yang menjawab. “Hello? Siapa ni? Hello? Jawab please! Siapa ni?” soal Isha bertubi-tubi. “I’m sorry Isha. I have no chance. I have to do this. I’m sorry.” Terdengar suara wanita yang menjawab dengan esakan yang sedang menahan tangisan. “Who are you? Jangan sampai I report polis okay! Kau siapa? Kau nak apa dari Akmal?” soal Isha dengan nada yang tinggi dan keras. Panggilan itu dimatikan oleh wanita tersebut. Isha menenangkan dirinya. Fikirannya bercelaru. ‘Siapa perempuan tu? Dia nak apa? Kenapa dia mesej aku? Dia nak apa dari Akmal?’ soalnya bertubi-tubi dalam hati. Isha merahsiakan perkara itu dari pengetahuan orang lain termasuk rakan baiknya, Nia. Keesokan harinya dia cuba menelefon Akmal tetapi masih tidak berjawab. Hatinya semakin berbolak-balik. Isha berlagak seperti biasa dan sarapan bersama keluarganya pada pagi itu. “Akmal dah prepare semua ke Isha?” soal ayahnya. “Dah kot. Sebab mama dia takda pulak cakap apa-apa.” balasnya ringkas. “Dah call tanya dia betul-betul?” tambah ibunya. “Dia tak angkat call dari semalam. Auntie kata dia ada kerja di Perlis. Harini baru brtolak balik.” jawab Isha tidak dapat menyembunyikan hal sebenar. “Kerja apa lagi last minute macam ni? Esok dah nak nikah harini sibuk dengan kerja lagi. Sepatutnya dah apply cuti kan. ” kata Encik Faizul. Benar kata ayahnya. Isha hanya mendiamkan diri dan berpura-pura tidak mendengar.
Malam itu Isha bersiap-siap untuk malam berinai. Rumahnya riuh-rendah dengan kehadiran saudaranya daripada belah ayah dan ibunya. Nia dan Arizza turut tidak ketinggalan ‘menumpang sekaki’ untuk berinai pada malam tersebut.
Isha bangun seperti biasa untuk menunaikan solat subuh pada keesokan paginya. Hari itu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh dia, Akmal, keluarga serta rakan-rakannya. Dia masih mendapat panggilan yang tidak berjawab daripada wanita misteri itu. Isha mengabaikan mesej itu dan menganggap wanita tersebut hanya mahu menakut-nakutkannnya dan merosakkan hubungannya dengan Akmal. Dia bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri. Isha menghabiskan masa dengan berbalas mesej dengan rakan baiknya, Nia, sementara menunggu kedatangan Mak Andam untuk disolekkan.
Tepat jam sepuluh pagi, Isha dan keluarganya sudah berada di ruang tamu rumahnya untuk majlis akad nikah. Iman turut hadir ke majlis tersebut setelah diundang oleh Isha. Dia hanya memerhatikan Isha dalam diam. Pihak perempuan masih menunggu kedatangan pihak lelaki sebelum majlis bermula. “Akmal tak bertolak lagi ke Isha? Tok Kadi ni nak ke majlis orang lain pulak kejap lagi.” bisik Aizal perlahan di telingan Isha yang sedang duduk bersimpuh di ruang tamu itu. “Cuba abang call dia.” pinta Isha yang sudah mula gelisah. Aizal pantas menghubungi bakal adik iparnya itu tetapi tidak berjawab. Berkali-kali dia menghubungi lelaki itu tetapi masih tidak berjawab. Akhirnya telefon Isha di tangan rakan baiknya, Nia, berdering. Nia pantas menghulurkan telefon itu kepada Isha. Isha bingkas bangun dan menuju ke luar rumah supaya perbualannya dengan tidak didengari oleh sesiapa. Semua ahli kelaurganya memerhati dari ruang tamu. “Isha.” panggil Aizal perlahan. “Akmal! Mana You? Majlis dah nak mula ni. You buat apa? Mana family You semua? I tak nampak sorang pun!” soal Isha bertubi-tubi. “Isha.. Listen to me. I mintak maaf. I tak boleh datang. I..” Balas Aizal dengan nada kesal. “What? You jangan buat kerja gila Akmal! I dengan family I semua dah tunggu kat sini. I nak You datang sekarang!” balas Isha dengan nada yang tegas dan agak tinggi. Tanpa disedari, Iman sedang memerhatinya di satu sudut. “I’m sorry Isha. I takkan datang majlis kita. I tak boleh. Maafkan I.” Akmal memberikan kata-kata terakhirnya sebelum mematikan panggilan. “Hello? Hello? Akmal? Jangan buat I macam ni! jawab please. Akmal!” dia memanggil dengan nada yang keras. Bagai hendak gila rasanya, Isha terus berlari kehalaman depan dan menyarung seliparnya. Iman yang khuatir melihat keadaannya mengekorinya dari belakang. Keluarga serta rakannya cuba memanggilnya tetapi tidak dihiraukan. Isha berlari ke luar pagar rumahnya sambil menahan esakan. Nia turut berlari mengejar Isha dan diekori oleh Aizal tetapi gagal kerana Isha telah hilang dari pandangan mereka. “Kenapa ni Nia? Soal Aizal cemas. “Tak tahu Abang Aizal. Tadi ada call dari Akmal. Nia terus bagi pada Isha. tak tahu pulak jadi macam ni.” jawab Nia penuh cemas. “Takpalah, Nia dengan Iman cuba cari dia dulu. Rasanya tak jauh dari sini.” Nia memberi cadangan. Aizal pantas mengangguk dan cuba menenangkan ibu serta ayahnya yang turut berada di halaman rumah mereka.
Nia dan Iman pantas memasuki kereta dan menuju ke simpang keluar taman perumahan tersebut. Kelihatan Isha yang sedang baru memasuki teksi di hentian bas. Mereka mengekori teksi tersebut tanpa disedari Isha. Isha yang bersendirian di dalam teksi tersebut cuba menahan emosinya yang bercelaru dihadapan pemandu teksi tersebut. Dia yang masih berpakaian pengantinnya meminta pemandu teksi tersebut menghantarnya ke rumah Akmal yang terletak empat kilometer dari kawasan perumahannya. Sampai sahaja di halaman rumah Akmal, Isha bingkas keluar dan memasuki pagar rumahnya yang tidak berkunci. Dia tidak menghiraukan pemandu yang memanggilnya untuk meminta bayaran. Iman dan Nia juga turut sampai pada waktu yang sama. Nia sempat menghulurkan wang tambang teksi bagi pihak Isha dan terus berlari masuk ke dalam pagar rumah Akmal bersama Iman. “Akmal! Keluar! I tahu You ada kat dalam. Please jangan buat I macam ni!” Isha bersuara dalam esakannya. Air matanya terus mengalir laju. “’Isha!” panggil Nia dari arah belakang dan memujuknya untuk pulang. “Balik jom. Jangan macam ni. Apa-apa boleh bincang kan?” pujuk Nia sambil memegang tangan rakannya. “No! I need an explanation! Aku takkan balik selagi aku tak jumpa Akmal! Akmal! Keluar sekarang! Please jangan buat I macam ni!” rayu Isha pada Akmal. Pintu rumah Akmal akhirnya dibuka. Isha, Nia dan Iman pantas berlari masuk ke dalam rumah tersebut. Kelihatan semua ahli keluarga Akmal berada di situ. Mamanya sedang menahan esakan. Kesal dengan apa yang terjadi antara anaknya dan Isha. Ada seorang wanita yang amat dikenali Isha dan Nia yang turut berada di situ. Azwa. Isha tergamam di situ. “I’m sorry Isha. I have to do this.” Akmal mula bersuara. “You tak datang wedding kita sebab perempuan ni?” soal Isha sambil menunjuk ke arah Azwa yang sedang duduk di sofa sebelah Akmal. “Isha, bagi explain.” pinta Akmal. “Yes! I need an explanation!” Isha membalas. Akmal memandang ibu dan ayahnya tanda meminta ruang untuk mereka. Ibu dan ayahnya serta keluarganya yang lain turut ke luar rumah untuk tidak mencampuri urusan mereka.
Isha menyeka air mata di pipinya. “Azwa mengandungkan anak I. I nak cepatkan wedding kita supaya I takda alasan untuk kahwin dengan Azwa tapi..” kata Iman perlahan. Iman dan Nia terkejut mendengar pengakuan itu. Hancur luluh hati Isha mendengar kata-kata Iman. Istana yang diimpikannya hancur musnah kerana orang ketiga. Akmal yang berdiri di hadapannya juga bukan lagi lelaki yang dikenalinya dahulu. “I yang ugut bunuh diri kalau Akmal taknak bertanggungjawab. I mintak maaf Isha. I tak berniat nak rampas Akmal dari You. I..” Azwa cuba menjelaskan. Belum sempat menghabiskan kata-katanya, Isha pantas memotong. “You apa? I tak sangka You berdua tikam belakang I! No wonder la You beria sangat nak cepatkan wedding kita. And You Azwa! I tak sangka betapa rendahnya harga diri You as a woman!” Isha meluahkan apa yang terbuku dihatinya. “Isha, kalau You tak kisah, I sanggup bermadu dengan You asalkan Akmal bertanggungjawab pada anak kami.” pinta Azwa. “Kau jangan jadi gila la Azwa! Kau dah rampas bakal suami orang, sekarang ni kau nak berkongsi kasih pulak dengan aku? How impressive!” balasnya Isha dengan nada yang agak keras. “Isha!” panggil Akmal. Dia terus berlari keluar dan diekori oleh Iman dan Nia. Isha akhirnya terduduk di hadapan pagar rumah itu kerana tidak dapat menahan lagi derita yang ditanggung. Dia menangis semahu-mahunya. ‘Kenapa semua ni jadi pada aku? Kenapa pada hari pernikahan aku?’ hatinya menyoal bertalu-talu. Nia yang juga mengalirkan air mata melihat sahabatnya itu bingkas memeluknya dan menenangkannya. Iman terdiam. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Hatinya pedih melihat wanita yang dicintainya dikhianati oleh lelaki lain. ‘Kenapa bukan aku? Kenapa bukan aku yang berada di tempat Akmal? Kenapa bukan aku yang kau pilih sebgaai teman hidup kau Isha?’ hatinya bermonolog sendiri. Nia dan Akmal membawa Isha pulang ke rumahnya. Mujur yang dijemput untuk majlis akad nikah hanyalah keluarga terdekat. Ibu dan ayahnya pantas keluar setelah mnedengar bunyi kereta. Isha terus memeluk ibunya sambil menangis. “Sabar Isha. Semua ni ketentuan Allah. Allah nak uji Isha supaya sabar dan ikhlas. Ujian tu tanda Allah sayang.” pujuk ibunya yang juga turut mengalirkan air mata. Rupanya keluarganya telah mengetahui perkara sebenar setelah Akmal menceritakan kepada Aizal melalui telefon setelah disoal berkali-kali oleh abang Isha semasa mereka bertiga dalam perjalanan pulang.
“Abang tak sangka Aizal macam ni. Selama ni dia baik je dengan family kami.” Aizal yang duduk di meja luar bersama Nia dan Iman mula bersuara. “Kami dah pernah nasihatkan Isha supaya jauhkan diri dari Akmal. Tapi dia taknak. Dia tak percaya apa yang kami bagitahu. Tapi bukan salah dia pun. Dia tak tahu apa-apa.” balas Nia. “Terma kasih sebab bawak balik Isha tadi. Nasib baik korang sempat kejar dia. Risau juga kami.” Aizal menyambung. “Isha mana?” soal Iman. “Ada kat dalam bilik dia. Tidur. Biarlah dia. Mungkin dengan cara tu dia tenangkan fikiran dengan hati dia.” jelas Aizal. Iman hanya mengangguk.
Nia menjenguk Isha di bilik tidurnya. Dia memerhati segala persiapan majlis akad nikah rakan baiknya dengan pandangan sayu. Segala yang dibina hancur sekelip mata. Tiada orang yang merasai kepedihan semua itu kecuali Isha seorang. Hanya dia yang mengerti. Dia kagum dengan semangat yang ada pada rakannya. Kalau dia, mungkin sudah terjun bangunan atau gila. Isha tersedar dan bingkas bangun. Agak lama dia mengerling kearah semua persiapan majlis akad nikahnya. Nia seakan dapat menyelami perasaan rakannya dan terus memeluknya. Air mata Isha kembali berlinangan. “Apa salah aku Nia? Kenapa baru sekarang baru sekarang semua ni jadi?” soal Isha dalam esakannya. “Tak. Kau tak salah. Allah cuma nak uji kau. Sebab Dia tahu kau mampu. Macam ibu kau cakap. Dia nak uji kau supaya sabar dan ikhlas.” pujuk Nia sambil merangkul erat tubuh rakannya. Dia melepaskan pelukan itu dan menyeka air mata di pipi. “Aku redha Nia. Biarlah dia jadi milik Azwa daripada diorang terus tanggung dosa. Aku dah pasrah. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk aku.” balas Isha yang turut memujuk hatinya. “Terima kasih sebab sentiasa ada untuk aku. Kau kekuatan aku Nia!” sambung Isha lagi dan kembali memeluk rakannya. Nia membalas pelukan itu. Perlahan Isha melepaskan pelukan itu dan memandang rakannya dengan mata yang berkaca. “Aku nak solat asar dulu.” sambungnya. Nia mengangguk dan keluar dari biliknya.
Dua bulan telah berlalu. Rakan sepejabat dan bosnya juga sudah tahu hal sebenar. Mereka turut simpati mendengar hal itu. Dalam masa yang sama, Iman juga semakin mendekati dirinya. Dia juga selesa bersama lelaki itu meski sebagai teman biasa. Tengah hari itu dia keluar rehat bersama Iman di sebuah restoran berdekatan. “You okay ke Isha?” soal Iman tiba-tiba. “I okay. Kenapa You tanya?” soalnya kembali. “Takda apa. Kalau macam You perlukan kawan untuk luahkan perasaan or cerita apa-apa, call je I. I always be there for you.” Kata Iman tanpa ragu dan disambut dengan ketawa oleh Isha. Kekecewaan pada dirinya telah berlalu seiring dengan berlalunya peristiwa itu. “I senang tengok You gelak macam ni. Means You dah jumpa balik semangat You.” Sambung Iman. “Sampai bila I nak terus sedih? Life must go on. I redha Iman. Dah bukan jodoh I.” Katanya sambil menyisip minuman yang baru sampai. Iman hanya mengangguk. “Lagipun tu tetap kawan I. Biarlah I nafkahkan jiwa I. I pun taknak tengok dia merana lepas apa yang jadi antara diorang. Memang Akmal patut bertanggungjawab pun.” Isha menambah.
Sedar tidak sedar sudah hampir setahun berlalu. Hubungannya dengan Iman semakin rapat. Iman akhirnya melamar Isha dan meluahkan perasaannya yang terbuku. Isha terdiam mencari jawapan. “Kalau You belum ready it’s okay! I faham. I boleh tunggu You.” kata Iman apabila melihat Isha seakan gelisah mencari jawapan. “No Iman! I.. I setuju. I terima lamarannya You. You tak perlu tunggu I lagi. I taknak buat You tertunggu-tunggu macam dulu. I’m sorry Iman for making You waiting for me all these time.” balas Isha menafikan kata-kata Iman. Iman tersenyum tanda menerima maaf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience