bab 39

Romance Series 423079

“Papa nak minta maaf dekat Fariz. Papa tak bagitahu adik ada penyakit mutilple personaliti.”

“Penyakit Ayriz ni macam mana pa? Fariz tak faham…” sungguh Fariz masih keliru dengan apa yang terjadi kepada bekas isterinya.

“Persenoliti dia akan berubah mengikut perasaan dia. Benda ni jadi lepas Naz tinggalkan dia. Apa yang dia rasa, dia pendam terlampau dan menyebabkan persenoliti tu keluar daripada diri dia. Menissa tu orang pertama yang keluar daripada badan dia. Tak ada siapa berani dekat dengan Ayriz. Dia akan kembali normal kalau dia mula rasa okay.”

Isac masih setia disebelah Ayriz yang sedanng lena. Tangan tidak dilepaskan sejak tadi. Ayriz yang tidak mahu melepaskan tangan Isac. Isac merenung wajah polos Ayriz. Kini dia sudah mengetahui mengapa Ayriz berhenti daripada kerja polis.

“Kenapa papa tak bagitahu Fariz daripada awal pa?”

“Adik tak bagi dan dia janji dia akan kawal perasaan dia. Papa minta maaf Fariz.”

“Dah lama Menissa tak keluar tapi kali ni dia sendiri minta Menissa keluar. Sya dah cuba halang tapi Ayriz tetap dengan keputusan dia. Sya minta maaf papa, mama… Sya tak jaga Ayriz.” Jelas riak wajah Sya serba salah ketika itu.

“Tak apa Sya… Sya tak salah. Mama bersyukur kamu berdua tak kena cedera yang teruk.”

Fariz merenung wajah Ayriz… tidak dapat bayangkan sekiranya Ayriz bertukar persenoliti ketika bersamanya. Melihat layanan Isac kepada Ayriz membuatkan hati berasa jauh hati. Mungkin betul jodohnya bersama Ayriz sampai di situ sahaja. Dia sedia melepaskan Ayriz demi kebahagiaan gadis itu.

“Macam manalah aku boleh tertinggal kunci ni dekat kereta. Nasib kereta tak hilang.” bebel Sya sambil menyimpan kunci di dalam kereta. Tiba-tiba dia merempuh satu susuk tubuh. Cepat cepat dia memandang orang yang dilanggarnya tadi.

“Sorry sorry.” ucap Sya sedikit menunduk.

“Sokay, lain kali jalan tengok depan cik.” jawab lelaki itu tersenyum dan terus jalan. Sya mengerutkan dahinya namun telefonnya berbunyi dan dia terus berjalan laju memotong lelaki tadi. Lelaki tadi tersenyum sebaris sambil mengelengkan kepalanya perlahan.

“Kau dah settlekan dua mangkuk tu?” soal Isac tanpa memandang Lim.

“Dah, budak kita dah settlekan. Kau tak nak balik dulu ke? Seharian kau dekat hospital ni. Ayriz ni tak apa, Mel boleh tolong jaga dia.”

“Haah, saya boleh jaga dia. Awak baliklah dulu.” kesian pula dia melihat lelaki itu seharian tidak tidur. Jelas riak wajahnya kelihatan penat.

“Aku tunggu Elyna bangun.” jawab Isac yag masih merenung Ayriz yang sedang lena. Tangannya masih setia digenggam tanpa sedikit pun menganjak. Lim mengeluh perlahan manakala Mel pula tersenyum sebaris. Sekeras mana pun Isac dia pasti kelihatan lembut jika bersama Ayriz.

“Sorry baru sampai tadi kunci tertinggal dekat kereta. Isac, you nak balik dulu ke? I boleh jaga Ayriz.” beritahu Sya yang baru sahaja tiba.

“Tak payahlah Sya, saya dah offer tadi pun dia tolak. Dia nak tunggu sampai Ayriz bangun.” Sya tersenyum lebar mendengar kata kata Mel. Sekali lagi pintu dibuka. Semua mata memandang ke arah pintu. Sya mengerutkan dahi manakala Mel juga turut terkejut.

“Awak?” serentak itu Sya dan Mel memanggil. Namun Lim dan Isac mengerutkan dahi memandang mereka.

“Awak buat apa dekat sini?” soal Haikal sedikit terkejut dengan kehadiran Mel di situ.

“Sa….saya melawat Ayriz.” beritahu Mel menunduk. Serba salah dengan lelaki itu.

“Awak buat apa dekat sini?” soal Sya pula.

“Saya cousin Fariz, saya datang melawat Ayriz. Tak sangka ramai pula dekat sini. Awak siapa? Awak ke yang langgar saya tadi?”

“Eh bukan langgar ter okay ter… saya cousin Ayriz.”

“Dahlah korang buat sesi soal menyoal pula dekat sini. Kau tak nampak tu, dah pandang tajam je. Sikit masa semua kena halau.” beritahu Lim. Dia sedia maklum dengan lelaki itu.

“Macam mana keadaan Ayriz?” soal Haikal menukar topik. Dia kelihatan tenang berhadapan dengan Mel yang lagi tadi menunduk.

“Daripada semalam dia tak sedarkan diri. Doktor kata dia terlampau penat sebab tu dia masih tak sedarkan diri.” beritahu Sya sambil memandang Ayriz. Haikal mengangguk faham.

Seketika suasana menjadi sunyi dan Ayriz mula bergerak. Isac terus bangun dan mengusap lembut kepala Ayriz. Perlahan lahan Ayriz membuka mata. Orang pertama yang dia lihat adalah Isac. Ayriz cuba bangun dan Isac terus membantunya.

“Kau nak aku panggil doktor tak?” soal Isac terlebih dahulu. Perlahan lahan Ayriz menggelengkan kepala. Ayriz memandang sekeliling. Isac yang melihat Ayriz masih mamai terus menuangkan air ke dalam gelas dan disuakan ke mulut Ayriz. Ayriz sedikit terkejut dan dia tetap minum. Mereka hanya tersenyum memandang sekeliling. Tiba tiba Ayriz teringat sesuatu dan terus dia memandang Isac.

“Isac kau okay? Aku ada cederakan kau ke? Aku ada pukul kau ke?” soal Ayriz begitu cemas membuatkan datang idea nakal Isac.

“Memang kau ada buat aku… kau pergi cacak pisau dekat aku… kau memang nak bunuh akulah.”

“Hah? Mana? Teruk ke? Aku minta maaf… aku minta maaf… aku tak sedar apa aku buat… aku minta maaf.” rayu Ayriz yang mula nangis. Merasakan serba salah dalam dirinya. Isac tertawa kecil membuatkan orang di dalam bilik itu tersenyum dan menggelengkan kepala. Tidak sangka lelaki ais batu itu pandai bergurau dan tertawa. Satu tangan Isac mengenggam tangan Ayriz dan satu lagi mengelap air mata yang mengalir di pipi.

“Menissa dah buat yang terbaik untuk kau… Kau tak cederakan aku, kau tak cederakan Sya cuma….”

“Cuma apa? Menissa buat apa?”

“Dia tampar bekas suami kau sekali. Lagi sekali tu nasib aku sempat halang kau tak merah muka anak orang.”

“Hah ye ke dia tampar? Aku dah bagitahu dia jangan buat apa apa. Dia memang tak makan saman. Sya betul ke aku tak apa apa kan kau?”

“Ye kau tak mengamuk seteruk dulu. Tapi psycho kau still ada. Pipi dengan kepala kau mesti sakitkan?”

“Haah sakit. Mesti Menissa biarkan je kan diaorang lempang aku. Dia memang suka seksa aku.”

“Kejap lagi aku tuamkan.” balas Isac bersahaja.

“Ehem. Tak habis lagi ke pegang tangan tu… dah seharian pegang tangan ni sambung lagi?” perli Lim saja mengusik membuatkan Ayriz baru tersedar. Isac berlagak biasa sambil mengenggam erat tangan Ayriz membuatkan mereka tertawa di dalam bilik.

“Sya macam mana keadaan adik? Mama nak pergi tapi Isac tak bagi. Dia suruh mama tunggu je dekat rumah.” soal mama Ayriz apabila Sya sampai ke rumah.

“Alhamdulillah Ayriz dah sedar. Petang ni dia keluarlah. Mama jangan risau, Isac jaga Ayriz baik je.” Tersenyum Sya mengatakan perkara itu kepada keluarganya.

“Ouh lupa Sya nak kenalkan… “

“Kal? Kau buat apa dekat sini?” soal Fariz apabila melihat kelibat sepupunya di situ. Haikal tersengih sambil bersalaman.

“Saja melawat sepupu dekat hospital.” jawab Haikal bersahaja.

“Ha ni Haikal cousin Fariz. Tadi dia ada datang lawat Ayriz itu Sya bawa di ke sini.”

“Lama dah Haikal sampai?” soal papa pula.

“Baru je uncle…kebetulan ada kerja dekat sini lepastu Fariz cakap Ayriz masuk hospital itu yang melawat tu.”

“Ouhhh…ha marilah makan sekali kebetulan nak pergi makan. Sya betul ke adik keluar petang ni?”

“Ye pa… kejap lagi sampailah tu… Isac suruh kitaorang gerak dulu.” Fariz yang mendengar khabar itu hanya tersenyum sebaris. Dia di fasa cuba untuk melepaskan Ayriz.

“Kau dah cuba yang terbaik… Kau kena redha dengan apa yang jadi.” kata Haikal sambil menepuk belakang Fariz memberi semangat. Fariz hanya tersenyum dan
mengangguk.

Suasana di dalam kereta sunyi tiada suara. Lim dan Mel diarah duduk di belakan manakala Isac memandu dan Ayriz berada di sebelah. Sesekali mata Isac memandang Ayriz yang sejak tadi mendiamkan diri. Sesekali Ayriz mengelap air matanya.

“Kau fikir apa?” soal Isac memecahkan kesunyian. Lim dan Mel pula sudah sedia menjadi pendengar tak bertauliah. Ayriz hanya mengelengkan kepala.

“Love kau tu tak pandai menipu kau tahu? Tak ada apa , apanya kalau kau menangis… cuba bagitahu kenapa? Aku ni bukan selalu dapat baca fikiran kau Love.” bebel Isac sedikit geram. Mereka bertiga di dalam kereta sedikit terkejut apabila Isac memanggil Ayriz begitu. Wajah Ayriz juga berubah pucat seperti darah terberhenti tiba tiba… melihat Ayriz terkedu memandangnya membuatkan Isac menarik hidung gadis itu.

“Aduh sakitlah!”

“Dah aku cakap dengan kau… kau tenung aku pahal? Jawab aku tanya.”

“Dah aku cakap tak ada apa kan… Memang tak ada apalah….”

“Habis tu dah kau menangis apa hal? Menissa ada tinggal member dia ke? Ni siapa pula? Maslina? Ros?” perli Isac membuatkan Ayriz mula ingin menangis semula.

“Kau kalau tak suka aku bagitahu je lah… tak payahlah perli perli dia. Dia tak bagitahu kau ke?” soal Ayriz dan membuatkan Isac memandang ke belakang iaitu ke arah Lim dan Mel yang juga terkejut. Dia terus memberhentikan kereta ke tepi.

“Bagitahu apa?”

“Menissa ni memang suka buat kerja sekerat jalan. Alang alang dia muncul kenapa tak bagitahu terus je… Aku Alise…. aku keluar bila Ayriz rasa terlampau sedih.” jelas mereka bertiga terkejut dan membuatkan Isac semakin ingin mengetahui lebih mendalam.

“Tapi kenapa sebelum ni kau tak pernah keluar pun?”

“Sebab Ayriz tak bagi… Dia cuba kawal minda dengan hati dia. Lagi satu aku akan keluar bila Menissa dah start keluar… Sebab kalau Menissa keluar, maknanya Ayriz betul betul tak dapat kawal emosi dan fikiran dia dan kau akan jumpa lagi bebeapa orang lepas ni.” terang Alise sambil menunduk.

“Sekarang apa Ayriz fikirkan sampai kau keluar ni?”

“Kau tak suka aku ke? Kenapa kau tanya macam tu?” soal Alise sambil matanya sudah berkaca membuatkan Isac mengerutkan dahi pelik.

“Bila masa pulak? Aku nak tahu je Ayriz fikirkan apa…”

“Dia tak bagi aku bagitahu kau… kalau kau tahu habislah aku…”

“Kau cakap jelah… bukan dia tahu pun kalau kau tak bagitahu.” Isac mula hilang sabar.

“Kau marah aku….” kata Alise yang mula menangis membuatkan Lim mengemam mulut menahan ketawa melihat Isac sudah ingin naik angin. Manakala Mel pula menutup mulut kerana dia juga terasa kelakar. Isac menarik nafas panjang.

“ Tak… aku tak marah kau love… sekarang bagitahu aku apa kau fikirkan ni?” soal Isac lembut. Lim dan Mel memandang satu sama lain. Tidak sangka lelaki itu menurunkan egonya untuk bercakap lembut dengan Alise.

“Aku fikir…aku fikir mesti kau akan jauhkan diri daripada aku lepas tahu penyakit aku ni kan. Mesti kau fikir aku gila….”

“Kau tengok sekarang aku ada lari ke? Tak adakan… yang kau fikir bukan bukan kenapa? Dahlahhh Alise kau suruhlah Ayriz keluar… dah nak sampai dekat family dia ni… nanti dorang cakap aku punca kau keluar pula.”

“Kau memang tak suka aku kan? Family aku tak pernah kesah kalau aku keluar…. tak apa aku keluar je daripada kereta ni.” kata Ayriz sebak dan mula membuka tali pinggang… Lantas Isac menghalang dan menggenggam erat tangan gadis itu.

“Okay… Aku minta maaf. Dah tak payahlah nangis. Aku dah tak cakap apa dah. Jom kita balik.” balas Isac mengelap air mata Ayriz dan tanpa berlengah Isac terus meneruskan pemanduannya tanpa menghiraulan Lim dan Mel yang sudah menyaksikan drama sebentar tadi. Alise memandang ke luar tingkap untuk menenangkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience