4.

Romance Completed 60108

Adha menanti Anak saudaranya diluar Tabika. Dia turun dari motor Ysuku nya dan duduk dekat kerusi yang ada didalam Tabika. Balik sahaja menghantar abangnya kerumah tadi, Dia terpaksa bergegas untuk mengambil Adra pula.

Begitu jua dengan Aidil yang terperangkap dalam kesesakan jalannraya akibat ada kemalangan maut didepan.

" Masa ni jugalah kau nak sesak. " Kata Ezwan.

" Takde jalan pintas ke Wan. Kesian Luth. Aku dah janji nak jemput dia hari ni balik sekolah. " Kata Aidil.

" Kejap lah aku tengah fikir ni macam mana? " Kata Ezwan.

Namun dia hanya memperoleh jalan buntu.

" Ahhh senak kepala otak aku macam ni. " Kata Ezwan.

Aidil melihat jam di tangannya pukul 12.32 minit. Mula khawatir dengan Luth akhornya dia menghubungi ustazah yang menjaga anaknya ditabika.

" Maaf Ustazah. Jalan sesak. Ada kemalangan kat depan. " Kata Aidil.

" Takpe Encik. Take you time, Luth dengah lekq bermain dengan Adra dan Maksu Adra.

" Maksu? " Tanyanya.

" Haah. " Balas ustazah Rini.

" Baiklah. Saya akan usaha cepat sampai kesana. " Kata Aidil.

" Baik. Hati-hati memandu encik. " Kata Rini lalu memutuskan panggilan.

" Macam mana? " Tanya Ezwan.

" Dia sedang leka bermain dengan temannya Adra. " Kata Aidil.

" Adra? Macam sama je kan nama dia dengan gadis tadi tu. " Kata Ezwan.

" Kau jangan nak mulakan Wan. " Kata Aidil.

" Tak bukan nak mulakan apa? Kau tak kesian ke tengok seorang badan beruniform yang kini jadi lumpuh hanya kerana kepala gila isteri dia yang tak mampu terima anak yang dilahirkannya hanya seorang yang hidup dan yang seorang lagi mati. Meroyan. Lepas tu sanggup nak campak anak, hingga mengakibatkan sisuami ni lumpuh sebab nak selamatkan anak dia dari dirempuh lori ais. " Kata Ezwan emosi.

" Now, apabila dia lumpuh, dia tinggalkan sisuami dengan adik yang masih bersekolah dan terpaksa berhenti sebab nak jaga anak sedara dia. Kau tak fikir ke apa adik dia rasa bila melihat kawan-kawan sebayanya kini ada kerjaya sedangkan dia hanya kerja sebagai cashier dekat stesen minyak. " Kata Ezwan lagi.

" Tulah. Aku tak sangka dia tolak bantuan kita tu. Aku pun masih berfikir apa sebabnya dia menolak. " Kata Aidil.

" Sebab aku lihat adik dia tu bukan jenis yang suka tangkap muat je Dil. Otak dia bergeliga sikit. Cuba kau fikir kalau orang lain mesti mereka dah setuju sedangkan dia tak. " Kata Ezwan.

" Sebab setengah juta tu hanya kos rawatan masa dekat hospital, tapi kos perjalanan, makan apa semua? Tu yang dia fikir tu. " Kata Ezwan.

" Berapalah sangat Dil gaji cashier ni. Memang takkan mampu dia nak tanggung kos perjalanan Abang dia. " Kata Ezwan.

" Silap, Aku tak mintak nombornya tadi Wan. " Kata Aidil.

" Tapi biarkan dulu kes ni. Aku nak lepas ambik Luth ni hantar balik then kita naik jabatan agama sebab aku nak failkan penceraian aku dengan Ena. " Kata Aidil.

" Ok. Boleh. " Kata Ezwan memandu perlahan kereta milik Aidil.

Sampai saja didepan Tabika tempat Luth sekolah, Ezwan seperti kenal gadis yang menmakai Cardigan paras lutut itu.

" Dil. Tu bukan adik siapa tadi. Adik si Adhlan! Hah. " Kata Ezwan.

" Mana? " Tanya Aidil.

" Tu. " Tunjuk Ezwan.

Aidil menyepetkan sedikit matanya.

" Kau. Dah mata empat pun masih tak jelas ke? Ke kau nak aku carikan kau kanta pembesar tu. " Kata Ezwan bergurau.

Aidil keluar dari kereta dan menapak kearah Luth bersama temannya yang sedang bermain buai dan seseorang sedang mengayunkan mereka berdua berdiri ditengah.

Aidil menapak perlahan mendekati mereka dan mendengar keletah anaknya yang suka bercakap.

" Tak boleh macam tu. Walau apapun, dia tetap Mama Luth. Mama Luth yang mengandungkan Luth sembilan bulan sepuluh hari. Tetap berdosa jika seorang anak menitiskan air mata ibunya. " Kata Adha.

" Tapi Mama jahat. Mama cakap Luth ni lahir kedunia bawa sial pada diri dia. Sial tu apa Maksu? " Tanya Luth.

" Hah. Tu kesilapan Mama Luth sebab tak boleh terima apa yang Allah dah berikan padanya. Ingat setiap anak yang lahir kedunia ni semua dah tertulis semuanya, rezeki, jodoh, ajal dia semua Allah dah atur. Hanya kita yang mencorakkannya. " Kata Adha.

" Maksu. Habis tu kalau macam Adra ni macam mana? " Tanya Adra.

" Walaupun Ibu tak sayangkan Adra, Adra masih ada Baba dan Maksu. Maksu akan pertahankan Adra dan Baba Adra. Sebab korang nyawa . " Kata Adha.

" Boleh tak kalau Luth nak jadi anak Maksu. Macam Adra. " Kata Luth.

Adha ketawa mendengarnya. Budak sekecil mereka takkan faham apa yang dikatakannya tadi, namun dengan cara macam ni jelah mereka suka belajar dan umur macam nilah mereka harus dididik.

" Boleh Sayang. Adra dan Luth Maksu dah anggap macam anak Maksu. " Kata Adha.

Aidil senyum melihat keceriaan yang terpancar diwajah anaknya. Dia tak yahu apakah ini hanya sekadar kebetulan atau Allah dah atur semuanya.

" Assalamualaikum. " Sapa Aidil.

" Waalaikumsalam. " Sapa Mereka bertiga.

" Abi!!! " Kata Luth turun dari buaian dan berlari mendapatkan Aidil.

" Sorry sayang Abi lambat. " Kata Aidil.
" Takpe. " Kata Luth.

" Encik ni yang dekat hospital tadikan? " Tanya Adha.

" Ye. Sayalah. " Kata Aidil.

" Kecik dunia ni. Kebetulan pulak jumoa kat sini. " Kata Adha senyum manis hingga jelas terlihat lesung pipinya dikedua pipinya.

" Haah. Tak sangka kan. " Kata Aidil.

" Abi dah kenal Maksu ke? " Tanya Luth.

" Yelah. Maksu dah kenal Abi Luth? " Tanya Adra.

" Allah temukan kami tadi masa Maksu bawak Baba ke hospital. " Kata Adha.

" Jadi nilah Maksu yang anak Abi sebut-sebut ni? " Tanya Aidil.

" Hah ni mesti umpat Maksu. " Tanya Adha.

" Mana ada. " Kata Luth.

" Saya nak bincang sikit dengan awak boleh tak? " Tanya Aidil.

" Tentang apa tu? " Tanya Adha.

Mereka menapak keluar dari Tabika bersama.

" Nak bincang soal Abang awak. " Kata Aidil.

" Herm bila? " Tanya Adha.

" Now. Terus bawak budak-budak ni makan. Saya belanja sebab awak sudi jaga Luth sejak dulu lagi. " Kata Aidil.

" Jomlah Maksu. " Kata Luth merengek.

" Haah. Jomlah Maksu. Adra pun dah lapar. " Kata Adra.

Ezwan mengambil moment indah itu lalu mengetik beberapa kali lalu menghantar pada whatsapp Aidil.

" Ok baiklah. Tapi tak boleh lama tau. Sebab Maksu nak bantu kawan Maksu bukak kedai kejap lagi. " Kata Adha memutuskan.

" Bagitahu kat mana tempat saya pergi kesana. " Kata Adha memakaikan helmet dikepala Adra.

" Dekat restoran kari kepala ikan dekat round about kedua tu. " Kata Aidil.

" Ok. Baiklah. Kita jumoa kat sana. " Kata Adha.

Dia menghidupkan motornya lalu meninggalkan kereta Aidil yang masih terparking disana.

" Jom. " Kata Aidil apabila masuk kedalam kereta bersama Luth.

" Pergi mana? " Tanya Ezwan.

" Kari keoala ikan. " Kata Aidil.

Ezwan memandu kereta keluar dari kawasan dan pergi ke kedai makan yang dimaksudkan oleh Aidil.

Sampai saja disana, Aidil memesan meja untuk family. Mereka dibawa naik ketingkat satu. Mereka duduk dekat meja bulat.

" Bawakan saya satu set makanan makan tengah hari. " Kata Aidil.

" Baik Encik. " Kata Pelayan itu.

" Saya nak tanya awak. Betulke awak taknak terima bantuan dari syarikat kami untuk Abang awak. " Tanya Aidil memulakan bicara.

" Saya tak mampu nak tanggung kos perjalanan pergi dan balik Untuk Abang Lan. " Kata Adra.

Tepat mengena apa yang dikatakan Ezwan tadi pada Aidil.

" Sebab tu saya tolak. Bukan sebab sombong. Lagipun sapa yang taknak melihat dia dapat berjalan semula. " Kata Adha lagi.

" Takpe. Saya akan tanggung kesemuanya dari perjalanan pergi dan balik serta tempat tinggal kamu kat sana. " Kata Aidil.

" Eh mahal tu. Tak payahlah. " Kata Adha.

" Anggao je saya ikhlas. Sebab awak dah bantu saya didik anak saya Kuth jadi anak yang soleh sekarang. Leoas tu awak sanggup tunggu dia hari tu masa Ex wife saya tak datang ambik dia. " Kata Aidil panjangng lebar.

" Itu dah tanggungjawab saya. Takkan saya nak tinggalkan Luth kat sana sendirian. " Kata Adha.

" Awak terima je. Kesian Abang awak. Mesti dia dah lama teringin nak berjalan semula kan. Lihat dari reaksi dia tadipun saya tahu. " Kata Ezwan.

" Awak terima ye. Anggap je ini zakat saya. " Kata Aidil.

" Susah saya nak kata. Memang Abang Lan teruja sangat bila dengar ada seseorang nak bantu bayarkan kos rawatannya. " Kata Adha.

" Jadi. Saya harap sangat awak terima. Bila abang awak dah boleh berjalan semula, mesti dia diterima semula dalam badan beruniform dan mungkin awak dah tak payah susah payah kerja sampai dua tempat pagi dan malam. " Kata Ezwan.

" Baiklah. Saya terima. Taoi mungkin saya tak dapat nak temankan Abang Lan kesana. " Kata Adha.

" Takpe benda kefik je. Kira semua settle ye. " Kata Ezwan.

" Baiklah. Terima kasih sangat-sangat sebab mahu membantu kami sekeluarga. " Kata Adha.

" Berbaloi saya bantu orang seperti awak. Yang mampu didik anak sebesar ini hormatkan Orang tua buat pahala dan bukan dosa. " Kata Aidil.

" Itu dah kewajiban saya. Lagipun Luth memang seorang anak yang baik patuh. " Kata Adha.

" Ye tapi sekarang nampak apa yang awak ajar dia ikuti semua. " Kata Aidil.

" Alhamdulillah. Good Boy. " Kata Adha.

" Sayang Maksu. " Kata Luth.

" Maksu pu sayangkan Luth juga. " Kata Adha.

Makanan yang dipesan Aidil sampai. Mereka makan bersama-sama selepas Luth membaca doa makan.

" Wooww anak Abi dah lancar baca doa makan. " Kata Aidil.

" Kan. Ni mesti nak present dari Abi kan. " Kata Ezwan.

" Boleh ke Abi. " Tanya Luth.

" Boleh sayang. Tapi not now. Lepas ni Abi ada kerja lagi. " Kata Aidil.

Teringat akan apa yang dilakukan Ena terhadapnya, Dia mulai benci melihat gadis disisi anaknya Luth.

" Sorry, Saya nak gerak. " Kata Aidil mula bangun dan membawa Luth bersamanya.

" Abi. Kenapa ni? " Tanya Luth.

" Abi taknak Luth dekat dengan mana-mana perempuan sebab Abi taknak apa yang Abi rasa kini akan Luth rasakan. " Kata Aidil.

Adha yang terfikir apa yang salah sekarang. Ezwan juga tak mampu berkata apa. Dia tahu pasti apa yang ada dalam fikiran Aidil kini adalah kebencian.

" Maaf Adha. Dia tengah banyak masalah sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience