Bab 40

Romance Series 114022

Petang itu setelah berbual panjang dengan Syam, Yus naik ke bilik untuk mengemas beg. Sekejap lagi dah nak balik semula.

Semasa Yus masuk ke bilik dapati Aniq sedang terlena di atas katil. Sayu Yus melihat wajah itu. Perlahan Yus hampiri Aniq yang sedang enak tidur. Wajah itu diperhati, ingin sahaja wajah itu dibelai tetapi bimbang Aniq terjaga dari tidurnya. Sekejap nanti hendak memandu pula.

Setelah siap mengemas beg, Yus turun ke dapur. Mama sibuk membungkuskan makanan manakala Pakcik pula sibuk dengan buah-buah kampung serta ulam ulaman. Semua siap dibungkus untuk semua anak dan menantu.

Tidak lama Aniq turun bersama kedua-dua beg untuk dimasukkan ke dalam kereta begitu juga dengan abang-abang tirinya. Masing-masing sibuk mengemas beg masuk ke dalam kereta untuk pulang.

Kesemua anak-anak sudah siap mahu bertolak. Mesti mama sedih. Semua anak-anak bersalam dengan mama dan Pakcik dan bertolak ke destinasi masing-masing.

Dalam perjalanan pulang. Ingin sekali Yus memohon maaf pada Aniq tetapi bimbang akan mengganggu pemanduannya pula. Akhirnya Yus memilih untuk diam.

Lebih kurang jam sembilan malam, Yus dan Aniq selamat sampai. Perjalanan jadi lambat kerana ada kemalangan jalan raya di kedua-dua arah.

Barang-barang dalam kereta Aniq keluarkan. Beg pakaian di bawa ke dalam bilik manakala makanan dan buah-buahan Yus bawa ke dapur untuk disimpan.

"Abang, nak makan apa-apa?" soal Yus sebaik Aniq yang sudah siap mandi dan menyalin pakaian.

"Tak, saya dah kenyang" balas Aniq lalu keluar dari bilik tidur dan melangkah masuk ke bilik kerja.

Yus hanya diam di atas katil. Memandangkan badan sudah penat, mudah sahaja mata mengundang kantuk. Yus yang sudah mandi, naik ke atas katil lalu baring, tidak lama sudah lena diulit mimpi.

Aniq pula masih dalam bilik kerja.

+++

Pagi itu apabila Yus ke dapur, dilihat Aniq sudahpun siap dengan mug di tangan. Selepas minum dan membasuh cawan, Aniq terus melangkah ke pintu utama untuk keluar bekerja. Kelam kabut Yus mengejar Aniq untuk menyalami tangan Aniq. Aniq seperti biasa akan cium dahi Yus cuma tiada kata-kata yang keluar dari bibir itu.

Aniq masuk ke dalam perut kereta lalu memandu pergi ke pejabat.

Yus masuk semula ke dalam mengambil briefcase dan beg tangan untuk ke pejabat.

+++

Tok tok tok

"Masuk"

Terjenggul muka Yus di pintu masuk pejabat Amy.

"Hai kak, pagi-pagi lagi dah masuk pejabat orang ni. Ada apa-apa yang urgent ke? Rasanya macam tak ada metting penting hari ni" ucap Amy.

Tiba-tiba terdengar esakan halus dari Yus yang duduk di sofa pejabat Amy. Kalut Amy bangun dan duduk di sebelah kakaknya.

"Adui... Kau dah kenapa pulak ni kak.. Tiba-tiba menangis pulak ni. Tak settel lagi ke masalah dengan abang Aniq?" soal Amy.

"Amy... Dah dekat seminggu abang Aniq tak layan akak.. Sembang pun tak" adu Yus.

"Hm.. Akak dah minta maaf belum?" tanya Amy.

"Ada.. Tapi abang Aniq buat macam tak tau je.."

Mengeluh Amy dengan masalah Yus

"Kak, orang rasa minta maaf kau tu macam tak bersungguh la" kata Amy.

"Tak bersungguh apa nya, kau nak akak buat macam lagi?" soal Yus.

"Kau pujuk la abang Aniq tu.. Takkan itu pun orang nak ajar"

"Nak pujuk macam mana?" soal Yus lurus.

'Pap' dahi Yus diketuk dengan pen yang ada ditangan Amy.

"Apa kau ni.." marah Yus sambil menggosok dahi yang diketuk Amy.

"Pujuk la. Bagi la hadiah ke, bunga ke, apa-apa yang abang Aniq suka" terang Amy.

"Bunga? Bagi bunga kat lelaki? Biar betul kau ni dik" soal Amy tidak percaya.

"Eh kak, kau ingat lelaki tak suka bunga ke?" soal Amy balik.

"Tak la, macam pelik je"

"Cuba kau bagi dulu. Bagi sekali dengan coklat, pastu kau selit la kad. Tulis la apa-apa kata yang sweet dalam tu"

"Boleh ke?" tanya Yus lagi.

"Kau nak orang ketuk dahi sekali lagi ke? Cuba la dulu. Orangkan lelaki, orang tau la"

"Hm.. Ye lah-ye lah. Kalau tak berjaya siap kau ek" Yus bagi amaran.

"Eh, orang dah tolong bagi idea pun dah kira bagus. Terima kasih pun tak" bebel Amy.

"Ye... Terima kasih adikku sayang" kata Yus lalu keluar dari pejabat Amy.

+++

Hm.. Boleh pakai ke idea budak ni. Karang, tak pasal-pasal Aniq cakap aku gila pulak. Try je lah.

Beg tangan dan kunci kereta dicapai. Satu saja tempat dituju. Kedai bunga..

+++

Tok tok tok

"Masuk"

"Assalamualaikum Tuan. Ni ada bunga dan bungkusan coklat untuk Tuan" kata Koperal Azman sambil menyerahkan sejambak bunga yang dibungkus cantik bersama sekotak coklat. Ada kad terselit di situ.

Aniq mengambil bunga yang diserahkan.

"Terima kasih Man" ucap Aniq.

"Sama-sama Tuan. Saya keluar dulu Tuan" ucap Koperal Azman lalu menutup rapat pintu pejabat Aniq.

Aniq kemudian meletakkan jambangan bunga di atas meja, kad dicapai dan isi dalam dibaca.

Hai abang sayang..

Kerja baik-baik tau.
Love you so much.. Muahh!

Daripada : Isterimu yang rindu

Kosong sahaja pandangan Aniq. Bunga dan coklat diambil dan di letakkan di hujung sofa. Lalu Aniq meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.

+++

"Aniq" panggil Syam yang tiba-tiba membuka pintu pejabatnya tanpa mengetuk.

"Kau ni dah kenapa, tak reti-reti nak ketuk ke?" marah Aniq

"Amboi.. Marah" jawab Syam lalu duduk di depan Aniq.

"Kau nak apa? Aku banyak kerja ni" soal Aniq.

"Tak ada apa, saja nak ajak kau makan tengah hari. Dekat pukul satu dah. Kau tak lapar ke?" soal Syam

"Wow, bunga, siapa bagi" tegur Syam lantas bangun dan mengambil jambangan bunga di atas sofa dan dibeleknya. Ada kad. Kad diambil dan dibaca.

"Yus bagi kau bunga? Sweetnya.." sengih Syam.

"Dah, letak balik bunga tu" tegur Aniq.

"Kau tak nak ke bunga dengan coklat tu. Kalau tak nak bagi aku je.." kata Syam.

"Dah, tak payah menyebuk. Cakap tadi lapar sangat. Jom, makan" ajak Aniq.

"Eleh.. Kedekut" ejek Syam.

Malas Aniq nak melayan Syam lalu badan sahabatnya itu ditolak supaya keluar dari pejabatnya.

Sebelum balik, Aniq mengambil jambangan bunga dan dimasukkan dalam beg kertas dan dibawa bersama.

+++

Sampai di rumah sudah agak lewat, hampir jam sebelas malam. Aniq ke dapur dilihat ada tudung saji. Diselak tudung saji dan lihat ada nasi dan lauk. Terdapat sticky note pada tudung saji.

Abang, sayang tidur dulu. Jangan lupa panaskan sebelum makan. Good night abang. Muaahh!!

Aniq mengambil makanan dan menyimpannya dalam peti ais dan tudung saji disangkut.

+++

Setiap pagi Aniq bangun awal dan hanya berjumpa Yus di dapur semasa sarapan sahaja. Pulangnya pula lewat malam bila Yus sudah terlena. Makanan yang dimasak Yus akan disimpan di dalam peti ais setiap kali balik kerja. Setiap malam juga Aniq tidak tidur di bilik bersama Yus. Kadang kala di bilik kerja, kadang-kadang di sofa di ruang tamu.

Setiap hari juga Aniq menerima jambangan bunga dan coklat serta kad ucapan dan tiap kali itu juga bunga dan coklat dimasukkan dalam beg kertas dan dibawa keluar ketika balik.

+++

"Amy..." panggil Yus sebaik sampai di pejabat Amy.

"Adoi... Apa lagi kak. Usaha tak berhasil la ni?" teka Amy.

Perlahan Yus menggangguk.

"Tiap-tiap hari akak hantar bunga dan coklat tapi sama je, tak de apa-apa perubahan pun. Abang Aniq hari-hari balik lewat, makanan yang akak masak, abang tak makan pun lepas tu abang tak tidur dalam bilik. Kadang-kadang tidur dalam bilik kerja, kadang-kadang di sofa ruang tamu. Letih la nak pujuk orang tua dengil macam ni" geram Yus. Usahanya tidak berhasil.

"Esok akak jangan hantar bunga dan coklat dah" bagitau Amy.

"Kenapa pulak?" soal Yus pelik.

"Biar abang Aniq tertunggu-tunggu bunga dari akak." kata Aniq.

"Dah tu akak nak buat apa lagi?" soal Yus.

"Aku pun dah tak tau nak bagi idea" jawab Aniq.

Dua-dua diam. Hampir sepuluh minit kedua-duanya tak bersuara. Tiba-tiba..

"Kak, baju yang orang bagi kau pakai tak?" soal Amy.

"Baju apa pulak?" soal Yus kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience