BAB 15

Humor Completed 26855

Qisha duduk di kerusi di sebelah Karina. Dia mengusap tangan Karina dengan perlahan. Dia berjanji pada Farel untuk menjaga ibunya sementara dia dan ayahnya pulang ke rumah untuk mengambil baju dan barang-barang yang lain.

“Qisha” Karina memanggil nama Qisha, suaranya kedengaran serak dan lemah sekali.

“Ya kak? Fatah bawa Farel balik rumah sekejap untuk ambil barang. Qisha tak ada kerja sekarang ni, sebab tu Qisha datang sini. Qisha kacau kakak tidur ke?”

Cepat saja Karina menggelengkan kepalanya, dia gembira apabila Qisha datang melawatnya. Apabila Qisha ada disini,Fatah tidak berani untuk tidak makan. Qisha pasti akan melenting dan memaksanya untuk makan juga. Ada sekali Fatah tidak makan selama dua minggu, Qisha mengugut untuk memasukkan jarum IV yang membekalkan nutrien pada Fatah, cepat-cepat Fatah makan semua makanan yang disediakan.Farel juga suka bermain dengan Qisha, Qisha selalu membawanya bermain taman permainan di kawasan taman hospital.

“Qisha boleh tak buat sesuatu untuk akak?” Karina menggengam tangan Qisha. Qisha mengangkat wajah, dia memandang muka Karina.

“Apa dia kak? Qisha akan lakukan kalau ianya tidak melebihi kemampuan Qisha” jawab Qisha dengan sabar.

Karina memandang pada suaminya yang sedang tidur di atas pangkuannya, dia mengukirkan senyuman nipis.

“Akak nak Qisha kahwin dengan abang Fatah”

Qisha terkedu. Tak ada apa yang keluar dari mulutnya.

“Akak tahu Qisha sayangkan abang Fatah. Akak boleh baca apa yang tertulis di wajah Qisha”

“Qisha cuma kagum dengan abang Fatah. Dia begitu menyayangi akak. Lelaki seperti itulah yang diidam-idamkan oleh setiap wanita” jawab Qisha berhati-hati. Dia tidak mahu menyakitkan hati Karina.

“Akak dah tak ada masa Qisha. Akak tak boleh tinggalkan abang Fatah besarkan Farel dan Aiden seorang diri. Dia perlukan seseorang di sampingnya, Qisha adalah orang yang pantas untuknya. Akak tahu, abang Fatah tidak akan terima pada mulanya tapi sekiranya akak pujuk dia, dia pasti akan terima. Akak cuma mahukan persetujuan daripada Qisha” pujuk Karina dengan lembut. Qisha menundukkan wajahnya, dia berfikir panjang dan akhirnya dia mengangguk perlahan.Dia tahu, dia tidak mampu melawan kehendak Karina.

…..

Seperti yang kak Rina agak, Fatah memang merajuk habis bila dia dipaksa untuk mengahwini aku. Seminggu rasanya dia merajuk tapi akhirnya dia akur juga akan permintaan isterinya. Seminggu kemudian, aku dan Fatah berkahwin. Walaupun tanpa rasa cinta, aku dan Fatah dapat hidup sebagai suami isteri. Aku belajar banyak daripada kak Karina. Farel, Aiden, abang Fatah dan kak Rina tinggal sebumbung dengan aku, kami hidup bagaikan satu keluarga.Hampir setengah bulan kemudian, kak Rina dikejarkan ke wad. Sebelum dimasukkan ke bilik pembedahan, kak Rina sempat menangkap tanganku dan berbisik pada aku.

“Jaga Fatah dan anak-anak akak ya..”

“Saya akan jaga abang Fatah dengan penuh cinta. Saya akan membesarkan Farel dan Aiden seperti anak kandung saya sendiri. Kak Rina jangan bimbang, saya akan jaga kak Rina juga”

Karina ketawa lemah, dia mencapai tangan Qisha dan diusap tangan mulus itu.

“Te… terima kasih Qisha.. Qisha yang selayaknya untuk Fatah, tak macam akak ni, akak persiakan suami sebaiknya… Akak isteri yang derhaka”

“Abang Fatah tak pernah fikir begitu kak, dia maafkan kak”

“Akak banyak buat dosa pada dia. Ini balasan yang akak terima. Bukan saja akak yang menderita tapi bayi akak yang tidak bersalah itu juga menderita”

“Qisha akan buat apa saja untuk Aiden. Penyakit HIV mungkin tiada penyembuhnya tapi ada rawatan yang boleh memanjangkan hayat pengidap dan untuk mengelak daripada AIDS. Qisha akan berusaha untuk Aiden, percayalah kak”

“Terima kasih Qisha” itulah kata-kata terakhir Karina sebelum dia ditolak masuk ke bilik pembedahan.Sebenarnya itulah kata-kata terakhirnya…

Fatah hampir rebah apabila diberitahu bahawa isterinya sudah tiada lagi dan aku berdiri disisinya ketika itu. Aku pernah berada di tempatnya suatu ketika dahulu dan cara aku handle semua itu lebih teruk daripada dia. Aku bagaikan menggantikan tempat Khalish, seperti mayat hidup. Somehow, aku bangkit semula selepas aku temui video Khalish dalam telefon aku. Khalish email pada aku videonya, hingga kini aku gunakan videonya dalam apa-apa saja ceramah aku di sekolah-sekolah.

Aku melihat bagaimana Fatah menghadapi kematian isterinya, dia tabah. Aku menyaksikan sendiri bagaimana dia cuba bertahan daripada mengalirkan air mata sepanjang waktu jenazah kak Rina diuruskan. Tapi selepas sahaja majlis pengkebumian tamat, aku lihat bagaimana patahnya hati Fatah. Aku duduk disampingnya dan dia menangis di atas ribaku…

“Tak apa bang, kita doakan kak Rina. Kita doakan mereka, moga perjalanan mereka aman dan tenang” pujuk Qisha. Fatah mengangguk perlahan, masih lagi menempek di atas riba Qisha.Farel pula sudah tertidur di sebelah lagi riba Qisha.Ketika itu suara esakkan Aiden bergema, Fatah terus bangkit. Dia menuju ke katil bayi dan anak lelakinya itu diangkat. Diletakkan di atas ribanya, dia sumbat mulutnya dengan botol susu. Seketika dia memandang wajah Aiden, senyuman nipis terukir di atas bibirnya yang merah itu.

“Abang akan jaga Aiden seperti anak abang sendiri, abang janji pada Rina.. Ini bukti cinta abang pada Rina” Fatah mencium jari-jemari Aiden yang kecil itu. Qisha yang masuk ke bilik itu menidurkan Farel di atas katil dan terus duduk di samping Fatah, dia memeluk tubuh Fatah dan melentokkan kepala di atas bahu Fatah.

“Qisha tahu pasti ALLAH akan tunjukkan Qisha mimpi yang indah selepas mimpi ngeri yang Qisha alami. Terima kasih kerana tabah, terima kasih kerana abang sanggup peristerikan Qisha walaupun Qisha tahu ianya hanya kerana permintaan kak Rina. Tapi Qisha jadi lebih kuat disebabkan abang, Qisha lebih kuat semangat kerana adanya Farel dan Aiden. Terima kasih untuk segalanya abang”

Fatah menyentuh pipi Qisha dengan lembut, sejurus itu dia menghadiahkan ciuman di atas dahi Qisha.

“Terima kasih sebab sudi berada disamping abang. Terima kasih kerana sudi menjadi ibu kepada anak-anak abang. Terima kasih kerana beri abang sebab untuk teruskan hidup.Abang sayangkan Qisha”

“Qisha pun, sayangkan abang” jawab Qisha tatkala matanya terkatup rapat, seolah-olah dia memeluk Khalish dan membisikkan kata-kata itu ditelinga Khalish.

Tiada duka yang abadi di dunia, aku kecapi bahagia akhirnya. Walaupun bukan dengan cinta pertamaku tapi aku dianugerahkan cinta yang agung, cinta dari lelaki yang setia…

Demi cinta aku pada Khalish, aku akan sentiada mendoakan dia disana. Kerana dia umpama bintang, walaupun tiada selalu kelihatan tapi aku tahu dia sentiada ada sentiasa menerangi hariku tiap kalinya kegelapan. Dia mungkin bukan terakhir tapi dia sentiasa menjadi cintaku yang pertama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience