PROLOG

Romance Completed 77516

"AZMEER! Jangan bagitau ibu okay!!"

Laju tangan Hafiz menyambar beg galasnya yang di letakkan di tepi tingkap. Dia berjalan laju menuju ke pintu utama. Azmeer memandang jam sekilas, pukul tiga pagi. Apa yang abangnya itu hendak lakukan, fikirnya.

Azmeer berlari membuntuti Hafiz yang sudah berada di luar rumah. Dia mendekati abangnya itu.

"Azmeer, kalau abah atau ibu tanya mana abang, Azmeer kata tak tahu yer. Ingat tau, ni rahsia antara kita jer. Jangan bagitau sape-sape."

Hafiz dan Azmeer membuat perjanjian tangan. Azmeer menjengah ke dalam kereta, dia melihat jelas wajah gadis yang akan pergi bersama abangnya, gadis itu juga sedang memandangnya.

"Yer, Azmeer tak bagitau sape-sape tapi abang nak pergi mana?" tanya Azmeer dengan wajah yang penuh curiga.

"Abang nak cari kebahagiaan abang sendiri. Abang nak bersama orang yang abang sayang.." kata Hafiz sambil matanya melihat gadis di dalam kereta yang tersenyum manis ke arahnya.

"Tapi abang, cara ni tak betul. Salah. Abang kena cakap dengan ibu dan abah. Azmeer taknak abang pergi.!"

"No Azmeer, please. Ibu dan abah tak faham. Abang nak bahagia, bukan dengan orang lain tapi dengan Maria saja. Azmeer budak lagi, Azmeer tak faham. Abang pergi dulu."

Azmeer hilang kata-kata. Dia hanya mampu memerhatikan Hafiz yang masuk ke dalam perut kereta. Maria memandang Azmeer dengan wajah sayu.

"Akak mintak maaf.." ujar Maria.

Azmeer menggangguk perlahan. Kereta sewa itu berlalu pergi. Azmeer masih lagi kaku memandang abangnya dan Maria yang sudah hilang ditelan malam. Perlahan-lahan dia berjalan masuk ke dalam rumah.

Tidak lama selepas Azmeer masuk ke dalam biliknya, tiba-tiba dia terdengar suara ibunya memanggil.

"Azmeer! Azmeer!"

"Yer ibu. Azmeer kat bilik ni.."

Muncul Puan Mariam di muka pintu dengan muka pucat dan dan nafas yang tercungap-cungap.

"Azmeer, cepat tukar baju, kita pergi hospital, abang kamu kemalangan."

"Hah? Apa?!"

* * *

Mereka tiba di hospital tepat pukul empat tiga puluh pagi. Encik Anuar dan Puan Mariam bergegas ke kaunter pertanyaan untuk mendapatkan informasi berkenaan kemalangan yang baru sahaja berlaku, selepas itu mereka bergegas ke bilik mayat.

Puan Mariam menangis teresak-esak di dalam pelukan Encik Anuar apabila kain penutup muka di buka, wajah pucat Hafiz diamati mereka.

"Hafiz. Jangan tinggalkan ibu..Hafiz..bangun sayang.." rayu Puan Mariam setelah merapati jenazah Hafiz yang terbaring kaku.

"Yam, sabar yer. Abang tahu Yam sedih.." ujar Encik Anuar sambil memeluk erat isterinya.

"Abang, anak kita..anak kita dah takda. Kenapa Hafiz, kenapa buat ibu dan abah macam ni?" tangisan Puan Mariam memenuhi ruang bilik mayat tersebut.

"Abang Hafiz..Azmeer mintak maaf.." desis Azmeer.

"Hafiz..bangun la..ibu datang." tangisan Puan Mariam semakin kuat dan bergema.

"Yam, jangan macam ni. Tak baik Yam. Kita kena redha. Ajal maut Allah yang tentukan. Tak baik kita meratapi pemergian arwah. Sudah-sudah la Yam.."

Selepas pengecaman mayat dibuat, Encik Anuar menguruskan urusan untuk membawa pulang jenazah arwah Hafiz ke rumah. Azmeer pula sedang memerhatikan sepasang suami isteri yang masuk ke dalam bilik mayat. Mesti tu keluarga akak Maria, desisnya.

Suami isteri tersebut keluar daripada bilik mayat dan kelihatan isterinya menangis teresak-esak. Azmeer memerhatikan pasangan suami isteri itu dengan wajah yang bengis.

"Aku akan balas dendam dengan apa yang anak korang buat kat abang Hafiz. Kerana pempuan tu lah, abang Hafiz mati!! Korang takkan selamat!!"

Azmeer menyimpan dendam di dalam hati. Wajah Maria muncul tiba-tiba. Dia bencikan gadis itu yang telah menyebabkan abangnya mati dalam keadaan berdosa kepada ibu dan abahnya.

"Azmeer, jom balik.." suara Encik Anuar menyedarkan Azmeer daripada lamunan.

"Err yer abah.."

Azmeer melangkah longlai membuntuti Encik Anuar dan Puan Mariam.

"Ibuuu.."

Suara seorang gadis kecil membuatkan Azmeer mengalih pandang melihat pemilik suara tersebut.

"What you give, you get back!!" kata Azmeer perlahan. Bibirnya mengukir senyuman penuh muslihat.

Hai korang, ni novel Ayana yang terbaru. Harap korang suka. Novel ni ada kisah-kisah romantik jugak tau walaupun dalam kesedihan. Hehe ^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience