Bab 21

Romance Completed 53931

Layakkah aku merasai apa itu kebahgiaan? Memiliki seseorang yg aku cintai? Menyempurnakan hidup sebagai seorang isteri? Mendapat rahmat daripada ilahi? Layakkah aku merasai semua itu? Aku masih tiada jawapan. Aku terlalu mentah untuk semua ini. Diri aku sendiri masih bergantung kepada orang lain inikan..aku mahu mendapat semua itu? ..hidup seperti ini bukan mudah Munirah. Sudah banyak ujian yg kau lalui. Perlukah aku meminta satu kepercayaan orang lain terhadapku? Apalah selama ini memang salah aku dari awal lagi? Apakah aku yg memulakan dahulu kejadian itu? Sudahlah..perkara sudah terjadi. Aku memang layak rasakan semua ini. Hanya diriku yg tersiksa selama ini. Tiada sesiapa yg rasa apa yg aku sudah lalui. Biarlah apa mereka semua mahu gelarkan aku ini. Aku sudah pasrah dan redha. Miskipun aku cuba..aku tetap Munirah yg sangat hina di mata semua orang. Ya Allah..tunjukkanlah aku jalan yg benar. Bawalah hati dan jiwa aku ini jauh dari semua kebencian ini. Aku dah tak mampu nak hadap semua ini. Aku dah maafkan semua orang yg telah menyakiti perasaanku. Aku redha Ya Allah. Biarlah apa pun ujian yg akan datang selepas ini..Aku akan cuba laluinya lagi walaupun hanya seorang diri. Tidak berguna lagi aku menyimpan perasaan sakit ini. Satu sahaja aku pinta. Berikanlah sinar kebahagian untuk suamiku Azhar. Cukuplah selama ini dia sudah melindungiku. menjagaku dengan baik sekali. Dia sudah menjalankan tanggungjawab seorang suami yg baik. Azhar lebih layak mendapat kebahagiannya sendiri. Cinta hatinya sendiri. Aku tak mampu beri semua itu Ya Allah. Aku masih takut untuk menjadi isteri yg baik. Aku masih tidak boleh berikan nafkah batin kepadanya. Aku takut ya Allah..jangan disebabkan oleh kisah silam menghantui aku tak mampu beri semua itu. Aku buntu Ya allah..aku sudah tidak tahu berbuat apa lagi. Hina sangatkah diri aku ini? Berikanlah aku petunjuk. Aku akan meredhainya. Cakap Munirah sendiri terus keluar butiran jernih di kelopak matanya. Selesai sahaja bacaan Al-quran di dalam masjid berdekatan rumahnya. Munirah masih berada di sudut dalam masjid itu. Terkumat kamit mulutnya berzikir kepada yg maha Esa. Cuba mencari ketenangan yg sepatutnya. Bukanlah dengan mengambil ubat untuk merawat jiwanya yg tidak tenteram ini. Berpeluh saja badan Munirah sejak dua tiga hari ini. Munirah sendiri pun tidak tahu apa puncanya. Mungkin demam akan menyerangnya tidak lama lagi. Kepalanya rasa berdenyut sangat. Dibiarkan saja kerana sesiapa mungkin tidak akan mempedulikannya lagi. Biarlah dirinya mencari ketenangan sekejap. Jauh dari semua masalah yg dialuinya ini. Fikiran Munirah terus terbayangkan wajah Azhar. Apa yg sedang suaminya itu lakukan sekarang. Adakah masih mencari Munirah. Perkara semalam masih tergiang di dalam fikirannya.

Ke mana awak pergi dalam waktu macam ni Munirah?? Dah tak tahu nak guna telefon ke apa sampaikan saya hubungi awak pun tak reti nak angkat?? Keluar naik grab waktu malam macam ni..Tak tahu bahaya ke apa haa. Dah kenapa susah sangat nak bercakap dengan awak ni..kenapa susah sangat? Awak boleh fikirkan bahaya orang perempuan keluar malam. Dah pukul 11.30 p.m baru pulang ke rumah ni..awak pergi mana ni?? Tak boleh ke tunggu saya balik dulu? Awak tu isteri saya..kalau jadi apa-apa nanti siapa yg susah?? Saya jugakan? Pelbagai jenis soalan itu dituju kepada Munirah yg Masih berdiri kaku di depan pintu masuk. Azhar mendengus kasar saja melihat Munirah tidak menjawab langsung pertanyaannya itu. Pandangan Munirah ditundukkan ke bawah sahaja.

Dah kenapa ni? Dah bisu tak de suara nak jawab saya tanya? Beritahu jelah awak pergi mana? Suka sangatlah keluar rumah tanpa meminta izin dari suami?? Tambah Azhar lagi kali ini tegas sahaja ayatnya. Munirah mengangkat kepalanya lalu memandang ke arah anak mata Azhar. Mengigil badannya menatap wajah Azhar yg sedang marah itu. Perasaan takut mula menjalar di seluruh bdannya. Perlahan-lahan Munirah memberitahu Azhar semua ini.

Saya..saya pergi ke hospital..Adik saya..Mikhail kemalangan..Saya dah cuba..telefon awak..panggilan itu tak diangkat..saya juga dah mesej awak beritahu semuanya. Bukan saja-saja saya keluar. Saya minta maaflah..kalau dah menyusahkan awak. Saya janji tak akan buat lagi..saya tak akan keluar rumah kalau awak tak izinkan. Jawab Munirah tergagapnya mengatakan semua itu kepada Azhar. Baru Azhar teringat yg ia memang tidak melihat mesej di telefonnya langsung. Hanya melihat banyak sahaja panggilan telefon masuk dari Munirah. Mengeluh Azhar panjanglah Mengusap kasar wajahnya. Dia sudah memarahi diri Munirah tanpa bersebab lagi. Kerana terlalu memikirkan masalah dengan bondanya Munirah selalu sahaja jadi mangsa keadaan.

Maafkan saya..kalau tak ada apa-apa lagi..boleh saya masuk ke dalam?? Pinta Munirah lemahnya malas mahu panjangkan cerita ini lagi. Bukan ini masanya Azhar mahu menghukumlah. Ia terlalu penat sangat dengan keadaan sekarang. Hanya belas ehsan sahaja ia minta di lubuk hati Azhar.

Masuklah..Itu sahaja yg keluar dari mulut Azhar ketika itu. Dia melihat wajah Munirah sangat pucat dan sembab. Selalu saja air mata Munirah mengalir setiap hari. Tidak penatkah dirinya menangung semua ini seorang diri. Azhar mahu memberikan ruang dahulu kepada Munirah. Sampai bila dia mahu melihat keadaan Munirah seperti ini. Kuat saja dirinya menempuh semua ini sendiri. Azhar juga buntu macam mana harus membantu Munirah lagi. Perlukah ia melepaskan Munirah saja. Cukuplah Munirah banyak menangung beban selama ini. Tidak mungkin ia akan menambah beban Munirah lagi dengan masalah keluarganya.

Maafkan saya awak...awak..Panggil salah seorang wanita kepada Munirah. Lamunan Munirah termati di situ saja. Segera ia melihat siapakah yg menegur dirinya pada waktu ini. Terbutang mata Munirah melihat susuk tubuh yg berada di depannya sekarang. Orang yg dia tidak mahu berjumpa sekarang. Senyuman manis dibibirnya terus diukirkan kepada wanita itu. Pasti ada sebab kenapa Munirah bertemu dengannya di sini.

Azhar masih menunggu kepulangan Munirah di gazebo depan rumahnya. Munirah hanya memberitahunya berada dekat masjid melalui whatshapp sahaja. Sedikit pun panggilannya tidak diangkat oleh Munirah. Dia mula risau jika Munirah masih terasa hati dengannya. Munirah kerap bercakap malah hanya banyak mengikuti saja apa yg Azhar bercakap kepadanya. Seperti ia sudah mengalah dan tidak akan bersuara lagi dal hal seperti ini. Dirinya terlalu penat untuk melalui ssmua ini lagi. Dalam beberapa minit pintu pagar depan ditolak oleh seseorang. Segera mata Azhar tertumpu dekat tubuh kecil Munirah yg baru pulang dari masjid itu. Langkah Munirah terus mati selepas Azhar berdiri betul-betul di hadapannya. Pandangannya terus beralih ke arah lain. Tidak sanggup ia memandang muka tegang milik Azhar lagi. Biarlah telinganya sendiri menadah semua leteran Azhar itu. Telinganya masih lagi berfungsi dengan baik tetapi bukan dirinya sekarang. Azhar terasa marah melihat keadaan seperti ini. Munirah selalu sahaja begini bila dimarahi olehnya. Agak lama mereka berdua berdiri kaku di situ sahaja tanpa berbicara apa pun.

cough..cough..Munirah terpaksa melepaskan batuk kerana tekaknya terasa sangat kering ketika itu. Dia mahu pergi mencari air sangat sekarang ini tetapi Azhar masih di depannya. Jika ia melangkah pergi mungkin Azhar akan memarahinya lagi. Munirah berdiri saja di situ. Dia menalan payah air liur yg semakin mengering di lehernya. Azhar menghembus nafas kuat di depan Munirah. Melihat sahaja gelagat Munirah di depannya. Tanpa membuang waktu dia memeluk tubuh Munirah. Sampai bila mereka mahu bergaduh seperti ini. Azhar sanggup membuang egonya demi menjaga hubungan baik dengan Munirah. Tidak sewenangnya air mata Munirah tumpah juga. Dia memegang erat baju di dada Azhar. kenapa lelaki di hadapannya ini selalu seperti ini? Selalu sahaja memujuk hatinya? Lelaki yg selalu prihatin terhadapnya..Munirah buntu. Adakah Azhar memang benar cintakannya. Perlukah ia membalas cinta itu juga?

...................................................................

Macam mana keadaan Mikhail sekarang ni?? Dah baik sedikit? Tanya Azhar sambil tangannya membuka bekas makanan yg dimasak oleh Munirah sendiri. Azhar sudah mengajak Munirah datang bersama tetapi Munirah masih belum bersedia mahu ketemu ahli keluarganya itu. Dirinya masih takut akan dibenci oleh mereka lagi. Biarlah mereka tidak melihat wajahnya lagi. Azhar tidak boleh berbuat apa-apa. Itu adalah keputusan Munirah sendiri. Dia berhak menentukan apa yg terbaik untuk dirinya saja.

Ermm..ok sikit..jawab Mikhail tergagapnya. Rahangnya masih lagi sakit dengan bekas jahitan itu. Dia melihat hanya Cikgu Azhar yg sanggup setiap hari datang melawatnya. Dia masih menanti susuk tubuh kakaknya lagi. Dia berharap sangat Munirah datang melawatnya. Dia sangat rindukan kakaknya itu. Puan Ruziah turut senang melihat budi baik Cikgu Azhar selama ini. Ia telah banyak berkorban segalanya demi maruah keluarga mereka. Puan Ruziah percaya yg Azhar tidak pernah berniat buruk terhadap Munirah selama ini. Ia hanyalah mangsa keadaan sahaja. Tetapi semua ini sudah pun berlaku. Tiada apa yg Puan Ruziah harapkan. Ia cuma mahu melihat Munirah bahagia dengan lelaki seperti Cikgu Azhar. Puan Ruziah percaya Cikgu Azhar boleh membimbing dan menjaga Munirah lebih baik dari mereka.

Baguslah kalau macam tu. Mari makan sikit. Kakak kamu yg masakan sup ini. Ujar Azhar lalu menyuapkan sedikit bubur ayam air tangan Munirah itu kepada Mikhail. Mikhail menelan payah bubur ayam yg melepasi anak tekaknya. Perasaan sebak mula terkumpul di lubuk hatinya. Ini adalah kali pertama merasai masakan air tangan kakaknya itu. Walaupun Munirah tidak datang melawatnya tetapi ia tahu kasih sayang Munirah tidak pernah pudar untuknya. Dia mahu sangat berjumpa dengan Munirah. Mahu memeluk tubuh kecil kakaknya itu. Mahu meminta ampun disebabkan telah melepaskan ia pergi selama ini. Munirah tidak pernah bersalah dalam hal yg lepas. Puan Ruziah yg mendengar Munirah yg masak bubur itu turut menjadi sebak. Umur Munirah sudah meningkat dewasa. Pasti dirinya sudah banyak hidup berdikari selama ini. Keadaan menjadi sayu sahaja. Kerinduan mereka berdua belum terbalas lagi. Azhar juga kasihan melihat Mikhail dan Puan Ruziah amat rindukan Munirah. Dia akan cuba memujuk Munirah
lagi. Perkara yg lepas biarlah berlalu. Tali pertalian darah sangat mudah diputuskan. Takut di akhirat nanti kita tidak terlepas dari menjawabnya.

.................................................................

Nah..jemput minum sedikit..dari tadi lagi saya tengok awak tak habis-habis hadap kerja tu. Tegur Azhar kepada Munirah lalu meletakan segelas jus apel kegemaran Munirah di atas meja. Cuti akhir tahun persekolah sudah pun bermula. Azhar hanya banyak meluangkan masa di rumah sahaja memandang Munirah sibuk bekerja di Pusat rawatan itu sampaikan dibawa balik kerja ke rumah. Sibuk sahaja tangan Munirah menulis sesuatu di kerja dokumen itu sampaikan Azhar di sebelahnya pun tidak perasan. Terpikir Azhar sesuatu mahu mendapatkan perhatian daripada Munirah. Geram saja dia melihat Munirah tidak melayan perangainya ini. Perlahan-lahan Azhar berdiri di belakang Munirah lalu menutupi matanya. Terkedu Munirah terus meletakan pennya ke tepi dahulu. Tidak pasal habis salinan dokumen itu kena tulis semula nanti.

Cer teka..siapa saya?? Tanya Azhar girangnya masih lagi menutupi rapat mata Munirah. Sekali sekala dia mahu bermain sekejap dengan Munirah seperti ini. Asyik sibuk sahaja Munirah sekarang.

Awak..dekat rumah ni ada orang lain ke selain awak dan saya saja?? Tanya Munirah geram saja Azhar menanyakan soalan yg dia sendiri sudah tahu. Dibiarkan saja Azhar terus berbuat begini kepadanya. Mungkin terlalu 'Pishang' cuti lama sangat dan hanya duduk di rumah sahaja.

Ehh ada...Cer teka siapa saya dekat awak?? Soalan yg lain daripada tadi. Tersenyum Azhar berkata begitu kepada Munirah. Dia mahu melihat sejauh mana Munirah suka dengan semua ini.

Awak suami saya. Cikgu Azhar. Puas?? Jawab Munirah cuba melepaskan tangan Azhar tetapi Azhar masih tidak mahu melepaskannya. Mengalah Munirah hanya terdiam di situ sahaja. Tidak tahu apa yg Azhar mahukan darinya.

Lagi?? Soal Azhar semula selepas melihat Munirah kembali tenang sedikit.

Abang nak apa sebenarnya ni?? kan saya tengah buat kerja ni?? Geram Munirah akhirnya memanggil Azhar dengan panggilan 'abang'. Itulah yg dia rasakan Azhar mahu mendengarnya. Azhar segera meleraikan tangannya dari terus menutup mata Munirah. Dia kembali duduk di sebelah Munirah itu. Terlihat senyuman nakal sahaja Azhar selalu berikan kepadanya. Mesti ada sebab kenapa dia selalu berbuat begini.

Lepas ni boleh panggil abang selalu tak?? Kalau awak tak panggil abang..saya akan buat perkara yg sama lagi setiap hari. Nak ke?? Ujar Azhar lalu memicit kedua belah pipi Munirah itu. Sudah lama ia tidak menyentuh pipi gebu itu.

Yelah.."abang"!! balas Munirah geramnya selalu dipaksa begini oleh Azhar. Tangannya juga ligat menarik jambang Azhar yg semakin panjang itu. Membalas segala perbuatan Azhar terhadapnya. Mereka berdua bergaduh manja sekejap di situ.

"Hahaha"

Kedengaran keduanya seronok ketawa disebabkan melayan perangai masing-masing. Bergaduh macam mana sekali pun. Mereka berdua tetap akan meminta maaf dan selesaikan semua ini cara baik sekali. Biarlah hubungan ini berlarutan seperti ini. Mereka berdua cuba memahami perasaan antara satu sama lain. Orang lain tidak perlu masuk campur dalam urusan ini.

Munirah menghembuskan nafas panjang apabila berada di pintu wad di mana Mikhail berada sekarang. Badannya mula mengigil dan tidak berani melangkah kaki masuk ke dalam. Pandangannya mula turun ke bawah. Tangannya kemas sahaja memegang bekalan makanan untuk Mikhail. Dia takut kalau En Shukri turut berada di sini. Kalau dirinya dihalau lagi macam mana. Fikirannya mula terasa kusut asyik memikirkan perkara negatif saja.

Sayang..buat apa berdiri saja dekat sini?? Jum masuk ke dalam. Ajak Azhar lembutnya lalu memegang kedua belah bahu Munirah. Sejak dua menjak ini Azhar selalu memanggilnya dengan panggilan "sayang". Dengan cara beginilah hubungan mereka berdua akan erat lagi. Munirah suka juga dalam diam Azhar memanggilnya begitu. Pada masa yg sama juga kurang selesa apabila di depan orang lain. Malu saja Azhar berbuat begini kepadanya.

Saya takutlah..macam mana kalau saya tak diterima ke sini?? Tanya Munirah sambil mengentel baju Azhar seperti biasa bila dia tidak tahu nak buat apa. Bibir Azhar terus mengukirkan senyuman. Dilepaskan satu kucupan lembut di dahi Munirah. Dia faham apa yg Munirah rasakan ketika ini. Bukan muda untuk bersemuka lagi dengan orang yg telah membuanglah. Tetapi dengan cara inilah mereka dapat bersatu kembali.

Pandang abang Irah..Percayalah..mereka sangat rindukan Irah..Perkara yg lepas usah dibangkitkan lagi. Irah mahukan eratkan kembali hubungan ini?? Pegang tangan Abang..Abang akan sentiasa berada di samping Munirah. Youre Mine honey..Kata Azhar lalu memegang erat pergelangan tangan Munirah. Senyuman manis terukir di bibirnya. Azhar betul maksudkan semua ini. Dia mahu eratkan lagi hubungan mereka berdua dan juga hubungan ahli keluarga mereka. Sekarang adalah misi mencari cinta sejati. Mereka mahu mendapat restu kedua belah ibu bapa mereka. Biarlah hubugan halal ini terjalin dengan redhanya. Munirah mengangguk tanda faham. Terlihat satu senyuman juga terukir di wajahnya. Mereka berdua pun melangkah kaki masuk ke dalam wad itu. Ini mungkin detik permulaan mahupun pengakhiran bagi hubungan mereka. siapa tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience