"Lepas la. Jangan buat saya belasah abang. Saya dah lama tak pukul orang ni", kataku dengan nada dalam dan keras.
Arif melepaskan aku. Dia berundur sehingga terduduk di katil, memandangku sayu. Melihat Arif begitu, aku makin berang. Kebencian aku tiba tiba naik mendadak. Sebagai suami, takkan dia tak faham betapa susahnya aku nak bersetuju untuk menandatangani borang tu. Fikirlah. Aku fikirkan dia, kebahagiaan dia, keluarga dia. Bukan tentang aku pun. Aku tak dapat apa pun jika bermadu.
Tapi bila sampai bawa bakal isteri balik ke rumah, apa korang ingat aku ni batu, tunggul? Aku tau la rumah ini rumah Arif tapi aku ni isteri Arif.
Aduh, kenapa Arif ni. Takkan langsung tak boleh bersuara dengan bonda. Aku ni lain la, menantu yang tak disukai. Menantu yang dibenci. Tak bersuara pun dah dibenci tambah kalau aku bersuara, lagilah.
Malam itu, Arif tak keluar dari bilik. Elok tidur di sebelahku. Mungkin nak memujuk walaupun tak menyentuhku langsung.
Esoknya, Arif sudah tiada di sisi sewaktu aku sedar. Pintu bilik aku buka, terdengar suara bonda teresak esak dan Arif memujuk. Bonda menyebut yang dia terasa hati dengan tindakanku semalam. Huh! Aku pun manusia, ada perasaan.
Aku berjalan masuk ke dalam bilik lalu menghempas pintu. Biar Arif tau yang aku dengar perbualan mereka. Pintu kaca ke balkoni aku buka dan aku duduk di kerusi di situ. Aku nampak sebuah kereta berhenti di hadapan rumah, tak lama kemudian kelihatan bonda dan Anor menaiki kereta tersebut.
"Sayang ni kenapa dari semalam hempas pintu? Nak abang cabut pintu ni?". Arif kelihatan berang sebaik masuk ke dalam bilik. Aku membeku, malas nak bersoal jawab hal begitu. Sendiri boleh fikir.
"Tau tak bonda dah merajuk? Susah la macam ni". Arif seolah serabut, rambut dikusutkan dengan jarinya.
"Pujuk je la. Apa masalahnya? Abang kan anak kesayangan bonda", sindirku.
"Sayang ni kan, tak habis habis perli abang. Bukan salah abang pun".
"Ya, bukan salah abang. Salah saya. Saya punca semua perkara ni. Kalau saya tak jumpa abang, abang mesti dah kawin dengan Anor", balasku sengaja menambahkan kepanasan pagi itu.
"Jodoh kita dah ditentukan Allah. Jangan nak cakap macam tu", kata Arif sedikit kendur.
"Jadi sekarang Allah dah memberi jalan untuk abang bernikah dengan Anor kan? Anor pilihan bonda dari dulu. Dia terbaik buat abang. Dia akan melahirkan anak seperti yang bonda mahukan. Go ahead. I am nothing to your family. Saya ni beban. Saya ni pembawa nasib malang", ujarku mendatar.
"Nura!!! Jangan cakap macam tu. Tiada siapa dalam dunia ni membawa nasib malang". Berkerut dahi Arif bila aku kata begitu. Matanya tak berkedip memandangku. Aku tau dia sedang marah.
"Bonda yang cakap tadi. Saya bukannya pekak", luahku meninggalkan Arif berseorangan di dalam bilik.
Aku berdiri di dapur bersandar pada meja pulau sambil meneguk air kosong. Aku tak tahu apa aku rasa saat ini. Mengimbas kembali kisah kisah lama dan apa yang aku dengar tadi, mengaitkan satu sama lain adalah sesuatu yang tak masuk dek akal. Ada pula tanda lahir aku dikaitkan dengan nasib sial.
Dan kesialan itu menyebabkan kehidupan Arif kacau bilau. Kami hidup aman, penuh kasih sayang selama ini. Tak pernah ada masalah besar pun. Baru sekarang ia muncul. Salah aku ke?
Setelah meletakkan gelas yang digunakan tadi ke dalam sinki, aku berjalan ke ruang tamu. Mataku.terlihat ada sampul warna merah jambu di atas meja makan. Aku ambil dan isi sampul aku keluarkan tersebut. Tertera nama Ariff Fahmi dan Ain Noraini. Nafas berat kuhela namun rasa sebal tetap bersarang di hati. Kemudian aku letakkan ia kembali.
Aku kuatkan hatiku. Aku tahan dari air mata merembes keluar. Aku yang beri keizinan. Untuk apa aku kesali? Untuk apa? Ini hakikat yang aku perlu hadapi.
Aku berdiri di pintu tatkala kereta Arif mula meluncur di atas jalan raya. Suasana rumah terasa hening. Sunyi sepi. Aku capai penyapu, sudah lama aku tak kemas kawasan rumah sendiri. Banyak debu debu hitam seperti habuk kertas terbakar di tepi rumah. Nampak sangat la betapa pemalasnya aku nak mengemas rumah. Memang pun, badan aku terasa lesu dan lemah. Tu belum lagi datang sakit kepala yang berdenyut bagai nak mati.
Matahari makin meninggi, aku teruskan membersihkan kawasan di laman belakang pula. Pokok pokok yang bonda tanam aku siram. Dalam beruntungnya aku dapat mak mentua yang rajin, ada terselit duka dalam jiwaku. Aku tak pasti samada aku redha atau pasrah dalam hal ini. Aku mendekati pokok yang aku pernah terlihat kelibat hitam di situ dahulu. Terus kepalaku berdenyut kesakitan hingga pandanganku kelam seketika.
Bila aku membuka mata, aku sudah pun terduduk di atas rumput. Panas mentari seolah membakar kulitku, pedih. Perlahan aku bangun dan berjalan ke dalam rumah. Jam di dinding menunjukkan waktu hampir jam dua belas. Maknanya lama jugak aku berada di luar.
Sewaktu menaiki tangga aku terpandang sampul tadi di atas meja. Aku mula mencongak bilangan hari dari hari ini hingga ke tarikh tersebut. Tak lama lagi. Pasti Arif akan sibuk menolong bonda untuk persiapan majlis perkahwinannya nanti dan aku akan dipinggirkan. Lokasi pun tak kalah, hotel terkemuka tak jauh dari rumah kami. Bukan rezeki aku untuk merasa majlis gilang gemilang sebegitu. Perasaanku bercampur aduk.
Aku tahu jika aku berkeras dan melawan, aku tetap akan tewas. Aku beralah tak bererti aku kalah. Aku cuma mahukan kebahagiaan untuk Arif. Memang Arif kata berada denganku sudah cukup baginya. Tapi... entahlah. Sedang Khalid memiliki Hanim yang rupawan dan punya anak anak comel pun mengatal dengan perempuan lain. Apatah suami yang mempunyai isteri serba kekurangan seperti aku? Dari Arif membuat dosa, aku rela diriku terluka.
Baju yang tersarung di tubuh aku lucutkan satu persatu. Aku lihat di cermin, lenganku lebam. Pasti angkara Arif semalam. Kemudian aku ternampak ada kesan lebam di bahu dan atas lutut. Aku cuba mengingati apa aku ada terlanggar atau terhantuk pada benda keras, kotak memoriku kosong.
Air dingin mengenai kulit, membuatkan diriku semakin lesu. Ini bukan kebiasaan bagiku. Aku terduduk di bawah pancuran, aku menangis. Sakitnya hanya aku yang tahu. Walau aku merelakan, itu kerana terpaksa. Aku tamak tapi aku tak sanggup melihat Arif pura pura bahagia dengan aku.
**********
Arif kerap membiarkan panggilan telefon tak berjawab. Aku sekadar melihat dari jauh. Malah mesej pun tak dijawab. Dia hanya menjawab jika ahli keluarga yang menelefon. Aku hanya memasang telinga. Sesekali terdengar keluhan Arif, helaan nafas lelahnya melayani panggilan. Aku pasti itu dari bonda.
"Abang". Panggilku satu malam bila Arif resah disebelahku. Setiap malam begitu jika kami sekatil.
Arif berpusing memandangku. Mata kami bertentangan. Aku rindu lelaki ini. Tak terucap betapa besar rinduku padanya walau kami serumah tapi aku tak mampu luahkan. Perlahan aku sentuh mukanya yang berjambang lebat. Tak pernah Arif membiarkan wajahnya sebegini.
"Esok pergi barber, cukur bersih bersih ye. Rambut ni potong bagi kemas. Saya tak nak orang kata Nura Lisa tak pandai jaga suami".
Air mata Arif mengalir di hujung mata. Aku tak tau kenapa. Tapi mataku turut bergenang sama.
"Sayang". Arif menarik aku masuk ke dalam dakapan.
"Abang, saya akan temankan Joy mulai esok. Dia menanti hari untuk melahirkan", kataku terhenti henti dalam esakan halus. Aku tak dijemput ke majlis tersebut. Jika dijemput sekalipun, aku pilih untuk tidak hadir. Aku tak kuat untuk melihat Arif duduk di pelamin dengan wanita lain.
"Maafkan abang".
Aku meregangkan sikit tubuh kami agar aku dapat melihat wajah suami tercinta. Adakalanya aku benci, ada masanya aku cinta mati pada dia. Jari telunjuk kulekatkan pada bibir seksi Arif. Langsung perlahan jari itu kumainkan di situ. Namun tak lama, pergelangan tanganku dipegang.
"Abang tak mampu nak menolak permintaan bonda. Sayang sendiri pun beri persetujuan. Abang tak berdaya. Dari dulu abang menolak untuk mengikut kehendak bonda tapi kali ni abang..."
Bibir Arif kukucup lembut. Aku tak mahu mendengar lagi semua itu. Bikin hatiku makin sebal dan kesal, rasa sakit semakin berganda. Aku sedang belajar untuk mengikhlaskan hati. Rambut Arif kusela dengan jemariku. Bibir kami perlahan terpisah.
"Abang tahu sayang... tapi abang tak boleh". Arif hanya mampu mendakap aku. Dia tahu apa keinginan aku malam itu. Aku sekadar hanya mampu menelan apa kata kata Arif, mungkin Arif runsing. Cukuplah malam ni kami dapat tidur dalam hangatnya tubuh yang berpelukan.
Aku meninggalkan rumah bersama beg baju bersaiz sederhana awal pagi itu. Aku tahu bonda akan tiba pada bila bila masa sekejap lagi bersama persiapan hantaran dan perkahwinan. Arif memelukku erat sebelum melepaskan. Aku tahan air mata dari mengalir.
Semua akaun media sosial aku nyahaktifkan malah ada yang aku tutup sejak beberapa hari lalu. Panggilan dan mesej dari pihak media berkenaan pernikahan Arif pun aku tak jawab. Biarlah pihak Arif yang memberi kenyataan, bukan aku. Malah panggilan dari ahli keluarga pun aku biarkan. Aku tak mahu kesedihan aku bertambah dan berjangkit pada orang lain. Tak cukup itu, aku memohon cuti tanpa gaji dari pihak stesen tv.
"Sure ni kau ok?", soal Joy buat sekian kalinya bila dia lihat aku mengelamun bukannya membaca buku. Aku tersedar mendengar suaranya.
"Ok. Don't worry", balasku dengan senyuman palsu.
"Aku tak sangka Arif boleh buat kau macam ni". Suara Joy penuh kekecewaan.
Aku menarik nafas panjang sebelum menjawab, "Mak dia nak cucu dari Arif".
"So, ni kira bukan Arif yang mengatal la?"
"Tak. Ni semua sebab keluarga. Joy, kau tau kan macam mana aku kawin dengan Arif hari tu?". Joy terdiam dengan jawapan aku dan melemparkan pandangan simpati.
"Ni pilihan keluarga Arif?".
Aku menutup mata sebelum menjawab, "Pilihan mak Arif".
Telefon aku berbunyi nyaring, nada dering khas buat Arif. Saat itu, aku dan Joy sudah bersedia untuk tidur. Sudah lewat malam.
Aku mengangkat telefon terus terdengar suara Arif meminta aku menemuinya di kamar hotel tempat majlisnya esok. Aku dan Joy saling berpandangan, pelik!
"Kau ok tak kalau aku pergi jumpa Arif?", tanyaku, bimbang juga jika tiba tiba Joy sakit nak beranak.
"Ok. Kau pergilah".
********
Loceng kutekan dua kali sebelum pintu bilik terkuak. Arif hanya berjubah mandi, masih kelihatan serabut seperti sebelum aku meninggalkan dia.
"Abang... kenapa ni?".
Aku rimas melihat rupa Arif begitu sedang dia akan naik pelamin dalam tempoh tak sampai 24 jam. Arif meletakkan tanda 'Do not disturb' pada tombol pintu.
"Abang tak nak teruskan", ujarnya menangis seperti anak kecil, tersandar di pintu. Tak pernah Arif begini.
"Semua dah siap la. Abang ni dah kenapa? Tak kesian kat bonda? Kat Anor?", kataku menarik Arif ke tengah bilik. Walhal aku rasa akulah orang yang paling gembira jika Arif membatalkan perkahwinan esok.
"Biarlah. Abang nak sayang je".
Aku pandang sekeliling. Ada termos air panas dan sebotol air mineral di atas meja. Termos tu aku kenal, memang termos Arif. Selalunya berisi kopi O panas. Aku ambil mug yang tersedia dan aku tuang kopi ke dalamnya.
"Nah minum ni. Bagi tenang sikit".
"Abang tak nak air tu. Buang. Sayang buatkan je kopi sachet yang hotel bagi tu".
"Kopi ni kan dari rumah", pujukku, pasti bonda atau Anor yang buatkan. Pelik pula dengan Arif ni, beriya nak aku buat kopi segera. Padahal kepantangan Arif minum kopi 3 in 1. Dia menanti aku menyiapkan kopi tersebut.
Arif duduk tenang selepas minum. Aku menarik kerusi ke depannya.
"Mana yang lain?", soalku sedikit aneh. Selalunya pengantin perempuan duduk di hotel bukannya pengantin lelaki. Atau duduk di bilik lain. Tapi yang pasti pengantin lelaki takkan tinggal seorang.
"Diorang semua kat rumah. Semak la. Abang rimas. Tu duduk sini, call sayang", ujarnya menggenggam tanganku sebelum mengucup bertalu talu.
"Esok majlis mula pukul berapa?", soalku membiarkan Arif beraksi.
"Kol 10. Malas la. Abang rasa nak book ticket. Jom kita pergi mana mana nak?"
Aku membulatkan mata lalu mengeleng kepala. Ini seperti apa yang pernah Arif janjikan dengan aku dulu, dah terlambat. Aku tak mahu kisah kami menjadi viral sekali lagi.
Aku mengusap rambut Arif, keningnya aku lurut dengan ibu jari. "Jangan buat bonda berduka lagi. Anor tu, anak saudara kesayangan bonda. Abang bahagiakan dia, pasti bonda gembira. Dia cintakan abang dari dulu".
"Tapi sayang macam mana?".
Aku mengetap bibir, alangkah baik jika Arif fikir tentang aku dari dulu bukannya membiarkan aku sendirian hingga aku terasa jauh.Â
"Saya akan setia berada di sisi abang setiap masa".
"Janji?". Aku memejamkan mata sebelum mengangguk perlahan.
Kami berdua di depan cermin besar dalam bilik mandi, saling bertentangan. Dari matanya, aku dapat lihat betapa Arif tak bersedia untuk apa yang berlaku esok hari. Berbeza dari saat kami dibawa le pejabat agama dulu. Aku menarik nafas sedalam dalamnya. Aku harus bertenang seperti tiada apa yang akan berlaku walau dalam hatiku amat bergelora.
Arif membuka butang dressku satu persatu dan menyangkutkannya di penyangkut yang melekat pada pintu bilik mandi. Kerusi dari dalam, Arif bawa ke bilik mandi dan dia duduk di situ, bersedia untuk aku lakukan langkah seterusnya.
Muka Arif ku bersihkan dengan pencuci muka dan kuurut lembut di sekitarnya, seperti dulu jika kami punya masa lapang. Tuala kecil yang telah kurendam dengan air suam, aku perah dan kulekapkan pada wajah Arif. Mata Arif terpejam, menikmati kesegaran tuala suam itu. Pinggangku dirangkul memandangkan aku duduk di pahanya.
Sementara itu, jari jemariku tak henti menyelinap di dada Arif yang berbulu dan tangan Arif meramas punggungku yang hanya berlapikkan sekeping kain lace berenda.
Aku menyapu krim pencukur menggunakan berus di wajah Arif secara berputar. Punggung juga kuputar diatas kelakiannya yang semakin mengeras.
Pisau tajam khas untuk bercukur kugunakan perlahan lahan bermula dari rahang sehingga habis bulu buluan semua kutarah. Bersih muka Arif. Sangat maskulin dan kelihatan segar.
Rambut Arif kupotong berdikit dikit sekadar untuk menipis dan mengemaskan. Bukan bidang aku untuk mencantikkannya. Usai membersihkan alatan yang digunakan. Arif menarik aku ke pangkuannya. Mukanya disembam ke lurah payudaraku.
Dari situ bermula pelayaran kami, beberapa jam sebelum Arif melafazkan akad nikah dengan Ain Noraini. Aku yakin Arif akan berlaku adil dan kasih sayangnya takkan berubah terhadap aku.
Pagi itu, kami dikejutkan dengan bunyi ketukan di pintu. Bingkas aku bangun bila terdengar suara along Paan di luar. Pantas aku mencari coli dan panties yang Arif campak semalam. Kemudian saat aku membutangkan baju, along Paan dan kaklong masuk bila Arif membuka pintu.
"Nura?".
Jelas kelihatan kaklong terkejut melihat aku di situ, kemudian pandangan beralih kepada Arif. Aku tersenyum serba salah dan mencapai beg kecil yang aku bawa semalam sebelum keluar.
Arif menarik aku dan mengucup bibirku lama di depan mereka sebelum melepaskan aku pergi.
Share this novel
wah iy nih kita sama aku juga tapi lupa judulnya @Tiffany Cheng
ala...sian nura..kene trima semua nie...sdih plak rase..
Ala.. kenapa along Paan bukan Along Nura sendiri.. Kasi perang besar sekali lagi antara dua keluarga.. Mak Ndak Biah tak dengar ke berita Maklong Yam nak kahwinkan Arif dengan Anor..