DIA 41

Romance Completed 131781

"Arghhh!!! Sial!" Jerit Nazrul.

Dia bersandar di keretanya. Tangan digenggam kuat.

"Apa kau nak Lara? Kau buat rumah tangga aku hancur. Kau tunggu. Aku cari kau." Ujar Nazrul kemudian masuk ke dalam keretanya.

"Syazalina binti Tan Sri Khalid, aku ceraikan kau dengan talak satu."

Lafaz cerai itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Nazrul memejamkan matanya dan sejurus itu, air matanya mula mengalir keluar.

"Kenapa aku bodoh sangat!? Kenapa aku ceraikan dia!!!?" Jeritnya lantang.

---

Nazrul memberhentikan keretanya apabila melihat ada dua orang manusia dihadapan rumahnya. Yang pasti, dia tidak mengenali mereka berdua.

Dia melangkah keluar dari perut kereta dan mendekati mereka berdua. Kamal dan Kasih meleret senyuman sinis pada Nazrul.

"Tak sangka, senang je kau nak ceraikan Syaza. Macam... Kau lepaskan Hanis ke tangan... Hazzar Iskandar." Ujar Kasih dengan mada sinis.

"Kau siapa? Mana kau tahu aku... Dah bercerai dengan Syaza? Dan... Kau kenal Hanis?" Soalnya dengan nada hairan.

Macam mana seseorang yang dia tidak kenal boleh mengenali kedua-dua perempuan yang pernah menjadi wanita paling penting dalam hidupnya.

"Kau... Tanya aku siapa?"

Nazrul mengangguk.

"Aku... Kasih. Kau mungkin tak kenal, tapi aku tahu. Kau kenal, Lara Kasih."

Riak wajah Nazrul segera berubah apabila mendengar nama sebenarnya. Baru Nazrul hendak mendekati Kasih, Kamal menghalang jalannya.

"Kenapa kau buat macam ni? Apa salah aku pada kau? Hahh!?" Soalnya marah.

"Kitaorang ada tawaran baik punya untuk kau. Tapi... Bagilah kami masuk dulu. Lama tahu tak kami tunggu kau." Sampuk Kamal.

Nazrul menjeling ke arahnya. Kamal mengangguk kemudian beralih sedikit.

"Tak nak tahu ke apa tawaran tu?" Soal Kasih, cuba mengumpan Nazrul.

"Perlu ke aku dengar tawaran kau tu!? Hebat sangat ke?" Soalnya dengan nada merendah-rendahkan mereka.

"Kau tanya hebat ke? Tak tahulah hebat ke idok tapi... Boleh dapatkan balik apa yang kau dah buang." Ujar Kamal.

"Apa yang aku buang?"

"Ish... Hanis Adawiyah. Bekas kekasih dan cinta suci kau. Tapi kau buang cinta suci kau tu. Kasihan, sekarang dia..." Sengaja Kasih mengeluh di hujungnya.

Nazrul mengerutkan dahi.

"Takpalah... Kami balik dulu, tengok kau... Memang kau tak berminat kan? So, chow lu." Ujar Kamal.

Baru sahaja tangan Kasih hendak membuka pintu, ada sesuatu yang memberhentikan perbuatannya.

"Kau yakin kau boleh dapatkan Hanis Adawiyah untuk aku?" Soal Nazrul.

Kasih menoleh dan mengangguk.

"Tapi itu kalau kau nak tolong kami... Kalau tak, kau tengok jelah ex kau yang asyik kena pukul dengan Hazzar. Sampai berdarah dibuatnya. Kasihan kan?"

Nazrul nampaknya semakin terpedaya dengan kata-kata Kasih lagi apabila mendengar 'Hanis dipukul sampai berdarah'. Naik darah dia.

Nazrul melihat kiri kanan seketika sebelum kembali memandang Kasih.

"Kita bincang dekat dalam." Arahnya.

Kasih menoleh ke arah Kamal lalu mengukir tersenyum puas.

---

Mark menoleh ke arah Kaef dan memberi isyarat 'kenapa dengan Hazzar'. Kaef sekadar mengangkat bahunya.

"Hazz... Kau asal? Rindu bini ker?" Sakat Mark lalu ketawa mengekek.

"Aku tak ada bini." Balasnya selamba.

Kalau Mark tengah minum air, memang gerenti tersembur.

"Apa kau cakap ni? Mabuk ke apa? Kalau kau tak ada bini, si Hanis tu siapa pulak? Takkan anak kau pulak." Ujar Mark.

"Betul tu." Sokong Kaef.

"Dia tipu aku. Dia cuma nak harta keluarga aku je. Bukan cintakan aku pun." Tangan Hazzar naik memegang dahinya.

"Ouu... Hazzar Iskandar macam dah tumpas dengan Hanis. Heee!" Sakat Kaef, sengaja nak menjemput ajal sendiri.

"Relaks... Dia gurau je. Ni... Dia tipu apa?  Cuba cerita, aku tak faham kalau kau tak bagi tahu." Ujar Mark apabila melihat Hazzar sudah menahan marah.

Wajah Mark dipandang lama.

"Dia... Ada jantan lain." Ujar Hazzar.

Masing-masing buat muka tak faham.

"Macam ni... Dia dah ada pakwe sebelum kahwin dengan aku. Pakwe dia dan dia plan nak perangkap Ikram tapi terperangkap aku. Diaorang buat macam tu untuk duit, harta. Kau rasa layak ke aku mengaku dia isteri aku?" Terangnya.

"Kau dah tanya dekat Hanis pasal benda ni?" Hazzar mengangguk.

"Dah... Dia cakap dia tak buat. Sampai ditampar pipi aku. Dasar isteri derhaka. Menangis bagai ingat aku termakan dengan lakonan dia tu?" Sambung Hazzar lagi.

"Kenapa kau tak percaya dia tapi kau percaya dekat orang yang kau tak kenal tu? Hanis kan bini kau." Ujar Kaef.

Hazzar diam. Dia sendiri juga tidak tahu kenapa dia percaya dekat lelaki itu dan bukannya Hanis. Hazzar mengangkat bahunya tanda tak tahu.

Mark dan Kaef serentak mengeluh.

"Aku rasa kau percaya jelah dekat dia. Nanti mana tahu dia langsung tak bersalah, baru kau menyesal." Nasihat Mark.

"Kau tak payah nak nasihatkan aku bagai. Aku tak perlukan nasihat kau dam aku tak perlukan Hanis Adawiyah. Aku pasti dengan kata hati aku." Ujar Hazzar.

"Kata hati kau cakap kau cintakan dia." Sampuk Kaef.

Hazzar dengan dahinya yang berkerut terus menoleh ke arah Kaef, begitu juga dengan Mark.

"Kau ni memang nak mati awal ke apa?" Soal Mark dengan nada perlahan.

Dia hiraukan kata-kata Mark dan memandang Hazzar.

"Kau asyik fikir fasal dia tak kira pasal apa sekalipun, itu dah cukup membuktikan yang kau cintakan dia. Jangan naikkan sangat ego kau tu, nanti kau yang melutut menagih cinta dari dia. Cuba terima dia." Ujar Kaef.

"Aku takkan buat macam tu. TAKKAN! Ini Hazzar Iskandar, takkan sesekali aku buat macam tu semata-mata demi perempuan macam dia. Tak penting." Balasnya.

"Habis kalau tak penting kenapa kau tak kasi aku sentuh dia hari tu? Kalau sayang, cakap sayang." Sampuk Mark.

Hazzar menoleh ke arahnya pula dan memikirkan apa yang dia tanya.

"Diamlah kau." Arah Hazzar dengan nada mendatar.

Mari dam Kaef berpandangan kemudian mencebik sesama sendiri.

---

Tangan Hanis mencapai telefonnya kemudian dibeleknya. Tiba-tiba ada pesanan.

"Hi Hanis..." - Unknown

Hanis mengerutkan dahi. Siapa ni?

"Siapa ni? Mana dapat nombor saya?" - Hanis.

"Ini akulah, Lara. Wei, aku rindu kau. Lepak jom! Aku tunggu kau dekat tempat biasa. Bye Hanis!" - Lara Kasih.

Hanis terkaku seketika. Lara? Mana dia dapat nombor Hanis? Inikan nombor baru, yang tahu cuma Hazzar je.

Share this novel

Rose Awa
2020-07-15 12:03:13 

next episode, story trgantung lah


NovelPlus Premium

The best ads free experience