Bab 21 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~I didn't fall in love with you because I was lonely or lost, i fell in love with you because after getting to know you, i realised that i wanted to make you a permanent part of my worlds.~

Adham Sulaiman kembali ke kerete selepas satu jam dia masuk ke dalam bangunan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mendapatkan maklumat berkenaan Doktor Juwita. Labuh punggungnya di tempat duduk sebelah pemandu, Adham lepas keluh. Eshan di tempat duduk belakang mengerling Adham, dia sebenarnya sudah tidak sabar menanti jawapan dari lelaki itu.

"So, how?"

"Negative boss." Adham menjawab dengan sedikit lemah. Lemah kerana dia tahu keputusan itu bakal mengecewakan hati majikannya.

Tengku Eshan Maisur sudah menceritakan tentang kewujudan telefon misteri pemberian ayahnya itu kepadanya. Kata Eshan, dia cukup yakin yang dia cukup mengenali insan yang bernama Juwita itu walaupun cuma melalui suara saja. Bila ditanya siapa, Eshan laju saja menggeleng. Entah-entah Juwita itu salah seorang koleksi girlfriends Eshan dulu. Bukannya dia tidak tahu majikannya dulu, perempuan sekeliling pinggang. Tapi bila jumpa dengan perempuan selekeh dan biasa-biasa iaitu Sarah itu, tahu pula bossnya itu berubah. Sungguh insan bernama Eshan ini sungguh pelik! Adham menggeleng perlahan bila teringatkan tekadnya Eshan mahu mencari gerangan siapa yang bernama Juwita itu.

"Negative? Why?" Sedikit kuat suara Eshan Maisur menyoal, tidak puas hati dengan jawapan Adham.

Adham terlebih dahulu melirikkan matanya kepada Munir. Munir jongket hujung keningnya. Mahu juga dia tahu kenapa jawapan 'negatif' Adham itu. Adham betulkan duduk, sedikit tubuhnya berpaling ke arah Eshan.

"Doktor Juwita sedang bercuti boss. Lagi seminggu baru dia masuk kerja." Sambung Adham selepas membasahkan tekak.

"What? So, macam mana sekarang? Dapat apa-apa lagi tak?" Eshan makin tidak sabar.

Dari jauh dia datang tak kan hanya itu yang dia dapat? Tak berbaloi langsung! Tapi... ada sesuatu yang menarik dari penjelasan Adham. Juwita cuti? Adakah sebab Juwita cedera diserang tempoh hari lalu wanita itu diberikan cuti rehat? Begitukah? Eshan buat kesimpulannya sendiri dalam hati.

"Saya ada tanyakan diorang tapi susah sikit nak dapat jawapan. Tak banyak yang saya dapat. Cuma yang saya tahu Doktor Ju ada ke Pahang. Dia selalu habiskan masanya dekat sana."

Eshan tidak berikan apa-apa respon. Dalam hati dia masih berkira-kira.

"Pahang, area mana?" Munir mencelah. Dia selaku anak jati rakyat Pahang mungkin kali ini dia boleh membantu Eshan Maisur sedikit.

"Tak sure area mana. Tapi diorang ada sebut nama tempat tu... Rau.. Raudah.. Raudah apa nama ntah..." Adham segera capai Ipad lalu ditekan-tekan skrin itu. Mencari maklumat yang berkaitan dengan singkatan nama yang dia masih ingat.

"Rumah Perlindungan Raudah?" Adham angkat muka kepada Munir lalu beralih kepada Eshan.

"Rumah Perlindungan Raudah, Temerloh?" Munir sekali lagi menyoal. Adham mengangguk laju.

"Saya kenal tempat tu boss. Kawan saya ada kerja dekat sana. Kalau boss okay, saya boleh call dia dulu tanya apa-apa."

Eshan cuma mengangguk seraya mengangkat tangannya, bersetuju dengan pendapat Munir asalkan dia dapat jumpa dengan perempuan yang bernama Juwita.

Munir segera keluarkan telefon dari poketnya lalu mendailkan satu nombor.

Eshan menanti dengan penuh kesabaran. Dia berharap masih ada sinar untuk dia jumpa Juwita secepat mungkin.

"Hello Andy. Kau masih kerja di Rumah Raudah ke sekarang ni?" Munir mulakan perbualannya dengan si teman dihujung talian sana.

Senyap sekejap. Eshan dan Adham pasang telinga.

"Iya? Aku nak tanya, kau ada kenal tak dengan Doktor Juwita?"

Senyap lagi.

"Tak-tak, bukan. Aku ada hal sikit dengan dia. Dia ada dekat sana ke?"

"Iya? Kalau macam tu, kau tolong cover line boleh? Aku nak jumpa dia, urgent."

"Ada lah hal aku. Nanti sampai sana aku bagitahu."

Talian dimatikan. Munir pandang Eshan dan Adham.

"Doktor Juwita pasukan sukarelawan dekat sana. Memang dia ada dekat sana sekarang ni. Jadualnya dia maybe ada dekat sana dalam tempoh seminggu."

Jawapan Munir melegakan Eshan. Eshan sembunyi senyum. Makin tidak sabar!

"Okay. Kita gerak sekarang."

* * *

"Tuan Maisarah binti Tuan Mahmud." Tengku Naina menyebut nama asal Eshal perlahan namun masih jelas ditelinga semua orang.

Meremang bulu roma Eshal tatkala nama itu disebut. Walaupun dia tahu itu nama penuhnya tapi dia tetap merasakan ada sesuatu disebalik nama itu. Sebab itulah arwah ibu dan ayahnya jarang sekali menguar-uarkan nama itu sebagai namanya. Kata ayah biarlah nama itu dirahsiakan. Selagi tiada orang tahu itu namanya, selagi itulah keselamatannya akan terjamin.

"Sarah anak kepada Tuan Marlia dan Tuan Mahmud. Sudah sampai masanya untuk Eshal tahu siapa orang tua Eshal."

Berdebar Eshal menanti penjelasan dari Tengku Naina.

"Ku Ina kenal ke dengan arwah Marlia dengan Mahmud?" Mak Som mencelah. Terkejut dia dengar Tengku Naina menyebut nama penuh arwah ibu bapa Eshal Maisarah selaku jirannya dulu.

Tengku Naina senyum nipis dengan soalan Mak Som. Perlahan-lahan kepalanya dijatuhkan.

"Kenal, Mak Som. Kenal sangat-sangat."

"Umi? Macam mana boleh umi kenal arwah ibu dan ayah Eshal?" Tengku Nafla pula bertanya. Ada rahsia apa tentang orang tua Eshal?

Tengku Naina tidak segera menjawab soalan anaknya malah dia lebih kepada merenung Eshal. Walaupun cuma mata yang dapat dia tenung, dia tahu wajah Eshal yang saling tidak tumpah dengan wajah arwah Tuan Marlia. Mungkin sebab itu Datuk Waazin sakit hati lalu meninggalkan parut sederhana besar di pipi itu. Mahu mencacatcelakan keindahan yang Allah anugerahkan kepada Eshal Maisarah.

"Umi? Kenapa diam saja?" Eshal resah ditenung begitu. Kenapa hidupnya sangat-sangat rumit? Rahsia apa lagi yang disembunyikan darinya?

"Eshal Maisarah tahu siapa kedua orang tua Eshal?"

Eshal perlahan menggeleng. Sejujurnya dia tidak tahu menahu. Yang masih bersisa dalam kotak memorinya, penghijrahan mereka bermula saat dia berumur 5 tahun. Entah berlaku pergolakan apa, tiba-tiba sahaja mereka terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing. Mereka bertiga datang jauh dari negeri Sabah, meninggalkan semua yang ada di sana. Mereka bertiga memulakan kehidupan baru di sini. Mereka bahagia di sini tanpa ada sesiapa yang berniat jahat dengan mereka. Jiran tetangga melayan mereka dengan ramah sekali... terutama sekali Mak Som sekeluarga.

Usia 15 tahun, balik dari sekolah dia mendapat berita ibu dan ayahnya kemalangan jalanraya. Mereka meninggal serentak di tempat kejadian. Sarah tinggal bersendirian. Keluarga belah ibu dan ayahnya di Sabah pun Eshal tidak tahu apa-apa dan tidak kenal. Entah ada entah tidak, Eshal tidak tahu.

Sejak kematian mereka, dia sering saja diganggu oleh orang-orang yang sengaja mencari pasal dengannya. Selalunya Pak Mail, suami Mak Som yang menjadi hero Sarah. Ketika itu Baariq tiada, Baariq masih menuntut di asrama penuh. Jadi dia jarang bersemuka dengan Baariq. Lepas Spm dia berkerja di kedai serbaneka 7E dan disitu titik permulaan perkenalannya dengan Waeez Haikal.

Ingatkan bila kenal dengan Waeez, Waeez boleh jadi tempatnya berlindung tapi kerana kerja Waeez yang begitu, Sarah selalu rasa terpinggir sehingga dia rasa makin tidak selamat apatah lagi bila hubungan mereka tidak direstui oleh ayah Waeez iaitu Datuk Waazin. Datuk itu pernah mengugutnya dengan macam-macam amaran tapi Waeez selalu sahaja cuba untuk memujuknya supaya jangan cepat mengalah dengan hubungan mereka.

Tetapi makin lama bertahan, makin teruk Sarah perlu hadap ujian yang datang sehinggalah suatu hari Eshan Maisur datang menyelamatkannya dari jadi mangsa tamparan Datin Joanne. Eshan dengan beraninya menyimbah kembali orange juice itu ke muka Datin Joanne. Sarah masih ingat lagi macam mana merahnya muka Datin Joanne menahan amarahnya bila dibahasakan secukup-cukupnya oleh Eshan pada hari itu.

"Eshal?" teguran Tengku Naina mengembalikan Eshal ke dunia nyata.

Eshal kembali menatap Tengku Naina.

"Eshal tak tahu siapa sebenarnya ibu dan ayah Eshal. Ibu dan ayah pun tak ada ceritakan pada Eshal apa-apa sehinggalah mereka meninggal. Macam mana umi boleh kenal ibu dan ayah?"

Tengku Naina tersenyum nipis sebelum jawab soalan itu.

"Kalau umi cakap, umi dengan ibu Eshal itu kawan baik... Eshal percaya tak?"

Eshal terlopong. Bukan sahaja Eshal tapi semua yang ada di situ.

"Kawan baik? Macam mana umi boleh kenal ibu?" Eshal sedikit terdesak segera bertanya.

Tengku Naina menarik nafas dalam. Cuba buka kembali lipatan sejarah hidup Tuan Marlia yang cuba disimpan rapi dalam kamus hatinya.

"Tuan Marlia itu bukannya orang biasa-biasa. Dia juga orang berketurunan dengan bawa gelaran 'Tuan' sama macam umi yang membawa gelaran 'Tengku'. Marlia kawan baik umi. Kami sama-sama kenal di kampus. Kami bertiga berkawan baik. Antara kami bertiga, Marlia lah yang paling ramai peminat. Setiap hari pasti ada yang bagi dia surat cinta tapi Marlia itu macam Eshal, tidak mudah melayan sesiapa. Tambah lagi Marlia sudah ada calon suami. Calon pilihan dari ayah dia sendiri."

Saat menceritakan itu, Tengku Naina sedang membayangkan wajah manis Tuan Marlia sedang tersenyum padanya. Rindu pada temannya itu tapi sayangnya hayat Marlia tidak panjang. Hanya setakat itu sahaja usianya.

"Suatu hari Marlia ditunangkan dengan Tuan Mahmud, ahli perniagaan yang berjaya di Sabah. Berita pertunangan Marlia dengan Mahmud tersebar di seluruh kampus. Rupanya ada yang makan hati dengan berita tu. Ada yang iri hati. Ada yang menyimpan dendam."

Eshal mengerut kening, mahu bertanya tapi dia menahan. Dia cuma pasang telinga. Masih ada bahagian yang menarik untuk ditelan.

"Waseem, budak kelas kami dalam diam menyimpan perasaan sukakan Marlia. Seingat umi, Waseem itu nerd orangnya. Hidupnya dengan buku saja. Selalu dia dapat keputusan yang cemerlang setiap kali exam. Ada lah juga dia cuba dapatkan perhatian dari Marlia tapi Marlia cuma anggap dia sebagai kawan saja, tak lebih dari tu. Suatu hari, Waseem mengamuk di cafe. Dia marahkan Marlia. Katanya Marliasu dah bagi dia harapan palsu. Dia pukul Marlia sampai lebam dibuatnya. Seingat umi itu hari terakhir umi tengok dia, sempat dia bersumpah yang Marlia tidak akan bahagia dengan sesiapa pun sebab dan buat dia macam tu. Dia akan hapuskan setiap keturunan Marlia."

Tersentap Eshal. Jadi adakah selama ini semuanya angkara dendam? Jadi sebab itu dia diburu?

"Marlia jadi takut dengan ancaman dan ugutan Waeem. Akhirnya dia berhenti belajar dan mempercepatkan pernikahan dia dengan Mahmud. Marlia ikut Mahmud menetap di Sabah. Terputuslah hubungan kami sejak itu." Tengku Naina akhiri ceritanya dengan mengesat pelupuk mata. Dia rindu dengan Marlia.

Nafla dekati uminya lalu peluk bahu uminya.

"Keesokkan hari pernikahan Marlia, heboh satu uni bila jumpa ada orang bunuh diri di asrama. Waseem ditemui mati dengan sepucuk surat. Abang kembar dia yang jumpa surat tu. Surat yang ditujukan khas untuk Marlia."

"Abang Waseem? Dia..." Baariq risau untuk menyambung. Bukan pada Baariq saja tapi semua orang juga takut untuk menyebutkan satu nama walaupun sudah nampak terang lagikan bersuluh tercatat nama itu.

"Ya... Waazin, abang kembar Waseem."

Dum! Rasa macam halilitar menusuk jantung Eshal. Patutlah! Patutlah selama ini Waazin buru dia. Bukan sebab Waeez saja tapi rupanya ada satu lagi sebab yang munasabah kenapa dia dijadikan musuh seteru Waazin. Allah! Allah! Allah!

2 scene dlm 1 masa. Harap2 xde yg keliru... hihi.. Tq to all the readers. HV

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience