Bab 10

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
"Sampai pukul berapa korang nak berjalan kat sini? Marilah balik. Nak kejar jadual kita lah Sakinah." Keluh Alyn. Aku hanya tersenyum.
"Haha, okay, okay. Ryoga-san, we have to go back home now. We have some plans today. We want to explore this beautiful country." Aku berkata pada Ryoga. Dia hanya mengangguk akur lalu menghantar kami pulang.
Aku membuka pintu rumah, "Eh, korang dah siap ke?" Soalku kepada Hannah dan Eca yang berada di meja makan.
"Dah, berzaman tunggu korang balik." Balas Eca sambil menongkat dagu di meja.
"Hehe, sorry, sabar aku pergi tukar baju balik." Ujarku lalu berlari ke bilik.
Aku keluar dari bilik dengan berpakaian kemas, "Dah! Aku dah siap! Hari ni kita nak pergi mana eh?" Soalku sambil membelek diariku. Kami sudah rancang jadual di dalam itu.
Eca, Hannah dan Alyn segera bangun dari lantai dan terus menuju ke arahku yang sedang menyelak halaman diari itu.
"Ha! Pergi mana? Pergi mana?" Soal mereka teruja.
"Yaha! Hari ni kita pergi....jeng jeng jeng! Shinjuku!" Jawabku teruja sambil mengangguk-angguk dan tersenyum lebar.
"Ha! Jom gerak, jom gerak!" Hannah berkata sambil menolak kami keluar dari rumah.
Kami berjalan menuju ke stesen keretapi. Pengangkutan pertama di Jepun lah katakan.
Di dalam keretapi, aku berasa sesuatu. Aku berasa seperti memang ada yang mengikuti kami kemana sahaja kami pergi.
"Weh, korang. Aku seram sejuk lah. Korang tak rasa ada orang ikut kita ke?" Soalku kepada tiga orang rakan baikku itu.
"Ha, aku dah lama nak luah benda ni, tapi tak luah-luah. Aku pun memang dah lama dah rasa. Dari hari ketiga kita kat sini lagi." Balas Hannah.
"Dah, tak ada apa tu, perasaan korang je tu." Eca bersangka baik. Kami hanya mengangguk.
*******
"Shinjuku, Shinjuku, Shinjuku. Hari ni lagi penat daripada kita pergi Asakusa haritu." Ujarku lalu meneguk segelas air. Kering tekak.
"Tulah pasal. Tapi, pergh! Best weh. Jarang pengalaman macam ni kita boleh dapat. Tapi, tapi, tapi, korang nampak tak banner yang besar gedabak yang digantung kat depan Tokyo Dome tadi? Yah, buat sakit hati aku duh!" Keluh Alyn.
Kami mengangguk-angguk.
"Haah weh! Yahh, sakit hati aku tu macam..UGHH!! Tak tahu lah nak cakap tapi memang sakit hati gila. Tapi, sebab tak ada bajet kan, sabar je lah." Ujarku sedih. Kami semua memang muka sedih waktu itu sebab tak dapat pergi konsert choutokkyuu yang memang diadakan setiap tahun untuk menyambut ulang tahun mereka. Tahun ini dah alang-alang kami di sini ingat nak pergi, kira bajet, sadaqallahulazim je lah hasrat tu.
'Tet'
Whatsapp masuk, whatsapp masuk.
"Haish, siapa pula lah yang whatsapp ni? Nak minum air pun tak tenang lagi senang." Aku berleter. Hah, memang kerja aku.
*Konbanwa, Sakina-chan. Do you have open the envelope?* Soal Ryoga. Aku pelik.
"Envelope? Envelope apa pula dah ni?" Soalku sendiri. Kawan-kawanku sudah bergerak masuk ke bilik. Hanya tinggal aku di dapur. Aku menghabiskan minuman lalu membasuh cawan. Aku segera masuk ke bilik.
"Weh, korang, tadi ada ke si Ryoga ni bagi sampul surat?" Aku menyoal mereka yang sedang sibuk dengan telefon pintar masing-masing.
Mereka hanya menggeleng tanda tidak tahu.
*Envelope? What envelope?* Aku menyoal dia dengan muka yang berkerut.
*At the flower. You didn't take a look at the flower anymore?* Soalnya kembali.
"Ouh kat bunga, ada ke?" Aku mencapai bunga di atas bagasiku. Eh eh, betul lah ada sampul surat. Aku buka sampul surat itu. Aku terkejut bukan kepalang.
"WEH!!" Aku menjerit dan terlalu terpegun. Mereka terkejut sehingga masing-masing hendak tercampak telefon.
"Kau dah kenapa makcik? Nak gugur jantung aku dibuatnya." Ada nada marah dalam kata-kata Hannah itu. Haha, siapalah yang tak marah kalau buat macam tu.
Aku menunjuk kepada mereka apa yang aku baru keluarkan daripada sampul surat tersebut. Empat keping 'kertas'. Nampaknya itu bukan kertas biasa!
"WEH!!!" Mereka menjerit lebih kuat dari aku tadi. Rygo terkejut terus berlari ke arahku dari ruang tamu. Dia main tadi.
"Ha! Korang pun menjerit lagi kuat dari aku." Ujarku masih teruja sambil menunjukkan 'kertas' itu.
*Excited so much, huh? I'm still online here. Tok tok.* Ujar Ryoga mengingatkan bahawa dia masih di situ. Lawaklah dia ni.
Aku membalas, *Hehe, sorry, thank you. Thank you soo much! I don't know how to thank to you. But seriously thank you. Ahh, I don't know what to say. Thank you, thank you and more thank you.*
*Hey, hey, relax, relax. Haha! My pleasure. I know you guys always want to go to our concert. This time you're in here, but you don't have budget, right?* Balasnya pula. Aku tersentak.
"Weh, macam mana dia boleh tahu kita tak ada bajet nak pergi konsert dorang?" Aku memang terkejut. Mereka semua hanya mengangkat bahu sambil membelek tiket masing-masing.
Aku tahulah dia itu Pak Nujum aku, tapi tak mungkinlah kau memang betul-betul boleh baca fikiran aku.
*How could you know that? Is Alyn told you anything?* Soalku lagi. Aku tahu dia agak rapat juga dengan Alyn.
*Wait! Don't tell me that....* Aku tak menghabiskan ayatku. Aku rasa seperti aku tahu macam mana dia boleh tahu. Aku menelan air liur yang agak kelat.
*Yes. Sorry, I accidentally read your diary that day you was fainted.* Ryoga membalas. Wah wah ini lagi terkejut dari tadi.
Aku menepuk dahi, *But, not all right?* Soalku mengharap dia tak baca kesemuanya apa yang tertulis dalam diari kesayangan aku itu.
*Sorry~ hehe.* Balasnya bersahaja. Aku menepuk dahi lagi lalu mencapai diariku dan memeluknya erat. Nyawa aku tu. Ni dia dah baca, rasa nak tercabut nyawa.
*Just ignore what I wrote about you.* Balasku pula sambil membelek halaman yang aku tulis tentang dia. Aku dah puji dia macam macam kot dalam diari itu. Malulah! Nasib baik tak terberitahu diari itu terus yang aku ini suka pada Ryoga.
*Haha! Okay, take your time with the ticket. This is your first time, right?* Dia membalas lagi.
*Yes, thank you so much. Oyasumi. (Good night.)* Aku teruja.
*Oyasumi.* Dia membalas. Aku menutup telefon pintarku itu.
"Weh!! Konsert weh konsert!! Tak pernah lagi aku dapat jumpa selebriti sebaik ini. Belikan kita tiket untuk pergi konsert dia. So wow! Tiket vvip pulak tu! Nice guy." Keterujaan aku masih belum hilang. Kami semua tidur lena pada malam itu. VIP weh! Siapa je yang tak teruja?
Hari kelima...
"Weh, kau rasa something lagi tak? Aku rasa seram sejuk pulak. Siapalah yang tak habis habis nak ikut dan kacau kita ni? Dia ingat kita ni retis ke nak kacau kacau, nak ikut ikut." Bebelku pada Alyn yang berada di sebelahku sambil memeluk tubuhku untuk merasakan kehangatan. Ryoga di belakang kami hanya mendengar. Ryoga dah jadi 'tourguide' kami nampaknya.
"Are you cold? Want a thicker jacket?" Soal Ryoga kerana melihat aku asyik memeluk tubuh.
"Urm, it's okay." Aku senyum memandang dia sambil menahan sejuk yang teramat. Dia hanya mengangguk.
"Stop!" Ujar Alyn secara tiba-tiba. Kami semua brek mengejut termasuk Eca dan Hannah walaupun mereka dihadapan kami.
"Asal kau nih makcik? Buat terkejut aku je." Hannah bertanya kepada Alyn sambil ada sedikit nada kemarahan kerana terkejut.
Alyn tak mengendahkannya dan dia menoleh memandang kebelakang.
Dia kembali menoleh ke arah Hannah, "Tak..tak ada apa." Jawabnya. Kami teruskan berjalan. Aku tahu je apa yang dia nak buat.
Aku dan Alyn memandang sesama sendiri. Kami menoleh kebelakang secara mengejut dan terperasan seperti ada beberapa orang dibelakang kami tadi, menyorok tetapi tak sempurna. Aku dan Alyn pelik.
_________________
Bertemu lagi kita. Ha, kali ini, seperti yang dikatakan pada bab yang lepas, ada watak lelaki lagi 3 orang yang belum dikenalkan lagi, kan? Okey, kita mula dengan Ayah kepada kumpulan ini.
Koichi Yoshino. Nombornya adalah 1. Warnanya pula hitam. Gelaran dia dalam kumpulan adalah Ayah atau Otou-san. Dia adalah paling tua di dalam kumpulan. Koichi juga adalah salah seorang vokalis daripada 2 orang vokalis yang terdapat dalam kumpulan ini. Dia seorang yang kuat makan dan sangat sukakan makanan. Kalau dengar dia gelak, rasanya korang pun boleh tergelak sekali. Gelak dia agak..nak kata comel, bolehlah, nak kata mengilai pun, entahlah. Makanan kegemaran dia adalah ramen. Kadang-kadang pendiam dan kadang-kadang dia paling bising. Erm, malangnya, dia dah keluar dari kumpulan ini pada 16 Januari 2018 yang lalu. (Tapi, Miss Sakura tetap nak masukkan dia dalam ini sebab dia adalah Ayah kepada kumpulan ini dan kumpulan ini tak akan lengkap tanpa nombor 1.) Dia amat penting dalam kumpulan ini.
Yusuke Fukuda. Nombor 6. Warna kuning. Dia adalah yang paling bising sekali. Gelaran dia adalah yang paling bertenanga atau 'energetic' atau Jepun sebut 'genki'. Tapi, dia juga yang paling kuat menangis. (Haha!) Dia paling rapat dengan Koichi. Dia adalah penari utama kumpulan ini. Yusuke juga seorang yang peramah, ceria, bertenaga dan sensitif.
Dan akhir sekali adalah Takashi Matsuo. Nombornya 7 dan warnanya putih. Gelaran dia dalam kumpulan adalah bongsu. Dia adalah paling bongsu dalam kumpulan tapi paling tinggi. (180 cm weh!) Memang paling tinggi lah. Macam galah. Dia amat sukakan kucing. Dia adalah vokalis kumpulan ini. Pasangan kepada Koichi.
Dah, dah, sikit-sikit sahajalah tentang mereka ini. Nanti, terlalu panjang pula untuk bab ini. Sayou nara.
__________________
Kami terus menuju ke arah orang yang menyorok secara tak sempurna itu. Ryoga hanya mengekori dari belakang. Eca dan Hannah lambat sikit reaksi mereka. Kami bertiga dah hilang selama beberapa saat pun mereka masih terus berjalan berdua.
Aku, Alyn dan Ryoga menjenguk di tempat menyorok tak sempurna tadi itu. Kami diekori oleh Eca dan Hannah. Aku melihat secara perlahan dan ternampak ada tiga orang jejaka menyorok. Seorang duduk dan dua orang sambil berdiri dengan menutup mata mereka sendiri.
"Konnichiwa?" Ucapku.
Mereka membuka mata, terkejut lalu menepuk dahi masing-masing. Kantoi dah!
"Eh? Abang!" Aku terkejut tambah teruja dapat berjumpa dengannya setelah sekian lama.
"Eh? Aby!?" Soalnya terkejut melihatku di depan mata. Dia masih belum berdiri.
"Abang?" Soal Ryoga pelik.
"Aby?" Yusuke menyoal Koichi dengan pelik. Hah! Semakin rumit cerita ini. Takashi memang dah tak faham apa dah. Dia hanya mampu mendengar dan melihat apa yang berlaku sahaja. Rupanya, tiga orang itulah yang selalu mengekori kami kemana sahaja.
"Kejap. Abang? And he called you Aby? Ha? Apa ni? Aku tak faham. Dia kenal kau?" Soal Alyn. Eca dan Hannah sudahpun ternganga dan dah tak boleh tutup dah agaknya.
"Ooo, this is Aby-san that you told me a week ago, right? Hi, Aby-san." Soal Yusuke kepada Koichi lagi lalu melambai ke arahku.
"No, no, sorry, you can't call me Aby, you can call me Sakinah." Ujarku.
"Ouh, gomenasai. Nice to meet you..urm..Sakina-chan." Katanya membetulkan nama panggilanku dan menunduk banyak kali.
"Nice to meet you too..urm..Yusuke-san. Right?" Balasku pula.
"Hai', that's right." Balasnya pula.
"What are you doing here?" Soalku berpaling dari muka Yusuke ke muka Koichi.
"What am I doing here? This is my country. Aby tu buat apa kat sini?" Balasnya bertalu-talu. Amboi, tak sampai setahun duduk Malaysia, cakap Bahasa Malaysia dah petah eh.
"No, no, I mean, what are you doing at the floor?" Soalku sambil menunjuk ke lantai. Dia baru perasan yang dia sahaja masih duduk di lantai. Dia segera bangun dan menyapu bajunya. Aku ketawa.
"Wait, aa..can anyone tell me what's happening right now?" Soal Ryoga yang kebuntuan. Kawan-kawanku juga masih terasa buntu di situ.
"Guys, meet my little sister, Sakinah." Dia menunjuk ke arahku. Aku melambai ibarat selebriti bertemu peminat sedangkan mereka memang kenal aku. Yang baru kenal pun Takashi dengan Yusuke je. Terkejut, bukan?
"LITTLE SISTER!?" Terkejut beruk lah mereka. Alyn, Eca dan Hannah pun tak pernah tahu. Aku tak pernah beritahu sesiapa walaupun mereka bertiga. Aku ketawa lagi. Ryoga dan Takashi lagi lah tak tahu.
"No, adopted little sister actually." Aku membetulkan Koichi.
"Kau adik angkat dia!? Asal kitorang tak pernah tahu pun?" Ujar Alyn sedikit kemarahan. Alyn, Eca dan Hannah memandang aku seperti singa kelaparan.
"Weh, aku dah pernah bagitahu, tapi korang yang kata aku main-main. Dan, aku malas nak paksa korang percaya, karang takut yang di sekolah itu ada yang meroyan pula. Korang ingat tak tahun lepas, ada sekali tu ayah aku datang sekolah dengan seorang lelaki. Segak gila laki tu pakai mask dengan jaket kan? Ingat tak? Yang korang puji puji dia tu. Then, aku mengaku itu abang aku. Ingat tak?" Ceritaku panjang.
Mereka mengangguk perlahan.
"Ha, dialah. Family aku yang ambil dia sebenarnya sebagai angkat. Maksudnya aku and family aku adalah family angkat dia di Malaysia." Jawabku. Mereka terkejut. Mereka pernah jumpa Koichi tanpa sedar. Rasa menyesal tersemat di hati budak bertiga itu. Tulah, aku dah kata, tak nak percaya.
"Where have you been? I can't contact you for 2 months. It's been a long time you're not visiting us in Malaysia. They just so worried and want to know what happened to you here. Your phone number was not activated anymore." Aku berpaling kepada Koichi lagi. Tak habis lagi konflik keluarga ini.
"Chill la, aby. I just a bit busy here, and my phone had crashed a few weeks ago. I also can't contact you. What are you doing here?" Dia bertanya kembali padaku.
"Holiday lah. Abang mana pernah nak bawak aby datang sini." Balasku sedikit mengejek.
"Yah, kan abang kata tunggu abang balik. Tak nak dengar. I had set up everything in here for you. I just have to wait for you settle your examinations in Malaysia." Jawabnya pula.
"Yelah, aby yang tak sabar sangat. I didn't expect that I could meet you here. But, Ryoga said that you not around here." Aku masih musykil kenapa dia mengekori aku selama beberapa hari.
"He also didn't know I'm here. And I also didn't know that I'm following you for a few days. That's funny. Haha!" Jawabnya panjang lalu ketawa besar.
"Ha! Lain kali buat lagi! Culik terus pun bagus! We are so scared you know. Tak baik." Balasku pula kemarahan.
"Haha! Okay, okay, I'm sorry, I'm sorry. I will not do that again okay? Don't mad of me. Abang suruh DIA pujuk nanti." Koichi mengugut aku. Dia ini tak perasan ke DIA yang dimaksudkan itu ada di situ.
"Koichi Yoshino!" Dia ini sengaja mengusik aku. Ei! Ada juga yang kena tembak di sini nanti.
Suasana menjadi sepi sebentar.
Koichi kembali bertanya selepas ada idea nak tanya apa, "How's everyone?" Soalnya.
"Everyone's fine. But not fine because they always miss you." Jawabku sambil memasukkan tangan ke dalam poket jaketku yang labuh itu.
"Uuu~ who miss me? Orang di sana ke orang yang sini?" Koichi bertanya sambil menjongketkan keningnya.
"Orang di sanalah. Orang yang sini tak rindu dia pun." Jawabku. Siapa rindu dia? Ehh, aku tak rindu dia pun.
"Wait, how you can know her?" Koichi memandang Ryoga dari atas ke bawah ke atas. Dia baru perasan salah seorang sahabat dia bersama denganku. Walaupun Koichi itu abang angkat aku, tapi, aku tak pernah jumpa Ryoga atau berkomunikasi dengan Ryoga melalui telefon. Memang tak pernah. Aku minat dia di alam dunia aku sendiri sahaja. Dan, aku tahu Koichi tak pernah ceritakan tentang aku kepada Ryoga. Aku dah agak dia cuma cerita pada Yusuke sahaja.
"Ouh, urm, we met when first day she here. Accidentally." Jawab Ryoga jujur.
"Accidentally? Ke orang tu yang saje nak accident dengan Ryoga?" Aduh, dia perli aku pula. Menyesal pula beritahu dia yang aku minat Ryoga dulu. Pernah sekali dulu, dia hampir nak mesej Ryoga, untuk beritahu yang aku ni minat Ryoga. Nasib baik aku sempat halang kalau tak, hmm, tebalkan je lah muka.
"A Bang!" Marahku sambil mengetap gigi. Koichi, Alyn, Eca serta Hannah gelak.
Selepas itu, kami membuat keputusan untuk berjalan bersama. Nak pergi jalan-jalan cari makan, cari hadiah. Ada juga yang cari pasal.
"Abang ni, janganlah cakap macam tu dah depan dia. Nanti pecah rahsia yang aby ni suka dia." Bisikku perlahan. Ryoga di belakang kami je jadi, kena cakap perlahan kalau tak nak rahsia terbongkar.
Koichi memang penyimpan rahsia terbesar aku. Semua rahsia aku dia tahu. Aku memang rapat dengan dia. Apa-apa, memang aku akan cerita pada dia.
"Haha! It's the truth." Dia gelak lagi. Kerja dia gelak je.
"But, he seems different if he with me." Akhirnya, terluah juga apa yang aku rasa.
"Haaa~ different? Like what?" Soal Koichi yang sudah senyum.
"Entah, dia memang selalu caring eh?" Aku menyoal Koichi kembali.
"Caring? Usually no. But sometimes yes...maybe." Koichi jawab dengan muka berkerut yang pelik.
Aku terus memikirkan tentang dia. Kenapa dia lain bila dia dengan aku? Kalau dengan Alyn ke Hannah ke tak ada pula dia jadi begitu. Agak agak kenapa eh?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience