BAB 8

Romance Completed 31277

"Mama kenalkan, ni kawan Anas. Fifa namanya."

Alamak Anas tipu aku. Dia kata nak ajak keluar makan. Sekali bawak datang jumpa family dia pulak.

Aku dengan selekeh kalah mak cik tuai bendang ni.

Selesai bersalaman dengan Datin Suzana, Fifa mengambil tempat di hadapan Datuk Rahim.

Peluh sejuk mula hadir. Tak semena-mena Fifa tersedu.

"OK. Masa ni jugaklah kau nak datang kan sedu? Terima kasih,"

Datin Suzana yang menyedari Fifa tidak selesa, mula memecah kesunyian.

"Aunty rasa aunty pernah tengok kamu kat hospital hari tu kan? Kamu kata Anas kena langgar sebab kamu,"

"Ya aunty. Maafkan saya sekali lagi,"

"Maafkan aunty juga ya Fifa, sebab aunty terlalu mengikut perasaan masa tu. Yelah siapa yang tak terkejut dengar anak sendiri kemalangan kan? "

"Anas bagitahu dia sukakan kamu, Fifa beruntung tahu sebab Fifa perempuan pertama dia bawak balik rumah dan kenalkan pada kami," celah Datuk Rahim.

"Boleh kami tahu perasaan Fifa? Manalah tahu Anas sekadar bertepuk sebelah tangan?"

"Errr...tak aunty dia bertepuk dua-dua belah tangan,"

Benda bodoh apa aku merepek ni? Tepuk dua-dua belah tangan? Really Fifa?

Selepas mendengar jawapan dari mulut Fifa, semua yang ada di meja ketawa.

Anas adalah orang yang paling gembira.

"Kalau begitu, jangan tangguh lagi benda baik ni,"

Jika orang lain senang hati dengan pertemuan itu, Fifa lebih banyak mendiamkan diri.

"Kenapa awak diam je? Tak suka makanan tadi ke? " tanya Anas.

"Saya takut. Betul ke kita nak kahwin ni? Awak nak kahwin dengan saya?"

Anas hanya ketawa.

"Betullah. Jom kita pergi kedai cari cincin. Saya pernah kena tampar je dengan awak. So tak dapatlah saya ukur saiz jari awak. Sebab saya terkejut betul."

"Tak lawak ok"

Siapa sangka, jodohnya tiba dalam keadaan dia marah. Marah kerana orang disebelahnya terlelap di bahunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience