“Ok tak saiz?”
“Besar gabak ni. Nah simpan”Nash melempar baju melayu yang diacu tadi tepat ke muka. Menyerbu darah ke muka aku. Enggan mencari gaduh lantas aku menghampiri Akram yang masih keliru untuk memilih warna ungu gelap ataupun ungu muda.
“Akak nak tanya sikit ni Akram. Kenapa dari awal-awal dulu atuk tak nak ajar sendiri?”
“Atuk dah give-up dulu. Dia ingatkan Nash memang dah tak boleh diselamatkan dah so dia memang dah tak pernah cuit bab agama dalam family. Lagipun atuk busylaa dengan bisnes dia dekat kampung, so tak ada masa sangat nak ambil tahu hal kami”
“Oh, nak pula Nash belajar kali ini?”
“Mestila! Nash tu kan pantang dicabar. Bila atuk bandingkan Akram dengan Nash, mulalah dia tak mahu kalah. Tp akak don’t worry yeah, sekarang dia dah ikhlas belajar, bukan lagi sebab takut atuk marah.” Ketawa aku mendengar penjelasan daripada Akram. Tak sangka mamat poyo yang dah besar panjang tuh masih boleh dilenturkan.
“Semuanya thanks to akak tahu. Before Atuk balik pun Nash dah mula curi-curi tengok buku Akram. But he’s too shy too admit that he want to learns too”
“Shut uplah stupid. Dah!jangan harap nak beli ungu gelap. I booked that colour.” Nash menghampiri kami sambil bercekak pinggang.
“Stop your act. Konon nak belagak badboy. Why don’t you just thank kak Fara for changing your life. Akak Fara pun dah muak la dengan your stupid arrogant.kan Akak kan?” Pantas aku mengangguk tanda setuju.
“Hey, I’m not that ignorant okay. Kau dua ingat aku tak ada kesedaran nak berilmu agama ke? By the way I still wanna thank you but not for changing my life but for distracting this looser here. Sejak kau datang dia dah kurang menyemak dalam hidup aku.” Akram menjelir lidahnya dan terus disiku Nash.
“Thanks mulut je.Tak ada souvenirs ke?”
“Yelah. Akak comel. Just pilih whichever tudung yang kau nak. Berapa banyak pun takpe.”
“Saya nak seratus pun bolehke?”
“Akak. Dont be tamak please.Buruk sangat perangai”
“Entahnya. Buruk tau perangai macam tu.” Nash memeluk bahu Akram sambil kedua-duanya senyum mengejek aku. Aku mencebik masam sambil berlalu mencari tudung bawal. Hajat hati ingin dipadan dengan baju raya tahun lepas yang masih belum dipakai. Boleh laa aku melaram sedikit untuk ke majlis doa selamat atuk Akram malam ini. Tapi macam pelik pula nak melaram sakan di majlis doa selamat. Alih-alih aku pilih 2 helai tudung bawal yang berharga 30 setiap satu dan aku letakkan di kaunter sementara menanti Nash menjelaskan bayaran.
“Nah. Abang Nash cakap pakai elok-elok. Penat tau dia pilih seorang diri tadi.” Aku belek paperbag, dalamnya berisi baju kurung cotton berwarna purple lembut, sepadan pula dengan baju melayu ungu yang dibeli oleh Nash. Aku tenung pula Nash,inginku lihat reaksi nya. Tapi hampa, Nash dan Akram sedang sibuk bergusti di depan butik tersebut. Aku menggeleng perlahan sebelum meleraikan pertelingkahan mereka.
Share this novel