Bab 1

Romance Series 2347

"Adoiiii buta ke mata tu tak nampak ke aku tengah jalan ni,"jerit Ryan. Minah skuter yang tergolek di tepi jalan langsung tak dipedulikannya.

Ryan Haziq pemain bola sepak kampus Kolej Antarabangsa Impian terkenal dengan ketangkasannya berlari di padang dan kempunyai semagat juang yang tinggi tetapi yang paling menyebabkan dia terkenal adalah kerana rupa parasnya yang kacak dan kekayaan keluarga yang tiada tandingan. Seorang yang peramah dan ringan tulang telah menyebabkan ramai junior dan senior kolej terpikat tetapi satu pun yang berjaya menjentik hati teruna idaman ini.

Siapa sangka gadis skuter yang tergolek ala-ala bola yang kerap ditendang di padang ini bakal menjentik hati lelakinya.

"Adoi sakit siot pinggang aku ni dah la aku ada tornament esok ni harap tak ada apa-apa. Ehh kejap tadi apa menda yang langgar aku ek,"otak Ryan langsung tak teringat apa yang terjadi. Kepalanya menoleh ke tepi dan terpandang sesuatu berwarna pink sedang tergolek.

"Ya Allah manusia pink ni hidup lagi ke tak ni aduh macam mana ni,"dengan pantas Ryan bangun untuk melihat keadaan gerangan yang melanggarnya tadi pinggang yang sakit langsung tidak dipedulikan.

"Helloooo cik pink kau okay ke tak",gila dari atas sampai bawah semua pink skuter apatah lagi ni.
Akhirnya gerangan gadis tersebut bergerak.

"Saya okay ,maafkan saya. Saya betulkan side mirror tadi betul-betul tak perasan awak tengah melintas,"lantas Zara mendongak untuk melihat wajah lelaki yang dilanggarnya itu.

"Ya Allah indahnya ciptaanMu,"bisik hati Zara. Mata yang redup dilengkapkan dengan bulu mata yang panjang hidung terletak kulit putih bersih persis pelakon korea yang selalu dilihatnya di tv muncul di depan matanya hari ini.

"Woi berangan apa aku tau la aku ni handsome jangan la pandang aku macam nak makan,"mati terus angan Zara dengan ayat tak boleh balah mamat tiga suku ni.

"Yes mamat tiga suku memang sesuai aku nak panggil," bisik hati Zara.

"Hello jangan nak perasan ek yang awak tu handsome sangat orang rabun je kata awak tu handsome mamat tiga suku,teriak Zara

"Jap apa kau panggil aku tadi 'mamat tiga suku' apa kau ingat kau tu comel ke pakai semua pink atas sampai bawah semua pink dah macam gula kapas bergerak dah aku tengok. Aku baru nak tolong kau tapi kau dah panggil aku nama baru maknanya kau okay la kan so aku blah dulu la bye,"kata Ryan sampai berlalu.

"Alamak dia marah pulak. aduh ni sapa nak tolong aku angkat skuter ni huhu. Nampaknye kena la buat muka tak malu minta tolong sapa yang lalu kat sini. Mulut kau ni Zara memang tak ada insuran betul,"kesal Zara. Hari dah petang macam ni memang jarang ada pelajar lalu dekat kawasan ni kalau bukan sebab assignment tak ada maknanya dia nak balik lewat macam ni.

Masih batu menulis sekiranya ada apa-apa kesalahan boleh komen.Terima kasih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience