Rate

Bab 1 Part 2

Drama Series 4786

Namun reaksi wajah Tuan Iqbal tiada tanda-tanda mahu membuka ruang perbincangan. Apatah lagi mahu mengubah keputusan yang sudah diumumkan. Ia seperti reaksi hakim mahkamah yang sudah mengetuk tukul menjatuhkan hukuman. Hukuman muktamad, tiada bantahan dibolehkan.

"Mama... please! Tolong Lara, tolong jangan buat keputusan macam ini. Semuanya terlaku mendadak, mana boleh Lara terima!"

Kini wajah wanita penuh keibuan itu pula ditatap, diharap dapat memberi sediki pertolongan kecemasan. Namun Puan Liana hanya mengetap bibir dan menggeleng lemah. Tiada kata-kata yang terucap, jelas memberi kuasa veto sepenuhnya atas keputusan si suami di sebelah.

"Lara... dengar sini baik-baik. Perpindahan ini memang perlu untuk keluarga kita. Jika papa tidak pindah cawangan, pangkat papa statik di sini. Pindah cawang bermakna naik pangkat. Naik pangkat, maksudnya ekonomi keluarga kita juga lebih terjamin Tengoklah... belum pun selesai urusan perpindahan papa sudah dibayar bonus. Haa... dapatlah papa belikan kamera yang Lara hendah sangat dan merayu sebelum ini!" Tuan Iqbal akhirnya menjawab, sekali membuka mulut... berjela-jela isi cakap macam Forum Perdana.

Sambung ..
Esok Atau sebentar lagi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience