HADIF mengejutkan Melissa daripada tidur. Sebuah kucupan singgah pada dahi licin wanita itu.
“Wake up love!”
Sebenarnya Melissa sudah pun sedar. Tapi sengaja dia mendiamkan dirinya. Mahu melihat kesungguhan suami yang baru dinikahinya 2 hari yang lalu. Bahagianya dia tidak terkata apabila dahinya dicium penuh kasih.
“Melissa? Sure you tak nak bangun?”
Melissa diam lagi. Hadif tersenyum nakal. Perlahan-lahan tangannya merayap ke tengkuk isterinya. Bergema jeritan Melissa di dalam kamar itu.
“Dif! Gelilah! Okay okay! I bangun! Stop it, Dif!” Begitu payah Melissa melepaskan diri daripada “serangan” Hadif.
“Itulah. I dah kejutkan tapi tak nak bangunkan? Kena jugaklah I buat macam tu,”
“Yelah abang sayang! I nak bangunlah ni. Tapi sebenarnya, tadi lagi I dah sedar. Saja nak tengok macam mana you nak kejutkan I,”
“Nakalnya dia!” Hadif menarik hidung Melissa.
“Aww…sakitlah Dif!” Melissa menggosok-gosok hidungnya.
Hadif mengucup hidumg yang sedang merah itu. “Sakit lagi?”
“Tak!” Melissa menyerigai.
Mereka diam seketika. Hadif kembali berbaring di sebelah isterinya. Pandangan mereka tertumpu pada kipas yang berpusing ligat. Hadif mengenggam tangan kanan isterinya.
“Kenapa you berani buat macam ni, Dif?” Tanya Melissa.
“Maksud you?”
“Kenapa you ambil keputusan yang macam ni? You tak rasa semua ni terburu-buru ke? Kita baru jumpa 2 kali, and then you brought me back to your home, seminggu lepas tu you masuk meminang. Tak sampai 2 bulan kita kahwin. You sure ke nie yang you nak?”
“I’ve never been so sure in my life before this, Mel. But to have you in my life, is a must! Memanglah kita baru 2 kali jumpa but, kitakan dah lama kenal? I dah tahu everything pasal you,”
“Everything? Are you sure?”
“Kenapa? Is there anything that I should know?” Hadif pantas mengangkat kepalanya.
“Setakat ni tak delah. Tapi betul ke you tahu semuanya?”
“InsyaALLAH, I yakin dan percayakan you. Melainkan you yang sembunyikan sesuatu daripada I,”
“I can’t affort to promise you the world. But insyaALLAH jugak yang I akan berlaku jujur dengan you,”
Hadif mengucup dahi Melissa. “Tolong jangan tinggalkan I?”
“Never sayang!”
***
AIRRA diam. Dia memandang Irfan yang sedang berdiri di tebing tasik. Wajah lelaki itu dipandang dengan perasaan berdebar. Sejak tadi lelaki itu hanya berdiam diri. Ingin sekali dia tahu apakah maksud di sebalik kesenyapan lelaki itu tapi dia takut!
“Iman ada jumpa you?”
“Ada. 2 minggu lepas. Kenapa? You tak tahu ke?”
Irfan menggeleng. “She hid it from me,”
“I tak tahu pun yang you tak tahu. Hmm…Irfan? I nak tahu,”
“Tahu apa?”
“Is it true? Betul ke apa yang Iman bagitahu I? Yang dia terjumpa diari lama you and there you wrote that you loved me for quite sometimes?”
“Would it make any difference now? Semua tu dah lama berlalu pun. Perlu ke kita ungkit balik?”
“Yes Irfan! Memang perlu pun! Kenapa you tak pernah mengaku perasaan you, Irfan? Kenapa you pendam? I tak tahu pun!”
“Arwah Iqram kawan baik I, Airra. He lost so much since he embraced Islam. And bila I dapat tahu perasaan dia pada you, I tak mampu nak hampakan dia. Biarlah dia ada you sebagai harta dia. I sanggup berkorban,”
Airra merapati Irfan. “Arwah bertuah sebab ada kawan macam you,” Airra diam seketika. Membuatkan Irfan ternanti-nanti.
“Airra?”
“Hmm…”
“Maafkan I kalau apa yang Iman buat tu, you tak setuju,”
“I setuju!”
Pandangan Irfan membulat ke arah Airra. “Excuse me?”
Airra memandang Irfan. “I setuju untuk jadi isteri you,”
“Tapi kenapa?”
“Cinta I untuk arwah Iqram tak pernah sebesar cinta I untuk you,” Satu ayat sudah cukup untuk membuat nafas Irfan terhenti. Tidak berani dia untuk memandang wajah cantik itu. Dia dapat merasakan apa yang baru didengarinya hanyalah dalam mindanya saja.
“Iman tu, dia tak faham apa-apa lagi. Dia ingat semuanya mudah,”
“Irfan! Kenapa ni? Did you hear me?”
Irfan menggeleng kepalanya perlahan. “Tak semudah itu Airra! We need to think about so many things,”
“Kenapa pulak kita kena fikir? Tell me the truth Irfan. Takkan semudah tu cinta you untuk I hilang?”
“Cinta I hanya untuk arwah isteri-isteri I,”
“Then let me be your wife Irfan! I wanna have your love. Let me feel your love again Irfan,”
“Airra…dah 2 kali I kahwin, jodoh I dengan mereka tak panjang. You tak takut ke nanti?”
Share this novel