Chapter 1 Dua Dunia

Drama Completed 32729

Sambutan tahun baru disambut meriah di kelab itu. Lelaki dan perempuan berpelukan sambil menari mengikut alunan muzik. Adam duduk di suatu sudut yang agak tersorok. Air setan yang sudah sebati dengannya diteguk perlahan. Tangannya meliar pada badan wanita yang duduk di sebelahnya. Wanita itu tidak menghalang sebaliknya dia juga turut 'membelai' tubuh sasa Adam. "Don't you wanna dance with me?" soal wanita itu manja. Kepalanya dilentokkan di dada bidang Adam. 15

Pakaian GRO yang menjolok mata itu menggoyahkan iman Adam yang senipis sehelai kertas. Ditambah pula dengan aksinya yang menggoda, memang mampu membuatkan mana- mana lelaki 'gugur'. Wanita itu mengusap bibir Adam lembut, membuatkan lelaki itu semakin khayal dengan dosa. Kemudian leher lelaki itu dicium lama. "You memang nak I ngap you sekarang juga ke?" uji Adam sambil tangannya mula bermain dengan rambut perang celup wanita itu. "Kalau you rasa nak ngap I sekarang ni, ngap jerlah.." balasnya. 23

Adam tersenyum sinis. GRO itu ditarik dalam pelukannya. "Be mine for tonight, and I'll pay you more than what you can expect." bisiknya lembut. Telinga wanita itu digigit manja. Wanita itu tersenyum menggoda. Memang sudah tugasnya untuk memuaskan nafsu pelanggannya. Lagipun, bukan mudah untuk dia mendapat pelanggan seperti Adam, bukan setakat kaya dan kacak tetapi juga hebat di ranjang. Mereka berjalan sambil berpelukan ke sebuah bilik khas yang disediakan. Dan di sana, kedua- duanya memuaskan nafsu masing- masing.
*** 13
Keretanya dipandu selaju yang boleh. 'Damn it! Bangang punya pelacur. Boleh pula dia tak kejut aku bangun. Takpasal- pasal jer aku dah lambat pergi ofis. Lepasni memang taklah aku nak langgan kau lagi!' marah hatinya. Jam ditangannya dijeling sekilas. "Sial!" takpernah- pernah Adam tiba lewat di tempat kerjanya. Sebaik sahaja tiba di bangunan yang tersergam indah itu, dia terus melangkah masuk sepantas yang mungkin. "Adam! Meet me in my office now!" Langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil.

"Daddy, I would love to hang with you in your lovely room but I can't. Adam ada meeting kejap lagi. Kita lepak- lepak nanti ya?" balasnya. Dia tersenyum ke arah Tan Sri Idham yang juga merangkap daddynya. Belum sempat Tan Sri Idham membalas, Adam telah terlebih dulu menghilangkan diri. "Bertuah punya anak! Macamlah kita ni taktahu yang dia tu menipu. Sengajalah tu taknak kena bebel." ujarnya sendirian. Boleh migrain dia bila memikirkan masalah satu- satunya anaknya itu.

Adam membuka kotnya lalu dicampak ke tepi. Fail- fail yang tersusun di mejanya dibelek satu persatu. "Pagi- pagi dahnak membebel. Mana muka tu takcepat berkedut." omelnya sendirian. Nasib baik dia sempat blah, kalau tak mesti bernanah telinga dia kena ceramah! Kerja- kerjanya terhenti apabila pintu biliknya diketuk. "Masuk!" arahnya. Seorang wanita dengan skirt dan kemeja ketat masuk sambil tersenyum. Rambut panjangnya yang dibiarkan lepas dirapikan. "Baru kena marah dengan big boss ke?" soalnya. 9

Langkahnya diatur mendekati Adam. Leher lelaki itu dipeluk manja dari arah belakang kemudian pipi Adam dicium lama. "Fasha please, control yourself. Kitakan dekat ofis ni." arah Adam. Wanita itu mencebik. "I tengok you macam tengah badmood jer. Salahke I nak kembalikan mood you tu?" tangannya mula bermain- main dengan tali leher Adam. Lelaki itu hanya tersenyum. "You memang P.A terbaik dalam dunia ni. Don't worry babe, kalau I perlukan you, I panggil. Now go back to work." balasnya lalu mengalihkan tangan Fasha. Fasha mencebik. Setelah dia memberitahu Adam tentang jadualnya hari ini, dia terus berlalu keluar. "Murahan." ucapnya sinis setelah kelibat Fasha hilang dari pandangannya.
*** 14
"Huargh!!"

"Opocot mak engkau letup- letup!" sergahan Taufiq membuatkan Raihana melatah kuat. Dadanya diurut perlahan. Wajah tunangnya itu dipandang geram. "Eeiii awak nilah! Terkejut saya dibuatnya. Kalau saya ada heart attack macam mana?" marah Raihana sambil memukul bahu Taufiq dengan novelnya. Tunangnya itu ketawa.
"Aloloo.. comelnyalah tunang saya ni. Rasa macam esok juga saya nak menikah dengan awak!" usiknya sambil mengenyitkan sebelah matanya. Muka Raihana kemerahan menahan malu. 8

"Eeiii gatalnya dia ni. Siapa nak kahwin dengan awak? Awak pergilah kahwin sorang- sorang!" balasnya. "Taknak. Tak kira walau apapun yang jadi, saya nak juga kahwin dengan awak. Sebab saya cintakan awak sangat- sangat tahu tak?" kata- kata Taufiq membuatkan Raihana tersenyum. "Dah dah.. Kenapa awak datang sini?" soal Raihana. "Saya rindu sangatlah dengan awak. Kita keluar nak? Saya belanja awak makan aiskrim dekat tepi pantai sana." jawabnya. Melompat Raihana mendengar ajakan Taufiq. Dia mengangguk laju sebagai tanda setuju. 'Aishhh.., tunang siapalah yang takmatang ni..' desis hati Taufiq.
*** 8
Udara segar di tepi pantai itu membuatkan dia berasa sangat tenang. Tangannya didepakan bagi merasai kedinginan angin di sana. "Takpayah nak feeling Dilwale sangatlah cik adik oiii." Raihana mencebik mendengar usikan Taufiq. Kalau si Taufiq tu bukan tunang dia, memang sekarang juga dia lempar Taufiq ni dekat pantai sana. "Encik abang ni dah kenapa? Cemburu ke tengok saya berangan jadi Kajol?" soalnya sambik mencekak pinggang. "Nak jealous buat apa? Sayakan SRK awak." jawabnya. 13

Raihana menggelengkan kepalanya. "Perasan!" "Elehhh., perasan- perasan pun tunang kesayangan awak jugakan?" usik Taufiq. "Eiii perasan! Saya nak bertunang dengan abang sado tulah! Bye Taufiq." Raihana melambaikan tangannya lalu terus berlari meninggalkan Taufiq. Membulat mata Taufiq mendengar kata- kata Raihana tadi. Aiskrim ditangannya dicampak ke tepi dan gadis itu pantas dikejar. "Takboleh!! Awak milik saya sorang jerlah!!" teriaknya geram. 5

Aksi berkejar- kejaran mereka terhenti apabila telefon Taufiq berdering. Riak wajah Taufiq yang berubah sebaik sahaja dia mengangkat panggilan telefon itu. "Nanti kita jumpa!" ujarnya lalu terus mematikan talian. Rambutnya diserabutkan dan satu keluhan berat dilepaskan. "Awak ok?" soal Raihana prihatin. "Ada masalah sikit. Pasal kerja. Minggu depan awak ikut saya ke KL ya? Saya ada urusan nak diselesaikan." pintanya. Raihana hanya mengangguk, malas hendak bertanya lebih- lebih pada Taufiq.

Share this novel

Aqila Mustaqim
2019-08-18 16:22:46 

Balik Novel+ keluarkan cerita ini


NovelPlus Premium

The best ads free experience