Chapter 17

Romance Completed 35261

Matahari yang mula panas terik itu menyebabkan peluh memercik di dahi lelaki yang berbadan sado itu. Tuala kecil yang diletak di atas bahu diambil. Peluh di dahinya dilap. Kakinya terus berjoging di sekitar taman perumahan itu.

“Is, panas lah. I can’t stand under this sunlight anymore.” Tarshan sibuk mengelap peluh di mukanya. Tarshan seorang yang tidak boleh tahan panas. Kulitnya cepat menjadi merah dan berbintik kalau berada terlalu lama dalam persekitaran panas. Disebabkan itu Tarshan memilih untuk berada di kawasan yang dilengkapi penghawa dingin atau tempat yang sejuk.

“Kalau macam tu, kita balik lah Tar. Lagipun aku tengok makin panas.” berkata Iskandar Faiz.

“Elok lah tu. Lagi lama kita kat sini, lagi lah aku rasa gatal. Sekarang pun aku dah rasa gatal sana sini.” tutur Tarshan sambil menggaru badannya yang terasa gatal.

“Good Morning.” terdengar seorang wanita menyapa mereka berdua. Tarshan dan Iskandar Faiz memandang pemilik suaranya. Wanita itu juga mengenakan pakaian senaman.

“Good Morning.” menjawab Tarshan.

“Assalamualaikum.” Iskandar Faiz memberi salam. Nada suaranya lembut. Namun wanita itu berasa seperti dirinya disindir oleh Iskandar Faiz.

“Waalaikumsalam.” wanita itu menjawab salam dengan perlahan. Mukanya menahan malu.

“Boneka ni! Sempat sindir aku.” wanita itu geram dalam hati.

“Ingat saya lagi?” wanita itu memulakan perbualan dengan Iskandar Faiz.

Tarshan yang berdiri di sebelah Iskandar Faiz mengerutkan keningnya. Tiba-tiba seorang wanita bertegur dengan Iskandar Faiz. Jarang ada orang bertegur dengar Iskandar Faiz di luar. Lagi-lagi perempuan.

“Siapa awak?” tanya Iskandar Faiz. Tidak ingin nak bersemuka dengan Sofia Amelia.

Berubah muka Sofia Amelia apabila Iskandar Faiz bertutur sebegitu. Rasanya Iskandar Faiz tidak suka untuk bercakap dengan Sofia Amelia.

“Tak akan lah awak lupa saya.” Sofia Amelia masih berusaha untuk cakap dengan Iskandar Faiz tanpa memutus asa.

“Kan saya dah cakap saya tak kenal awak!” suara Iskandar Faiz meninggi sedikit.

“Is, kenapa ni? Tiba-tiba layan dia macam ni? Kesian lah dia.” Tarshan berbisik perlahan.

“Kau diam. Kau tak tahu pasal dia ni.” Iskandar Faiz memberi amaran. Dia tak nak Tarshan memihak Sofia Amelia.

“Awak nak apa sebenarnya?”

“Saya nak berkenalan dengan awak.” Sofia Amelia memberitahu hasrat kepada Iskandar Faiz.

“Berkawan? Untuk apa?”

“Saja. Kenapa? Tak boleh ke?” menyoal Sofia Amelia lagi. Mukanya masih mengukir senyuman.

“Saya tak suka untuk berkawan dengan orang baru. Lagi-lagi dengan perempuan.” menjawab Iskandar Faiz dengan nada yang sama. Mukanya serius.

“Is, kenapa pulak tak nak? Aku tengok dia tu cantik doh.”

“Diamlah kau.” merungut Iskandar Faiz.

Muka Sofia Amelia terus berubah. Senyuman tadi terus hilang apabila mendengar jawapan Iskandar Faiz.

“Berlagak lah dia ni! Ingatkan kalau aku kawan dengan dia, senang sikit untuk mencapai apa yang aku nak. Padahal nak kawan dengan dia pun susah. Mak ai!”

“Erm…” Sofia Amelia menunduk. Tidak mahu tunjuk muka dia marah kepada Iskandar Faiz.

“Dah kan? Awak dah dapat jawapan. Saya nak pergi sekarang! Assalamualaikum.” Iskandar Faiz mengatur langkah meninggalkan Sofia Amelia yang masih tercegat di belakangnya.

“Tak guna punya jantan!”


*******************************

“Sofi, macam mana dengan progress?” Rohani bertanya. Mulutnya penuh dengan keropok kegemarannya.

“Progress?” pelik Sofia Amelia. Tidak mengerti apa yang dirujuk oleh sahabat itu.

“Our challenge.” jawab Rohani selamba.

“Nak jawab apa ni? Tak akan lah aku nak cakap apa yang jadi pagi tadi.” gumam Sofia Amelia dalam hati. Rohani dan Christina pula sabar menanti jawapan daripada Sofia Amelia.

“Sofi.” panggil Christina sambil mengoncangkan bahu Sofia Amelia.

“Ye?”

“Kenapa diam?”

“Macam mana aku boleh cakap progress? Apa yang aku buat korang tak perlu tahu. Biar rahsia.” jawab Sofia Amelia. Nak bagitahu apa kalau plannya gagal kan!

“Ye lah tu.” mencebik Rohani dan Christina serentak. Mata Sofia Amelia mencerlung ke arah mereka berdua.

“Last-last kau akan kalah jugak Sofi. Tapi, aku harap ada perubahan dalam perangai awak.” Tak tahu kenapa hati Rohani mengatakan Iskandar Faiz mampu mengubahkan perangai Sofia Amelia.


*****************************

“I have to plan a way to get close with Is. But how?” Sofia Amelia kuat memikirkan cara untuk berkawan dengan Iskandar Faiz. Kehadiran ayah pun Sofia Amelia tidak sedar.

“What a surprise? Princess daddy kat rumah. Tak keluar ke?” Dato’Johari duduk di sebelah anak perempuan tunggalnya.

“Daddy, bila sampai? Tadi Sofi tengok daddy tak ada kat rumah pun.” kata Sofia Amelia lalu bersandar di bahu ayahnya. Matanya dipejam rapat.

“Daddy baru je sampai. Terus naik bilik untuk solat. Tadi daddy tak sempat nak solat.” cerita Dato’Johari. Hatinya sedikit lega kerana anak tunggal di rumah. Setiap kali Sofia Amelia keluar, hati Dato’Johari agak risau sampailah anaknya selamat sampai ke rumah.

“Dah makan Sofi?”

“Belum daddy.” Sofia Amelia mendongak dan merenung ayahnya. Sudah lama Sofia Amelia tidak meluangkan masa bersama ayahnya.

“We eat together. Come.” ajak Dato’Johari. Tangan anaknya diraih dan dibawa ke meja makan.

Mak Ziah sudah sedia meletakkan semua makanan yang dimasak di atas meja makan sebelum majikannya turun untuk makan. Menu untuk hari itu pula ayam gulai lemak cili padi, udang bakar mentega sos mustard, ikan asam pedas, ulam dan sambal belacan. Ulam dan sambal belacan merupakan makanan kegemaran Dato’Johari. Dua-dua makanan itu mesti ada di mana Dato’Johari makan.

“Jemput makan Dato’, cik Sofi.”

“Tahu lah.” mencebik Sofia Amelia. Makanan yang dihidangnya memang membuatkan perutnya menghasilkan pelbagai muzik.

Tanpa menunggu, Sofia Amelia mula untuk menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulutnya. Mana tak lapar, dari tengah hari Sofia Amelia tidak menjamah apa-apa. Hatinya sakit dengan layanan dingin Iskandar Faiz.

“Sofi! Baca doa dulu.” tegur lembut Dato’Johari. Nasib baik Sofia Amelia belum masukkan nasi ke dalam mulutnya.

“Bismillah.”


********************************

“Along, minggu ni balik tau! Jangan lupa!” mesej dari adik manjanya dibaca.

“Tahu lah Tasha. Along ingat lagi. Tak payah ingatkan along setiap hari. Tahu lah orang tak sabar nak meminang.” balas Iskandar Faiz. Hari minggu ini merupakan satu hari terpenting untuk adiknya, Tasha. Kekasihnya, Hafiz Luqman masuk meminang Tasha.

“Ala. Jangan lah buat-buat marah. Tasha ingatkan along je. Takut along lupa nanti. Just 3 days left.” sempat Tasha buat countdown.

“Tak sabar lah tu.” Iskandar Faiz teruskan mengusik adiknya.

“Lepas ni, majlis pertunangan along pulak. Excitednya Tasha. Along kan busy dengan final projek lagi. Kesian along.”

Memang Iskandar Faiz sibuk. Sibuk dengan kerja dan projek akhirnya. Walaupun semua kuliah sudah pun habis, projek terakhirnya masih belum diselesaikan.

“Walaupun along busy, along sentiasa fikirkan orang-orang yang along sayang. Don’t worry. Jumpa semua hari Jumaat okay? Kirim salam kat umi and abi. Assalamualaikum.”

“Baik along. We all miss you.” satu senyuman mengukir di bibir Iskandar Faiz. Tidak sabar untuk pulang ke kampungnya.


*************************

“Daddy.”

“Yes Sofi.”

“Sofi nak tanya sikit boleh?”

Dato’ Johari hanya mengangguk. Matanya ralit menonton berita di televisyen.

“How to impress a boy, daddy?”

Soalan Sofia Amelia mengejutkan Dato’Johari.

“Why suddenly Sofi?” menyoal Dato’Johari. Selama 23 tahun, Sofia Amelia tidak pernah mencintai sesiapa pun.

“Just asking.”

“Sofi suka Amir tak?” Dato’Johari mengajukan soalan itu untuk tahu apa pandangan Sofia Amelia terhadap Amir. Mungkin sekarang pandangan Sofia Amelia terhadap Amir berubah selepas mendengar segala kebenaran.

“Sofi suka Amir. Tapi sebagai kawan.” Jawapan Sofia Amelia agak menyedihkan Dato’Johari. Kalau boleh, Dato’Johari ingin kahwinkan Sofia Amelia dengan Amir.

“Okay. Sofi suka sesiapa ke? Tak nak share dengan daddy?”

“Adalah.” Sofia Amelia terpaksa menipu ayahnya disebabkan satu cabaran. Tidak mampu beritahu nama lelakinya kerana Sofia Amelia tidak menyukai lelaki itu betul-betul.

“Bila tiba masa nanti Sofi bagitahu daddy siapa lelaki itu.” Sofia Amelia cuba menukarkan keadaannya. Sofia Amelia tidak mahu ayahnya terus menyoal tentang lelaki itu.

“Okay. I will wait.”

“Daddy, cakap lah. How to impress?”

“Baik. Daddy akan beritahu one by one, okay.” Dato’Johari mula memberitahu beberapa cara untuk mengambil hati seorang lelaki.

“Thank you daddy.” Sofia Amelia mengucup pipi ayahnya sebagai tanda berterima kasih. Langkahnya laju ke bilik tidur.

“Harap-harap cadangan daddy menjadi. Daripada kosong, dapat lah sedikit sebanyak idea. Iskandar Faiz, I will make you fall in love with me. Be ready!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience