Bab 6

Humor Completed 19792

6

Keesokannya, Ashraf meminta izin dari Encik Wahab untuk bertemu dengan Hana. Mereka hanya dibenarkan berjumpa di luar rumah sahaja. Itu pun ada adiknya, Rozie yang menemani mereka. Walaupun mereka berkenan akan Ashraf, itu masih belum membenarkan untuk lelaki itu melakukan sewenangnya.

“Ada apa awak nak jumpa saya ni?” tanya Rihana lancar tanpa cacat-cela.

“Tak penting sangat pun sebenarnya. Cuma saya nak tahu je, apa jawapan awak? Saya tahu, mesti uncle dan auntie dah jelaskan pada awak,” Ashraf bersandar di kereta Toyota Camry putih miliknya. Rihana pula berdiri tidak jauh darinya.

“Jawapan? Apa jawapan yang awak nak?”

“Hana, please. Jawab aku dulu,” mohon Ashraf. Tak sanggup lagi dia ingin menunggu. Mahunya Hana menolak, menangis tak berlagu dia.

“Saya cuma ada dua jawapan. Sama ada ya atau tidak. Semalaman saya berfikir mana satu yang saya perlukan. Dan sekarang hanya satu jawapan saja dalam minda saya,” balas Hana bersahaja. Sengaja dia nak mengejutkannya.

“Sebelum saya dengar jawapan awak, boleh awak kabulkan satu permintaan saya dulu?”

“Hah? Apa?”

Ashraf berlalu ke bonet keretanya. Dia mengambil sesuatu. Membulat mata Rihana tatkala melihat Ashraf memegang kayu besbol di tangannya.

‘Kenapa pulak dah dengan mamat sewel ni? Takkan nak sebat aku kot,’ desis hati Hana.

“Ambil kayu besbol ni. Pecahkan cermin kereta saya,” pinta Ashraf sambil menghulurkan kayu besbol itu kepada Hana.

“Atas alasan?”

“Kecewakan awak dulu,” Hana ketawa kecil. Kononnya, gentlemanlah tu suruh hukum dia. Ceh.

“Saya akan kabulkan permintaan awak. Tapi bukan pada kereta kesayangan awak ni,” Ashraf mengangkat keningnya.

“Habis… kat mana? Badan saya? Silakan,” pintanya lagi.

Rihana menggeleng.

“Motorbike awak…”

“What?! No way,” Suara Ashraf sedikit tinggi.

Gila kau nak hancurkan motorbike kesayangan dia. Kekasih sejati dia tu. Mana boleh!

“Then, the answer is NO. Muktamad,” Ashraf sudah menggelabah. Dia sayangkan kedua-duanya.

“Hana, tolonglah. Motorbike tu harta kesayangan saya. Takkan ada penggantinya…”

“Okey. Suka hati awaklah. Kalau motorbike awak tu tak ada pengganti, maksudnya awak akan ada pengganti sayalah kan? You have the answer, Ashraf Heikal. It’s up to you,” Rihana mula membuka langkah untuk masuk ke dalam rumah.

Rozie yang terdengar perbualan Hana dan Ashraf terkaku. Takkan macam tu saja drama sebabak ni? Ciss, kurang asam punya Rozie. Ingatkan dia ada menyokong salah seorang dari mereka berdua. Rupanya, seronok menonton drama sinetron sambil makan Twiesties.

“Hana,” panggil Ashraf. Hana tidak jadi melangkah. Dia memandang wajah keruh Ashraf.

“I’m waiting,” gumam Hana apabila Ashraf mendiamkan diri.

“Esok saya bawa motorbike saya ke sini. Awak kerjakanlah ia sesuka hati awak…”

“Awak tak kisah?” Ashraf menggeleng perlahan. Tahap pasrah dahlah tu. Hana sembunyikan senyuman nakalnya. Tak adalah ego mana pun si Ashraf ni.

“Abang Heikal, kak Hana bergurau ajelah,” Ashraf menghalakan pandangannya ke kanan.

“Apa maksud Rozie?”

“Kak Hany saja nak kenakan abang Heikal aje. Tadi ibu dah bagitahu parents abang Heikal jawapan kak Hany,” jelas Rozie. Hana tersenyum.

“Apa ni, Hana?”

“Sorry. Simpanlah balik kayu besbol awak tu. Saya tak pernah lagi diajar untuk rosakkan harta benda orang,” balas Hana.

Ashraf menarik nafas lega. Lega kerana motorbike berkuasa tinggi kesayangannya tidak jadi untuk dijadikan korban. Dia tahu Hana takkan sanggup merosakkan hartanya itu.

“Kenapa awak terima saya balik?” soal Ashraf ingin tahu.

“Mana awak tahu saya terima awak? Saya atau Rozie tak ada sebut pun pasal jawapan saya…”

“Cukuplah dengan senyuman awak, Hana. Itu pun saya dah tahu jawapan awak,” balas Ashraf.

“Okey. Saya terima awak mungkin sebab kita berjodoh,” jawab Hana spontan.

Ashraf tersenyum nipis. Alasan sebaliknya yang diberikan ketika gadis itu bertanyakan perihal dia ingin memutuskan pertunangan mereka. Tak salah dia menyunting gadis itu sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience