Aku membuka mata perlahan-lahan. Mata memandang sekeliling. Bilik? Kat mana aku sebenarnya ni? Soalku dalam hati. Aku cuba mengingati kembali apa yang telah berlaku! Danial! Yes! Arif Danial! Mana dia? Aku cuba untuk bangun.. Tapi aku baru perasan yang kedua-dua tanganku dan kedua-dua kakiku diikat. Tertiba pintu bilik dibuka. `Danial!! 'Jeritku. `Dah sedar rupa-rupanya'. Ujar Danial sambil tersenyum sinis. Dia menghampiriku. `Kau! Kau nak buat apa haa? Kau nak buat apa dengan aku?! 'soalku kasar. Danial tergelak sinis. Aku mengetap bibir. `Aku? Aku nak buat apa? Aku nak buat apa dengan kau? Aku nak bunuh kauu!!' jeritnya sambil mencengkam mukaku. `Tahu sebab apa aku nak bunuh kau? 'soalnya. Aku diam. `Aku tanya! Jawablah bodoh!!' jeritnya. Dia menampar pipiku sekuat hati. `Kau nak bunuh aku? Bunuh je lah Danial! Bunuh je lah! Aku dah nak mati dah pun! Aku dah nak matii!! 'jeritku. Air mata mula mengalir. Ya Allah! Selamatkanlah aku ya Allah! Hana! Hafi! Khairul! Tolong aku!! Doaku dalam hati. `Tapi.. Aku kena bagitau jugak.. Kenapa aku nak bunuh kau'. Ujarnya lagi. Dia kembali mencengkam mukaku. `Aku nak kau mati.. Sebab.. Senang aku nak bunuh Hana!!! 'jeritnya. Hana? Asal dengan Hana? Apa salah dia? Apa kaitan Hana dengan Danial? Soalku dalam hati. `Kau mesti bingung kan? Hahaha.. Well.. Biar aku terangkan satu per satu... Percakapannya terhenti. Dia melepaskan cengkaman. Aku tetap memandangnya. `Kau mesti ingat kan.. Kau selamatkan Hana daripada dibunuh oleh seorang lelaki yang bertopengkan muka. Kau mesti ingat kan? 'soalnya sinis. `Kau? Jadi kau yang cuba bunuh Hana?! Tapi.. Tapi kenapa?! Kenapa Danial!!' soalku separuh menjerit. Ya Allah! Hana! `Kau tak payah menjerit! Aku berdendam dengan dia! Dendam kau tau tak! Dendam!! Family dia yang buat family aku mati!! Family dia!! Kalau family dia tolong family aku... Family aku takkan mati!! Family aku mesti hidup sampai sekarang!!! Kami mesti bahagia!! Dan aku.. Aku takkan jadi macam ni!! 'Ujarnya kasar. `Tapi.. Tapi.. Apa hubungan family kau dengan family Hana?' soalku. `Kami sepupu! Kalau kau nak tahu.. Family aku meninggal disebabkan kemalangan.. Tapi kalau family Hana selamatkan family aku.. Family aku mesti selamat!! Aku tahu.. Aku sedar!! Family aku miskin!! Family aku naif!! Tapi salah ke Qilla.. Salah ke.. Kalau aku nak mintak family Hana sedikit duit.. Sedikit.. Tapi aku tahu.. Jumlahnya besar.. Tapi salah ke? Salah ke aku mengemis dengan family Qilla? Sepupu aku sendiri! Hanya aku dengan Haikal je yang selamat.. Sebab kami tak ikut family.. Kami masa tu tengah bersekolah lagi.. Salah ke Qilla? Salah ke aku mengemis? 'soalnya. Dia sudah terduduk. Aku terdiam. `Jadi.. Ni sebabnya kau jadi macam ni? Kau jadi jahat macam ni? Disebabkan dendam.. Disebabkan dendam.. Kau jadi macam ni Danial?' soalku. Danial mengangguk. Dia mula menangis. `Danial.. Aku tau kau sebenarnya tak sejahat ni kan.. Kau jadi macam ni.. Angkara dendam.. Ingat Danial.. Hana tak bersalah!! 'ujarku lagi. `Kau kata dia tak bersalah? Apa yang menyebabkan dia tak bersalah? Family dia! Semua family dia bersalah!!' balas Danial meninggi. `Hana tak bersalah!! Kau tau tak Danial.. Dia tu anak tunggal.. And dia disisihkan daripada keluarga dia.. Dia tak pernah Danial.. Dia tak pernah merasa kasih sayang daripada family dia Danial.. Tak pernah! Sejak dia berumur 8 tahun.. Dia sudah diserahkan kepada neneknya.. Nenek dia yang menjaga Hana sepenuh hati.. Tapi.. umur nenek dia tak panjang.. Nenek dia meninggal waktu umur dia 10 tahun.. Waktu itu.. Baru mak ayah Hana sedar kesilapan mereka.. Mereka menjaga Hana kembali.. Tapi nyawa ayah dia pula tidak panjang.. Dia kemalangan! Disebabkan kemalangan, dan darah banyak hilang.. Di saat itu.. Hana ingin menderma darah.. Derma darah untuk ayahnya.. Tapi keputusannya tidak sesuai.. Masa tu.. Barulah dia tau.. Yang dia hanya anak angkat.. Mak dia yang ceritakan semuanya... Mak dia pun dah meninggal Danial.. Tahun ni mak dia meninggal.. Kau mungkin tak tau.. Hana tak pernah bahagia dengan family dia.. Sebelum ayahnya meninggal.. Dia asyik didera sehingga ayahnya dah takde.. Tapi itu bukan penghujungnya. Mak dia pun sama.. Mak dia tetap mendera Hana.. Sehinggalah Hana masuk ke universiti ni.. Pada masa aku jumpa dia mula-mula.. Aku nampak muka dia.. Sedih sangat.. Muka dia pun lebam.. Di saat itulah aku mula kawan dengan dia.. Dan saat tu lah dia mula menceritakan kisah hidup dia kat aku! Masa tu baru aku tau! Dia bukan anak kandung mereka! Dia hanyalah anak angkat Danial! Anak angkat! So.. Kau fikirlah.. Sanggup ke kau bunuh orang yang tidak bersalah? Sanggup ke!! Dia tidak punya keluarga Danial!! Dia sama macam aku!! Nasib kami sama!! Fikirlah Danial.. Aku tau.. Kau sebenarnya baik.. Baik macam abang kau.. Ingat Allah, Danial.. Ingat Allah.. Dan kau terfikir tak arwah ayah, mak, dan arwah adik beradik kau yang lain? Mereka mesti rasa sedih Danial.. Mesti mereka tak percaya kau jadi macam ni! So.. Pleasee Danial.. Kau masih ada masa untuk berubah! Jangan biarkan nafsu kau kawal semua ni Daniel!! Ingat!! Hana tak bersalah!! 'jeritku.
Kereta Khairul berhenti di hadapan rumah. Mereka keluar dari kereta. Hana melihat sekeliling. Macam pernah aku nampak rumah ni? Tapi bila? Soal Hana dalam hati. `Jomlah! Kita kena cepat!' ajak Hafi. Mereka terus berlari masuk ke rumah itu dengan berhati-hati. Kosong! Mana pulak Qilla ni!! `Arhhh!! Aku tak kisah semua tu Qilla!! Aku dah tak kisah!! Selama ni.. Aku pendam seorang.. Semuanya aku pendam sendiri!! 'balas Danial. Aku menggeleng kepala. Danial sudah bangun dan menuju ke arahku. Aku semakin gelisah. `Kau! Kau nak buat apa Danial?!' soalku separuh menjerit. `Kau!! Kau akan matii!! Tapi sebelum tu.. Aku nak kau tengok.. Sahabat yang paling kau sayang mati di depan kau!! 'tengking Danial. Khairul, Hafi, dan Hana pantas menaiki tangga apabila terdengar orang menjerit. `Kau.. Kau dah gila Danial!! Aku.. Aku takkan biarkan kau bunuh Hana!!' Balasku. Tanpa Danial sedari, aku telah sedaya upaya meleraikan ikatan di tangan. Aku terpejam saat pistol berada di kepalaku. Ya Allah! `Kau! Kau cakap aku gila! Yes memang aku gila!! Aku... Belum sempat Danial menghabiskan kata-katanya.. Kami tergamam apabila pintu ditolak kasar. Aku semakin tergamam bila melihat orangnya! Danial tersenyum sinis. `Danial!!! Lepaskan Qilla!! 'Jerit Hafi. Aku memandang Hana. `Hana'. Panggilku perlahan. `Qilla'. Balas Hana. Dia ingin menyelamatkan Qilla, tetapi dihalang oleh Khairul. `Apa awak ni Khai! Saya nak selamatkan Qilla! Dia kawan saya!! 'marah Hana separuh berbisik. Khairul tidak mengendahkannya malah menarik tangan Hana ke belakang. Aku memejamkan mata seketika. `Kau nak aku lepaskan dia?! Boleh!! Tapi bagi Hana!! Bagi Hana kat aku!!' Jerit Danial. `Danial!!! Daripada kau bunuh Hana.. Baik kau bunuh aku!! Ingat apa yang aku cakap tadi Danial!! Ingat Allah!! 'jeritku. `Kau diam!!! Sebelum aku betul-betul tembak kau.. Baik kau diam!!!' Jerit Danial. `Danial!! Jangan apa-apakan Qilla!! 'Jerit Hana pula. `Kau.. Kau tak nak aku apa-apakan dia? Tengoklah aku buat apa'. Balas Danial. Dengan sekuat hati dia menampar pipi Qilla sehingga terkena bucu. `Qilla!!! 'Jerit mereka serentak. Hana sudah mula menangis. `Danial.. Please.. Kalau kau nak bunuh aku.. Bunuhlah!! Jangan libatkan Qilla!' ujar Hana separuh menjerit. Qilla! Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku melihat cecair merah mula mengalir. Ya Allah! Qilla!! Kau kena kuat!! Kau kena selamat kan Hana!! Getus hatiku. Dengan kudrat yang ada, aku membuka ikatan yang masih ada. Aku perlu cepat! Danial berdiri di depanku. `Danial!!!! Kalau kau lelaki.. Kau lawan kami berdua!! Jangan babitkan perempuan!! Lawan kami berdua kalau kau lelaki!! 'Jerit Khairul. `Okay!! Ingat aku takut!! Sinilah!!' Jerit Danial. Tanpa menunggu lama, Danial menuju ke arah Hafi dan Khairul. `Awak selamatkan qilla'. Bisik Khairul. Hafi dan Khairul sudah bersedia. `Jangan!! 'jeritku. `Kau diam!!!' Jerit Danial. Danial pantas menumbuk muka Hafi tapi pantas Hafi mengelak. Dan tanpa melengahkan masa Hafi terus menendang Danial. Danial terdorong ke belakang. Dia menekan perutnya menahan senak. Belum sempat dia ingin membalas, Khairul sudah menumbuknya. Hana pantas mendekati Qilla. `Qilla'. Panggil Hana perlahan. Dia sudah terduduk. Aku yang sedang sibuk cuba meleraikan ikatan tersentak lalu mengangkat muka memandang Hana yang duduk di hadapanku. `Maafkan aku '. Sambungnya lagi. Aku menggeleng. `Bukan salah kau.. And aku tak pernah salahkan kau'. Balasku perlahan. Dan ikatan di tangan terlerai, aku pantas membuka ikatan di kaki. Hana yang melihat membantu. Aku memegang kepalaku. `Qilla'. Panggil Hana lagi. Aku sedaya upaya menahan sakit di kepala. Aku memandang Hana. Tanpa sepatah kata aku terus memeluknya. Hana membalas. `Maaf.. Maafkan.. Maafkan aku.. Disebabkan aku.. Kau.. Kau jadi.. Jadi macam ni'. Ujar Hana tersedu sedan. Shh.. Aku tak pernah salahkan kau'.balasku lemah. Aku meleraikan pelukan. Aku melihat Hafi, Khairul dan Danial yang masih berlawan. `Qilla.. Kita lari.. Kita lari kat bawah.. Aku dah call polis tadi'. Ujar Hana perlahan. Hana membantu aku untuk bangun lalu dipapahnya bawak keluar dengan perlahan. `Hana.. Stop.. Aku dah tak larat'. Ujarku perlahan. Aku kian lemah. Kedua-dua lututku sudah menggigil. `Aku takkan biarkan kau.. Kau takleh tinggalkan aku Qilla.. No!! Aku takkan biar Kan!! 'ujar Hana. Aku memegang kepalaku. Ya Allah! Berikanlah aku masa! Aku pasti Danial akan bertindak luar kawalan! Berikanlah aku masa ya Allah! Berikanlah aku masa untuk melindungi Hana! Doaku dalam hati. Dengan tenaga yang masih ada, aku turuti langkah Hana untuk menuruni tangga. Setelah berjaya menuruni tangga, Hana membawaku keluar. Aku hanya menurut. Sungguh! Aku terasa sangat lemah! Mata aku kian kabur! Tanpa dapat ditahan aku terjelepuk. `Qilla.. Qilla.. Pleasee.. Bertahan '. Rayu Hana. Dia turut terduduk. Danial jatuh tersungkur. Banyak darah yang mengalir di mulutnya. Dia mencari kelibat Qilla. Takde? Arhhh!! Danial memandang tajam ke arah Hafi dan Khairul. `Kau main kotor? Takpe!! Tunggu aku!!' Tanpa menunggu lama dia terus bangun dan pantas menumbuk muka Hafi. Hafi terjatuh. Khairul ingin membantu tetapi Danial pantas menendang perutnya. Dia turut terjatuh. Dengan pantas Danial mencapai pistol yang berada di atas lantai. Dia berlari menuju ke bawah. Hana! Dia mesti dibunuh! `Hana.. Aku.. Aku dah tak tahan.. Sakitt '. Ujarku perlahan. `Yee.. Aku tau kau sakit.. Aku jugak sakit tengok kau macam ni.. But Pleasee.. Kita kena kuat sesama.. Kita masuk kereta dulu.. Jom'. Ajak Hana. Dia membantu aku bangun. Aku perlahan-lahan bangun. Belum sempat kami menuju ke kereta tertiba... `Qilla!! Hana!! Kau nak lari ke mana haa!! 'Jerit Danial. Kami terhenti dan berpaling menghadap Danial yang tidak jauh dari kami. Dengan kudrat yang ada, aku menarik tangan Hana berdiri di belakangku. `Danial.. Pleasee.. Lupakan dendam kau!! Ingat!! Hana tak salah!!' ujarku. `Kau kata dia tak salah!! Heii Qilla!! Disebabkan family dia yang ego tu.. Family aku mati tau tak!! Family aku yang jadi mangsa!! 'ujar Danial tinggi. `Kau sapa Danial! Apa kaitan family kau dengan family aku!?!' soal Hana. Badannya mula menggigil. Mana Khairul dan Hafi? `Kau! Kau masih tak kenal aku sapa? Aku.. Aku Arif Danial bin. Syed Ali!! 'balas Danial. Hana tergamam. Takkanlah! Danial tersenyum sinis. `Kenapa? Terkejut? Sekarang baru kau kenal aku sapa?' soalnya sinis. `Kau.. Kau.. Suara Hana tergetar-getar. `Yes! Akulah family Syed Ali! Family yang kemalangan.. Dan disebabkan sebuah keluarga yang merupakan sepupu aku sendiri.. Sebuah keluarga yang ego.. Pentingkan diri sendiri.. Family aku mati!! Mati!! Mati.. Hana.. Matii!! Disebabkan keluarga kau, family aku matii'. Jerit Danial sekuat hati. Dia bagaikan dirasuk. Dia sudah gila! Aku mengenggam erat tangan Hana. Aku memandang Hana. Ya Allah! Hana menyembamkan mukanya di bahuku. Aku tahu dia takut. Aku kembali memandang Danial. `Danial!! Cukuplah! Kalau kau bunuh Hana sekali pun.. Kau ingat.. Family kau boleh hidup balik? Mereka boleh peluk kau lagi? Tak boleh, Danial!! Tak boleh!! Cukup-cukuplah!! Terima hakikat!! Kau kena redha!! Kau pun akan mati jugak! Begitu jugak dengan aku dan manusia yang lain!! Cuma kita.. Kita sendiri tak tahu bila!! Pleasee lah!! Bukak hati dan mata kau!! Kau kena belajar terima hakikat! Masa masih ada Danial!! Kau masih ada masa untuk berubah!! 'ujarku tinggi. `Kau diam!! Baik kau lepaskan Hana!! Kalau tak aku bunuh kau sekali!!' Jerit Danial. `Bunuhlah!!! Aku sanggup mati Danial!! Demi sahabat baik aku!! Aku sanggup mati!! Tembak aku Danial!! Tembak!! But pleasee.. Jangan tembak Hana!! Dia tak bersalah dalam hal ni!! Lagipun perkara tu dah lama berlalu Danial!! 'balasku. Tanpa sepatah kata, Danial terus melepaskan tembakan. Hana yang melihat pantas memelukku. Aku tergamam. Ya Allah! Hana! Kenapa? Hana memelukku kemas dan erat! Tembakan itu mengena pada bahu Hana. Aku menggigil. Aku lihat darah sudah membuak-buak keluar dari bahu Hana. Air mataku mengalir laju. `Hana'. Panggilku perlahan. Aku memeluknya erat. Ya Allah!! `Qilla.. Kau jangan risau.. Aku okay.. Aku masih kuat.. Aku masih kuat! 'balas Hana perlahan. Ya dia masih kuat! Dia sudah tidak kisah dengan tembakan tadi! Tertiba.. Kami semua terdengar siren polis.`Jangan bergerak!! Letakkan senjata anda!! Kawasan ini telah dikepung!!! Arah seorang anggota polis. Danial sudah tidak keruan. Dia memandang Qilla dan Hana yang masih berpelukan! Danial mengetap bibir. Hana! Kau mesti mati!! Aku takkan puas selagi kau takkan mati!! Aku memandang Danial yang sudah tidak keruan itu. Walaupun aku kian lemah, kepalaku semakin pening, tapi aku tahu, Danial tidak pernah puas! Danial menghalakan pistolnya ke arah mereka. Aku yang melihat pantas mengeratkan lagi pelukan antara aku dan Hana sebelum aku memusingkan badanku ke arah Danial. Aku mengeratkan lagi pelukan. Danial melepaskan tembakannya, tetapi tembakannya kali ini kena tepat pada kepalaku. Semakin banyak darah mengalir keluar. Hana terpempan. Kerana tindakan Danial itu, pihak polis melepaskan tembakan bertalu-talu sehingga Danial rebah dan tidak bernyawa lagi. Aku jatuh sebelum aku terbaring dalam pangkuan Hana. Hana memangku sambil memeluk erat. Air mata yang mengalir laju sudah tidak dihiraukan lagi. Hafi dan Khairul yang sedari tadi berada tidak jauh dari Danial pantas berlari ke arah Hana dan Qilla. `Qilla'. Panggil Hana perlahan. Aku membuka mataku. Aku tersenyum tawar. Kerana terlalu sakit, darah turut keluar dari mulutku. Khairul dan Hafi sudah terduduk di hadapan mereka berdua. Mereka turut menangis! `Qilla'. Panggil Hana lagi. `Hana.. Maafkan aku.. Aku dah tak kuat'. Balasku perlahan. Hana meraung sekuat hati. Aku memandang Khairul dan Hafi. `Tak gentle lah kalau lelaki menangis'. Gurauku perlahan. `Qilla!! Kau macam ni pun.. Sempat bergurau lagi!! 'marah Khairul. Aku tersenyum tawar. `Khai.. Mybe masa aku dah tiba.. So, aku nak ingatkan sekali lagi, jangan lupa bagi kat Hana dan Hafi benda tu'. Ujarku perlahan. `Qilla! Kau tengah sakit ni!! Pleasee lah!! Jangan cakap pasal benda tu!! 'marah Khairul lagi. `Aku hanya ingatkan'.balasku perlahan. Aku kembali memandang Hana yang masih menangis sambil memelukku. `Hana.. Aku nak kuat.. Maafkan aku.. Sebab aku tak dapat.. Tak dapat tunaikan janji aku pada kau.. Maafkan aku, Hana'. Ujarku dalam tersedu sedan. Sedaya upaya aku membalas pelukan Hana. Hana menggeleng. `Qilla.. Kau mesti cuba bertahan.. Khai!! Hafi!! Call ambulans cepat!!'arah Hana. Hafi pantas mengeluarkan handsetnya. `Hana'. Panggilku lagi. Aku menyeka air matanya. Aku menggeleng. `Masa aku dah hampir tiba Hana.. Pleasee.. Redhakan aku'.Ujarku perlahan. `No! No.. No'. Balas Hana perlahan. Dia mengeratkan lagi pelukan. `Tolong Qilla.. Tolonglah! Kuatkan semangat kau! Demi aku, Qilla! Demi aku!! Dan demi persahabatan kita!! Kita.. Kita ada janjikan dulu.. Yang kita akan sehidup semati? So pleasee Qilla.. Bertahan! 'Bisik Hana di telingaku. Aku memejamkan mata seketika. Aku merebahkan kepalaku di paha Hana. Hana hanya membiarkan saja. Perlahan-lahan aku mencapai satu per satu tangan Hana, Khairul dan Hafi, lalu aku menggengamnya erat. `Aku.. Aku.. Aku nak korang janji.. Korang kena still sahabat sampai bila-bila.. Ingat Khairul.. Hafi.. Bila kau dah tau perkara sebenar nanti.. Kau jangan salahkan Hana.. Dia tak salah.. Aku yang mintak pada dia suruh rahsiakan benda ni'. Ujarku. Hafi dan Khairul terdiam sambil menangis. Aku melepaskan tangan Khairul dan Hafi perlahan-lahan. Aku masih mengenggam erat tangan Hana. Aku kembali memandangnya. `Hana.. Macam mana aku nak pergi? Pelasee.. Jangan macam ni.. Aku.. Aku.. Aku dah tak kuat.. Aku dah tak kuat Hana.. Aku dah tak kuat macam kau.. Walaupun kau kena tembak tadi.. Kau masih mampu untuk hidup.. Dan.. Dan.. Aku.. Aku nak.. Kau janji.. Aku.. Aku nak.. Aku nak kau teruskan hidup kau tanpa aku.. Jangan risau.. Kau.. Kau tetap ada dalam hati dan ingatanku.. Nanti kita akan berjumpa lagi.. Tapi bukan dekat sini.. Ingat.. Aku nak kau teruskan.. Teruskan hidup.. Aku percaya.. Kau boleh Hana.. Kau boleh'. Ujar dalam tersekat-sekat. Ya Allah! Bagilah kau habiskan percakapan aku dulu ya Allah! Berikanlah aku masa sedikit saja lagi ya Allah! Doaku dalam hati. Hana mengangkat kepalaku perlahan-lahan sebelum memelukku erat. `Qilla.. Aku.. Aku tak.. Aku tak tau nak cakap apa.. Semuanya aku.. Semuanya aku tak boleh balas jasa kau, Qilla.. Maaf.. Maafkan aku:.ujarnya dalam tersedu sedan. Aku memegang mukanya. Perlahan-lahan aku mencium dahinya. Lama. Hana hanya memejamkan mata. Aku kembali memandang Hana. Aku mendekatkan bibirku di telinganya. `Untuk kali terakhir.. Ingatlah Hana.. Aku nak kau tau.. Kaulah sahabat yang paling aku sayang.. Aku dah anggap kau seperti adik-beradik aku sendiri.. So aku nak kau kuat.. Kuat untuk aku'. Selesai sahaja percakapan itu aku terus rebah di pangkuan Hana dan tidak sedarkan diri. `Qilla! Qilla!! Bangun!!! 'Jerit Hana. Dia memeluk Qilla seerat-eratnya. Hafi dan Khairul hanya jadi pemerhati. Qilla! Maafkan aku! Selama ni.. Aku tak pernah jujur dengan perasaan aku!! Aku cintakan kau Qilla! Terlalu! Aku terlalu cintakan kau! Ujar Hafi dalam hati. `Qilla! Andainya kau tahu.. Aku pernah cintakan kau sepenuh hati aku.. Aku je yang buta Qilla.. Aku tak mampu nak luahkan.. Tapi sejak hadirnya Hana Qelisha.. Perasaan aku mula berubah! Aku mula jatuh sayang dan cinta pada dia! Dan kini.. Hati aku telah menjadi milik dia! Aku.. Aku janji dengan kau Qilla.. Aku akan jaga Hana sepenuh hati. Aku takkan biarkan Hana terluka lagi! Itu janji aku pada kau Ryana Aqilla! Ujar Khairul dalam hati. `Qilla!! Bangun!! Jangan tinggalkan aku!! 'raung Hana. Dia memanggil Qilla beberapa kali besertakan esakan yang kuat. Dia tahu Qilla sudah tidak ada. Perlahan-lahan dia meleraikan pelukan dan meletakkan kepala Hana di pahanya. Dia mencium dahi sahabatnya itu. Lama sekali. Hana memandang sayu wajah Qilla. Pergilah sahabat.. pergi.. Aku redha.. Aku terima kenyataan yang kau dah takde.. Walaupun hati aku sangat sakit.. Tapi untuk kau.. Aku terpaksa melepaskan jua.. Tenanglah kau di sana wahai sahabat. Ujar Hana dalam hati. Perlahan-lahan dia mencapai tangan Qilla lalu diciumnya dengan esakan kecil. Lama dia mencium tangan sahabatnya itu. Selepas itu.. Dia sekali lagi mencium kedua-dua belah pipi Qilla.. Dan terakhir sekali mencium dahi Qilla. Kaulah sahabat dunia akhirat aku! Tunggu aku Qilla! Ujar Hana dalam hati.
Share this novel