BAB 3

Humor Completed 8628

“Betul Haji. Saya tak tipu. Bukannya saya tak tahu nak bezakan lembu dengan kerbau. Lembu saya tu gila!” Terang Wak Bon bersungguh-sungguh.

“Kau biar betul ni, Bon. Jangan jadi macam dulu sudahlah. Ada pula kau kata ular tu belut. Nasib baik aku perasan. Kalau tak, adalah nanti lauk ular goreng. Haha.” Gelak Tok Mat.

“Betul, Mat. Aku tak tipu. Lembu aku tu memang gila. Tak percaya korang semua mari datang rumah aku. Tengok sendiri.” Wak Bon mengajak ahli jemaah masjid supaya datang ke rumahnya. Dia benar-benar ingin membuktikan kata-katanya.

“Baik, baik, esok kami semua datang ke rumah kamu.” Haji Hamid membuat keputusan untuk pergi ke rumah Wak Bon untuk melihat sendiri bagaimana keadaan lembu peliharaan Wak Bon.

“Saya ikut sekali boleh?” Tanya Razi bersungguh.

“Ikutlah kalau kamu nak, lagipun bukan senang nak tengok orang muda pergi masjid sekarang ni. Bila fikirkan balik, mungkin kamu boleh nikah dengan anak Tok Mat.” Pakcik Johari bersetuju apabila Razi ingin mengikut sekali ahli jemaah masjid.

“Betul juga. Anak aku pun baru habis diploma. Benda yang baik kena dicepat-cepatkan. Haha.” Balas Tok Mat.

Wajah Razi berubah menjadi merah padam. Anak Tok Mat memang cantik orangnya. Rupa parasnya sangat cantik seperti Erra Fazira. Bukan sahaja cantik, malah pandai memasak.

“Itu, apa nama anak kamu tu, Mat?” Tanya Pakcik Johari kepada Tok Mat. Tok Mat memuncungkan bibirnya. Sukar benar untuk dia menyebut nama anaknya.

“Apa susah sangat kamu nak sebut nama anak kamu ni, Mat? Seksa benar aku tengok kamu.” Tanya Pakcik Johari lagi.

“Ru..ru..Rusyidah!” Jawab Tok Mat. Razi hanya gelak kecil di dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience