Rate

BAB 2 ( KAWAN BARU )

Romance Completed 122138

Pejam celik....pejam celik sudah seminggu aku bekerja di rumah Dato Sri Zainuddin dan Datin Sri Zarina Amylea. Betul kata Mak Su, kedua-dua majikannya sangat baik orangnya, walaupun mereka dari golongan kelas atasan namun mereka begitu menyantuni masyarakat bawahan seperti aku dan juga Mak Leha.

Tidak pernah aku mendengar Dato Sri dan Datin Sri menghina serta mengherdik Mak Leha ataupun aku walaupun kami ada membuat kekhilafan semasa menjalankan tugas.Paling tidak teguran yang lemah lembut dan sopan dalam bentuk mendidik diberikan kepada kami agar lebih berwaspada dan lebih baik pada masa akan datang.

"Mak Leha...ooo..Mak Leha...nanti suruh Eisya tolong masakkan makanan favourite Faiz ye...harini dia balik dari overseas...Saya dengan Dato Sri nak pergi jemput dia lah ni...masak lebih sikit ye.."

"Baiklah Datin...nanti saya suruh Eisya masakkan.. Faiz dah nak balik ye Datin Sri...cepat betul masa berlalu..."

"Siapa yang nak balik tu Mak Su...? Harini kita nak masak apa Mak Su....?"

"Amboi banyak betul soalan kau ye...kalau depan Dato Sri dengan Datin Sri tu kemain kau membisu nak dengar suara pun payah..."

"Alaa...Mak Su ni...dengan mereka tu Eisya seganlah Mak Su...Dato Sri dengan Datin Sri tu kan orang kebanyakkan kita ni sipi-sipi je tu pun kalau diorang pandang kita ni..."

"Eisya...jangan cakap macamni depan Dato Sri atau Datin Sri..dengar diorang tu teruk nanti kita marah...dah tu..tolong Mak Su ni, kita masak nasi ayam harini...masakan kegemaran tuan muda kita Encik Faiz..."

"Encik Faiz...Eisya kena panggil dia tu apa nanti..Tuan ke Encik...? Encik Faiz tu anak Dato Sri dengan Datin Sri ye...tua ke muda Mak Su..."
Aku terus menyoal Mak Su sambil tangan ku ligat menyediakan bahan-bahan untuk juadah tengah hari kami.

"Panggil Tuan Faiz la kot...kalau Mak Su panggil Faiz tu dengan panggilan Faiz je...dulu Mak Su ada panggil dia 'Tuan' tapi dia tak suka sebab dia kata macam tak sesuai orang lebih berumur panggil dia Tuan.."

"Apa-apalah Mak Su janji Eisya tak kurang ajar dengan anak Dato tu ...kan senang macam kita ni tak payah nak ada-ada gelaran kan Mak Su.."

"Tu dah siap ke bahan-bahannya tu ada apa yang tertinggal lagi...yelah pening juga takut salah panggilkan...kalau Eisya nak tahu tua ke muda nanti dia dah sampai Eisya tengoklah sendiri..."

"Takde Mak Su semuanya cukup kalau ikut resepi arwah Umi...Alaa Mak Su ni dengan Eisya pun nak rahsia-rahsia..."

"Kamu mesti dah terror masak juadah ni kan...maklumlah ni salah satu makanan kegemaran arwah Abah kamu kan.."

"Ye...Mak Su...tutup mata pun boleh buat...celah gigi je ni Mak Su....Hihihi..."

"Eisya masak nasi ni...Mak Su buat pencuci mulut..apa kata orang putih tu...dessert...hah yang tu lah..betul tak Mak Su sebut ni..."

"Betul lah tu...Mak Su dah terror speaking ni.. Kak Hanie ajarkan ye..."

"Haah semalam dapat borak kejap dengan dia...dia telefon Mak Su..."

"Ooo...takpelah Mak Su walaupun Kak Hanie jarang sangat balik tapi dia selalu juga telefon Mak Su..."

"Budak bertuah memang macamtu..."

Hampir satu jam bertungkus lumus menyiapkan juadah, aku membantu Mak Su menghidangkannya pula. Setelah kerja-kerja yang lain aku siapkan aku meminta izin Mak Su untuk berehat sebentar di dalam bilik. Akibat mungkin terlalu penat akhirnya aku terlena di dalam bilikku itu.

*****************************************************

"Eisya mana Mak Leha....jomlah makan sekali dengan kami ni..."
Pelawa Dato Sri Zainuddin yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di kepala kerusi meja makan serba mewah itu.

"Eisya berehat dalam biliknya tu..takpelah Dato Sri nanti Mak Leha dengan Eisya makan kemudian..
Dato Sri, Datin Sri dengan Faiz makanlah dulu ye.."
Mak Leha terus ke bilik menempatkan aku.

"Eisya...Eisya tu siapa Mama...pembantu rumah baru lagi...nama macam orang muda je..."

"Haah...maid baru kita anak sedara Mak Leha baru 17 tahun...tapi 'matured' betul tak sepadan dengan umur..rajin betul budaknya..betul tak Pa..."

"Ye...Papa pun kagum dengan Eisya tu..semuanya pandai serba-serbi..kalau Faiz nak cari calon isteri nanti cari macam Eisya tu...ada ciri- ciri menantu pilihan tu kat dia...Papa berkenan sangat, sekarang susah nak cari perempuan macam Eisya tu..'she is one in the milion'..."

"Amboi semua puji dia melambung ni hebat sangat ke orangnya..."
Ada nada cemburu di situ, hatinya memberontak ingin berjumpa dengan gadis bernama Eisya dalam keadaan segera.

"Mama gerenti kalau kamu jumpa dengan dia pasti terus jatuh cinta...tu tengok tu dah dua kali kamu bertambah makan maknanya apa tu..."

"Orang laparlah Mama...mana nak jumpa chicken rice yang super sedap macamni...tapi ni bukan macam masakkan Mak Leha je..."

"Betullah tu...ni Eisya yang masak...hancurlah diet Mama lepas ni..."

Dato Sri Zainuddin berserta Faiz hanya tergelak kecil dengan ayat yang baru meniti dari bibir isteri kesayangannya itu. Aku yang mendengar dari tadi hanya tersenyum di balik dinding dapur itu. Niat untuk mengambil segelas air minuman terbatal dan aku berbaring semula ke dalam bilik. Akhirnya aku terlena semula.

"Dato Sri...Datin Sri....Eisya...."
Mak Leha sudah tercungap-cungap berlari mendapatkan majikannya di meja makan itu.

"Kenapa ni Mak Leha...kenapa dengan Eisya...?"
Tanya Datin Sri Zarina Amylea kepada Mak Leha jelas di wajahnya menampakkan kerisauannya.

"Eisya tak sedarkan diri...puas Mak Leha kejutkan dia tapi tak juga bangun...badan dia panas betul..."

Tanpa berlengah Faiz Asmara terlebih dahulu sampai ke dalam bilik yang menempatkan aku.Setelah meminta izin dari Mak Leha untuk memeriksa keadaanku Faiz Asmara segera meminta kunci keretanya daripada Mamanya.

"Faiz nak bawa Eisya pergi hospital
dulu ye Mak Leha..Mak Leha ikut sekali dengan Faiz...keadaan Eisya ni tak boleh dibiarkan lagi..nanti bertambah teruk.."
"Yelah...kamu hati-hati Faiz...jangan bawa kereta laju-laju...ingat lagi ke hospital dekat mana...?"

"Insya Allah Mama...Faiz ingat lagi...nanti apa-apa tentang Eisya...Faiz call Mama dengan Papa terus.."

Faiz mencempung tubuhku seraya dibaringkan tubuhku perlahan-lahan di kerusi belakang kereta Nissan Nismo GTR putih kesayangannya itu.
Setelah hampir setengah jam perjalanan, kami tiba di hospital dan aku segera diberikan rawatan kecemasan di hospital swasta tersebut. Kebetulan doktor yang merawat aku merupakan 'doktor keluarga' bagi keluarga Dato Sri Zainudddin sendiri.

"Faiz... long time no see ...what's up"

"Uncle Iskandar ..I'm right..I just come back here after five years in Dublin"

"Ingat pun dekat uncle....ooh I see..ok she's fine now cuma tadi agak critical..nasib baik Faiz cepat kalau tak mungkin wife Faiz ni tak dapat diselamatkan or she's in coma sebab suhu badannya terlampau tinggi.."

"Apa....takkan seteruk tu uncle..."

"Sabar Faiz....sekarang wife Faiz dah stabil, dia berjaya melepasi saat-saat kritikalnya..kalau Faiz nak jumpa dia sekarang boleh tapi jangan ganggu pesakit ye...dia belum sedar lagi kesan dari ubat yang kami berikan supaya dia dalam keadaan rehat... Uncle pergi dulu ye nak check patient uncle yang lain.."

"Terima kasih uncle...dah selamatkan Eisya..."
Doktor Iskandar berlalu dari situ sambil menepuk- nepuk lembut bahu Faiz Asmara.

Faiz Asmara membawa Mak Leha ke bilik wad yang menempatkan aku. Sayu hati Mak Leha melihat keadaan aku yang berselirat wayar kiri dan kanan di lenganku. Mak Leha mencium ubun-ubunku seraya air matanya menitis membasahi pipinya.

'Kau memang istimewa Eisya sekali mata ini memandang wajahmu berdebar jantungku..wajahmu terlalu mempersonakan...kau berjaya mencuri sekeping hati milikku...'

"Amboi ...Faiz nak terkeluar biji mata kamu pandang anak saudara Mak Leha ni..."

"Eh...takdelah Mak Leha...Faiz cuma tengok-tengokkan Eisya je, mana tahu
dia dah sedar ke...?"
Faiz cepat-cepat mengalihkan pandangannya terhadap wajahku, merona merah wajahnya yang putih bersih itu setelah tertangkap oleh Mak Leha kerana tidak lepas matanya menatap wajahku sejak dari tadi. Aku sebenarnya sudah sedar dan mendengar semua bicaranya dari tadi cuma mata ini masih belum mahu terbuka.

"Mak Leha...Faiz keluar kejap ye..nak call Mama beritahu keadaan Eisya.."

"Yelah...nanti risau pula Dato Sri dan Datin Sri dekat rumah tu..."

Setelah memaklumkan tentang aku kepada Mama dan Papanya, Faiz segera menuju ke ruanganku, sempat dia membelikan air kopi panas untuk
Mak Leha di cafe hospital tersebut.

"Faiz...Eisya dah sedar..."
'Alhamdulillah....syukur Ya Allah...Engkau telah makbulkan permintaan dari hamba-Mu ini..'
Faiz berkata di dalam hatinya.

Faiz tersenyum manis kepadaku dan senyuman itu bisa membuatkan diriku seperti terbang di awang-awangan. Seketika mata kami saling bertentangan sehinggalah bicara Mak Leha yang sedikit kuat itu membuatkan aku tersedar kembali ke alam nyata.

Mak Leha meminta diri untuk ke surau hospital sebentar untuk menunaikan solat Asar. Tinggallah Faiz Asmara berdua denganku di bilik wad itu.

"Eisya....Eisya nak apa-apa ke...?"
Faiz memecahkan dahulu kebisuan antara kami setelah peninggalan Mak Leha sebentar tadi.

Aku hanya menggelengkan kepalaku.Melihat aku yang sukar untuk bangun Faiz menghulurkan bantuannya.

"Macam mana dah selesa..."

Kali ini aku menganggukkan pula kepalaku. Terlalu kelu lidah ini untuk berbicara dengannya.
Melihat Faiz Asmara yang ingin keluar dari bilik itu sempat aku menahannya.

"Ada pun suara ingatkan Eisya tak sudi nak bercakap dengan Faiz ni..."

"Terima kasih Tuan Faiz dah selamatkan nyawa Eisya...kalau tak sebab Tuan Faiz hantar Eisya cepat ke hospital tentu Eisya dah tak ada kat dunia ni..."

"Ssshh...jangan cakap macamtu Eisya..Allah masih panjangkan nyawa Eisya...jangan panggil Faiz dengan gelaran 'Tuan' tu..just called me Faiz..."

"Terima kasih lagi sekali...tapi Eisya tak boleh panggil macam tu je...Eisya kan lebih muda.."

"Kalau macamtu apa kata panggil Faiz ni 'Abang'
nama sebenar Faiz Asmara bin Dato Sri Zainuddin
up to you nak panggil mana satu...tapi yang penting ada 'Abang' di depannya...boleh..."

"Asmara....klasiknya nama...Eisya panggil Abang Asmara boleh ke....?"

Faiz Asmara cuma tersenyum manis di hadapanku.
Matanya masih menatap tepat di wajahku, sebelum meneruskan bicaranya.

"Ok deal...now kita be a friend boleh...?"
Sambil menghulurkan tangan kanannya kepadaku

Aku menyambut huluran tangan itu lambat-lambat sambil memberikan senyuman yang paling manis teristimewa untuknya.

"Ok...kita kawan..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience