HUD 4

Drama Series 7888

BAB 4

Seminggu sudah berlalu. Hubungan Damia dan Raid masih sama. Majlis mereka berdua akan berlangsung lagi beberapa hari sahaja lagi. Penat Raid memujuk Damia supaya berbaik semula dengannya.

Puan Suzy juga berasa hairan. Apa sebenarnya yang Damia mahukan. Anaknya sudah puas memujuk dengan baik. Tapi Damia masih malayan Raid acuh tak acuh.

Puan Suzy tidak mahu melengahkan lagi masa. Dia bersiap siap untuk berjumpa dengan ibu Damia sendiri.

Raid melihat emaknya itu sedang bersiap siap. Ke mana pula mummy ni.

Puan Suzy mencapai kunci kereta. Dia tidak mahu menyusahkan pemandunya untuk menghantar dia ke rumah Damia.

“Mummy nak ke mana?” tanya Raid.

“Nak pergi rumah parents Damia. Jumpa mama dia sendiri. Mummy ada benda nak bincang dengan dia. Raid duduk je rumah. Tak perlu ikut” jawab Puan Suzy.

Rumah Damia lagi? Buat apa lagi nak ke rumah dia. Raid berbisik.

“Mummy nak pergi dulu” Puan Suzy tidak mahu bercakap banyak. Dia terus keluar dari rumah.

“Jap!” halang Raid.

“Raid nak tanya, mummy buat apa nak pergi rumah dia?”

“Nak jumpa mak dia.. Ada benda nak bincang”

Raid terdiam seketika. “Pergilah... tapi jangan lama sangat. Sebab sekejap lagi Raid nak keluar. Ada hal”

“Mak Munah kan ada. Raid nak keluar, keluar je lah”

“Kesian nanti Mak Munah duduk seorang seorang. Mummy balik lah cepat” pujuk Raid.

“Ha yelah. Nanti bila Raid nak keluar, mummy balik”

Yes! Aku boleh jumpa Amelia nanti. Raid bersorak gembira.

---

“Amri, kau bila nak kerja?” tanya Izzat.

“Aku rasa mungkin aku akan start bulan depan. Lembu lembu aku tu nanti siapa nak uruskan. Aku kena selesaikan satu satu dulu”

“Ouh takpelah macam tu. Kalau kau nak suruh aku tolong, kau cakap je. Aku boleh tolong” Izzat menawarkan dirinya.

“Kalau ada apa-apa bantuan, nanti aku panggil je kau” balas Amri.

“Ha macam ni lah namanya kawan!” Izzat menampar bahu Amri.

“Haish kau ni. Jangan kacau aku boleh tak?” marah Amri.

Izzat tergelak. “Marah ke? Okay aku tak kacau kau. Lepas siap ni kita pergi bandar eh?”

Bandar? Tak kuasa aku. Mahunya kalau terjumpa minah ego haritu, tak pasal pasal lagi aku kena marah. Amri mengelamun.

“Hoi! Dengar tak?” jerit Izzat.

“Ha dengar dengar. Tak nak aku pergi bandar. Lepas siap ni kalau nak pergi minum boleh lah. Aku nak kena balik cepat. Nanti mak aku bising. Kau faham faham je lah mak aku tu macam mana” jawab Amri.

“Yelah”

Izzat duduk di bangku yang tersedia di kandang Amri. Dia mengeluarkan telefon bimbit untuk menghantar pesanan kepada Syahira.

@Shira
Jangan lupa tutup klinik macam biasa. Saya tak pergi sana harini.

@Izzat
Okay.

Amri datang ke pangkuan Izzat. “Ha buat apa tu!” sergah Amri.

“Mana ada. Aku mesej Syahira je tadi”

“Ehem ehem” Amri berdehem.

“Apa?” soal Izzat yang tidak mengerti apa apa.

“Yelah tu. Dah jom pergi” ajak Amri.

“Ha jom”

Semasa di kedai kopi, Amri asyik memikirkan kejadian yang menimpa mereka tempoh hari.

Dia mengacau air kopi tersebut menggunakan sudu kecil yang sudah tersedia.

Izzat hanya mampu memerhati sahaja. Apa benda lah dalam kepala otak dia ni. Gumamnya.

“Dah puas kacau kopi? Minumnya tak juga aku tengok” tegur Izzat.

“Eh mana ada. Aku teringat balik masa aku terlanggar orang haritu” jawab Amri.

“Kalau kau terjumpa dia balik, kau nak minta maaf dekat dia semula ke?” soal Izzat.

“Aku?” Amri menunjukkan dirinya.

Izzat menangguk. “Yelah. Takkan orang belakang kau tu pula” perli Izzat.

“Takde maknanya. Dia yang jalan mata ke lain, lepastu langgar orang. Ada hati mak suruh orang minta maaf”

Izzat ralit memerhati dua orang wanita yang sedang memandang ke arah mereka.

“Kau dah kenapa?” Amri menoleh ke belakang.

Glup! Minah haritu? Buat apa dia dekat sini?

“Aku rasa kau kenal” ujar Amri.

“Baik kita minum cepat cepat. Kau pergi bayar dan kita keluar dari sini” cadang Amri.

Amri takut insiden yang sama berlaku. Oleh itu, dia mencadang supaya cepat cepat beredar dari kedai tersebut.

“Mamat tu kan yang kau langgar dia” Aliya mencuit siku Damia.

“Lantak dia lah. Kau tengok sendiri cara pemakaian dia, langsung tak menarik”

“Kenapa kau cakap macam tu Mia. Kita tak tahu dia golongan orang mana. Jangan hina orang sesuka hati. Silap hari bulan nanti, kau yang melutut dekat dia” Aliya berkata sebagai pesanan.

Ergh. Damia mengetap bibirnya.

---

Hafiz yang ingin melelapkan matanya terkejut mendengar jeritan bapanya di luar.

“HAFIZ!!! Kau keluar sekarang!” jerit Yusri.

Ni semua pasal Bella. Tak guna punya kakak. Bentak Hafiz.

Dia keluar dan menuju ke arah bapanya.

Pang!

Pipi Hafiz ditampar sekuat hati Yusri. Zaleha dan Bella terkejut dengan tindakan itu.

Membulat mata Hafiz. Dia memegang pipinya yang ditampar tadi.

“Kau tahu sebab apa aku tampar kau?” tanya Yusri.

Hafiz menunduk ke lantai dan mendiamkan diri.

“Kau sedar tak apa yang kau buat ni Hafiz!” pekik Yusri.

Amri yang ingin masuk ke dalam rumah pun membatalkan niatnya. Ayah tengah naik angin. Baik aku tak perlu masuk. Nanti dengan aku sekali kena. Amri pergi ke arah pangkin. Sementara menunggu, dia tidur dulu di situ.

“Ni semua sebab kau” jerit Hafiz kepada Bella.

“Kau tak perlu nak salahkan Bella atau sesiapa. Orang kampung kita ni sendiri yang jumpa aku. Cerita apa yang dia nampak dekat aku” kata Yusri.

“Dasar anak tak guna! Mana aku nak letak muka ha?” jerkah Yusri.

“Apa nak jadi dengan Hafiz ni” tanya Zaleha. Bahu anaknya itu di goncangkan.

“Malas lah nak cakap benda ni semua” jawab Hafiz. Memang dia malas nak persoalkan lagi perkara ini.

“Aku nak kau berambus dari rumah aku. Aku taknak tengok muka kau!” marah Yusri.

“Fine! Aku boleh je lah hidup tanpa korang ni semua!” akhirnya Hafiz mempertahankan dirinya sendiri.

Amri yang sedang tidur di luar tu pun terkejut mendengar jeritan berbalas jeritan mereka.

Hafiz menghentakan kakinya dan mengemas semua pakaian miliknya.

“Terima kasih. Sebab engkau semua aku jadi macam ni. Puas hati kan? Puas!” tanpa bercakap banyak Hafiz terus keluar dari rumah itu.

“Apa awak dah buat ni. Tengok anak kita dah lari” tanya Zaleha.

“Biar dia. Aku nak ajar dia cara kehidupan yang sebenar. Biar dia rasa macam mana susahnya nak hidup” jawab Yusri.

Bella tidak mampu berkata apa apa. Kalau itulah yang ayahnya kata, itulah ayah dia akan buat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience